“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 15, 2011

Tips untuk lelaki rendah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“Oh abang Pendek....” kata seorang minah kepada seorang mamat yang bertubuh rendah yang telah menyelamatkannya... anda masih ingat lagi dialog iklan chewing gum di kaca tv? Tak pernah? Tak mengapalah... Jika tidak pernah, anda tentu pernah melihat pasangan yang isterinya lebih tinggi dari suami.

Apa yang terlintas di hati anda ketika itu? Tak padan, tak sesuai dan sebagainya. Bagi wanita seorang lelaki itu perlu tinggi, barulah dilihat sasa dan segak. Manakala lelaki yang kurang dari segi ketinggian dilihat ada yang tidak kena pada mereka, apatah lagi bila berbadan gemuk dan boroi.

Walau bagaimanapun, tentu ada di antara rakan-rakan yang berpendapat wanita yang bersuamikah lelaki rendah beruntung kerana akan murah rezeki sepanjang ikatan perkahwinan itu. Benarkah? Atau ia hanya sekadar halwa telinga?

Sebenarnya lelaki yang “tidak cukup inci” atau kurang dari segi ketinggian berdepan dilema tersendiri. Mereka sering saja berasa malu dan rendah diri apatah lagi jika mahu mendekati wanita yang lebih tinggi dari mereka. Jika anda dikurniakan dengan badan yang rendah, ini tidak bermakna anda perlu merasa rendah diri. Cara berpakaian dapat membantu sedikit-sebanyak dalam penampilan anda sekaligus membolehkan lelaki rendah ini merasa lebih berkeyakinan bila berhadapan dengan masyarakat.

Jadi apa yang perlu mereka lakukan bila berdepan masalah ini? Yang penting, jangan hiraukan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati anda. Lihatlah di sekeliling anda, berapa ramai lelaki rendah yang berjaya menarik perhatian ramai, sekadar memetik beberapa contoh seperti Ally Iskandar, Dr HMTuah, dan Datuk Bung Mukhtar Radin.... heh he...


Bagi lelaki, agak sukar untuk menutup kekurangan tubuh hanya dengan memakai kasut yang bertapak setinggi 3 inci, tetapi tips yang disenaraikan di bawah sering diabaikan, namun boleh membantu anda kelihatan lebih tinggi :

1. Postur tubuh yang betul

Mengekalkan postur tubuh yang baik adalah penting jika anda ingin mencapai potensi ketinggian maksimum anda. Ingat, duduk dengan belakang anda lurus dan berdiri bangga dengan kepala sehingga tinggi anda pada setiap masa. Postur badan yang bongkok dengan kepala yang menunduk ke lantai hanya akan membuat anda kelihatan lebih pendek, malah seakan tiada keyakinan diri.

2. Berambut pendek

Perlu diingat, rambut yang pendek adalah yang terbaik untuk lelaki yang lebih pendek. Individu yang berambut panjang cenderung untuk menyembunyikan leher dan bahu, membuat kepala dan badan kelihatan seperti satu bahagian badan dan ini tidak membantu anda dalam usaha untuk kelihatan lebih tinggi.

3. Berpakaian sesuai dengan tubuh

Lelaki rendah lebih bijak berpakaian kerana mereka lebih teliti memilih berbanding lelaki tinggi. Memakai pakaian berwarna terang dan longgar? Elakkan sama sekali, ia adalah pilihan paling buruk dan menjadikan anda seperti patung permainan. Warna-warna gelap seperti biru tua, dark grey dan hitam adalah lebih sesuai bukan sahaja untuk imej lebih langsing atau “slim” tetapi untuk kelihatan lebih dominan.

Begitu juga dengan pakaian yang kecil dan ketat. Jangan sesekali pejamkan mata dan mengambil pakaian di rak tanpa menelitinya terlebih dahulu. Sikap begini menjadikan hidup anda merana kerana terlepas peluang memikat gadis idaman.

4. Jangan malas ke gimnasium

Satu lagi tip yang baik ialah dengan memaksimumkan tahap kesihatan anda iaitu, anda perlu kekal sihat dan tangkas pada setiap masa. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan amat berotot cenderung untuk dilihat lebih rendah, jadi cubalah kekalkan bentuk badan yang sederhana boleh membantu anda kelihatan tinggi secara keseluruhannya.

Lelaki rendah selalunya tidak mahu kelihatan gemuk. Ini kerana nampak sangat buruk jika menjadi lelaki rendah dan gemuk dalam satu masa. Justeru diri perlu lebih rajin bersenam berbanding lelaki tinggi.

Ada lelaki tinggi yang berfikir bahawa tiada salahnya mereka menambah berat badan kerana tubuh yang tinggi sukar kelihatan gemuk. Hasilnya mereka menjadi lebih gemuk daripada berat badan yang sepatutnya.

Anda perlu faham bahawa tubuh pendek tetapi berotot adalah lebih menarik perhatian wanita berbanding tubuh tinggi tetapi berat badan berlebihan.

5. Bijak bergaya

Jangan jadikan isu ketinggian untuk menjadikan diri anda tidak bergaya. Beranikan diri bergaya jika anda berasakan ia sesuai. Lelaki tinggi, sila ambil perhatian. Hanya kerana anda tinggi, tidak bermakna anda boleh memakai apa-apa sahaja fesyen. Anda perlu mempunyai deria untuk bergaya supaya sentiasa kelihatan menarik dan tertarik.

Wanita bukanlah mencari lelaki tinggi semata-mata dan menjadi tertarik kepada aspek ketinggian semata-mata. Namun lelaki yang bijak mengenakan pakaian yang sesuai selain bijak menyuai padankan pakaian, lelaki itulah yang mampu menarik hati wanita.

6. Memakai kasut tinggi

Menggunakan kasut yang mampu menambahkan ketinggian tubuh sedikit sebanyak dapat membantu penampilan, tetapi ini cuma satu “penipuan”. Namun tidak salah untuk mencuba, tiada peraturan yang mengatakan lelaki tidak boleh memakai “kasut tinggi”.

7. Pupuk keyakinan diri

Seperti biasa, keyakinan diri ialah faktor yang menjadi kunci kejayaan memikat hati wanita. Ramai lelaki tinggi beranggapan mereka lebih mudah memikat hati wanita. Namun sedarkah anda begitu ramai wanita kini sedang bersama dengan lelaki lebih rendah? Mengapa? Sebabnya mereka lebih bijak memikat hati wanita berbanding anda yang kononnya berasa yakin.

Untuk lelaki tinggi, sila beri perhatian. Faktor ketinggian sememangnya satu bonus untuk anda. Namun wanita bukan sekadar melihat kepada faktor tersebut semata-mata. Ramai lelaki tinggi terpedaya dengan ketinggian mereka dan menyangka hanya dengan memetik jari, wanita mudah tergoda. Wanita kini mencari lelaki yang lebih dekat dengan jiwa mereka supaya kehidupan akan datang memberi kebahagiaan.

8. Keterampilan lebih utama

Satu hal yang perlu diketahui oleh lelaki yang rendah ialah keterampilan lebih utama berbanding ketinggian. Selain itu anda juga perlu punya stail yang hebat dan berkeyakinan. Bersandarkan kenyataan inilah, lelaki bertubuh rendah perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan wanita.

Pun begitu, hanya lelaki kaya dan terkenal sahaja yang boleh menganggap isu tinggi atau rendah ini bukanlah perkara utama kerana mereka menggunakan kekayaan yang sedia ada untuk memikat wanita. Biasanya wanita berasa lebih selesa bersama lelaki rendah kerana lelaki ini lebih bijak menawan hati mereka.

Pun begitu, lelaki bertubuh tinggi pula tidak boleh memandang rendah kepada lelaki rendah. Jika anda tertanya-tanya mengapa gadis yang anda minati lebih suka bercakap dengan lelaki yang lebih rendah daripada anda, sudah tiba masanya untuk anda berfikir. Hanya kerana anda tinggi, tidak bermakna anda boleh memandang remeh soal kejayaan dalam memikat hati wanita.

Semoga bermanfaat!




Sumber : MW# dan tambahan sendiri.

1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails