“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mac 06, 2011

Jamin status kelongsong ubat


KESEDARAN masyarakat dunia yang tinggi tentang isu halal terutama melibatkan makanan telah menyebabkan industri halal dunia semakin melonjak naik secara mendadak. Bukan sahaja kepada masyarakat Islam, tetapi penganut agama lain juga sudah mula sedar bahawa makanan yang dilabelkan sebagai halal di sisi Islam sudah semestinya terjamin terutamanya dari segi kebersihan.

Di negara ini, isu halal sudah lama menjadi perdebatan, malah sentiasa dibincangkan dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan masyarakat Islam di Malaysia mendapat sumber makanan seperti yang disyariatkan Islam. Tidak hairanlah pada November 2009 lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mewujudkan Akta Halal bagi melindungi umat Islam di negara ini daripada tertipu dengan barangan kesihatan tidak halal.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman ketika itu menyatakan akta tersebut secara tidak langsung akan dapat melindungi pengguna daripada pengeluar produk barangan kesihatan yang memalsukan penggunaan status halal.

Katanya, akta tersebut dapat memperluaskan skop kuasa pihak berkuasa agama untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengeluar yang didapati melanggar peraturan.

Permintaan tinggi

Menyedari hakikat bahawa tahap kesedaran dan permintaan terhadap bahan makanan halal yang semakin meningkat, Nasmir Holdings menerusi anak syarikatnya, Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn. Bhd. (NHGC) telah memulakan langkah dengan mengeluarkan kapsul halal untuk pasaran di negara ini.

Menurut Pengerusi Nasmir Holdings, Kadhar Shah Abdul Razak, kapsul yang dihasilkan daripada gelatin halal yang dikeluarkan syarikatnya mendapat permintaan tinggi di dalam negara dengan 70% daripada jumlah keluarannya dipasarkan di Malaysia. Jelasnya, kebimbangan masyarakat Islam berhubung status halal pada kapsul yang dipasarkan di dalam negara ini ada asasnya. Selama ini, gelatin yang digunakan untuk menghasilkan kapsul sebenarnya berasal dari tulang binatang.

KAPSUL pelbagai warna dihasilkan NHGC bagi tujuan penggunaan dunia perubatan dan kesihatan.

“Gelatin pada asasnya dihasilkan dari tulang binatang dan kebiasaannya menggunakan tulang lembu yang sudah diproses. Tapi, bagaimanakah kita boleh pastikan gelatin yang dihasilkan itu benar-benar menggunakan tulang lembu dan satu persoalan lagi, adakah tulang lembu yang digunakan itu pula benar-benar halal kerana gelatin ini dihasilkan di luar negara.

“Sebab itulah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan pemantauan dan mengiktiraf hanya dua syarikat di dunia iaitu sebuah syarikat dari China dan Pakistan. Dua syarikat itu sahaja dibenarkan membawa masuk gelatin keluaran mereka ke negara ini,” jelasnya.

Menyorot kembali sejarah penglibatan Nasmir Holdings dalam penghasilan kapsul halal, Kadhar Shah memberitahu, semuanya bermula dengan langkah berani syarikatnya untuk berjinak-jinak dengan pemasaran kapsul halal bagi kegunaan industri farmaseutikal di negara ini pada tahun 2005.

“Pada tahun itu, Nasmir Holdings telah menubuhkan syarikat Nasmir Hard Gelatin Capsules tetapi ketika itu, kami hanya berperanan sebagai pengedar kapsul halal yang dikeluarkan di India dan Pakistan untuk memenuhi 60% kegunaan industri farmaseutikal di negara ini. Kebetulan pula ketika itu, JAKIM telah mengeluarkan larangan penggunaan kapsul tidak halal bagi ubat-ubatan di Malaysia selain keluaran dua syarikat pengeluar itu untuk pasaran tempatan. Disebabkan permintaan terhadap kapsul halal yang dipasarkan oleh syarikat kami amat menggalakkan, maka tercetuslah idea untuk mempunyai kilang sendiri bagi mengeluarkan kapsul halal untuk pasaran negara ini,” terangnya.

KAPSUL keluaran NHGC mendapat pengesahan halal daripada pihak Jakim.

Kesungguhan

Jelas Kadhar Shah, kesungguhan untuk memiliki kilang menghasilkan kapsul halal sendiri didorong oleh kejayaannya dalam perniagaan restoran nasi kandar menerusi rangkaian Restoran Nasi Kandar Nasmir Sdn. Bhd. yang cukup terkenal di Pulau Pinang dan beberapa negeri di utara Semenanjung.

Tambahnya, sebelum membeli sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk dijadikan tapak, dia terlebih dahulu melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dengan perbelanjaan awal sekitar RM2 juta.

“Sepanjang tiga tahun perancangan itu, kami telah menghantar lapan orang kakitangan untuk mempelajari teknologi pembuatan kapsul di sebuah kilang di India. Kemudian pada tahun 2009, kami mula membina kilang di Seberang Jaya dengan membeli dua mesin pembuatan terpakai dari India dan Pakistan,” katanya dengan memberitahu pengeluaran pertama kapsul halal oleh kilang itu bermula pada Februari 2009.

Bermula Mei 2009 katanya, NHGC mula menghentikan pengimportan kapsul halal dari India dan Pakistan dan mula memasarkan kapsul keluarannya sendiri yang kini sudahpun menembusi pasaran Indonesia, Bangladesh, Jordan dan Afrika.

Sehingga kini menurut Kadhar Shah, kilang milik syarikatnya itu sudah mempunyai tiga mesin pembuatan kapsul yang mampu menghasilkan 10 juta kapsul sehari merangkumi enam saiz iaitu 00, 0, 1, 2, 3 dan 4 serta 5,400 jenis pilihan warna. Pengeluaran itu ditawarkan kepada 325 pelanggan syarikatnya.

Dengan teknologi dari India itu, kilang miliknya juga mampu mencetak logo atau perkataan pada setiap kapsul yang dihasilkan mengikut permintaan pelanggan. Walaupun begitu, kapsul yang dihasilkan oleh NHGC masih boleh dijual pada harga yang rendah iaitu sekitar RM8 hingga RM15 bagi setiap 1,000 kapsul.

Selain harga yang agak murah, kapsul halal keluaran NHGC juga mampu larut dalam badan dalam tempoh kurang dari 10 minit iaitu lebih cepat berbanding tempoh larut 15 minit yang ditetapkan bagi pembuatan kapsul.

Pelaburan besar


KADHAR SHAH (dua dari kanan) memastikan setiap kapsul yang dihasilkan benar-benar berkualiti sebelum dihantar kepada pelanggan.

Bercakap mengenai perancangan masa depan, Kadhar Shah memberitahu pihaknya akan membuat pelaburan yang besar bagi tempoh dua tahun akan datang dan sehingga 2013 nanti, kilang miliknya akan mempunyai 12 mesin yang mampu mengeluarkan sebanyak 40 juta kapsul setiap hari. Tambahnya, seramai 350 orang pekerja akan diperlukan untuk tujuan itu dan pihaknya memberi jaminan bahawa kesemua pekerja di kilangnya akan terdiri daripada warga tempatan.

Berdasarkan permintaan yang memberangsangkan di Indonesia, Nasmir Holdings telah membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat PT Nasmir Capsules Indonesia yang bertindak sebagai syarikat pengedar bahan berkenaan di negara jiran itu. Malah katanya, sekiranya pasaran di negara itu kukuh, pihaknya juga merancang untuk membina sebuah lagi kilang pengeluaran bagi menampung permintaan di negara itu selain meneroka pasaran baru.




Sumber : Kosmo!

Butiran selanjutnya ...

Batas bersahabat dengan wanita, bagi seorang suami


Assalamualaikum warahmatullah,

Ðalam entry Batasan bersahabat dengan lelaki, bagi seorang isteri, Laman-Seri telah mendapat feedback agar dititipkan batas-batas pergaulan seorang suami dengan wanita bukan mahramnya. Sebenarnya, saya baru saja terfikir hendak menamatkan penulisan yang berunsur 'mengajak' lawan jenis kaum Hawa ini akan hal-hal amar maakruf nahi mungkar, kerana terdapat 'tekanan' dan cemuhan oleh mereka yang ego untuk menerima buah fikiran kaum hawa... :|, namun atas permintaan sahabat ini, saya cuba usahakan juga agar tidak menghampakannya.

Sebelum ini, saya pernah titipkan entry Mata dan bahaya pandang-memandang yang sememangnya asas kepada batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang bagus dijadikan panduan.

Seorang Muslim yang beriman tidak mencintai selain kerana Allah SWT. Ia tidak mencintai kecuali apa yang dicintai Allah SWT dan Rasul-Nya. Begitupun bila ia membenci, ia tidak membenci kecuali apa yang dibenci Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, Allah dan Rasul-Nya, dan membenci kerana keduanya. Ðalilnya ialah sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, dan menahan pemberian kerana Allah, sungguh ía telah menyempurnakan imannya.” (Ðiriwayatkan Abu Ðaud)

Islam adalah agama yang syamil (menyeluruh) dan mutakamil (sempurna). Agama mulia ini diturunkan dari Allah SWT, Yang Maha Mengetahui tentang selok-belok ciptaan-Nya. Ðia turunkan ketetapan syariat agar manusia hidup tenteram dan teratur. Ðalam hubungan antara manusia, Islam telah mengatur adab atau etika terhadap pergaulan antara lawan jenis. Adab pergaulan antara lawan jenis memang diperlukan oleh setiap manusia demi meraih redha dan kecintaan Allah SWT.

Sememangnya jika anda seorang suami, seperti juga seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Jangan fikir anda seorang lelaki, bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling penting, jangan sesekali berbohong akan status anda! Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai suami, bebas keluar bersama dengan rakan wanita di malam hari seperti orang bujang saja lagaknya?

Apakah batas-batas sempadan yang wajib dipatuhi itu? Sama seperti dalam entry Batasan bersahabat dengan lelaki, bagi seorang isteri, antara batas-batasnya ialah :

1 – Hindari keluar makan malam berdua-duaan bersama wanita bukan mahram
2 – Elak pergi berjauhan berdua
bersama wanita bukan mahram
3 – Jauhi tempat yang romantis bersama wanita bukan mahram
4 – Jangan bercerita rahsia rumahtangga kepada wanita bukan mahram
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman wanita

Selain daripada lima perkara di atas, terdapat senarai perkara-perkara yang harus diperhatikan oleh setiap suami muslim agar mereka tidak terjebak dengan pergaulan bebas dan menghindari perbuatan zina yang tercela. Batas-batas pergaulan ini juga sesuai untuk kaum wanita juga.

Adab pergaulan antara lelaki dan wanita antaranya :

1 - Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis

Hendaknya setiap muslim menjaga pandangan matanya dari melihat lawan jenis secara berlebihan.
Ðengan kata lain hendaknya dihindarkan berpandangan mata secara bebas.

Allah berfirman yang bermaksud, “Katakanlah kepada laki-laki beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur: 30) dan
Ðan katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur: 31)

Awal dorongan syahwat adalah dengan pandang-memandang. Oleh kerana itu, JAGALAH mata agar terhindar dari tipu daya syaitan. Bercakap tentang tipu daya syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai Ali, janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) dengan pandangan lain, kerana pandangan yang pertama itu (halal) bagimu, tetapi tidak yang kedua!” (Hadis riwayat Abu
Ðaud)

2 - Menjaga aurat

Ðalam hal menjaga aurat, Nabi menegaskan adab menjaga aurat yang harus diperhatikan, baginda bersabda: “Tidak dibolehkan laki-laki melihat aurat (kemaluan) laki-laki lain, begitu juga perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Ðan tidak boleh laki-laki berkumul dengan laki-laki lain dalam satu kain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh berkemul dengan sesama perempuan dalam satu kain.” (Hadis riwayat Muslim)

3 - Menjauhi perkara-perkara yang menghampiri zina

Tidak berbuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina (QS. 17: 32) misalnya berkhalwat (berdua-duaan) dengan lawan jenis yang bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis riwayat Ahmad)

4 - Tidak menyentuh lawan jenis

Di dalam sebuah hadis, Aisyah r.a. berkata,
Ðemi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (janji setia kepada pemimpin).” (Hadis riwayat Bukhari)

Hal ini kerana menyentuh lawan jenis yang bukan mahramnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah bersabda, “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis riwayat at-Thabrani dengan sanad hasan)

5 - Menjauhi perbualan yang boleh ‘membangkitkan selera’

Tidak dapat dinafikan, kaum lelaki pada zaman ini terlalu mudah terdedah dengan godaan. Salah satu godaannya ialah perbualan dengan rakan sekerja wanita yang bersuara tergedik-gedik manja :P, lebih dahsyat godaannya bila isterinya sendiri tidak bersuara manja seperti rakan sekerja wanitanya.

Sebenarnya, arahan mengenai melunakkan suara oleh kaum wanita ini kita temukan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai para isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya.
Ðan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31)

Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)

Agak sukar untuk 'menutup' telinga mendengar suara manja rakan sekerja wanita, jadi dalam kes ini, anda hendaklah merujuk kembali ke item #1 dan #3.

6 - Membuka rahsia rumahtangga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu. (Hadis riwayat Ahmad)

Setiap yang bergelar suami atau isteri, pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumahtangga yang harus dijaga dengan waspada. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Ðengan kata lain, rahsia rumahtangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga.

7 - Mengelakkan sentuhan (body contact)


Hindarilah bersentuhan kulit dengan lawan jenis, termasuk berjabatan tangan sebagaimana dicontohkan Rasulullah SAW, “Sesungguhnya aku tidak berjabatan tangan dengan wanita.” (Hadis riwayat Malik, Tirmizi dan Nasa’i)

Ðalam keterangan lain disebutkan, “Tak pernah tangan Rasulullah menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hal ini dilakukan Rasulullah SAW tentu saja untuk memberikan teladan kepada umatnya agar melakukan tindakan preventif sebagai upaya penjagaan hati dari bisikan syaitan. Wallahu a’lam.

Selain dua hadis di atas, ada pernyataan Rasulullah SAW yang demikian tegas dalam hal ini, baginda bersabda yang bermaksud, “Seseorang dari kamu lebih baik ditikam kepalanya dengan jarum dari besi daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

8 - Mengelakkan ikhtilat (pergaulan) yang tidak perlu

Hendaknya tidak melakukan ikhtilat, iaitu pergaulan bercampur antara lelaki dengan wanita dalam satu tempat. Hal ini diungkapkan Abu Asied, “Rasulullah SAW pernah keluar dari masjid dan pada saat itu bercampur baur laki-laki dan wanita di jalan, maka baginda bersabda, “Mundurlah kalian (kaum wanita), bukan untuk kalian bagian tengah jalan; bagian kalian adalah pinggir jalan.” (Hadis riwayat Abu
Ðaud)

Selain itu Ibnu Umar berkata, “Rasulullah melarang laki-laki berjalan di antara dua wanita.” (Hadis riwayat Abu
Ðaud)

Ðaripada hadis-hadis di atas jelaslah bagi kita bahawa lelaki dan wanita memang harus menjaga batasan dalam pergaulan. Ðengan begitu akan terhindarlah hal-hal yang tidak diharapkan. Namun begitu, rambu-rambu pergaulan ini belum sepenuhnya difahami oleh sebahagian orang. Kerana itu menjadi tanggungjawab kita menasihati mereka dengan baik. Tentu saja ini harus kita mulakan dari diri kita masing-masing.

Tidak dinafikan, di akhir zaman, lelaki tidak lagi menjadi ‘pelindung’ wanita iaitu amat kurang kuantiti lelaki yang benar-benar menghormati dan melindungi maruah wanita.
Ðalam ertikata lain, amat sedikit lelaki yang beriman kepada ayat 30 dari surah an-Nur. :-o

Ðitambah pula, antara perkara yang paling ditakuti pada akhir zaman ini apabila muncul pula perempuan-perempuan yang ‘tidak malu’ yang menggunakan semua cara untuk mengundang perzinaan dan membuka peluang kepada lelaki-lelaki yang menggunakan peluang untuk berzina. Keadaan ini tidak menghadkan perlakuan wanita bujang sahaja, malah wanita yang masih berstatus isteri atau apa saja kategori wanita yang menggunakan kecantikan dan layanan romantik, bagi merangsang perzinaan. X( Tidak hairanlah sekarang ini pertukaran pasangan dan kekasih gelap menjadi ‘trend’ yang berleluasa zaman ini.

Sebuah seketsa untuk renungan : “Ya Rasulullah, izinkan aku berzina!”

Kata-kata ini pernah dilafazkan oleh salah seorang pemuda kepada Rasulullah SAW yang memohon izin untuk melakukan zina. Namun apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW? Baginda tidak mengherdik atau memarahinya malah melarang para sahabat yang cuba untuk mengambil tindakan ke atas pemuda itu. Rasulullah SAW menggunakan pendekatan berhikmah untuk menyedarkan pemuda itu.

Ðiriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili, katanya, Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina.” Maka tampil kaum sahabat untuk menghalangnya dan mereka berkata, “Biarkan biarkan (aku memukulnya). Nabi SAW bersabda : “Ðekatkan dia kepadaku.” Maka dia pun menghampiri dan duduk dekat Nabi SAW.

Nabi SAW bersabda, “Adakah kamu suka orang lain berzina dengan ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.
Ðemi Allah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Nabi SAW bersabda, “Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.”

Nabi SAW bersabda, “Adakah kamu mahu itu berlaku kepada anak perempuanmu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.
Ðemi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Nabi SAW bersabda, “Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.”

Nabi SAW bersabda, “Adakah kamu mahu itu berlaku kepada saudara perempuanmu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.
Ðemi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Nabi SAW bersabda, “Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada saudara-saudara perempuan mereka.”

Nabi SAW bersabda, “Adakah kamu mahu itu berlaku kepada ibu saudaramu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.
Ðemi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Nabi SAW bersabda, “Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu saudara mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW meletakkan tangannya ke atas pemuda itu dan berkata : “Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.” Maka selepas itu pemuda itu langsung tidak berpaling kepada sesuatu. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tabaraniy, disahihkan oleh al-Albaniy dan al-Wadi’iy)

Rasulullah SAW tidak bertindak kasar terhadap lelaki itu walaupun permintaannya untuk berzina merupakan satu perbuatan yang biadap dan melampau sehingga para sahabat ingin bertindak terhadapnya. Rasulullah SAW mengambil pendekatan cara lembut dan berhikmah iaitu cara perbandingan sekiranya amalan keji itu berlaku kepada ibu, anak perempuan atau saudara perempuannya yang dizina oleh lelaki lain. Ternyata tiada sesiapa pun menghendaki perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya.
Ði akhir hadis Rasulullah SAW berdoa untuknya sehingga lelaki itu bertaubat dan tidak melakukan perkara yang diharamkan berkat doa Nabi SAW dan petunjuk dari Allah SWT.

Ingatlah pesan Rasulullah SAW akan
golongan yang mendapat naungan Allah dalam sabda baginda yang bermaksud, “Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada Allah, laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT di hari akhirat kelak ialah orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita dan menjauhkannya dari perbuatan tercela dan perbuatan yang tidak terpuji. Amin.




Capaian entry berkaitan :
* Batasan bersahabat dengan lelaki bagi seorang isteri
* Mata dan bahaya pandang-memandang

Butiran selanjutnya ...

Anak serigala


Penyakit ganjil punca si cilik Thailand diiktiraf budak paling berbulu lebat di dunia

MANUSIA yang gilakan nama dan kemasyhuran sanggup berbuat apa saja walaupun ia boleh meragut nyawa. Namun ada juga yang dilahirkan untuk terkenal kerana keanehan yang wujud secara fizikal.

Inilah nasib Supatra Sasuphan, 11, gadis sunti Thailand yang menjadi popular awal minggu ini selepas diiktiraf sebagai gadis mempunyai paling banyak bulu di dunia oleh buku rekod dunia, Guiness World Record.

Sesiapa yang melihat wajahnya bukan saja terkejut, tetapi pasti simpati dengan keadaannya yang tidak ubah menyamai serigala pun sejenis spesies anjing berikutan lebatnya bulu pada bahagian mukanya. Sebaliknya, ia bukanlah satu kejutan kepada Supatra yang sudah biasa mendengar gelaran ‘gadis serigala’ dan ‘wajah monyet’ itu. Malah, si kecil ini berbangga memiliki keunikan itu yang membolehkannya dikenali di serata dunia.

Hakikatnya, Supatra adalah seorang daripada kira-kira 50 penghidap Sindrom Ambras atau juga Hypertrichosis ini. Masalah yang dikaitkan dengan kromosom ini, dikenal pasti sejak Zaman Pertengahan. Sebelum keadaan itu difahami sepenuhnya, penghidap sindrom itu kerap dilabel sebagai serigala jadian.

Kes Sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzales dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Rekod mencatatkan, dalam keluarga Gonzales, dua anak perempuan, seorang anak lelaki dan seorang cucunya menghidap sindrom itu. Altrovandus menggelar mereka sebagai keluarga Ambras, sempena istana Ambras berhampiran Innsbruck, lokasi potret keluarga berkenaan ditemui. Dan kira-kira 300 tahun kemudian, 50 kes lain dicatatkan.
Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu. Dalam kes lebih serius, secara tidak formal ia digelar sindrom serigala jadian.

Ia cuma dihidapi seorang dalam setiap 1 bilion dan setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah itu. Masalah ini wujud sejak kelahiran dan selalunya berkekalan sepanjang hayat. Penghidap sindrom ini turut dikaitkan dengan masalah gigi. Ada dua jenis berbeza sindrom itu iaitu generalized hypertrichosis, yang tumbuh di seluruh tubuh dan localized hypertrichosis, yang terhad kepada bahagian tertentu tubuh.

Ia juga boleh terjadi ketika lahir (conginetal) atau menghidapnya di kemudian hari. Satu rekod dalam sejarah mengenai congenital hypertrichosis ialah keluarga berbulu Burma. Pada tahun 1826, John Crawford mengetuai misi untuk Ketua Gabenor India melalui Burma.

Dia turut merakamkan pertemuannya dengan lelaki dipenuhi bulu, Shwe-Maong. Lelaki Burma itu mempunyai empat anak, tiga daripadanya normal dan seorang lagi menghidap congenital hypertrichosis bernama Maphoon. Pada misi kedua, Maphoon digambarkan sebagai wanita berusia 30 tahun yang memiliki dua anak lelaki, seorang daripada anaknya yang dinamakan Maong-Phoset turut mewarisi sindrom itu. Anak perempuan Maong-Phoset, Mah-Me, juga dikesan menghidap sindrom itu.

Tidak seperti Supatra yang diterima baik oleh masyarakat dan berpeluang mendapat pendidikan, penghidup sindrom itu satu ketika dulu hanya boleh berfungsi sebagai penghibur sarkas kerana penampilan unik mereka. Mereka dijadikan alat menarik kunjungan orang ramai.

Nama seperti Fedor Jeftichew atau digelar Jo-Jo Si Lelaki Berwajah Anjing, Stephan Bibrowski (Lionel Si Lelaki Berwajah Singa, Jesus ‘Chuy’ Aceves (Lelaki Serigala) dan Annie Jones (Wanita Berjanggut) adalah antara penghidap hypertrichosis yang dijadikan bahan tontonan di sarkas.

Bertuahnya Supatra kerana dilahirkan pada zaman serba moden dan pengetahuan mengenai keadaan penyakit sudah difahami hampir sepenuhnya.

“Ada segelintir yang mengusik saya dan memanggil saya wajah monyet tetapi mereka tidak berbuat begitu lagi. Saya sudah terlalu biasa dengan keadaan ini. Saya sudah tidak rasa terganggu dengan bulu. Memang kadang-kadang ia menyukarkan saya untuk melihat apabila panjang. Saya harap dapat sembuh satu hari nanti,” katanya.

Di sebalik penampilan peliknya, kehidupan Supatra masih sama seperti budak seusianya yang suka berenang, menari dan bermain serta menonton rancangan kartun. Gadis periang itu juga berazam untuk tidak menjadikan keadaannya menghalang dia daripada menjalani kehidupan normal.

“Saya suka belajar matematik supaya boleh menguasainya dan mengajar ia kepada kanak-kanak. Saya mahu menjadi doktor supaya dapat membantu pesakit. Saya mahu membantu orang ramai dan merawat mereka,” katanya bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, masa depan Supatra tidak menjanjikan sesuatu yang menyenangkan kerana pada awal kelahiran dia terpaksa menjalani dua pembedahan bagi membolehkannya bernafas.

“Kami cuma mengetahui keadaan Supatra apabila dia lahir. Dia tidak begitu sihat kerana lubang hidungnya cuma selebar satu milimeter. Tiga bulan pertama Supatra terpaksa diletakkan dalam inkubator untuk membantu dia bernafas. Dia terpaksa berada di hospital selama 10 bulan. Kami amat bimbang mengenainya,” kata bapanya, Sammrueng, 38.

Supatra menjalani satu lagi pembedahan ketika berusia dua tahun dan kini boleh bernafas secara normal. Namun satu lagi masalah besar menanti mereka sebaik Sammrueng dan isteri, Somphon, 38, membawa Supatra pulang ke rumah.

“Sebaik jiran melihat Supatra mereka bertanya dosa apa yang saya sudah lakukan. Saya bimbang memikirkan bagaimana dia hendak membesar kerana kanak-kanak lain mengusiknya. Jauh dalam hati, saya masih berharap satu hari dia akan sembuh. Kami akan melakukan apa saja terdaya jika itu dapat membantu,” katanya.

Tiket raih populariti

BAGI rakyat China, Yu Zhenhuan yang diiktiraf lelaki paling berbulu lebat di dunia sejak 2002, harapannya satu - menjalani pembedahan plastik untuk bergelar penyanyi dan pelakon popular televisyen.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari wilayah Liaoning, China, dipenuhi bulu hampir ke 96 peratus badannya disebabkan masalah hormon. Namun, dia bernasib baik apabila kecacatan fizikal yang menyaksikannya dilabel ‘Lelaki Anjing,’ dan ‘Lelaki Zaman Batu’ itu mengundang rezeki apabila membawanya ke dunia lakonan seawal usia tujuh tahun selain sempat bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, hasratnya menjadi aktor terkenal kecundang selepas pengarah drama ‘The Monkey King’ mengenepikannya kerana disifatkan sebagai tidak menarik.

“Saya ingatkan dengan keadaan saya yang menyerupai monyet dan nama jolokan ‘lelaki monyet’ itu memadai, tetapi tidak,” katanya yang dipetik media Britain, tidak lama dulu.

Di sebalik keinginannya menjalani kehidupan seperti insan lain, Yu ternyata sedih mengenangkan cemuhan yang pernah diterimanya hanya kerana berbulu terlalu lebat.

“Ketika kecil, ramai yang sering menghina saya. Mereka menggelar saya pelbagai nama - Orang Zaman Batu. Ada kalanya kerana terlalu geram, saya melawan dengan membaling batu. Saya juga sering menyisihkan diri dan suka berkurung dalam rumah. Saya malu kerana sering dicemuh. Namun lama kelamaan saya sedar, saya perlu tebalkan muka. Namun lama kelamaan saya menyedari, tiada gunanya melayan kerenah mereka kerana pada kesudahannya, diri sendiri yang harus diutamakan. Pedulikan apa kata orang,” katanya.

Yu juga terpaksa menjalani lima pembedahan bagi membuang rerambut yang menutupi hidung selain rawatan memulihkan gusi serta giginya. Badannya diliputi purata 41 rerambut bagi setiap satu sentimeter persegi. Dia juga pernah menjalani rawatan mengurangkan bulu matanya serta kening yang terlalu panjang hingga menutup matanya. Tidak cukup dengan itu, Yu juga terpaksa menjalani pembedahan membuang bulu dalam telinganya yang hampir menjadikannya pekak.

Biarpun kerap menjalani pembedahan, Yu tetap meneruskan kehidupannya dengan sikap optimis, termasuk mencari rezeki menyanyi di kelab malam dan pertunjukan pentas selain menggubah lagu.




Sumber : BHarian 06/03/2011

Butiran selanjutnya ...

Ubat ada gelatin babi dijual di kaunter tertutup



ALERT! ALERT! ALERT!

SUNGAI PETANI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memastikan semua produk farmaseutikal diperbuat menggunakan kapsul gelatin yang didapati positif DNA babi, tidak dijual di kaunter terbuka di premis jualan seluruh negara.

Serentak itu, JAKIM akan mendapatkan maklumat senarai produk farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi kapsul gelatin haram di pasaran ketika ini dan senarai itu akan diumumkan sebagai produk haram supaya umat Islam lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata larangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak terpedaya dan terbeli produk haram terbabit yang ketika ini dijual secara terbuka.

“JAKIM akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan dan pemantauan terhadap produk farmaseutikal mengandungi kapsul gelatin haram dan diasingkan jualannya dengan produk kesihatan halal,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), di sini semalam.

Beliau mengulas laporan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran yang mana tiga daripadanya positif DNA babi.

Di PUTRAJAYA, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Zainal Abidin Jaffar, berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan syarikat farmaseutikal mendapatkan sijil halal daripada agensi itu kerana permohonan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dibuat atas dasar sukarela.

Ini, katanya, menyukarkan pihaknya memantaupenggunaan bahan tidak halal dalam mana-mana produk farmaseutikal yang dijual di pasaran kerana JAKIM hanya boleh mengambil tindakan terhadap mana pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Zainal Abidin berkata, siasatan pihaknya mendapati hanya dua daripada tiga produk dikesan mengandungi DNA babi itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan semua adalah ubat tradisional yang dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan pasaran tempatan.




Sumber : BHarian 06/03/2011

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Mac 05, 2011

Merangsang minda dengan Saffron



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri kongsikan satu lagi flora ciptaan Allah SWT yang mengandungi khasiat yang sangat mengagumkan. Za’faran atau lebih dikenali dengan nama saffron (Inggeris) merupakan herba paling mahal di dunia. Ia mempunyai nilai khasiat dan juga nilai komersial yang tinggi. Maka tidak hairanlah untuk menggunakannya tidak kiralah untuk tujuan perasa makanan mahupun ubatan, kuantiti yang diambil hanya sedikit.




Saffron adalah sejenis tumbuhan kecil dari keluarga Iridacea. Ia diperoleh daripada stigma kering daripada bunga spesies crocus sativus. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan kelopak daun yang berwarna ungu. Terdapat hanya tiga stigma pada sekuntum bunga. Untuk mendapatkannya, bunga saffron perlu dituai dengan menggunakan tangan, maka sebab itulah ia amat berharga dan mahal. Bagi mendapatkan satu auns filamen saffron, sebanyak 75,000 bunga diperlukan bagi menghasilkannya. Adalah sangat menarik diketahui, hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.








Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Barat dan paling banyak ditemui di Parsi. Spesies crocus pula banyak ditanam di zaman Eropah silam. Dikatakan orang Monggol telah menbawa dari Parsi ke India.

Herba saffron juga telah disebut dan dicatatkan di dalam perubatan Ayurveda sejak ribuan tahun dahulu. Dikenali juga sebagai kumkum atau kuma-kuma, lebih daripada 20 ubat-ubatan Ayurveda memiliki bahan saffron di dalamnya.

Kandungan utama yang terdapat di dalam saffron adalah minyak asas. Beberapa terpene aldehyd juga telah ditemui termasuklah terpene (pinene, cineol). Rasa pahit yang terkandung dalam saffron pula adalah daripada picrocrocin.



Manakala warnanya yang kuat adalah disebabkan oleh karotenoid yang terkandung di dalamnya. Herba ini juga dikatakan tinggi dengan kandungan thiamine dan juga riboflavin. Disebabkan kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, maka hanya sedikit sahaja diperlukan untuk tujuan tertentu. Selalunya saffron digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

nasi saffron

Saffron sememangnya ramuan istimewa kerana dikatakan mampu memberi warna dan rasa pada makanan. Di India, ia banyak digunakan dalam nasi, minuman dan pencuci mulut. Di Jepun, ia digunakan bagi menambahkan kelazatan ikan mentah yang dimakan.

Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan kek saffron. Begitu juga di Spanyol, sejenis masakan yang menggunakan bahan ini sangat terkenal di seluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.

Awet muda

Untuk tujuan perubatan, khasiat saffron memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Semenjak beribu tahun dahulu, herba mahal ini telah digunakan oleh pengamal perubatan herba sebagai ramuan ubatan dalam merawat penyakit.

Saffron dikatakan amat berguna sebagai ubat sakit perut dan antipasmodik dan ia dikatakan mampu membantu pencernaan dan meningkatkan selera makan. Selain itu, herba ini juga dikatakan mampu melegakan kolik (kembung disebabkan angin) dan melegakan tekanan.

Saffron didakwa mampu diambil oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak menentu serta mereka yang mahu hamil. Selain itu, ia juga dikatakan mampu menambahkan tenaga zahir dan batin.

Bagi ibu-ibu mengandung, Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

Pada zaman silam, penggunaan saffron hanya terhad kepada wanita golongan diRaja dan kalangan bangsawan serta saudagar sahaja. Namun pada masa kini, semua golongan boleh menggunakannya. Malah bagi mereka yang mempunyai wang, boleh menggunakan alat solek mahupun produk kecantikan yang menggunakan saffron sebagai salah satu bahan ramuannya. Selain kemampuannya untuk merawat jerawat atau penyakit kulit dengan berkesan, penggunaan saffron juga boleh mengekalkan awet muda.

Khasiat lain saffron adalah untuk merangsang minda dan pertumbuhan sel-sel otak manusia. Ia juga dikatakan amat sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana mampu merangsang pertumbuhan akal dan fizikal mereka. Bagi mendapatkan khasiat ini, dikatakan saffron amat sesuai dimakan bersama madu asli.

Saffron juga dikatakan mampu melegakan kelesuan dan keletihan kerana ia mampu menguatkan jantung dan juga sistem saraf. Ia turut boleh dimasukkan ke dalam susu dan dijadikan minuman untuk mereka yang mengalami masalah kardiak ringan.

Ringkasan khasiat saffron :
* Membantu penghadaman
* Meningkatkan selera makan
* Parkinson dan nyanyuk
* Merawat masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim (selepas bersalin)
* Mengatasi kemurungan
* Melegakan ketegangan (tension)
* Merangsang tenaga syahwat
* Rawatan saraf
* Gout
* Rawatan limpa
* Merawat sakit perut
* Merawat sakit paru-paru
* Masalah cirit-birit
* Melancarkan perjalanan haid
* Boleh dijadikan wangi-wangian
* Boleh dijadikan penyedap makanan
* Boleh dijadikan sabun mandi

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat saffron, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Rujuk : MisteriAlam # 1390, Trademal, AirPenawar dan Saffron.

Butiran selanjutnya ...

Kisah dari Mahkamah Syariah: Bersubahat buat maksiat


Selamat tinggal dunia maksiat

SEROJA menarik nafas lega. Dadanya terasa ringan, biarpun keputusan diambil itu menghiris hatinya. Benar, dia terpaksa. “Betulkah keputusan yang aku ambil ini? Tidak adakah jalan lain selain daripada ini?,” soalan itu tidak putus-putus bermain dalam fikirannya sejak sekian lama.

Ke mana saja dia pergi soalan itu terus berkisar dalam kotak fikirannya. Semakin dia berlari laju, semakin pantas ia memintas benaknya. Fikir Seroja selagi dia tidak berkata ‘YA’ kepada keputusan diambilnya itu, selagi itulah dia boleh jadi gila. Gila memikirkan perbuatan hinanya itu selama ini.

Malam itu, malah juga malam-malam sebelumnya, Seroja memandang wajah suami yang dicintai itu dengan penuh kasih sayang dan berharap dia akan berubah. Secara luaran memang mereka pasangan yang cukup serasi. Wajah mereka berdua pun nampak cukup baik. Kedua-duanya berwajah sederhana, tetapi kata pepatah tenang air jangan disangka tiada buaya. Mendung wajahnya semendung hari itu. Biarpun angin bertiup kencang mendamai rasa, tetapi perasaan Seroja menangis hiba.

“Mak saya selalu kata, bergegar tiang arash kalau isteri minta cerai. Tetapi dalam hal ini saya terpaksa. Saya sayangkan suami dan memberikannya banyak masa untuk berubah, tetapi segala-galanya hampa. Saya putus asa. Makan minum kami anak beranak tidak pernah dilupakan tetapi sikapnya tidak pernah berubah. Itulah menyebabkan saya kecewa,” kata Seroja.

Pasangan berusia 30an itu mempunyai seorang cahaya mata berusia tujuh tahun. Usia perkahwinan lapan tahun akhirnya Seroja ‘angkat tangan’ apabila anaknya yang bersekolah Tahun Satu mula bertanya kepadanya, “Kawan semua mengejek Lela. Mereka kata Lela anak angkat sebab kulit Lela tak macam kulitnya manakala papa putih,” luah anaknya itu lalu, benar-benar menginsafkan dirinya. Riak wajah Shamsul pula hanya selamba.

Seroja berkahwin dengan Shamsul atas dasar cinta. Satu dunia tahu mengenai percintaan mereka. Suaminya ahli perniagaan. Tidaklah besar mana perniagaan itu, tetapi rumah banglo tepi bukit mampu dimiliki atas kerja keras Shamsul membuktikan dia bukan suami yang culas dalam tanggungjawab. Tetapi apabila dikelilingi rakan perniagaan daripada pelbagai jenis, dia akhirnya terpengaruh dengan sikap rakannya.

“Shamsul dan kawannya melobi bukan setakat atas kertas, tetapi mempertaruhkan isteri. Lima tahun perkahwinan saya anggap ia biasa. Malah Lela pun saya tidak pasti sebenarnya anak Shamsul atau pun bukan sebab kulitnya gelap. Tetapi suami saya tidak kisah. Lela tetap dibintikan ke namanya. Dia tetap selamba dan menganggap berkongsi pasangan bagaikan keseronokan pula,” katanya.

Seroja mengaku mereka bukan tidak tahu hukum tetapi apabila ketua keluarga tidak mengendahkan larangan Allah, begitulah jadinya. Hakikatnya ‘lesen’ menjalankan maksiat bagi pasangan suami isteri bukannya sukar dilakukan. Lantaran pegawai agama mana yang tahu apa terjadi dalam rumahtangga orang berkeluarga?

Seroja dan Shamsul melakukannya dengan sedar tetapi apabila ia sudah selalu dilakukan, ia menjadi perkara biasa. Mungkin juga naluri keibuannya semakin matang sejajar pertambahan usia.

Semakin Lela membesar, semakin banyak perbezaan wajah dirasakan berlaku ke atas Lela, menjadikan dia insaf. Wajah Lela seperti anak India. Matanya bulat, bulu matanya juga lentik, sedangkan Seroja tidak begitu. Semakin difikirnya, semakin kacau hati Seroja dibuatnya. Bila diajukan pertanyaan itu kepada Shamsul, selalu suaminya menafikan hal berkenaan.

“Takkan ada orang tanyanya Lela itu anak siapa sebab awak yang lahirkan dia kan? Awak mahu ke buat ujian DNA semata-mata mengesahkan dia anak siapa? Karut. Kalau awak tahu pun awak nak buat apa? Cuba beritahu saya? Sudahlah jangan sempitkan fikiran awak!” Kata-kata Shamsul itulah sebenarnya yang meremukkan hatinya dan secara perlahan-lahan membina semangatnya untuk terus menjejak langkah ke mahkamah. Biarpun Shamsul berat hati membiarkan Seroja pergi, Seroja punya alasan kukuh untuk dilepaskan. Baginya kenangan cinta bersama hanyalah neraka untuk dikenang.

Seroja pula tidak sanggup membocorkan rahsia itu kepada Lela. Siapapun ayah Lela, dia tidak mahu memikirkannya lagi. Apa yang difikirkan kini dia ingin kembali ke pangkal jalan dan membina kehidupan sempurna sebagai umat Islam yang sebenarnya dalam sisa hidup yang ada.

Manik halus di wajah Seroja jatuh juga. Tetapi hanya Seroja tahu kenapa ia mengalir. Sama ada dia menangis kerana insaf atau kerana dilepas suami tercinta atau terlepas daripada bahang dosa yang melingkari hidupnya? Tetapi ringkas kata Seroja, hanya cinta kepada Allah yang kekal selamanya.

Petang itu meninggalkan satu lagi kes keluarga Islam. Seperti kata Seroja, siapa yang mahu mengetuk pintu rumah orang berkeluarga? Kalau tidak kerana suami memainkan peranan sebagai suami yang soleh, tidak maksiat bermaharajalela atas tiket suami isteri.

Petikan : BHarian 05/03/2011




Capaian entry berkaitan :
* Suami untuk pakai sewa\

Butiran selanjutnya ...

Suami untuk pakai sewa


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Menurut pakar motivasi Dr HMTuah, ketika beliau berada di Amerika Syarikat, seorang kenalannya selalu 'menjual' suaminya dengan harga yang murah. Bagaimana agaknya beliau menjual suaminya? Caranya cukup mudah, iaitu dengan memakai baju T dengan perkataan ‘HUSBAND FOR SALE’ tertera jelas di bajunya. Kemudian dia berjalan ke sana ke mari di tengah-tengah bandaraya New York. Pernah sekali rakannya berjalan bersama beliau dan suaminya itu. Suaminya kelihatan sangat gembira, maklumlah, dia akan merasai lembah baru tanpa sembunyi-sembunyi lagi. Semuanya ditawarkan oleh isteri sendiri.

Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang sangat kalut. Nasib baik si suami tadi tidak pula memakai baju T tertulis ‘My wife for hire’. Jika begitu keadaannya dia tidak perlu bersusah payah ‘menjual’ isterinya sebab di kalangan kawan-kawan lelaki yang lain pun ramai juga yang berminat. Apa yang dilakukan oleh kenalan Dr Tuah ini memang jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil berlaku.

Tahukah anda, sekarang ini sudah wujud trend ‘Husband for hire dan ‘Husband for sale’ di negara kita? Mereka yang mengambilnya ialah para wanita asing yang memerlukan pas untuk tinggal di negara ini. Dipercayai, para suami untuk disewa ini adalah mereka pada usia pertengahan dan melakukannya semata-mata atas dasar keseronokan dan juga wang serta para isteri mereka membenarkan. Jabatan Imigresen Perak ketika mendedahkan perkara ini menyatakan banyak kes setelah disiasat mendapati para lelaki yang menjadi suami sewaan ini mengaku bahawa perkahwinan mereka adalah lakonan semata-mata.

Tiada cemburu

Tahukah anda, sesetengah ‘suami sewaan’ ini bekerja hanya sebagai penoreh getah dan juga nelayan. Trend di luar negara, selain menyewakan suami atau isteri kepada pihak ketiga, malah ada yang sengaja menemani suami atau isteri masing-masing sewaktu menjalankan ‘tugas sewaan itu’. Anda boleh rujuk berita yang menggemparkan ini dalam entry GRO sewa suami RM1000 sebulan.

Hairan rasanya, bagaimana mereka boleh tidak berasa cemburu. Menyewakan sahaja sudah cukup menjentik naluri cemburu, melihat sekali perlakuan orang yang menyewa terhadap suami atau isteri yang disewakan tidakkah itu boleh menimbulkan rasa ‘cemburu yang amat sakit’? Susahlah kalau sudah tidak cemburu. Cemburu itu diperlukan untuk menyekat hal-hal serupa ini berlaku. Jika isteri atau suami boleh disewa-sewakan, apalah ertinya lagi perkahwinan.

Bermakna mereka lebih hina daripada haiwan sebab haiwan pun sanggup berjuang untuk mempertahankan ‘bini’ masing-masing apabila diganggu jantan lain. Aneh sekali manusia boleh bertindak lebih dahsyat daripada binatang.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, “Rasulullah S.A.W melarang perbuatan melagakan binatang.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

Melagakan binatang itu termasuk hal yang zalim, menyewakan pasangan apakah tidak zalim? Sama ada pasangan itu rela ataupun suka, perbuatan serupa itu tetap terkeluar dari norma-norma hidup manusia yang biasa dan beragama.

Apabila penyakit sosial serupa ini telah merebak ke sini, yang disangka hanya ada di Amerika dan negara-negara barat yang lain, kita menjadi ngeri sendiri. Bagaimanakah perasaan anda jika ternampak seorang wanita memakai baju T ‘Husband for sale’ atau ‘Wife for hire” di pekan kecil seperti Yong Peng, misalnya? Sudah tentu keadaan di bandar-bandar besar lebih kronik lagi, bukan?

Apakah yang boleh kita lakukan supaya budaya songsang serupa ini tidak terus berkembang? Ingatlah pesanan ini, Manusia andainya sudah tidak boleh berfikir dan bertindak sebagaimana seharusnya manusia, sebenarnya dia bukanlah lagi manusia tetapi ‘seorang’ haiwan yang haiwan pun hairan dan geleng kepala memandangnya.




Sumber : DrHMTuah MW#1424 dan HMetro 23/02/2011

Capaian entry berkaitan :
* GRO sewa suami RM1,000 sebulan

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mac 04, 2011

Sijil Faraid elak pertikai status, hak waris


Penting untuk pastikan hanya waris berhak menerima pusaka dengan kadar ditetapkan berasaskan ketetapan Allah SWT

HUKUM faraid adalah ketetapan Allah yang merujuk kepada pembahagian pusaka menurut Islam dan untuk orang Islam saja. Hukum faraid hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang Islam yang sudah meninggal dunia. Harta pusaka dimaksudkan adalah semua harta membabitkan harta alih dan harta tak alih yang dimilikinya secara sah sehingga seseorang itu meninggal. Perkara berkaitan harta sudah diperjelas dalam siri sebelum ini.

Penting bagi orang Islam untuk tidak mengambil mudah perkara membabitkan cara mengguna pakai atau membelanjakan harta pusaka walaupun apa juga nilai atau jumlahnya kerana harta berkenaan milik ahli warisnya.

Harta pusaka akan dibahagikan kepada waris yang berhak sama ada secara persetujuan bersama ataupun melalui hukum faraid. Pembahagian membabitkan hukum faraid adalah pembahagian mutlak hanya kepada waris yang berhak sebagai jalan keluar jika berlaku pertikaian dalam kalangan waris. Oleh itu, penting untuk memastikan hanya waris yang berhak menerima pusaka dengan kadar ditetapkan berasaskan ketetapan Allah SWT.

Justeru, apabila pembahagian sudah dibuat dan dilaksanakan, semua waris wajib menerima dengan hati ikhlas, reda dan bersyukur. Ini kerana masalah perebutan pusaka yang berpanjangan akhirnya meruntuhkan jalinan kekeluargaan. Keadaan buruk ini turut membawa kepada kesengsaraan waris terutama kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan dan tidak berdaya.

Perkara yang lebih mendukacitakan apabila tuntutan hak dan keadilan daripada waris yang berhak terhadap pusaka si mati terus diabaikan atau dilupakan. Di AmanahRaya, prosedur sudah dirangka supaya perkara seperti itu dapat diuruskan dengan baik demi kebajikan semua waris.

Ada kes, tidak diketahui sama ada dilakukan secara sengaja atau sebaliknya, waris yang berhak tidak mendapat pusaka mereka. Alasannya, kewujudan mereka tidak diketahui. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadilan dilaksanakan?

Di peringkat waris si mati sendiri perlu bersikap matang, tulus, ikhlas dan amanah apabila menyelesaikan pusaka. Waris boleh mencuba menggunakan pendekatan positif dan sihat secara bermuzakarah jika terdapat perbezaan pendapat atau rasa ketidakpuasan hati. Di saat genting begini adalah kritikal bagi waris sentiasa bekerjasama dan komited ke arah penyelesaian segera pusaka di semua peringkat terutama untuk mendapatkan Sijil Faraid dan pentadbiran pusaka.

Kini, waris yang mahu menyelesaikan pentadbiran pusaka perlu mendapatkan Sijil Faraid dan menyerahkannya kepada pentadbir atau wasi bagi tujuan pembahagian pusaka kepada waris yang berhak.

Sijil Faraid berupaya mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini antaranya penipuan kepada senarai waris yang berhak, penganiayaan hak waris, perbalahan dan manipulasi sesama anggota waris kerana di dalamnya tercatat butiran waris dan bahagian yang akan diterimanya.

Mengikut seksyen 51, Enakmen 3 Tahun 1991, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991 menetapkan Mahkamah Syariah diberi hak dan bidang kuasa untuk menentukan cara pembahagian harta pusaka kepada ahli waris menurut hukum Islam supaya hak waris terjamin.

Bagi tujuan itu, sistem pengiraan dan pembahagian faraid menyeluruh dibangunkan untuk membantu memudahkan dan mempercepatkan proses berkenaan.
Sistem itu akan membuat pengiraan dan pembahagian dengan kadar yang tepat secara automatik untuk ahli waris yang disahkan status serta kedudukannya.

INFO: Permohonan Sijil Faraid membabitkan:
* Pemohon perlu mengemukakan permohonan.
* Terima permohonan, disemak dan jika lengkap terima dan daftar.
* Siasatan waris dijalankan pada hari pendaftaran atau pada hari lain yang ditetapkan.
* Apabila siasatan selesai, pengiraan dibuat.
* Dapatkan sijil dalam masa lima hari selepas siasatan ahli waris selesai.
* Pemberitahuan akan dibuat pada hari siasatan selesai.

Dokumen yang diperlukan:
* Borang permohonan yang lengkap
* Salinan kad pengenalan waris/sijil kelahiran atau surat akuan
* Salinan geran harta/buku akaun/penyata
* Sijil nilaian harta jika ada
* Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)




Petikan : BHarian 04/03/2011

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Mac 03, 2011

Kaunseling : Isteri sudah dua kali curang


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Jika sebelum ini kita sering membaca luahan hati isteri tentang sikap suami yang sering menimbulkan pelbagai masalah seperti mempunyai perempuan lain, tidak bertanggungjawab, panas baran dan sebagainya. Kali ini kita berkongsi luahan hati seorang suami tentang isterinya yang sudah dua kali melarikan diri dari rumah kerana mengikut lelaki lain. Sebagai suami, dia masih menyayangi iserinya dan mengharapkan isterinya kembali ke pangkuannya. Semoga kisanya menjadi teladan buat semua pengunjung blog.

PERSOALAN :

Berat untuk saya bercerita kisah ini, namun semakin dipendam, saya semakin buntu. Ibarat di luah mati mak, ditelan mati ayah. Secara jujurnya, saya masih menyayangi isteri dan mengharapkan dia kembali ke pangkuan saya. Sebagai suami, saya juga mempunyai maruah diri dan tidak mungkin boleh dibeli-beli.

Saya berusia 33 tahun dan kisah ini bermula apabila isteri sudah dua kali melarikan diri dari rumah kerana mengikut lelaki lain. Kali pertama, isteri melarikan diri pada tahun 2009. hampir sebulan saya memujuknya kembali ke pangkuan saya. Akhirnya dia bersetuju. Namun bahagia itu tidak lama apabila sekali lagi pada tahun 2010, dia melarikan diri semula. Kali ini ke Semenanjung bersama seorang lelaki yang bekerja di Kuala Lumpur. Ðia menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut tanpa pengetahuan saya dan melarikan diri semasa saya keluar bekerja. Sekembalinya dari kerja, saya dapati isteri dan barang-barang peribadinya sudah tiada.

Hampir satu bulan juga saya memujuknya balik, barulah dia bersetuju. Namun kali ini isteri memberikan syarat bahawa saya harus mengikut semua kehendaknya yang mana hati saya berat menyetujuinya. Isteri memberi syarat bahawa saya harus menceraikan dia. Ini kerana kata isteri, dia mahu hidup bebas dan bersendirian. Tapi dalam diam, isteri dan pasangannya sudah merancang di sebaliknya. Sebenarnya, saya tidak tahu hubungan dia dengan lelaki tersebut, tetapi Allah Maha Kaya. Mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepada saya di mana pada satu malam, saya terjumpa telefon yang tidak pernah saya lihat di dalam almari pakaian. Alangkah terkejutnya saya pada waktu itu. Allah saja yang tahu bagaimana hati saya tatkala membaca mesej-mesej yang tertera di telefon berkenaan.

Keesokan harinya, saya bertanya kepada isteri apakah yang berlaku semasa dia berada di Kuala Lumpur, di mana sebelum itu, isteri mengatakan dia cuma tinggal dan keluar bersama rakan-rakan perempuan sahaja. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Malah isteri juga sanggup bersumpah atas nama Allah bahawa dia tidak melakukan sebarang perkara terkutuk. Namun bila saya menunjukkan bukti, barulah dia mengaku tetapi sebelum itu dia sempat bersumpah tiada apa yang berlaku.

Isteri mengaku bahawa dia dan lelaki tersebut melakukan perbuatan zina. Masya Allah, hancurnya hati saya hanya Allah yang tahu. Sanggup isteri lakukan perkara tersebut, sedangkan ketika tiu dia adalah isteri saya. Adakah ini dugaan bagi diri saya? Kalau diikutkan rasa hati saya yang sakit ketika itu, mahu saya lakukan perbuatan yang tidak diingini, tetapi saya masih teringatkan Allah. Segala yang berlaku adalah di atas kehendaknya.

Saya cuba untuk menghubungi lelaki tersebut, tetapi lelaki tersebut tidak berani menjawab panggilan saya sehingga saya menghantar mesej supaya dia harus bertanggungjawab di atas apa yang dia pernah lakukan. Adakah lelaki tersebut seorang yang bertanggungjawab jika tidak dapat dibawa berbincang? Baru-baru ini, saya dan isteri telah ke jabatan agama Islam untuk minta kaunseling, tetapi dia pula failkan perceraian. Saya tidak akan ceraikan isteri kerana masih sayangkannya. Bagaimana pun isteri berkata, dia mahu juga diceraikan dan jika saya sanggup lafazkan talak, lelaki tersebut sanggup membayar saya.

Adakah maruah ini boleh ditukar ganti dengan duit? Saya takkan berbuat demikian. Saya ada bukti untuk membuatkan lelaki berkenaan ditangkap kerana telah emlarikan isteri saya. Sebab itulah dia sanggup membayar saya, semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri, namun saya mementingkan keselamatan isteri saya.

Kesan dari perkara itu, sekarang saya dan isteri sedang menunggu tarikh dari pihank mahkamah syariah untuk memberi keterangan masing-masing dan tindakan selanjutnya. Apakah yang harus saya lakukan? Tolonglah saya, bagaimana hendak mengatasi masalah ini, kerana saya masih menyayangi isteri.

JAWAPAN :

Istilah kasih sayang dan kesetiaan sangat berkait rapat dan saling melengkapi. Jika kasih sayang menjadi keutamaan kepada individu yang bercinta, maka kesetiaan akan dijulang dan dijadikan perisai pada setiap interaksi yang dibina agar kasih sayang tadi terpelihara.

Kecurangan pula adalah tingkah laku yang lahir dari beberapa faktor dalaman iaitu diri individu itu sendiri dan faktor luaran seperti peluang untuk bertemu dengan pasangan yang lain tanpa batasan dan sekatan serta faktor menarik seperti layanan yang baik yang diterima dari kekasih gelap dan faktor menolak seperti layanan suami yang tidak mencapai tahap kepuasan maksimum yang didambakan oleh iteri yang dijadikan alasan kukuh untuk keluar dari kasih sayang dan kesetiaan yang dibina.

Kecurangan mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang menggunakan alasan ini untuk kepentingan dan kepuasan diri. Ada yang sanggup bergelumang dalam dosa kerana mengejar hubungan terlarang kerana mengimpikan kepuasan dan kepentingan diri yang tidak ada noktah dan sempadan.

Ði akhir zaman, lelaki tidak lagi menjadi ‘pelindung’ wanita iaitu amat kurang kuantiti lelaki yang benar-benar menghormati dan melindungi maruah wanita dalam ertikata lain, amat sedikit lelaki yang beriman kepada ayat 30 dari surah an-Nur. Ðitambah pula, antara perkara yang paling ditakuti pada akhir zaman ini apabila muncul pula perempuan-perempuan yang ‘tidak malu’ yang menggunakan semua cara untuk mengundang perzinaan dan membuka peluang kepada lelaki-lelaki yang menggunakan peluang untuk berzina. Keadaan ini tidak menghadkan perlakuan wanita bujang sahaja, malah wanita yang masih berstatus isteri atau apa saja kategori wanita yang menggunakan kecantikan dan layanan romantik, bagi merangsang perzinaan. Tidak hairanlah sekarang ini pertukaran pasangan dan kekasih gelap menjadi ‘trend’ yang berleluasa zaman ini. Selalunya wanita yang masuk kategori ini tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada, sebaliknya mereka mencari pelbagai perkara baru, layanan baru, keseronokan baru dan apa saja yang diistilahkan sebagai kepuasan dalam kehidupan mereka.


Kisah yang tuan paparkan ini mempamerkan kecurangan yang nyata yang dilakukan oleh isteri tuan dalam keadaan tuan yang setia dan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang. Tuan pula sanggup memaafkan isteri tuan dalam pelbagai kecurangan walaupun tuan sendiri sedia maklum bahawa isteri tuan akan terus mengecewakan tuan, walau seribu kemaafan diberikan. Sebelum tuan teruskan dengan kemaafan tuan untuk sekian kali ini, eloklah tuan menilai semula apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga tuan sekarang ini.

Hakikat yang sekarang dipikul oleh tuan adalah isteri tuan mahukan perceraian, sedangkan tuan tidak. Isteri tuan juga telah berzina dengan lelaki lain, sedangkan tuan tidak mahu menceraikannya, walau apa alasan pun. Tuan juga sangat setia dan berikan sepenuh kasih sayang, sedangkan isteri tuan tidak setia dan tiada kasih sayang kepada tuan. Tuan juga dianggap sebagai tempat untuk memenuhi segala keperluan kehidupan sahaja. Sama ada sedar atau tidak, semua perbezaan ini telah mencorakkan satu jarak hubungan yang sangat jauh antara tuan dan isteri tuan.

Secara psikologi, manusia yang ada pemikirannya ‘tidak mahu’, akan mencari seribu satu alasan untuk mencorakkan tingkah laku menjauhi semua perkara yang berkaitan. Tuan perlu faham bahawa isteri tuan sekarang tidak mahu berubah dan mahu hidup bebas. Jika tuan berkeras tidak mahu melepaskannya, maka tuan akan menggalakkan perzinaan dan kecurangan yang lebih lagi kerana tidak ada batasan iman dalam diri isteri tuan yang akan menghalang dirinya dari mengulangi apa yang telah dilakukannya.

Antara ciri suami yang soleh adalah sentiasa berbuat baik kepada isteri dan sentiasa berusaha mendidik isteri ke jalan keimanan dan ketaqwaan. Namun, antara ciri kedayusan suami juga adalah membiarkan isteri berada dalam kesesatan. Ðalam keadaan ini, tuan telah berusaha seboleh mungkin untuk mengembalikan isteri tuan kepada jalan yang lurus, namun isteri tuan tetap memilih untuk berlaku curang. Oleh itu, tuan perlu akur dengan ketentuan ini dan tuan perlu redha jika berlaku perceraian. Tuan juga perlu muhasabah kembali perjalanan kehidupan berkeluarga tuan, adakah tuan penuhi dengan menunaikan tanggungjawab dan hak yang sewajarnya kepada isteri dan anak-anak tuan. Jika tuan juga sudah memenuhi semua tuntutan ini, maka tuan juga perlu terima dugaan ini dengan hati yang terbuka.

Tuan perlu menilai kembali keputusan yang tuan buat, iaitu adakah melepaskan isteri tuan lebih baik atau ‘memaksanya’ kembali kepada tuan lebih baik. Jika tuan dapati menceraikan isteri tuan dan membiarkan dia berkahwin dengan sesiapa yang dia suka adalah jalan terbaik, maka tuan perlu berlapang dada dengan keputusan itu. Sebaliknya, jika tuan masih mengharapkan isteri tuan akan berubah dan isteri tuan bersetuju untuk berbincang serta bertaubat nasuha atas segala perbuatannya, maka peluang yang tuan berikan akan memberi makna.

Akhir sekali, tuan perlu tanya diri tuan sendiri, adakah keputusan tuan untuk melepaskan isteri tuan ini berasaskan kasih sayang atau perasaan dendam atas kecurangan yang dilakukan? Tuan perlu faham bahawa perkahwinan dilaksanakan atas dasar kasih sayang dan persetujuan untuk bersama. Jika salah satu pihak sudah tidak bersetuju untuk bersama, maka unsur ‘paksaan’ akan melakarkan rasa tidak puas hati dan tidak ikhlas untuk bersama, maka tidak hairanlah kecurangan akan berlaku malah akan terus berlaku selagi tidak ada keikhlasan dalam hubungan ini.

Kemurnian hati dan kesediaan tuan untuk membawa isteri tuan ke jalan yang lurus sangat disanjung, namun tuan perlu faham bahawa semua keadaan itu menjadi tidak berguna jika isteri tuan tiada panduan iman yang jelas. Hanya iman yang sempurna dan perasaan takut kepada Allah SWT sahaja yang akan menghalang manusia dari melakukan maksiat. Oleh itu, satu cara lagi adalah cuba bawa kembali isteri tuan ke jalan Allah SWT dan berdoalah agar hatinya lembut dan sentiasa sujud kepada Allah SWT. Semoga dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT, isteri tuan akan menjauhi zina dan semua perkara yang membawa kepada zina.




Petikan : MW#1420

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Mac 02, 2011

Sindrom kekurangan testosteron punca lelaki sukar ereksi



Tanpa dosedari, lelaki sebenarnya boleh memiliki ciri fizikal wanita. Hakikat inilah yang perlu diterima oleh sebilangan kaum Adam walaupun ramai yang tidak menyetujuinya. Paling ketara dapat dilihat kepada lelaki yang bertubuh besar dengan memiliki buah dada besar berbanding lelaki kurus.

Lebih membimbangkan bukan sahaja wujudnya ciri perempuan tetapi pertambahan ukuran pinggang berikutan peningkatan jumlah lemak dalam badan dan kemerosotan selera seksual.

Pertambahan lemak dalam badan dan kemerosotan nafsu seksual bagi lelaki berumur 40 tahun ke atas biasanya disebabkan masalah kekurangan hormon testosteron. Walaupun ia lebih dikenali sebagai hormon lelaki, wanita turut mempunyai hormon testosteron. Testosteron merupakan hormon yang memainkan fungsi penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan seseorang, khususnya untuk fungsi seks.

Bagi lelaki, testosteron ialah hormon utama yang mengawal perkembangan ciri seksual lelaki dan fungsi pembiakan. Ini dapat dilihat dari segi keinginan seksual, kemampuan ereksi dan penghasilan sperma matang.

Sindrom Kekurangan Testosteron (TDS) berlaku apabila testis iaitu organ seks lelaki yang menghasilkan sperma dan kelenjar adrenal tidak mengeluarkan hormon testosteron secukupnya. Testosteron mempunyai fungsi penting dalam fungsi seksual seseorang lelaki.

Kekurangan hormon ini menjejaskan pembinaan tisu badan, metabolisme, fungsi hati dan kelenjar prostat. Paras testosteron rendah menyebabkan lelaki sukar mengalami ereksi, ejakulasi lemah dan jumlah air mani juga berkurang.

Kekurangan hormon testosteron juga dipanggil andropaus. Keadaan ini hampir sama dengan keadaan yang dihadapi oleh wanita iaitu menopaus. Lelaki andropaus biasanya mengambil masa lebih lama untuk mengalami ereksi seterusnya.

Nafsu seks menurun

Secara semulajadi, paras testosteron menurun dengan peningkatan usia. Ia merosot 1.4% setahun dan akhirnya menyebabkan Sindrom Kekurangan Testosteron (TDS) pada lelaki berumur.

Paras testosteron ada pada tahap tertinggi ketika lelaki berumur 30 tahun dan merosot perlahan-lahan apabila umur meningkat, terutama di antara 40 hingga 60 tahun.

Kira-kira 7% lelaki berumur 40 hingga 60 tahun mempunyai hormon lebih rendah berbanding paras normal dan angka ini meningkat kepada 20 peratus di kalangan lelaki berumur 60 hingga 80 tahun. Menjelang umur 70 tahun, seseorang lelaki dianggarkan kehilangan 35% daripada paras testosteron aktif.

Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu seks lelaki menurun dan mengalami kegagalan untuk berereksi. Pada masa sama, kekurangan testosteron mengakibatkan perubahan bentuk badan dan menjejaskan kesihatan.

Kajian TDS mendapati ia berkait rapat dengan osteoporosis dan sindrom metabolik, iaitu dua gangguan kesihatan yang meningkatkan risiko lelaki menghidap penyakit 'pembunuh senyap' seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Bagi lelaki berumur 40 tahun ke atas, parameter pertama ialah ukuran lilitan pinggang. Ia boleh menjadi petunjuk baik sama ada seseorang itu, sindrom metabolik dan TDS. Oleh itu, kepada lelaki Asia yang mempunyai ukuran lilitan pinggang melebihi 90 sentimeter (36 inci) disarankan berjumpa doktor untuk pemeriksaan tahap testosteron.

Kesan jika paras testosteron terlalu rendah :

* Kehilangan atau penurunan nafsu seks
* Tahap tenaga rendah
* Kurang daya tumpuan
* Mendapat serangan kepanasan
* Cepat letih
* Jumlah lemak dalam badan meningkat
* Tekanan
* Ereksi pada waktu pagi berkurang
* Mengalami masalah eraksi
* Mudah menjadi sugul dan murung
* Jisim otot menyusut
* Otot menjadi lemah
* Ukuran pinggang meningkat
* Kesihatan keseluruhan mula terjejas

Turut Pengaruhi Kesihatan

Apabila menghadapi masalah ED akibat TDS, kehidupan lelaki secara umumnya mulai terjejas. Ia bukan saja mengganggu fikiran, tetapi turut mempengaruhi kesihatan keseluruhan.

Pengenalpastian masalah TDS boleh dilakukan dengan mudah melalui ujian darah. Lelaki yang ada paras hormon testosteron kurang daripada 10 nmol/liter dianggap mengalami masalah TDS. Paras normal ialah antara 10 nmol/liter hingga 35 nmol/liter.

TDS boleh dirawat dengan berkesan melalui kaedah mudah, iaitu terapi testosteron sama ada melalui implan, tablet oral (makan) atau suntikan. Terapi ini mengembalikan tahap testosteron ke paras normal.

Sebelum mendapatkan terapi penggantian testosteron, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu supaya pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan. Ini kerana terapi penggantian testosteron tidak sesuai untuk lelaki yang ada masalah kelenjar prostat atau kanser buah dada.

Selain itu, pastikan badan selalu sihat melalui pemeriksaan kesihatan berkala, mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah, kerap bersenam, berhenti merokok, mengurangkan pengambilan minuman keras serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Ikuti entry yang akan mendedahkan makanan yang dikatakan mampu merangsang pengeluaran hormon testosteron dalam entry akan datang, insya Allah.






Sumber : MW#1422

Capaian entry berkaitan :
* Sindrom kekurangan testosterone mula seawal usia 35
* 8 ujian wajib lelaki


Butiran selanjutnya ...

Selasa, Mac 01, 2011

Islam galak umat tampil kemas, cantik

WANITA Islam boleh berpakaian mengikut aliran fesyen tetapi mestilah menutup aurat. - Gambar hiasan

Berfesyen tidak salah tetapi jangan melampaui batas, langgar hukum

ISLAM tidak mengharamkan apa yang dinamakan fesyen sebaliknya meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan kemas dan cantik dan imej seseorang juga terletak pada cara berpakaian.

Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh daripada pandangan mata umum kerana ia seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam tidak mementingkan keterampilan yang kemas dan cantik.

Malah, Allah lebih menyukai hamba-Nya yang bijak menggunakan nikmat kurniaan-Nya sebagai tanda bersyukur. Tetapi, pada masa sama, kekemasan dan kecantikan itu tetap didasari oleh peraturan serta ketetapan disediakan oleh Allah SWT.

Kecantikan itu mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riak mahupun takbur. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi.” Lalu bertanya seorang lelaki: “Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur? Baginda menjawab: “Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia.”

Selain penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian sebagai perhiasan bagi si pemakai yang juga fitrah seorang insan.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raaf, ayat 26)

Menurut Tafsir Jalalain’, ‘Libaasa’ dalam ayat itu ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun ‘Wariisya’ ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah keperluan asas sementara perhiasan hanya sampingan kepada tujuan pakaian.

Fungsi pakaian dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang.” (Surah an-Nahl, ayat 81)

Seluar kebiasaannya pakaian bagi lelaki tetapi turut mula dipakai golongan wanita sehinggakan ada sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Bagaimanapun, ramai juga di kalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar dipakai. Hingga ada segelintir yang menyalahgunakan hadis Nabi SAW dengan pendapat wanita lebih mulia jika memakai seluar.

Ini disebabkan salah faham kepada maksud hadis diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu: “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang.”

Hadis ini berikutan kejadian seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadis berkenaan.

Diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermakaud: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar, asalkan seluar perempuan berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif, Syeikh Atiyyah Saqqar, dalam kitab Mausuah al-Usrah berkata: “Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang dipakai mereka sekarang ini.”

Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa.

Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar. Permasalahan yang muncul adalah aliran masa kini yang mana anak muda semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka.


Seluar ketat termasuk ‘legging’ ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita bertudung dan ia jelas menampakkan bentuk aurat wajib ditutup sehingga menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.

Dalam isu pemakaian seluar ketat, ia turut menjadi perbincangan ulama. Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan dalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin berkata: “Majoriti pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita yang berpakaian ketat kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya turut sama melakukan perbuatan itu. Tidak ada perbezaan antara seorang wanita berpakaian ketat dan seorang lelaki memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, kedua-duanya sama hukumnya.”

Sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie berpendapat harus lelaki memakai seluar asalkan tidak menampakkan bentuk kemaluan kerana jika ternampak bentuk kemaluan maka jatuh kepada hukum haram.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Justeru, fesyen itu tidak salah tetapi salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.




Sumber : Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis di BHarian 01/03/2011

Capaian entry berkaitan :
* Wanita jahat, 'senjata' syaitan

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails