“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Oktober 19, 2009

Bosan itu INDAH…

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Ini merupakan entry sulong selepas lama saya bercuti dengan bergaji… :). Sebenarnya saya reserve entry yang lain tetapi disebabkan entry itu masih dalam kepala dan belum berkesempatan untuk diketuk di keyboard, maka saya masukkan dulu entry yang agak menarik untuk kita sama-sama renungkan.

Dalam egrup SIM yang saya sertai, ada diperbincangkan isu “Siapa lebih membosankan, perempuan atau lelaki?” Saya tidak berminat untuk menulas gender manakah yang paling membosankan kerana siapa lebih membosankan itu bergantung kepada definasi ‘membosankan’ itu sendiri.



Bosan = Boring. Apa itu bosan? Bosan mengikut definasi saya bermaksud boyak, jemu, jelek, jelak, tidak gemar, tak sior (kata arwah opah saya) dan macam-macam lagi. Sebenarnya bosan sangat subjektif dan hanya boleh didefinasikan mengikut citarasa orang yang merasai perasaan bosan itu sendiri. Tentu setiap daripada kita pernah merasai bosan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saya pernah ditahan di hospital selama 10 hari selepas melahirkan anak ke-4. Ditahan bukan disebabkan mengalami komplikasi melahirkan tetapi disebabkan bayi disahkan kekurangan G6PD. Bayangkan saya dan bayi sebenarnya sihat walafiat tetapi terpaksa menghabiskan masa di wad kerana ‘wajib’ mengikut prosedur hospital. Sudah tentulah saya berasa BOSAN kerana pergerakan dan penglihatan saya amat terhad sekali (cuma dipersekitaran wad saja).

Tidak dinafikan, ada kalanya kita berasa bosan. Kita rasa bosan, bila bos beri alasan tiada kenaikan gaji untuk tahun ini kerana keadaan ekonomi tidak mengizinkan, walhal kita kena fikir cukupkah gaji VS kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain. Kita merasa bosan berada dalam pejabat yang kebanyakkan pekerjanya cuti kerana menghabiskan cuti tahunan dengan alasan, lebih baik habiskan cuti sebelum tak dapat cuti nanti. Kita akan kebosanan bila kerja dah siap semuanya, tak ada apa perlu disiapkan kecuali report bulan Oktober, itupun sudah separuh jalan dikerjakan, walaupun datelinenya 15 November nanti. Oh... Bosannya....

Bila bosan datang mulalah syaitan bergayut-gayut macam ‘sloth’ bergayut, menarik-narik kening dan kudup mata supaya tertutup. Ohhh.... mengantuknya... tapi mana boleh tidur?! Kita terasa bosan kalau tak ada kerja yang hendak dibuat. Bila sudah bosan, kita cuba juga mengetuk-ngetuk keyboard, dengan harapan dapat menghilangkan rasa mengantuk. Bila bosan, mulalah tangan menggatal melayari internet, baca private email atau menyibukkan diri di e-group. Hik.. hik...

Memetik feedback seorang sahabat, saudara MannTrex yang saya kira menarik untuk dikongsikan di sini, katanya ; Bosan terhadap seseorang --> boleh membawa makna tingkah-laku yang tidak menarik; hampir kepada menyampah terhadap perangai tapi belum tiba tahap benci; minat yang berbeza sehingga tidak sekufu; personaliti yang tidak menimbulkan sebarang minat; bersikap yang meluatkan orang lain; rimas terhadap sesuatu tabiat. Bosan ikut pendirian dan personaliti seseorang. Sebagai contoh:

  1. Perdana Menteri Malaysia yang paling membosankan adalah Abdullah Badawi kerana suka tertidur dalam mesyuarat atau majlis. Beliau tidak berupaya membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi kerana sikap acuh tak acuhnya.
  2. Untuk orang perempuan yang suka outing dan bergaya, suami yang paling membosankannya ialah yang lebih suka duduk rumah, berkebun bunga dan suka ke masjid.
  3. Untuk orang lelaki yang bertugas dengan serius di pejabat tanpa sebarang rekreasi menggatal, sikap isteri yang paling membosankan ialah yang suka berleter. Si lelaki tu lebih suka kembali kepada keadaan tenang selepas seharian berdepan dengan pelbagai makhluk.
  4. Adakalanya lelaki yang pendiam lebih suka kepada wanita yang kuat bercakap. Kalau sama-sama pendiam, masing-masing mungkin jadi bosan.
  5. Biasanya lelaki suka kepada isteri yang cantik. Dia suka menayangkan isterinya pada orang ramai. Tapi ada juga yang menjadi bosan kerana orang lain suka memandang isterinya. Begitu juga dengan perempuan.
  6. Majikan pula sangat bosan terhadap pekerja yang yang cakap banyak tapi pemalas. Pekerja pula sangat bosan terhadap majikan yang sentiasa memerhatikannya. Adakalanya pekerja langsung tidak bosan terhadap bosnya yang memerhatikan kerja-kerjanya.

Apakah kriteria membosankan? Mari kita lihat lagi contoh-contoh di bawah :
  • Senario #1: Sifat ego pasangan yang tidak mengenal masa dan tempat, pasti membosankan!
  • Senario #2: Pasangan tak sporting.
  • Senario #3: Pasangan yang suka berleter! Tentu bosan eh!
  • Senario #4: Pasangan kedekut atau tak mahu berbelanja besar.
  • Senario #5: Pasangan yang asyik marah-marah dan naik angin! Bosannya!
  • Senario #6: Pasangan tak punya kereta mewah, ada Kancil pun sudah semput, bila-bila masa boleh ‘pencen’.
  • Senario #7: Pasangan tiada sense of humor. Adeehhh…
  • Senario #8: Pasangan tak macho.
  • Senario #9: Pasangan terlalu sopan atau skema atau warak atau pendiam.
  • Senario #10: Pasangan tidak bertanggung-jawab atau sebaliknya.
  • Senario #11: Pasangan tak reti bergaya dan agak selekeh?
  • Senario #12: Pasangan yang kuat merajuk dan merengek! Huh! Lagi bosan!
  • Senario #13: Sifat terlalu menghias diri: sehingga depan pasangan asyik touch up gincu/bedak.... (make-up tak habis-habis!)... Fed upnya...
  • Senario #14: Sifat lelaki yang suka memuji ibunya, (disebut berulang kali!), semuanya lebih baik daripada pasangannya! Hemmm…
  • Senario #15: Sifat si isteri yang tak pernah bawa telekong/solat bila balik kampung... walaupun si suami tahu pasangannya tidak uzur syarie!)
  • Senario #16: Sifat pasangan yang tidak mahu berhenti merokok atau beli loteri ramalan walapun telah dinasihati berkali-kali....!
  • Senario #17: .... the list goes on .....

Mari kita semak semula… BOSAN. Apa itu bosan? Bosan itu satu perasaan/emosi, atau kata kerja, gerak fikiran. Dipetik dari laman Dewan Dan Pustaka Malaysia: KataKunci bosan:
  1. bosan - sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut daripada engkau.
  2. membosankan - menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yang itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan.
  3. pembosan - orang yang lekas atau mudah berasa bosan.

Dalam Kamus Pelajar :
  1. bosan - sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yang sama berulang kali;
  2. membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
  3. kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
  4. pembosan mudah (lekas) bosan.

Dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Edisi Keempat) pula :
  1. bosan adj. mundane; dull, routine; monotonous; lacking in variety or variation; dull because of this; fed up.
  2. membosankan k.k. bore; weary by dullness

Orang Jepun kata bosan itu ‘詰まらない’ (tsumaranai). Mungkin saudara MannTrex boleh ajarkan bahasa Arab pula. Belajar bahasa baru, barulah tak bosan.... :) Jadi, ke semua senario yang disenaraikan boleh dikategorikan sebagai bosan, jika kena pada batang hidung yang merasakan situasi yang mereka hadapi itu bosan. Oleh kerana tiada definasi yang piawai bagi ‘membosankan’, maka ia bergantunglah kepada citarasa yang menilai dan personaliti orang yang dinilai. Di kalangan perempuan pun, persepsi berbeza-beza, begitu juga lelaki. Rasa-rasanya, memang susah kita buat konklusi gender manakah yang lebih membosankan.

Cuba cari istilah ‘bosan’ di internet, kita akan dapati banyak contoh mengapa orang bosan. Apa-apapun alasan bosan yang diberikan oleh seseorang yang sedang bosan, kita akan menyedari bahawa hakikatnya manusia sering menggunakan alasan untuk sebab mereka menjadi bosan. Umumnya, manusia tidak menggunakan bosan untuk menyatakan status pemikiran mereka, tapi lebih suka untuk memberikan kritik atas apa yang mereka lalui dengan menggunakan perkataan bosan tanpa menyedari bahawa sebenarnya bosan itu wujud disebabkan oleh diri mereka sendiri.

Jika kita renungkan sedalam-dalamnya, kita akan sedari bahawa Allah tidak menjadikan manusia itu sesuatu yang membosankan. MALANGnya, manusia itu sendiri yang memilih untuk menjerumuskan dirinya ke lembah kebosanan dengan selalu mengeluh dan kurang bersyukur apa yang ada. Pendek kata, bosan hampir sama macam kecantikan, mengikut selera (pendirian dan personaliti) masing-masing, yang boleh menyelamatkan keadaan bosan adalah dengan bertaqwa, bersyukur, memaafkan dan bersabar.

Bila kita fikirkan semula, kita akan sedar bahawa perasaan bosan yang kita alami boleh jadi berlaku akibat kelalaian, kealpaan kita sendiri. Allah mewujudkan perasaan bosan supaya hamba-Nya tidak lupa mengingati-Nya. Ayuh, hilangkan rasa bosan dengan mengingat-Nya. Bagaimana? Perbanyakkanlah berzikir, sila semak entry jangan meninggalkan zikir untuk mengetahui kelebihan berzikir. Walau apapun alasan yang kita beri akibat berasa bosan, janganlah kita lalai daripada mengingati-Nya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati hamba-Nya. Tanpa ujian (bosan itu ujian), hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Saya suka memetik satu hadis Qudsi yang ada dalam simpanan saya yang bertulis, Allah SWT berfirman, “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman : “Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku akan bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia daripada seorang kalian menemukan kembali perbekalannya di padang tandus. Barangsiapa yang mendekati kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekati kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekati kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekati kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari Syuraih iaitu Ibnu Harits, ia berkata: Aku mendengar seorang laki-laki dari sahabat Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, bangunlah kepada-Ku niscaya aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada-Ku niscaya Aku datang kepadamu dengan berlari.” (Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih)

Kita biasa mendengar, ‘sepi itu indah’. Nahhh… cuba kita tukarkan, ‘bosan itu indah’, boleh? Adakah anda masih berasa bosan? Tepuk dada tanya iman…. :)

Renung-renungkan!

1 ulasan:

  1. sALAM,
    Menarik sekali sebagai ulam minda ku yang malas berfikir. Mungkin Az akan selalu melawatmu selalu di sini terutama bila AZ merasa bosan

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails