PAGE

Rabu, November 02, 2011

Buku seks Kelab Taat Suami haram

“Kita sudah menghantar buku berkenaan kepada KDN semalam untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamkan kerana kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam” ~ Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM


JAKIM dapati bahan terbitan KTS bercanggah dengan ajaran Islam

Kuala Lumpur : Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia terbitan Kelab Taat Suami (KTS) diwartakan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas didapati bercanggah dengan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hasil kajian Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mendapati kandungan buku terbabit menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam.

MUKA belakang buku yang mencetuskan kontroversi.

“Kita sudah menghantar buku berkenaan kepada KDN semalam (kelmarin) untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamlan kerana kandungannya yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita juga akan terus menyiasat dan meneliti buku terbitan KTS yang lain yang diragui kandungannya jika mendapat sebarang aduan,” katanya.

Dalam entry Eksklusif: Kelab Taat Suami terbit buku seks, sebelum ini melaporkan mengenai penerbitan buku itu oleh KTS yang dikatakan panduan kepada ahli kelab itu dan mereka yang sudah berkahwin, antara lain menceritakan mengenai hubungan suami isteri secara roh di mana suami boleh melakukannya serentak dengan semua isteri.

Buku setebal 115 muka surat itu dihasilkan Hatijah Aam atau Ummu Jah, yang juga isteri kepada pemimpin bekas pemimpin al-Arqam, Asaari Muhammad turut mendakwa ketika dunia menyangka Asaari atau Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Bagaimanapun, Hatijah yang juga Presiden KTS Antarabangsa dalam satu sidang media melalui laman Skype dari Makkah, menafikan buku itu terpesong daripada ajaran Islam, sebaliknya ia perlu diketahui umat Islam zaman ini yang didakwa sudah terpengaruh dengan ajaran seks barat.

Mashitah berkata, kandungan buku berkenaan terutama yang menyentuh hubungan suami isteri secara roh pemikiran yang tidak terjangkau oleh akal dan boleh menyesatkan orang lain jika tidak dibendung.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Program Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian, katanya, acuan pemikiran sedemikian merosakkan masyarakat dan sama sekali tidak dibenarkan sama ada dari segi agama, budaya mahupun Perlembangaan Negara.




Sumber : BHarian 02/11/2011

Capaian entry berkaitan :
* Eksklusif: Kelab Taat Suami terbit buku seks
* 'Layan macam pelacur'
* Puaskan suami macam pelacur? Biadap!
* Ketaatan isteri mengikut syariat
* Isteri tak perlu kelab jaga suami
* Taat bukan lesen halalkan penderaan
* Kelab Taat Suami galak poligami
* Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat

1 ulasan:

  1. Kelab Taat Suami akur buku diharam KDN

    Kuala Lumpur : Kelab Taat Suami (KTS) akur dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharaman buku terbitan mereka, Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia, namun bertegas buku berkenaan tidak seperti digambarkan.

    Presidennya, Fauziah Ariffin berkata, pengharaman buku itu sudah dijangka kerana didakwa disalah tafsir, sama seperti beberapa buku terbitan Global Ikhwan Sdn Bhd sebelum ini.

    “Kita tidak akan terbitkan lagi kerana sudah diharamkan. Lagipun, bilangan buku diterbitkan sebelum ini sudah cukup untuk ahli dan mereka sudah membacanya,” katanya.

    Dalam entry di atas melaporkan, KDN mengharamkan buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia selepas mendapatinya bercanggah dengan ajaran Islam.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Meneri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim berkata, hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendapati kandungan buku itu menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam.

    Fauziah berkata, ramai yang bukan ahli KTS menyifatkan buku itu sangat membantu mereka menempuh alam perkahwinan dan tiada sebarang kesalahan yang boleh memesongkan akidah.

    Sumber : BHarian 03/11/2011

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...