“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, November 21, 2011

Berhati-hati apabila menggunakan MP3


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang menjadi satu fenomena biasa pada hari ini apabila melihat remaja dan generasi muda memakai fon telinga di telinga mereka. Gaya hidup digital telah menular di kalangan remaja sejak tahun 1990-an lagi. Perkembangan ini semakin rancak seimbang dengan peningkatan teknologi iaitu pengguna menggunakan MP3 menerusi telefon bimbit, iPod, komputer, PÐA, USB, walkman dan sebagainya.

Budaya ini bagaikan tsunami yang melanda gaya hidup remaja. Kebanyakan mereka menghabiskan masa seharian tanpa jemu dengan alat-alat kecil ini. Tambahan pula, terbaru dilaporkan terdapat MP3 yang mampu tahan lebih lama tanpa perlu selalu dicas dengan ruang simpanan fail muzik yang lebih banyak.

Kebanyakan penggemar MP3 mungkin mengetahui kesan bahawa mendengar muzik dengan bunyi kuat akan merosakkan pendengaran. Kajian menunjukkan kerosakan pendengaran disebabkan muzik yang kuat yang ditentukan oleh tempoh masa mendengar MP3. Ia membawa maksud sekiranya penggemar MP3 merendahkan bunyi muzik/MP3, mereka masih terdedah dengan kehilangan pendengaran sekiranya masih memasang fon telinga untuk tempoh masa yang panjang.

Menurut kajian dari British, 39% remaja berusia 18 hingga 24 tahun mendengar muzik sekurang-kurangnya satu jam sehari sehingga 105 disibel. Remaja ini telah mendedahkan telinga mereka pada satu tahap bunyi bising dan kadaran sepatutnya adalah tidak melebihi 25 minit setiap minggu. Penggemar perlu mengetahui maklumat kadar paras bunyi disibel pada peralatan MP3 tersebut sebelum membeli dan kadar pendengaran normal adalah antara 0 hingga 20 disibel.

Pengguna dan penggemar MP3 perlu mempertimbangkan penggunaan dan mengenal-pasti kesannya kepada telinga. Kemungkinan remaja boleh kehilangan pendengaran pada usia muda sekiranya tidak didedahkan tentang kesan menggunakan MP3 ini. Industri pengeluar MP3 diharapkan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira risiko dan kesan akibat pengeluaran MP3 yang tidak berkualiti tanpa meletakkan sebarang tanda amaran pada pembungkusan produk.

Ði Malaysia, pengeluar boleh mengguna pakai standard MS 301 489-6:6:2009 Specific Contisons for Ðigital Enhance Cordless Telecommunications (ÐECT) Equipment sebagai panduan dalam produk digital seumpama ini.

Tips # 1 – Rendahkan bunyi muzik MP3

Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap yang seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetapi ia adalah tidak mustahil.

Tips # 2 – Kurangkan masa dedahan dan frekuensi

Setelah anda rendahkan bunyi muzik, latih telinga anda untuk berehat setiap 10 hingga 15 minit. Nikmati bunyian di sekeliling anda, sama ada anda berada di dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya, anda boleh memngurangkan masa menggunakan fon telinga seperti contoh sebelum ini anda menggunakannya selama 1 jam sehari dan mengurangkan kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap ini, cuba kurnagkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.

Tips # 3 – Membuat ujian pendengaran secara berkala

Jadiklan langkah ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesan-kesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran.




Sumber : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di BHarian 27/05/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails