
KUANTAN 28 Okt. – Tidak dapat berkahwin lagi, isteri jadi mangsa. Inilah yang berlaku apabila seorang pengawal keselamatan mengugut untuk membunuh isterinya itu kerana dia tidak melamar wanita yang ingin dinikahinya suaminya.
Kejadian dilaporkan berlaku di Pancing dekat sini semalam.
Lebih malang kepada lelaki tersebut, wanita yang hendak dilamar itu telah pun bersuami.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata lelaki tersebut yang juga anggota Rela yang berumur 57 dipercayai marah apabila isterinya yang berumur 60 tahun yang pergi ke rumah nenek wanita berkenaan petang semalam untuk merisik, tidak menyampaikan hasrat suaminya itu.
Ketika pulang ke rumah, suaminya yang mengesyaki dia tidak memaklumkan hasratnya kepada pihak wanita berkenaan, bertindak mengacukan parang ke leher isterinya sambil mengugut untuk menyembelih mangsa dan mahu menembak isterinya dengan senapang patah.
“Mangsa yang ketakutan nekad melarikan diri ke rumah anaknya yang terletak berhampiran sebelum ke Balai Polis untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berikutan itu, polis menahan suami wanita berkenaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah, kata Mohd. Haris. – BERNAMA.
Sumber : UM 28/10/2009
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Oktober 28, 2009
Suami ugut bunuh isteri tak lamar bakal madu
Isnin, Oktober 26, 2009
Dahulukan memberi, bukan menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...
Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Sebuah akhbar harian melaporkan satu hasil kajian mengenai kelebihan sifat pemurah sebagai penyumbang kepada keceriaan kehidupan. Kajian terbaru ini mendedahkan bahawa individu yang menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau tujuan amal lebih gembira sementara mereka yang hanya menghabiskan wang untuk diri sendiri adalah sebaliknya.
Analisis secara statistiknya mendedahkan bahawa menghabiskan wang untuk tujuan persendirian tidak memiliki apa-apa hubungan dengan kegembiraan manusia, sementara menghabiskan wang untuk orang lain dan kebajikan mempunyai hubungan dengan pemangkin kegembiraan.
Menurut Elizabeth Dunn, ahli psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada yang mengetuai kajian tersebut berkata, “Tidak kira bagaimana banyaknya pendapatan seseorang itu, mereka yang menghabiskan banyak wang untuk orang lain dilaporkan lebih gembira, sedangkan orang yang menghabiskan kebanyakan wang untuk dirinya sendiri tidak sedemikian.” Hasil penelitian ini terbit di jurnal ilmiah dunia, Science, volume 319, 21 Mac 2008. Judul karya ilmiah yang membongkar mitos di bidang ilmu ekonomi itu bertajuk “Spending Money on Others Promotes Happiness” (Membelanjakan Wang untuk Orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan).
Melihat gelagat anak-anak kecil bersama ibu bapa ketika berkunjung ke kedai-kedai atau ke pasar-pasar sering menyentuh emosi. Sudah kebiasaan, anak-anak kecil mahukan itu dan ini, sama ada berbentuk makanan ataupun mainan. Ibu bapa yang tidak kisah dalam soal berbelanja, permintaan si anak seumpama itu tidak menjadi masalah untuk ditunaikan.
Saat paling menyentuh emosi apabila melihat hajat si anak tidak ditunaikan. Maka pelbagai cara terpaksa dilakukan ibu bapa agar anak-anak tidak dimanjakan dengan kemewahan hingga semua yang mereka mahukan, akan diperolehi. Selalunya episod seperti ini berakhir dengan luahan emosi kekecewaan di kedua-dua belah pihak.
Episod yang dipaparkan ini merupakan sebahagian dari apa yang kita semua lalui dalam kehidupan. Berbekalkan sumber pendapatan yang diperolehi, sebanyak itulah juga yang terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Bagi individu yang berpendapatan tinggi, soal untuk berbelanja tidak menjadi sebarang masalah. Sebaliknya, tekanan hidup sering terjadi berpunca daripada sumber pendapatan yang terhad.
Amalan berbelanja
Amalan berbelanja demi kepentingan orang lain sudah menjadi cara hidup Islam semenjak zaman Rasulullah SAW. Apa yang menarik tentang kajian yang dipaparkan ini ialah kaitan amalan berbelanja dengan menjana kecerdasan emosi individu terbabit. Kajian ini membuktikan sifat pemurah menyumbang kepada kegembiraan dan keceriaan hidup kita.
Allah SWT menjelaskan, “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu malam dan siang, sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan, maka mendapat ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 274)
Dengan kata lain, ganjaran yang Allah sediakan untuk orang-orang yang murah berbelanja untuk orang lain tidak terbatas ganjaran pahala sahaja. Bagi individu yang ikhlas berbelanja, Allah SWT memberi kekuatan emosi dan spiritual dengan cahaya kegembiraan memerangi hati mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, ayat al-Quran diturunkan sempena memuji sahabat yang lebih mengutamakan orang berbanding dirinya sendiri. Pada suatu hari, seorang tetamu berkunjung ke rumah Rasulullah, tetapi baginda tiada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu tersebut. Maka seorang sahabat dari golongan Ansar menjemput tetamu tadi berkunjung ke rumahnya.
Secara kebetulan, sahabat Ansar itu juga tidak cukup makanan di rumahnya, yang ada hanya sedikit sahaja. Apabila tiba waktu makan, sahabat Ansar itu berpakat dengan isterinya supaya lampu dipadamkan ketika waktu makan dan berpura-pura turut makan bersama-sama tetamu tadi, sebagai tanda layanan baik kepadanya. Apabila tiba waktu makan, makanan dihidangkan kepada tetamu yang sudah lama menunggu. Ketika hendak makan, sahabat Ansar dan isterinya melaksanakan apa yang dirancang sebelum itu, iaitu lampu dimatikan dan mereka berpura-pura turut sama makan bersama tetamu berkenaan dalam suasana gelap. Semua itu dirancang supaya tetamu yang hadir itu berasa selesa dengan layanan yang disediakan.
Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW menemui sahabat Ansar ini dengan membawa wahyu daripada Allah SWT yang memuji tindakannya melayan tetamu pada malam sebelumnya. Allah memuji sahabat itu kerana sifat mereka yang mengutamakan orang lain dengan firman-Nya, “Dan orang-orang yang telah menempati (mendiami) Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (memerlukan apa yang mereka berikan itu). Dan barang siapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung (bahagia).” (Surah al-Hasyr [059], ayat 9)
Kisah Saidina Uthman
Dalam satu peristiwa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, pernah berlaku suatu keadaan kekurangan bekalan makanan yang sangat kritikal di kalangan penduduk Madinah. Keadaan itu benar-benar menguji kehidupan masyarakat sehinggakan Khalifah Abu Bakar terpaksa menenangkan keadaan dengan ungkapannya, “Bersabarlah sehingga Allah SWT menolong kamu semua.”
Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang sarat membawa bekalan makanan telah sampai ke rumah Saidina Uthman al-Affan. Berita itu amat menggembirakan Saidina Abu Bakar kerana kekayaan sebanyak itu datang kepada seorang sahabat yang terkenal dengan sifat dermawan dan suka membantu perjuangan Islam dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Beberapa orang peniaga Madinah segera pergi ke rumah Saidina Uthman bertujuan mendapatkan bekalan makanan bagi dijual kepada seluruh penduduk yang amat memerlukannya. Kedatangan para peniaga sudah diduga oleh Saidina Uthman.
Beliau bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu semua mahukan?”
Mereka menjawab, “Kamu mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang membawa bekalan makanan telah sampai kepada tuan. Jualkanlah barangan tu kepada kami supaya kami dapat membahagikannya kepada fakit miskin di Madinah.”
Saidina Uthman bertanya kepada para peniaga, “Berapa keuntungan yang kamu sanggup berikan kepada aku bagi barangan yang aku belikan dari Syam ini?”
Mereka menjawab, “Setiap sepuluh dirham, kami bayar dua belas dirham.”
Balas Saidina Uthman, “Aku pernah ditawarkan dengan keuntungan yang lebih daripada itu.”
Mereka berkata, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan empat belas dirham.”
Balas Saidina Uthman pula, “Aku ditawarkan lebih lagi daripada itu.”
Balas peniaga, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan lima belas dirham.”
Jawab Saidina Uthman, “Aku ditawarkan lebih lagi.”
Para peniaga Madinah itu bertanya pula, “Siapakah yang akan membayar keuntungan sebanyak itu kepada kamu, sedangkan kami adalah peniaga-peniaga di Madinah?”
Kata Saidina Uthman, “Dia akan membayar sepuluh untuk setiap satu dirham. Adakah kamu sanggup membayar lebih daripada jumlah itu?”
Mereka menjawab, “Tidak, kami tidak mampu membayar setinggi itu.”
Kaya belum tentu bahagia
Akhirnya Saidin Uthman memberitahu kepada semua peniaga yang hadir itu, “Saksikanlah wahai peniaga-peniaga Madinah bahawa semua bekalan makanan ini adalah sedekah aku untuk fakir-fakir miskin di Madinah.” Berita itu amat menggembirakan Khalifah Saidina Abu Bakar yang selama ini amat mengharapkan krisis kekurangan makanan di Madinah dapat diatasi dengan segera.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Saidina Uthman dengan kata-katanya, “satu dirham dibayar sepuluh” ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWT, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan harta mereka di jalan Allah adalah seumpama denga sebutir benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada setiap dahan ada seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Firman-Nya yang lain, “Barang siapa membawa satu amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya.”
Hati yang rela, melahirkan pekerjaan yang murni. Kerelaan dan kepasrahan menandakan keikhlasan dan kejujuran yang tidak terperi, tanpa kesangsian dan paksaan. Kejujuran inilah yang melahirkan kegembiraan yang sungguh membahagiakan. Apakah yang lebih diharapkan oleh setiap insan di muka bumi ini selain daripada kebahagiaan? Kaya belum tentu bahagia dan miskin bukan ukuran derita dan sengsara. Lebih baik miskin harta tetapi kaya hati. Kekayaan hati inilah pancaran daripada cahaya kasih sayang sesama manusia. Semangat ‘memberi’ lambang kekayaan hati dan kebahagiaan diri yang suci, hanya mengharapkan keredhaan Illahi.
Kelebihan memberi dapat kita lihat dalam al-Quran dan hadis seperti berikut :
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’ [034], ayat 39)
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik (halal) yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka kebaikan dan faedah (pahala) itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya (disempurnakan balasannya) dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Baqarah, ayat 272)
Firman Allah SWT yang bermaksud, “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 273)
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh irihati melainkan pada dua perkara: (1) Seorang diberikan Allah harta lalu dia menginfaqkannya pada perkara ketaatan dan (2) seorang diberikan Allah hikmah (ilmu berkaitan Al-Quran) lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya melebihi dia menyayangi hartanya sendiri? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tiada seorangpun dari kami melainkan dia lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabdanya: Sesungguhnya harta seseorang itu adalah harta yang telah dia infaqkan manakala harta warisnya adalah harta yang dia simpan (kerana jika dia mati maka harta yang disimpan itu akan diberikan kepada waris sedangkan harta yang dia infaqkan akan diterima balik pada hari kiamat dalam bentuk ganjaran).” (Hadis riwayat Bukhari)
Dari ‘Adiy bin Hatim r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan (menginfaqkan) separuh kurma.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak pernah Rasulullah diminta sesuatu dan Baginda menjawab: Tidak boleh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurayrah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Allah Taala telah berfirman: Berinfaqlah wahai anak Adam nescaya Allah berinfaq ke atas kamu (yakni menggantikan apa yang kamu belanjakan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dar Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kelebihan bersedekah
Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya banyak kelebihan bersedekah. Antaranya :
- Membawa rahmat kepada pengamalnya
- Penebus dan pelupus dosa
- Membuka pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka.
- Bersedekah menunjukkan seseorang itu bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.
- Akan dimurahkan rezekinya oleh Allah,
- Terhindar atau dipelihara daripada bala bencana, boleh mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah)
- Dipanjangkan umur,
- Menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
- Tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
- Memuliakan maruah seseorang
- Merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
- Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.
Ikhlas memberi
Kesucian hati dan pengorbanan yang kita lakukan akan meletakkan kita pada zone yang akan memberikan kita ketenangan jiwa dan perasaan hingga menghasilkan tenaga dalam diri yang cukup kuat. Tenaga dalaman ini menjana keyakinan diri yang tinggi. Dengan keyakinan diri, terpancarlah keyakinan dan kepercayaan yang tidak mengharap apa-apa daripada membelanjakan sesuatu, hanya mengharapkan redha Tuhan.
Sehubungan dengan itu, mekarlah di mana anda berada dengan banyak memberi, bukan menerima. Sifat positif dan ikhlas anda boleh merubah keadaan. Jangan hanyut dengan suasana, malah binalah suasana kemenangan bersama keluarga, tempat kerja dan masyarakat dengan mengharapkan keredhaan Pencipta. Semangat dan budaya hidup yang digerakkan berteraskan konsep memberi, mampu membahagiakan hati ke arah kehidupan yang diredhai-Nya.
Semoga dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.
Sumber : RMJ dan tambahan sendiri.
~ 睡眠不足のママ ~
http://bawangorengnet.blogspot.com
Ahad, Oktober 25, 2009
Q&A : Pembaca keliru surah al-Taubah tanpa Bismillah
Soalan:
Mengapakah kita tidak membacakan Bismillah pada awal surah al-Taubah.
Pelajar bingung,
Melaka.
Jawapan:
Ada pelbagai penjelasan ulama tafsir berhubung perkara ini. Sebagai contoh diperjelaskan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jamik Li ahkam al-Quran.
Pandangan pertama ialah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau memungkiri janji. Sikap pihak Quraisy memungkiri janji menyebabkan surah ini diturunkan tanpa dimulakan dengan al-Basmalah.
Pandangan kedua pula yang diriwayatkan al-Nasaei ahmad daripada Muhammad al-Muthanna bahawa Ibn Abbas pernah bertanyakan kepada Uthman Affan, mengapakah surah al-Taubah termasuk dalam kategori suah al-Mi`in digabungkan dengan al-Anfal yang sebahagian surah al-Mathani.
Jawapan Uthman adalah perkara itu ditetapkan Nabi SAW tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat. Uthman hanya berkata, kedua-dua surah itu mengandungi mesej hampir sama. Perkara ini juga diriwayatkan al-Tirmizi dalam jalan periwayatan.
Pandangan ketiga pula daripada Abu Ismah dan Kahrijah bahawa sahabat berselisih pandangan terhadap surah al-Anfal dan al-Taubah. Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza.
Apabila kedua-dua golongan itu tidak bersetuju, maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan surah al-Taubah tanpa dimulakan al-Basmalah bagi menerima pandangan yang mengatakan ia sebahagian surah al-Anfal. Pada masa yang sama, surah al-Taubah dimulakan dengan nombor pertama bagi menerima hujah pihak kedua yang mengatakan ia adalah surah berbeza.
Pandangan keempat yang menjadi pilihan kebanyakan ulama bersumberkan daripada Ibn Abbas yang mengatakan al-Basmalah yang diletakkan pada permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah al-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu amaran dan peperangan.
Surah ini menyampaikan pernyataan umum putusnya ikatan dan perjanjian antara Muslimin dengan Musyrikin, kecuali sebahagian perjanjian yang sudah ditetapkan ketika berlakunya hingga ke waktu tertentu. Itupun jika perjanjian itu tidak dilanggar atau dirosakkan. Musyrikin sengaja melakukan helah terhadap Muslimin seperti menjalin hubungan dengan Yahudi dan mengingkari ketetapan yang ditandatangani bersama.
Perkara ini mengakibatkan ikatan persefahaman yang dimeterai bersama dirungkai dan tiada lagi tanggungjawab moral terhadap pengkhianatan itu.
Islam mesti membuat perhitungan dengan mereka. Demikian latar belakang peristiwa berkaitan dengan turunnya surah al-Taubah atau dinamakan juga sebagai al-Bara`ah seperti yang diperjelaskan Ibn Jarir dalam tafsirnya. Inti pati peringatan daripada surah ini dapat difahami dengan jelas menerusi ayat pertama surah berkenaan iaitu: "(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) daripada Allah SWT dan Rasul-Nya terhadap golongan kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)."
Menurut Sufyan Uyainah, al-Basmalah yang terletak pada awal surah mengandungi makna rahmat yang diperuntukkan untuk kalangan Mukminin. Ini berbeza terhadap golongan Musyrikin, munafik dan kafir yang menjadi penentang Islam. Mereka tidak layak mendapat jaminan itu.
Bagaimanapun, setiap penjelasan ini sebenarnya adalah pandangan ulama di kalangan sahabat dan tabi'in. Memadailah untuk kita mengatakan setiap perkara yang berhubung dengan al-Quran adalah ketetapan Allah SWT secara tawqifiy.
Apabila Nabi SAW memperdengarkan bacaan al-Anfal hingga ke penghujung, maka Baginda menyambung dengan surah al-Taubah tanpa membacakan al-Basmalaha, wallahu a'lam.
Sumber : BHarian 2009/10/25
Jumaat, Oktober 23, 2009
I’m worth a lot
Something nice to share...
In a brief conversation, a man asked a woman he was pursuing the question, "What kind of man are you looking for?"
She sat quietly for a moment before looking him in the eye and asking, "Do you really want to know?"
Reluctantly, he said "Yes."
She began to expound..., "As a woman in this day and age, I am in a position to ask a man what he can do for me that I can't do for myself. I pay my own bills. I take care of my household without the help of any man….. or woman for that matter. I am in the position to ask, what can you bring to the table?"
The man looked at her. Clearly he thought that she was referring to money. She quickly corrected his thought and stated, "I am not referring to money. I need something more. I need a man who is striving for perfection in every aspect of life."
He sat back in his chair, folded his arms, and asked her to explain.
She said, "I am looking for someone who is striving for perfection mentally because I need conversation and mental stimulation. I don't need a simple-minded man. I am looking for someone who is striving for perfection spiritually because I don't need to be unequally yoked... believers mixed with unbelievers is a recipe for disaster. I need a man who is striving for perfection financially because I don't need a financial burden. I am looking for someone who is sensitive enough to understand what I go through as a woman, but strong enough to keep me grounded. I am looking for someone who I can respect. In order to be submissive, I must respect him. I cannot be submissive to a man who isn't taking care of his business. I have no problem being submissive... he just has to be worthy. God made woman to be a help mate for man. I can't help a man if he can't help himself."
When she finished her spill, she looked at him. He sat there with a puzzled look on his face. He said, "You’re asking a lot."
She replied, "I'm worth a lot."
Send this to every woman who worth a lot.... and every man who needs to know.
Khamis, Oktober 22, 2009
Hadiah yang sangat diperlukan...
Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Inilah entry yang sudah agak lama saya ingin kongsikan di sini. Saya pernah memberi komen dalam entry Bos rumahtangga, jika pembantu rumah diberi kelebihan begini i.e. gaji minimum, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Elaun Sara Hidup (Cola), cuti tahunan, bonus dan sebagainya, bagaimana pula nasib surirumah sepenuh masa yang kadang-kala khidmat mereka seolah-olah tidak dihargai dan tidak pula mendapat layanan baik daripada suami? Namun ada yang tidak setuju dengan saya, katanya, “Suri rumah bukan pembantu rumah. Surirumah adalah ketua rumah selepas suami. Kalau surirumah diberi gaji, suami boleh buat aduan jika tak menepati piawaian dan isteri tentu tak rela, kan?”
Surirumah atau isteri tidak layak mendapat upah atau apa-apa ganjaran? Pada pendapat saya, jika isteri tidak layak mendapat apa-apa ganjaran daripada suami, bermakna status isteri itu lebih rendah daripada seorang pembantu rumah dan lebih hina daripada seorang hamba! Hamba di zaman dahulu pun diberi upah oleh pemiliknya. Jika anda juga berfikiran sama seperti feedback yang saya terima di atas, bacalah sampai akhir dan cuba fahami apa yang ingin saya sampaikan.
Lelaki sebagai Pelindung
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”
Allah juga berfirman lagi dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud, “....Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran (upah) menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anak-anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan, di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Upah atau ganjaran ini dikategorikan salah satu bentuk nafkah perlindungan. Oleh sebab inilah, setiap wanita yang bergelar isteri, tidak kira sama ada isteri ini seorang surirumah atau berkerjaya, mereka wajar diberi upah oleh suami. Dato’ Dr. Noor Laily Abu Bakar (NURY) juga mempunyai pendapat yang sama, malah beliau pernah memberi cadangan kepada Suruhanjaya Hal Ehwal Wanita (rujuk MW Bil 1349, siaran 25/09/2009 dalam kolum ‘Permata Hatiku’) agar surirumah dibayar gaji dan elaun (diberi upah) atas sumbangan mereka kepada pembangunan keluarga dan juga negara. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh sila semak entry Nasib isteri tak pegang duit untuk penjelasan lebih terperinci mengapa isteri wajar mendapat upah daripada suaminya.
Kasih dan sayang
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tiada siapa boleh pertikaikan, persoalan rezeki, jodoh, ajal, maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Dan tiada sesiapapun di antara kita yang tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Pernahkah kita terfikir, apakah yang akan berlaku jika kita dijemput Allah secara tiba-tiba? Adakah kita telah bersiap sedia? Bagaimana pula nasib orang-orang yang kita tinggalkan? Adakah orang-orang yang kita sayangi ini mempunyai jaminan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa selepas pemergian kita? Lebih malang nasib mereka, jika kita seorang sahaja sole bread winner (penjana pendapatan) dalam keluarga.
Saya yakin, kita semua pernah mengucapkan perkataan ‘sayang’, mengetahui dan memahami erti ‘sayang’. Ibu bapa sayangkan anak dan sebaliknya, suami sayangkan isteri dan sebaliknya, malah, jika dilihat dalam konteks global, kita juga perlu ada rasa sayang sesama saudara-mara, rakan-taulan, jiran-tetangga dan juga saudara seagama.
Mulut manusia memang mudah mengucapkan kata ‘sayang’ tetapi ada kalanya tindakan kita tidak selari dengan apa yang keluar daripada mulut kita. Saya tertarik dengan kata-kata Puan Suzana Ghazali, jika kita benar-benar sayangkan isteri dan anak-anak, kita perlu selarikan kata-kata sayang tersebut dengan tindakan kita. Ini bermakna, seorang suami yang meluahkan kata sayang kepada isteri, perlulah bertindak merealisasikan maksud kasih-sayang tersebut dalam berntuk tanggungjawab yang PERLU dan WAJAR sebagai seorang suami. Sama juga, seorang isteri yang meluahkan kata sayang kepada suami perlulah bertindak merealisasikan maksud kasih sayang tersebut dalam bentuk tanggungjawab yang perlu dan wajar sebagai seorang isteri juga. Dalam entry ini, saya cuma akan fokus ‘sayang’ suami kepada isteri dan anak-anaknya.
Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali, sesebuah rumahtangga yang bahagia dapat dibina dengan struktur asas iaitu :
- Al-sakinah (ketenangan)
- Al-mawadah (kemesraan)
- Al-tarahum (timbang-rasa)
Jika salah satu daripada elemen ini tiada, maka amat sukar sekali sesebuah rumahtangga itu akan bahagia apatah lagi jika ketiga-tiga elemen ini tiada, maka sudah tentulah mustahil untuk kita mendirikan sesebuah rumahtangga.
Bagaimanakah caranya untuk kita wujudkan ketiga-tiga elemen ini?
Orang dulu-dulu selalu kata, cinta yang sejati tidak memandang pada harta semata-mata. Cukup dengan cinta yang dipenuhi oleh kasih sayang dan janji sehidup semati. Tetapi itu dahulu, di mana segalanya masih boleh diperolehi tanpa menghulurkan wang ringgit yang banyak. Masih boleh meneruskan kehidupan hanya dengan bekerja cukup makan.
Jika tidak, masakan Amran dalam filem ‘Penarik Beca’ boleh tertarik kepada Azizah dan Azizah pula menyambut cinta Amran Walhal masing-masing berbeza dalam banyak aspek. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia… waahhh.. dek kerana cinta, segalanya mungkin. Itu era 50-an dan 60-an. Zaman sudah berubah, dunia semakin maju, jika terdapat seorang lagi Amran yang sama situasinya dengan Amran era 50-60-an, boleh dia hidup bersama Azizah membesarkan anak-anak pada zaman ini? Jawapannya, BESAR kemungkinan tidak! Mungkin ada yang tidak setuju, namun tidak kurang yang kata tidak. Persepsi manusia berbeza-beza. Tetapi apa yang hendak dijelaskan di sini ialah dalam zaman serba moden ini, segalanya memerlukan wang sehingga ada pepatah berbunyi “wang bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang”. Ada benarnya juga pendapat seperti ini. Iyalah, nak sedekah kena ada duit, nak melepaskan hajatpun (di tandas awam) kena bayar sekurang-kurangnya 20 sen. Betul tak?
Benarkah wanita zaman ini ramai yang mata duitan dan materialistik? Demand sana demand sini, sebelum kahwin sudah tetapkan syarat itu ini. Pernahkan kita fikirkan, mengapa mereka bersikap terlalu mementingkan wang dan material? Sebenarnya, jika kita kaji dengan lebih mendalam, mereka punya alasan yang tersendiri yang agak boleh diterima-pakai. Kadang-kala wanita perlu begitu kerana mereka merasakan perlu ada perlindungan dan jaminan dalam meneruskan kehidupan dalam rumahtangga. Jangan pula selepas kahwin, hendak makan pun susah apatah lagi hendak menikmati hidup yang selesa dan tenteram. Jika asyik dihambat susah dengan hutang, bagaimana mahu hidup dengan tenang?
Tahukah anda (kaum lelaki) bahawa wanita memang menginginkan perlindungan, jaminan dan hidup yang selesa daripada anda? Jika selepas berkahwin lebih sengsara, siapa yang hendak berkahwin? Terdapat beberapa hadiah dan pemberian daripada suami yang sememangnya amat diingini oleh isteri, Cuma kadang-kala tidak terluah oleh kata-kata. Tetapi, sebenarnya mereka inginkan apa yang tersenarai di bawah ini sepanjang hidupnya. Bagi kaum lelaki, cuba selidik dan renung-renungkan.
1. Jaminan hidup
Semua wanita apabila sudah bergelar isteri mempunyai impian agar hidupnya terjamin hingga ke akhir hayat. Berkongsi hidup bersama seorang suami adalah satu impian yang tidak boleh dipertikaikan, tetapi sejauh mana mereka yakin bahawa mereka bahagia selamanya adalah sesuatu yang sukar untuk dijawap.
Memiliki rumah yang selesa di samping suami yang setia adalah satu impian setiap wanita. Jaminan inilah yang diperlukan. Isteri tidak perlu bertanya sepanjang masa adakah suaminya setia kepadanya atau masih sayang kepadanya. Cukuplah dengan perhatian dan keperluan yang disediakan. Antaranya, tempat tinggal yang selesa, makan minum yang mencukupi, keluarga yang bahagia dan perbelanjaan untuk isteri yang cukup. Dalam hal ini, hadiah sebeginilah yang paling diperlukan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
2. Wang
Tidak disangkal lagi bahawa peranan wang amat besar sekali, bukan untuk mengajar seseorang menjadi hamba wang, tetapi perlu diingat segala yang diperlukan kini memerlukan wang. Dari mula mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak sahaja memerlukan bajet yang bukan sedikit. Ini belum termasuk kes kecemasan seperti sakit demam dan sebagainya.
Hadiahkan isteri anda dengan kewangan yang MANTAP dan pasti isteri anda akan menyukainya dan menyintai anda tanpa berbelah bagi. Pada zaman kini juga sudah wujud satu trend di mana gaji suami lebih tendah daripada isteri. JANGAN anggap suami sudah terlepas daripada tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika ini berlaku, suami kena berusaha lebih dan jangan asyik bergantung pada isteri sahaja.
3. Barangan peribadi
Suami yang sayang dan kasih kepada isterinya tidak akan lupa memberikan sebarang bentuk hadiah, walaupun bukan pada tarikh istimewa mereka. Belilah dan berilah isteri anda sesuatu yang boleh menampakkan dirinya kelihatan lebih cantik. Bukankah lebih elok jika suami selalu menghadiahkan sesuatu yang boleh diingat sampai bila-bila? Lagipun bukankah memberi hadiah itu salah satu sunnah Rasulullah SAW. Rujuk entry hikmah memberi hadiah jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sunnah yang ini.
Ada suami yang langsung tidak menghiraukan isteri mereka. Mentang-mentanglah isterinya hanya surirumah sepenuh masa, baju baru hanya diberi pada hari raya atau jika ada majlis keramaian sahaja. Lebih malang, jika si isteri punya pendapatan sendiri, suami beranggapan tidak perlu membelikan pakaian (nafkah zahir) untuk isteri kerana isterinya boleh beli dengan duit sendiri.
Telefon bimbit juga boleh dijadikan hadiah istimewa. Pemberian hadiah sebegini akan mengingatkan isteri pada suami sepanjang masa. Tidak percaya? Cubalah! Wanita memeng tidak boleh lari daripada meminati barang kemas sebagai hiasan diri. Emas dan aksesori seperti kristal, berlian, batu permata, mutiara dan macam-macam algi memang diciptakan untuk kecantikan wanita. Jadi, si suami kenalah faham akan hal sebegini dan jangan kedekut untuk memberikan sesuatu yang berharga pada isteri anda.
4. Saat kecemasan
Hadiahkan insurans atau wang simpanan kepada isteri anda dan pastinya dia gembira. Jangan ambil remeh hal kesihatan dan keselamatan isteri dan anak-anak anda. Dengan memberikan perlindungan berbentuk insurans, sudah pasti mereka terasa diri mereka dilindungi. Itulah hadiah yang paling berharga. Simpanan berbentuk wang juga menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka. Jika tidak mampu memberi dengan banyak, buatlah simpanan secara bulanan. Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah.
5. Aset
Aset juga tidak kurang pentingnya jika dijadikan hadiah untuk isteri yang tersayang, terutama sekali tempat tinggal yang selesa dan sempurna. Berilah isteri anda rumah yang boleh dijadikan pelindung untuk dirinya dan anak-anak. Memang jika hendak memberi rumah, agak tidak mampu tetapi apa salahnya anda bersedia dari awal lagi. Jika mahu menghadiahkan rumah, hendaknya rumah itu cukup luas (tidak terlampau luas, tapi juga tidak terlampau sempit), kerana di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang meriangkan. (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Bagi suami, sebelum berkahwin, tanamkan azam dan impian untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah dan sebuah pengangkutan yang boleh diguna-pakai selepas berkahwin nanti.
6. Alam maya
Hadiah yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar adalah hadiah yang paling berharga sekali. Ia tidak perlu ditunjuk atau diungkapkan dengan kata-kata, cukup melalui perbuatan dan pergerakan anda sahaja. Ia sudah cukup menjadikan anda dan suami sebagai satu pasangan yang ideal dan hebat. Apa yang penting, hadiahkan isteri anda dengan kejujuran, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Tidak perlu dilafazkan seperti “...sayang, abang jujur denganmu....”. Nampak ‘plastik’ dan hipokrit. Lebih elok jika anda buktikannya melalui perbuatan, bukan pengucapan semata-mata.
Ujian hidup sebagai pendorong
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri, bukan isteri seorang sahaja yang dituntut supaya berkhidmat kepada suami. Ini telah dijelaskan firman-Nya yang bermaksud, “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl [016], ayat 97)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.” Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Sediakan payung sebelum hujan, adalah pepatah yang sesuai untuk dijadikan amalan. Seorang suami yang soleh tidak akan membiarkan isterinya tanpa bekalan baik di dunia, mahupun di akhirat, sebelum timbul penderhakaan isteri di kemudian hari. Jangan lupa fikirkan masa depan kewangan anda dan keluarga, sebelum apa-apa kemalangan berlaku suatu hari nanti. Yang demikian, ini adalah contoh orang yang berwaspada terhadap kemungkinan buruk yang akan berlaku pada bila-bila masa.
Allah SWT tidak akan mensia-siakan balasan bagi orang yang melakukan sesuatu kebaikan, ini jelas diterangkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” (Surah az-Zalzalah [099], ayat 7-8)
Jika anda tidak setuju dengan entry ini, cuba renung sejenak nasib ibu-ibu tunggal (semoga mereka diberi ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi dugaan hidup) di luar sana yang terpaksa bertungkus-lumus, bersusah-payah keluar bekerja mengharungi pahit-maung membesarkan anak-anak dengan seribu satu macam kepayahan, semata-mata kerana suami (yang telah pergi atau bercerai hidup) gagal memberikan jaminan (nafkah dalam bentuk keselamatan dan perlindungan). Kita yang masih bernafas lagi, mahukah tinggalkan isteri dan anak-anak hidup dalam kesusahan dan melarat pula?
Ingatlah peringatan Allah SWT yang bermaksud, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah adz-Dzaariyaat [051], ayat 56)
Dan firman-Nya lagi yang bermaksud, “Dia yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya…” (Surah al-Mulk [67], ayat 2)
Jangan kedekut
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi-pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah ke atas harta orang-orang yang kedekut.’” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah sama sekali untuk mencari keredhaan Allah melainkan engkau diberi pahala atasnya sehinggakan apa yang engkau masukkan dalam mulut isteri mu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Memenuhi keperluan nafkah merupakan satu ibadah yang besar ganjarannya di akhirat kelak. Anda yang ‘kemut’ atau berkira dengan isteri (dan anak-anak), renung-renungkanlah. Tepuklah dada, tanya iman, pastikan anda lulus di yaumil Mahsyar nanti!
Semoga dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.
~ 睡眠不足のママ ~
LAMANSERi MAYA PERSADA
Rabu, Oktober 21, 2009
Taat taat juga... tapi ingat, jangan taat 'BODO'!
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...
Saya nak membebel sikit hari ini. Siapa nak baca, bacalah. Siapa tak nak baca, saya harap baca jugalah. Mudah-mudahan kita dapat kongsi ilmu. Jika ada yang nak berkongsi sesuatu, tinggalkan komen. Jika tiada apa-apa yang hendak dikongsikan, tinggalkanlah juga sebarang komen. Sekurang-kurangnya saya tahu, ada yang singgah baca, ada yang mahu ambil tahu atau ada juga yang perihatin.
Hari ini keluar isu taat lagi. Sebetulnya saya naik bosan, jelak, muak dengan individu yang ketegaq kata isteri wajib taatkan suami, seolah-olah taat itu tiada kompromi.
Pendapat “Syurga isteri di bawah tapak kaki suami; hatta suami yang jahil sekali pun kerana jodoh itu datangnya dari Allah” ini sebenarnya salah, negatif, serong, tersasar lagi mengelirukan. Bukan nak salahkan sesiapa, tetapi jika kita perasan, pak ustaz juga yang selalu bawa keluar hadis wajib taatkan suami, kalau isteri nusyuz/derhaka tak cium bau syurga. Katanya, “Isteri wajib taat, sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami”... adoiii... kut ye pun nak berritorik janganlah direndahkan martabat syurga itu di kaki manusia pula! Maka berduyun-duyun isteri taat tahap gaban walaupun suaminya jahil, zalim, nusyuz lagi fasik, alasannya sebab takut tak dapat cium bau syurga!
BETUL, seorang isteri wajib taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak (rujuk taatkan suami bukan mutlak) tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Ambillah inisiatif sikit, belajar. Bukannya luak kita belajar. Malangnya, tak ramai yang mahu cari ilmu atau buat ulangkaji. Benar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Melalui hadis di atas kita akan dapati, sesiapa yang melakukan maksiat tidak perlu kita taati, tidak kiralah dia seorang Sultan, Presiden, Kolonel, Jeneral, Perdana Menteri hatta seorang suami sekalipun, tiada iMUNiTi kepada mana-mana manusiapun tak kira betapa tinggi pangkat yang dipengangnya sekalipun. Ini bermakna, suami yang melakukan maksiat kepada Allah (suami yang jahil, zalim, nusyuz lagi fasik seperti tidak menunaikan sembahyang, puasa atau tidak menunaikan tanggungjawap sebagai seorang suami yang sepatutnya dan lain-lain lagilah), tidak layak ditaati oleh isterinya. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul seorang suami? Rujuk sini --> Siapa suami yang layak dihormati?.
Orang perempuan, lebih-lebih lagi yang berstatus isteri kena tahu apa yang dia wajib taat dan tak wajib taat. Contoh batas-batas ketaatan boleh dirujuk di sini Batas-batas taat seorang isteri kepada suami. Memanglah lebih elok kalau dapat memenuhi permintaan suami sebab Nabi pernah bersabda, “Sebaik baik kamu dari lelaki, adalah orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan sebaik-baik wanita ialah yang mentaati suaminya.”
TAPI suami tidak boleh mengekploitasi konsep ketaatan ini kerana isteri hanya diwajibkan mentaati suaminya selagi suaminya mentaati Allah. Banyak sebenarnya salah faham masyarakat tentang status ketaatan isteri sebab penerangan dari orang berpengetahuan agama ini (yang salah bawa ajaran ini lelakilah selalunya ) kadang-kala di‘blurr’kan sebab mereka ada kepentingan juga.
Dunia... dunia...
Buat para suami di luar sana, ingatlah kata-kata ini, “TAAT is for you to EARN it, NOT ask for it!”
Renung-renungkan!
~ 睡眠不足のママ ~
LAMANSERi MAYA PERSADA
Selasa, Oktober 20, 2009
Ubat-Ubatan dan Penyusuan Susu Ibu

Kesedaran terhadap peri pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi sebahagian besar kaum wanita untuk menyusu anak-anak mereka dengan susu badan. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan ke atas anak yang menyusu.
Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Untuk mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.
Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
- Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk sesuatu rawatan.
- Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
- Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi bagi memastikan kadar ubatan di dalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya..
- Mengambil ubat sebelum bayi tidur untuk jangka waktu yang lama.
- Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.
Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?
- Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
- Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah
- bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan sebarang tindakbalas atau kesan sampingan yang mungkin berlaku.
- Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.
Jangan sekali-kali:
- Merokok
- Meminum alkohol
- Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
- Merasa bimbang
- Terasa tertekan
Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan
Mana-mana ubat yang tidak dinyatakan di bawah ini tidak bermakna ia selamat digunakan ketika penyusuan. Dadah yang biasanya digunakan yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Sentiasa ingatkan doktor anda atau pegawai farmasi bahawa anda menyusukan anak anda dengan susu badan setiap kali anda berjumpanya untuk sesuatu masalah kesihatan. Senarai ubat-ubatan dan bahan-bahan yang tidak selamat digunakan semasa menyusukan bayi yang kerapkali digunakan adalah seperti berikut:
Alkohol - Penggunaannya mendatangkan mudarat. Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Dan boleh menimbulkan risiko walaupun digunakan sekali-sekala.
Analgesik (penahan kesakitan) – Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
Aspirin - Jika digunakan sekali-sekala ia adalah selamat, tetapi jika diambil selalu boleh memudaratkan.
Parasetamol - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
Codeine - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
NSAIDS (Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Gunakan secara berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.
Antihistamina - Penggunaannya tidak digalakkan. Ia mengurangkan bekalan susu dan mengganggu bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi
Antasid - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
Ubat menghalang cirit-birit
- Antidiarrhoeals– Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
- Kaolin - Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
- Loperamide - Gunakannya dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi
- Atropin - Penggunaannya tidak digalakkan.
Kafein - Kandungan kafein yang tinggi dalam minuman boleh menyebabkan gangguan pada bayi (4 cawan atau lebih sehari).
Sediaan ubat batuk dan selsema
- Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Fenilproparolamin/fenilefrin - Guna dengan berhati-hati. Ia boleh mengurangkan bekalan susu menyebabkan kerengsaan pada bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.
- Folkodein - Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
- Pseudoefedrin - Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
Ubat sedut (untuk asma)
- Salbutamol - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
- Terbutalin - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
Zat Besi (untuk Anaemia) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
Iodin - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu
Julap
- Laksatif atau julap - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
Nikotin (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok) - Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam. Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu
Vitamin - Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak. Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)
Ubat cacing
- Pyrantel pamoat - Kesan berbahaya tidak diketahui.
- Mebendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
- Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
PERINGATAN
Ubat-ubat yang tidak boleh diambil ketika menyusukan anak, termasuklah:
Bromokriptin (parlodel) - Ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Ia juga mengurangkan bekalan susu ibu. Dadah kemoterapi untuk rawatan kanser. Memandangkan ia membunuh sel di dalam badan ibu, mungkin boleh membahayakan anak anda.
Ergotamin (untuk migran) - Menyebabkan muntah, cirit-birit, sawan pada bayi.
Lithium (penyakit mental) - Dirembeskan melalui susu ibu.
Methotrexate (arthritis) - Mengganggu sistem pertahanan tubuh bayi.
Asap rokok, nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif) - Jangan merokok ketika menyusukan anak. Nikotin boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit dan kelesuan malah susu ibu juga akan berkurangan. Merokok semasa mengandung, atau menyedut asap rokok orang lain (passive smoke) boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mendadak (SIDS) dan meningkatkan jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan dalam telinga.
Kokain dan Pensaiklidin (PCP) - boleh menghayalkan bayi dan memberikan kesan keracunan pada bayi anda.
Amfetamin, heroin and marijuana - Memberikan berbagai kesan termasuklah tidak selesa, kerengsaan, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.
Kompilasi dari sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitU/Ubat_Penyusuan%20susu%20ibu.pdf dan http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Ubat/LaktasiUbat.pdf
Kemaruk ubat kuat?!
tapi ini yang saya dapat ....
(klik imej untuk imej yg lebih besar, atau boleh google search sendiri)
Waaahhh... tak sangka rakyat Malaysia kemaruk mencari ubat 'kuat'...
311,000 hits!
Tajdid Iman: Dosa tak dapat ditebus dengan wang
Oleh Juanda Jaya
Orang berilmu mesti ikhlas sampaikan kebenaran, cari reda Allah dengan iman dan amal
AGAMA tidak boleh dibeli dengan duit tetapi hanya dapat dimiliki hati yang ikhlas, tunduk dan setia kepada Allah SWT, serta menepati Sunnah jalan kehidupan Rasulullah SAW. Maka agama itu sah hanya menjadi milik orang yang mukhlis dan muttabi' (mengikuti) jalan kehidupan Rasulullah SAW.
Jika agama boleh dibeli, hanya orang kaya yang akan masuk syurga. Mereka boleh bertaubat dengan duit bukan kerana keikhlasan hatinya. Setiap tahun mereka pergi mengerjakan haji tetapi setiap kali balik haji, dosa dan maksiat yang sama diulangi lagi. Atau mereka yang suka mewakilkan sebarang ibadah dengan perantaraan ustaz dan lebai upahan. Bayar orang mengaji dan berjemaah di rumah tetapi pemilik rumah sendiri tidak sembahyang atau kenal al-Quran.
Jika sudah meninggal nanti, senang saja hendak tebus dosa dengan kenduri tahlil upahan. Berebut-rebut membayar segelas air Yasin dengan harga yang lumayan tinggi untuk melariskan perniagaan, mengubat penyakit, menundukkan isteri agar reda dengan kehendak suami yang mahu berkahwin lagi dan bermacam-macam lagi khasiat yang dipercayai boleh memenuhi hajat.
Alangkah hodohnya agama ini, jika ajarannya boleh dijual beli sesuka hati. Seolah-olah semua masalah itu boleh diselesaikan dengan duit, maka selamatlah mereka masuk syurga. Biarlah maksiat dikumpul, daripada dosa besar dan kecil. Kerana bagi mereka bukankah semua boleh dirunding dengan membeli doa, sembahyang dan bacaan al-Quran atau menderma kepada anak yatim?
Jika orang Islam memahami agamanya dengan pemikiran jahil dan tempang sebegini, maka hancurlah harapan matlamat syiar tauhid yang dibawa Nabi dan Rasul. Seperti orang Yahudi dan Nasrani menyelewengkan ajaran agama dengan permainan politik wang mereka sehingga boleh membeli agama dengan harga murah. Pahala dan dosa dibeli dan ditebus dengan jaminan tokoh agama. Tokoh agama mereka pula dilimpahi harta ditimbun di dalam rumah ibadat kemudian mereka menyembunyikan kebenaran dan membiarkan umatnya hidup bergelumang dosa, bahkan mereka berani melakukan penyelewengan fatwa agama agar mengikut hawa nafsu mereka dan menguburkan ajaran tauhid murni yang ditinggalkan Nabi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (Surah Al-Baqarah: 159)
Begitulah keadaan orang yang berilmu tetapi menyembunyikan kebenaran kerana mahu mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit. Mereka membiarkan umat dalam kesesatan asalkan mereka dibayar dengan harga yang murah. Apakah pelaku maksiat boleh berasa aman dan selamat dengan membayar duit atas dosa itu? Pada hal hati tidak boleh dibohongi dan sememangnya mereka masih dihantui ketakutan dikejar rasa bersalah akibat mempermainkan agama Allah, bahkan mereka menipu Allah SWT.
Sesungguhnya reda Allah SWT tidak dapat dibeli dengan duit, ia hanya dikurniakan kepada orang yang ikhlas, taat dan setia kepada ajaran-Nya tanpa berbelah bagi. Contoh manusia yang mulia ini dizahirkan Allah SWT pada diri Nabi dan Rasul berserta umat mereka yang setia. Mereka membeli keredaan Allah dengan tauhid yang murni, ilmu dan amal yang teguh mengikut landasan wahyu dan bekerja untuk memperjuangkan agama.
Tidak sesekali mereka memilih sesuka hati mana ajaran yang disenangi dan mana yang dibenci untuk ditinggalkan. Semuanya wajib ditaati di sisi Allah SWT. Orang yang mengharap keredaan Allah bertungkus lumus mencari hidayah-Nya dengan pencarian ilmu sepanjang hayat. Ibnu al-Qayyim pernah berkata, "Ilmu hakiki adalah firman Allah, ia adalah tingkat pertama, sabda Rasulullah, ia adalah tingkat kedua dan kata-kata sahabat, ia adalah tingkat ketiga". Setiap mukmin mesti berpegang dengan ketiga-tiga kekuatan ini jika ia tidak mahu tersesat. Kerana ramai yang mengamalkan agama mengikut selera akal saja tanpa mahu tunduk kepada Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW dan amalan Salafus Saleh yang sahih daripada mereka.
Semestinya pencari reda Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai bacaan wajib yang tidak sesekali ditinggalkan. Kemudian dia menggandingkan dengan hadis Rasulullah SAW yang menterjemahkan ajaran al-Quran secara nyata dalam kehidupan seharian. Keduanya, bukan hanya dibaca tetapi semestinya dihadam secara halus untuk direalisasikan dengan sikap dan perbuatan yang sesuai dengan nilai al-Quran, seperti jawapan Aisyah ketika ditanya mengenai sikap dan akhlak Nabi SAW, beliau berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW seperti Al-Quran yang berjalan."
Seperti manusia kini yang sempurna pada ibadat tertentu tetapi hancur akhlak dan moralnya. Pada hal akhlak adalah bukti benarnya akidah seseorang. Contohnya ahli sembahyang yang derhaka kepada ibu bapa, kaki masjid yang menghabiskan masanya berzikir tetapi kuat mengampu, memfitnah dan mengaibkan orang. Seseorang yang kononnya membela dakwah tetapi tidak bertanggungjawab kepada keluarga.
Rasulullah SAW hidup dengan perjuangan dan jihad membina masyarakat bukan semata-mata duduk di masjid untuk beribadah sepanjang masa. Kerana agama yang dibawa Rasulullah SAW ini bukan hanya mengatur urusan hamba dengan Tuhan, tetapi juga membabitkan sesama makhluk dan alam semesta.
Selepas sempurna ilmu dan amal, akidah dan akhlak seseorang demi mengharap reda Allah SWT, maka usaha yang lebih mendekati Allah adalah dengan memperjuangkan agama. Kadang-kadang ilmu dan akhlak boleh menipu seseorang, ramai yang memanfaatkan keduanya untuk kepentingan dunia dan peribadi melebihi keredaan Allah.
Di sinilah diperlukan bukti yang menunjukkan ilmu dan akhlaknya bersih iaitu dengan mencurahkan segala khazanah ilmu dan akhlak itu untuk menegakkan agama.
Allah SWT menetapkan dalam firman-Nya bahawa reda Allah hanya dikurniakan kepada orang berjihad: "Dan orang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Surah Al-Ankabut: 69)
Penulis ialah Mufti Perlis
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20091019233400/Article/index_html
Isnin, Oktober 19, 2009
Bosan itu INDAH…
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...
Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Ini merupakan entry sulong selepas lama saya bercuti dengan bergaji… :). Sebenarnya saya reserve entry yang lain tetapi disebabkan entry itu masih dalam kepala dan belum berkesempatan untuk diketuk di keyboard, maka saya masukkan dulu entry yang agak menarik untuk kita sama-sama renungkan.
Dalam egrup SIM yang saya sertai, ada diperbincangkan isu “Siapa lebih membosankan, perempuan atau lelaki?” Saya tidak berminat untuk menulas gender manakah yang paling membosankan kerana siapa lebih membosankan itu bergantung kepada definasi ‘membosankan’ itu sendiri.
Bosan = Boring. Apa itu bosan? Bosan mengikut definasi saya bermaksud boyak, jemu, jelek, jelak, tidak gemar, tak sior (kata arwah opah saya) dan macam-macam lagi. Sebenarnya bosan sangat subjektif dan hanya boleh didefinasikan mengikut citarasa orang yang merasai perasaan bosan itu sendiri. Tentu setiap daripada kita pernah merasai bosan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saya pernah ditahan di hospital selama 10 hari selepas melahirkan anak ke-4. Ditahan bukan disebabkan mengalami komplikasi melahirkan tetapi disebabkan bayi disahkan kekurangan G6PD. Bayangkan saya dan bayi sebenarnya sihat walafiat tetapi terpaksa menghabiskan masa di wad kerana ‘wajib’ mengikut prosedur hospital. Sudah tentulah saya berasa BOSAN kerana pergerakan dan penglihatan saya amat terhad sekali (cuma dipersekitaran wad saja).
Tidak dinafikan, ada kalanya kita berasa bosan. Kita rasa bosan, bila bos beri alasan tiada kenaikan gaji untuk tahun ini kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan, walhal kita kena fikir cukupkah gaji VS kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain. Kita merasa bosan berada dalam pejabat yang kebanyakkan pekerjanya cuti kerana menghabiskan cuti tahunan dengan alasan, lebih baik habiskan cuti sebelum tak dapat cuti nanti. Kita akan kebosanan bila kerja dah siap semuanya, tak ada apa perlu disiapkan kecuali report bulan Oktober, itupun sudah separuh jalan dikerjakan, walaupun datelinenya 15 November nanti. Oh... Bosannya....
Bila bosan datang mulalah syaitan bergayut-gayut macam ‘sloth’ bergayut, menarik-narik kening dan kudup mata supaya tertutup. Ohhh.... mengantuknya... tapi mana boleh tidur?! Kita terasa bosan kalau tak ada kerja yang hendak dibuat. Bila sudah bosan, kita cuba juga mengetuk-ngetuk keyboard, dengan harapan dapat menghilangkan rasa mengantuk. Bila bosan, mulalah tangan menggatal melayari internet, baca private email atau menyibukkan diri di e-group. Hik.. hik...
Memetik feedback seorang sahabat, saudara MannTrex yang saya kira menarik untuk dikongsikan di sini, katanya ; Bosan terhadap seseorang --> boleh membawa makna tingkah-laku yang tidak menarik; hampir kepada menyampah terhadap perangai tapi belum tiba tahap benci; minat yang berbeza sehingga tidak sekufu; personaliti yang tidak menimbulkan sebarang minat; bersikap yang meluatkan orang lain; rimas terhadap sesuatu tabiat. Bosan ikut pendirian dan personaliti seseorang. Sebagai contoh:
- Perdana Menteri Malaysia yang paling membosankan adalah Abdullah Badawi kerana suka tertidur dalam mesyuarat atau majlis. Beliau tidak berupaya membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi kerana sikap acuh tak acuhnya.
- Untuk orang perempuan yang suka outing dan bergaya, suami yang paling membosankannya ialah yang lebih suka duduk rumah, berkebun bunga dan suka ke masjid.
- Untuk orang lelaki yang bertugas dengan serius di pejabat tanpa sebarang rekreasi menggatal, sikap isteri yang paling membosankan ialah yang suka berleter. Si lelaki tu lebih suka kembali kepada keadaan tenang selepas seharian berdepan dengan pelbagai makhluk.
- Adakalanya lelaki yang pendiam lebih suka kepada wanita yang kuat bercakap. Kalau sama-sama pendiam, masing-masing mungkin jadi bosan.
- Biasanya lelaki suka kepada isteri yang cantik. Dia suka menayangkan isterinya pada orang ramai. Tapi ada juga yang menjadi bosan kerana orang lain suka memandang isterinya. Begitu juga dengan perempuan.
- Majikan pula sangat bosan terhadap pekerja yang yang cakap banyak tapi pemalas. Pekerja pula sangat bosan terhadap majikan yang sentiasa memerhatikannya. Adakalanya pekerja langsung tidak bosan terhadap bosnya yang memerhatikan kerja-kerjanya.
Apakah kriteria membosankan? Mari kita lihat lagi contoh-contoh di bawah :
- Senario #1: Sifat ego pasangan yang tidak mengenal masa dan tempat, pasti membosankan!
- Senario #2: Pasangan tak sporting.
- Senario #3: Pasangan yang suka berleter! Tentu bosan eh!
- Senario #4: Pasangan kedekut atau tak mahu berbelanja besar.
- Senario #5: Pasangan yang asyik marah-marah dan naik angin! Bosannya!
- Senario #6: Pasangan tak punya kereta mewah, ada Kancil pun sudah semput, bila-bila masa boleh ‘pencen’.
- Senario #7: Pasangan tiada sense of humor. Adeehhh…
- Senario #8: Pasangan tak macho.
- Senario #9: Pasangan terlalu sopan atau skema atau warak atau pendiam.
- Senario #10: Pasangan tidak bertanggung-jawab atau sebaliknya.
- Senario #11: Pasangan tak reti bergaya dan agak selekeh?
- Senario #12: Pasangan yang kuat merajuk dan merengek! Huh! Lagi bosan!
- Senario #13: Sifat terlalu menghias diri: sehingga depan pasangan asyik touch up gincu/bedak.... (make-up tak habis-habis!)... Fed upnya...
- Senario #14: Sifat lelaki yang suka memuji ibunya, (disebut berulang kali!), semuanya lebih baik daripada pasangannya! Hemmm…
- Senario #15: Sifat si isteri yang tak pernah bawa telekong/solat bila balik kampung... walaupun si suami tahu pasangannya tidak uzur syarie!)
- Senario #16: Sifat pasangan yang tidak mahu berhenti merokok atau beli loteri ramalan walapun telah dinasihati berkali-kali....!
- Senario #17: .... the list goes on .....
Mari kita semak semula… BOSAN. Apa itu bosan? Bosan itu satu perasaan/emosi, atau kata kerja, gerak fikiran. Dipetik dari laman Dewan Dan Pustaka Malaysia: KataKunci bosan:
- bosan - sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut daripada engkau.
- membosankan - menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yang itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan.
- pembosan - orang yang lekas atau mudah berasa bosan.
Dalam Kamus Pelajar :
- bosan - sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yang sama berulang kali;
- membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
- kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
- pembosan mudah (lekas) bosan.
Dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Edisi Keempat) pula :
- bosan adj. mundane; dull, routine; monotonous; lacking in variety or variation; dull because of this; fed up.
- membosankan k.k. bore; weary by dullness
Orang Jepun kata bosan itu ‘詰まらない’ (tsumaranai). Mungkin saudara MannTrex boleh ajarkan bahasa Arab pula. Belajar bahasa baru, barulah tak bosan.... :) Jadi, ke semua senario yang disenaraikan boleh dikategorikan sebagai bosan, jika kena pada batang hidung yang merasakan situasi yang mereka hadapi itu bosan. Oleh kerana tiada definasi yang piawai bagi ‘membosankan’, maka ia bergantunglah kepada citarasa yang menilai dan personaliti orang yang dinilai. Di kalangan perempuan pun, persepsi berbeza-beza, begitu juga lelaki. Rasa-rasanya, memang susah kita buat konklusi gender manakah yang lebih membosankan.
Cuba cari istilah ‘bosan’ di internet, kita akan dapati banyak contoh mengapa orang bosan. Apa-apapun alasan bosan yang diberikan oleh seseorang yang sedang bosan, kita akan menyedari bahawa hakikatnya manusia sering menggunakan alasan untuk sebab mereka menjadi bosan. Umumnya, manusia tidak menggunakan bosan untuk menyatakan status pemikiran mereka, tapi lebih suka untuk memberikan kritik atas apa yang mereka lalui dengan menggunakan perkataan bosan tanpa menyedari bahawa sebenarnya bosan itu wujud disebabkan oleh diri mereka sendiri.
Jika kita renungkan sedalam-dalamnya, kita akan sedari bahawa Allah tidak menjadikan manusia itu sesuatu yang membosankan. MALANGnya, manusia itu sendiri yang memilih untuk menjerumuskan dirinya ke lembah kebosanan dengan selalu mengeluh dan kurang bersyukur apa yang ada. Pendek kata, bosan hampir sama macam kecantikan, mengikut selera (pendirian dan personaliti) masing-masing, yang boleh menyelamatkan keadaan bosan adalah dengan bertaqwa, bersyukur, memaafkan dan bersabar.
Bila kita fikirkan semula, kita akan sedar bahawa perasaan bosan yang kita alami boleh jadi berlaku akibat kelalaian, kealpaan kita sendiri. Allah mewujudkan perasaan bosan supaya hamba-Nya tidak lupa mengingati-Nya. Ayuh, hilangkan rasa bosan dengan mengingat-Nya. Bagaimana? Perbanyakkanlah berzikir, sila semak entry jangan meninggalkan zikir untuk mengetahui kelebihan berzikir. Walau apapun alasan yang kita beri akibat berasa bosan, janganlah kita lalai daripada mengingati-Nya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati hamba-Nya. Tanpa ujian (bosan itu ujian), hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.
Saya suka memetik satu hadis Qudsi yang ada dalam simpanan saya yang bertulis, Allah SWT berfirman, “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman : “Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku akan bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia daripada seorang kalian menemukan kembali perbekalannya di padang tandus. Barangsiapa yang mendekati kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekati kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekati kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekati kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Dari Syuraih iaitu Ibnu Harits, ia berkata: Aku mendengar seorang laki-laki dari sahabat Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, bangunlah kepada-Ku niscaya aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada-Ku niscaya Aku datang kepadamu dengan berlari.” (Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih)
Kita biasa mendengar, ‘sepi itu indah’. Nahhh… cuba kita tukarkan, ‘bosan itu indah’, boleh? Adakah anda masih berasa bosan? Tepuk dada tanya iman…. :)
Renung-renungkan!
Ahad, September 20, 2009
Hargai hari penubuhan Malaysia
Sekarang akibat dari kehidupan yang selesa maka kita boleh lihat sendiri tentang apa signifikannya Hari Malaysia kepada mereka.- Khoo Kay Kim
MINGGUAN: Boleh Tan Sri terangkan tentang sejarah awal penubuhan negara ini?
KHOO KAY KIM: Kita kena lihat kembali kepada tarikh 31 Ogos 1957 di mana Tanah Melayu merdeka. Kita cuma tahu kita merdeka daripada penjajahan British. Kebanyakan kita tidak tahu dari segi undang-undang apa yang sebenarnya berlaku. Sebenarnya pada tarikh 31 Ogos ialah kita muncul sebagai sebuah negara bangsa.
Kita wujud sebagai sebuah negara yang mempunyai kewibawaan sendiri dalam membuat keputusan dan kemudian diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam keadaan sekarang sebuah negara yang bebas dipanggil nation state atau negara bangsa. Bangsa merujuk kepada warganegara atau rakyat dan state merujuk kepada sempadan tertentu. Kita bukan dijajah oleh British sebenarnya dan mungkin ia dilihat agak ganjil. Mereka hadir di ke negara ini dengan membuat perjanjian dengan raja. Raja memberi hak kepada British untuk mengambil alih pemerintahan. Jadi pegawai British berfungsi sebagai eksekutif dan bukan pemerintah. Maka kedaulatan masih kekal kepada raja.
British menjajah negeri-negeri Selat tetapi bukan kerajaan Melayu. Hanya pada masa Malayan Union di mana British cuba mewujudkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa. Namun British berpandangan cara paling cepat ialah dengan tidak bertanya kepada raja dan cuba menggunakan kekerasan dan tipu helah. Tetapi orang Melayu menentang dan British berasa serba salah dan merasa Malayan Union sebagai tidak sesuai. Oleh itu mereka keluar dengan idea baru dengan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa itu kedaulatan dipulangkan kepada rakyat. Maka dari 1 Februari 1948 bila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan hingga 31 Ogos 1957 kedaulatan ada pada rakyat. Bermula tarikh kemerdekaan, raja memindahkan Perlembagaan kepada rakyat dan raja menjadi Raja Berperlembagaan. Dahulu raja yang berkuasa mutlak dan kemudian kita muncul sebagai negara bangsa yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Demokrasi bermakna pemerintahan ke atas rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Jadi kedaulatan ada pada rakyat. Maka sekarang jika ditanya siapa yang memerintah sebenarnya ia adalah rakyat. Itu adalah asal usulnya negara ini.
MINGGUAN: Bagaimana dengan penubuhan Malaysia dan asal usul nama Malaysia itu sendiri?
KHOO KAY KIM: Kerana keadaan politik di mana ada gerakan yang mahu mewujudkan sebuah negara baru yang lebih besar maka Singapura dimasukkan berserta dengan Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awalnya Brunei turut dimasukkan tetapi apabila tiba tarikh 16 September 1963 Brunei tidak jadi masuk. Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak mereka tidak menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan kerana mereka masih belum keluar dari tanah jajahan British. Mereka hanya bebas pada 16 September 1963 maka mereka tidak boleh menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan.
Sebenarnya ini tidak menjadi masalah kerana perbezaan hari antara dua tarikh ini hanya dua minggu maka untuk menjamin semua pihak puas hati perayaan penubuhan hari negara bangsa boleh dilakukan bermula pada 31 Ogos hinggalah 16 September setiap tahun.
Nama Malaysia sebenarnya telah lama digunakan, sejak Perang Dunia Kedua nama ini telah ada. Pihak British yang sebenarnya menggunakan nama itu dan nama Malaysia merujuk kepada gugusan kepulauan Melayu. Tetapi dalam laporan banci 31 British telah membezakan antara orang Melayu iaitu mereka yang sudah lama berada di sini dengan orang yang datang dari Indonesia. Dalam laporan banci itu ada dibezakan antara Malays dengan other Malaysians. Dan orang yang berasal dari Indonesia dipanggil other Malaysians. Namun nama Malaysia tetap merujuk kepada rantau ini. Nama ini dapat diterima oleh semua pihak. Kalau Malayans, orang Melayu tidak boleh terima. Mengikut fahaman orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, Malayans bererti orang bukan Melayu dan di negara ini ada Malays dan Malayans.
MINGGUAN: Bagaimana dengan reaksi negara asing terutama negara-negara jiran?
KHOO KAY KIM: Indonesia terutamanya memang sangat marah dengan perkara ini. Saya berpandangan mungkin kerana Indonesia mahu mengawal keseluruhan pulau Kalimantan. Filipina juga tidak berpuas hati, jika kita merujuk balik kepada sejarah memang benar Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina. Dua negara ini memang menolak sama sekali penubuhan Malaysia ketika itu, namun Thailand tidak ada masalah tentang hal ini.
Satu perkara yang menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin ketika itu ialah bagaimana untuk menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu. Ketika itu kita lihat jika di Indonesia boleh mewujudkan satu ideologi nasional maka Malaysia pun boleh melakukannya. Maka dicadangkan supaya negara ini diadakan satu ideologi nasional iaitu Rukun negara.
Kita tidak boleh nafikan ilham datang dari Indonesia tetapi pengisiannya jauh berbeza sama sekali. Rukun Negara kita sememangnya dibuat berasaskan realiti misalnya yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Ini tidak bermakna ada antara rakyat yang menolak agama tetapi setelah berbincang dengan mendalam, majoriti dan keseluruhan rakyat Malaysia tetap percaya kepada tuhan. Tidak timbul soal kita meniru atau cuba menjadi Indonesia kedua. Apa yang dilakukan oleh Malaysia dalam perkara ini adalah berasaskan realiti sebenar negara ini. Kalau dalam soal budaya pun kebanyakan budaya ini dibawa oleh orang Indonesia semasa mereka berhijrah. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung Tanah Melayu mereka tentunya tidak akan membuang budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Ini budaya asal maka mereka terus mengamalkannya. jadi tidak timbul soal mencuri atau meniru dalam perkara ini. Dalam perkara yang dibangkitkan oleh media Indonesia mereka mungkin tidak faham sejarah negara ini. Kita ambil contoh Negeri Sembilan yang sememangnya ditubuhkan oleh orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka tentunya tidak akan menghapuskan budaya yang telah diamalkan secara tradisi sejak sekian lama. Selangor pula ditubuhkan oleh orang Bugis dan pengaruh Aceh di Perak sangat kuat. Kita mungkin sudah lupa tetapi orang yang mula-mula membuka bandar Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan ialah orang Mandailing. Hanya ketua mereka yang tidak dilupakan iaitu Sultan Puasa.
MINGGUAN: Kini setelah 46 tahun penubuhan Malaysia, pada pandangan Tan Sri apakah aspirasi yang dirancang tentang penubuhan perkara ini telah berjaya dicapai?
KHOO KAY KIM: Jika kita dilihat dari segi politik, tujuan utama penubuhan Malaysia ketika itu ialah untuk menghalang perluasan ideologi komunis. Dan atas asas ini sememangnya kita telah berjaya. Paling penting ialah untuk menolong Singapura kerana ia pada masa itu sangat kuat dipengaruhi oleh ideologi komunis.
Kemudian, setelah keadaan pulih dengan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, berlaku perselisihan dan singapura dipecat dari Malaysia. Ramai orang yang tidak tahu tentang perkara ini. Sabah dan Sarawak pula sejak dari awal lagi telah meminta lebih banyak autonomi diberikan kepada mereka.
Maka Semenanjung perlu menghormati Sabah dan Sarawak bagi menjamin apa-apa yang boleh ditafsirkan sebagai percubaan oleh Semenanjung untuk campur tangan dalam hal ehwal kedua negeri ini. Satu masa dahulu, kita merujuk Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia Timur dan di Semenanjung sebagai Malaysia Barat.
Kini tidak lagi dan dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Namun saya lihat aspirasi dari segi hubungan membentuk dan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum itu masih perlu mengambil masa lagi. Tempoh 46 tahun masih belum cukup dan mungkin masa yang agak lama perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun saya lebih suka untuk melihat satu usaha serius dan mendalam untuk mendidik golongan muda kita supaya mereka memahami dan mengenali antara satu sama lain. Jika tidak, masih lagi berlaku keadaan di mana kita tanya sesuatu tentang keadaan di Sabah atau Sarawak kepada orang di Semenanjung atau sebaliknya mereka masih tidak dapat memahami atau menerangkan dengan baik.
Sistem pendidikan kita perlu melakukan sesuatu tentang perkara ini kerana saya masih tidak nampak usaha dilakukan tentang perkara ini. Golongan muda perlu ditekankan tentang semangat bahawa kita hidup di sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak itu sendiri. Saya sendiri pernah disoal oleh seorang pelajar dari Kelantan tentang apakah mata wang yang digunakan oleh Sabah. Begitu juga jika kita tanya orang bukan Melayu di Johor tentang Terengganu, saya yakin kebanyakan mereka tidak tahu. Saya pelik kenapa perkara ini berlaku dan seharusnya sistem pendidikan kita perlu diubah untuk menerap pemahaman tentang semangat penubuhan Malaysia.
MINGGUAN: Kenapa tidak sebarang sambutan yang signifikan untuk meraikan 16 September sebagai Hari Malaysia?
KHOO KAY KIM: Ini kerana kebanyakan orang di sini sibuk dengan sambutan 31 Ogos sedangkan di Sabah dan Sarawak mereka tidak biasa dengan 31 Ogos. Namun saya melihat sekarang adalah perlu untuk kita melakukan sesuatu tentang Hari Malaysia. Kita jangan hilangkan semangat ini dan ia boleh dilakukan seperti yang saya katakan tadi, kita mula dengan sambutan 31 Ogos di sini dan dilanjutkan sehingga 16 September.
Tempoh hanya dua minggu sahaja dan kita boleh isikan dengan pelbagai program sepanjang tempoh tersebut. Jika dilaksanakan, ia adalah selari dengan gagasan 1Malaysia supaya kita boleh mendedahkan kepada golongan muda apa sebenarnya yang dimaksudkan tentang hari Malaysia. Generasi muda sekarang saya lihat hidup terlalu selesa dan langsung tidak ada keghairahan untuk mewujudkan semangat Kemalaysian.
Mereka tidak faham tentang perjuangan menentang British dan sekarang akibat dari kehidupan yang selesa maka kita boleh lihat sendiri tentang apa signifikannya Hari Malaysia kepada mereka.
MINGGUAN: Apa harapan Tan Sri tentang Malaysia dalam konteks masa depan?
KHOO KAY KIM: Semuanya terpulang kepada pihak pemerintah. Kalau kita hendak membina sesuatu, kita perlukan cara yang berkesan. Kita tidak boleh berharap kepada golongan dewasa sekarang kerana pemikiran dan cara mereka berbeza. Maka kita kena kembali kepada golongan muda terutama mereka di sekolah rendah. Sistem pendidikan seharusnya memberi penumpuan terhadap perkara perpaduan melebihi dari perkara lain. Kita tidak boleh berharap kepada keputusan peperiksaan di mana markah yang tinggi adalah yang terbaik tetapi dalam soal perpaduan mereka masih terkebelakang. Jika kita mahu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh maka kita boleh melakukannya. Kita tidak boleh bergantung lagi kepada slogan jika ia tidak dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh.
Sumber : Utusan 20/09/2009



