Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, kita bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini.
Menurut statistik ‘PAGE HiTS’ yang diletakkan di sebelah kiri belog ini, saya menerima ± 350 tukaran entry dengan ± 200 pengunjung setiap hari. Alhamdulillah... Walaupun angka ini tidaklah besar, namun AMAT besar ertinya bagi saya kerana ada juga yang sudi menjenguk, menghantar komen dan tidak kurang juga yang mengirim mesej melalui PM kepada saya. Saya ucapkan
Minggu lepas, saya mendapat kiriman email akan renungan ini :
Allah SWT tidak memberi syurga kepada manusia secara percuma tanpa bersusah payah. Andai sesorang itu mahukan martabat tinggi sampai ke syurga, mestilah melalui ranjau dan duri cabaran bahkan fitnah. Seseorang itu tidak boleh berada ditempat yang tertinggi kalau tidak melalui segala macam ujian di dalam kesabaran.
“Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’laa, ayat 17)
Oh! Adakah ini satu kebetulan? Cuba lihat perkataan yang ditebalkan (bold) dan digariskan ini, sebenarnya ada kait-mengait dengan saya sendiri. Sebenarnya sudah agak lama saya simpan apa yang terbuku di dada, baru hari ini saya dapat luangkan masa dan meluahkannya di belog ini.
Saya cumalah seorang manusia biasa, namun saya tidak pernah menyangka yang saya akan difitnah! Inilah ujian Allah yang paling tidak saya sangka-sangka, walaupun ini bukanlah kali pertama saya difitnah. Terlebih dahulu, saya pernah dipanggil wahabi sesat... Kui kui kui... Apa-apapun, saya terima dengan redha, mujurlah saya yang kena fitnah... Menurut Dr HMTuah, adalah lebih baik anda menjadi yang difitnah, usah jadi yang memfitnah kerana si pemfitnah JELAS memiliki hati yang tidak cantik, bahkan dalam agama diibaratkan seperti orang yang sedang makan daging saudaranya yang telah mati. Si pemfitnah sebenarnya sedang sakit, hatinya perlu dirawat!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya beruntunglah mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain.” (Hadis riwayat al-Bazzar)
Meskipun difitnah itu sakit, tetapi memfitnah sebenarnya lebih sakit. Kalau kesakitan itu tidak muncul di dunia, ia tetap timbul di akhirat. Seorang pemfitnah tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Ingat tu! Tidak perlulah saya perincikan apa yang telah berlaku. Cukuplah saya katakan, asalnya mencari maklumat yang tepat untuk satu isu semasa yang timbul, mana yang salah dan mana yang benar, entah mengapa dan di mana silapnya, akhirnya saya ‘dikatakan’ bercakap tentang hal peribadi sendiri… Kui kui kui... Fitnah ini saling kait-mengait dengan pengumpulan fakta untuk entry Adakah Islam membenarkan suami memukul isteri?, Jenayah seks suami terhadap isteri dan satu lagi entry yang masih belum sempat saya karang kerana baru sahaja mendapat maklum balas dari pihak JAKIM. Ya, inilah harga yang saya terima kerana mahu mencari kebenaran dan kongsikan bersama pengunjung belog. Niat saya hanyalah untuk memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan, malangnya telah disalah-ertikan oleh sesetengah pihak. Apa-apapun, eloklah saya tidak memanjangkan persoalan peribadi di sini. Cukuplah.... Tidak ingin saya mengingatnya lagi, cukuplah ia menjadi teladan dalam meneruskan perjuangan saya di persada maya ini. Cuma izinkan saya kongsikan renungan untuk hari ini, iaitu berkaitan fitnah ini.
Sekadar memetik sepotong-dua hadis dari junjungan besar kita :
Rasulullah SAW bersabda : “Tahukah kalian apa itu mengumpat?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Kemudian baginda bersabda. “Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?” Baginda menjawab, “Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah menfitnahnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu yang menyebabkan Allah merahmati dan menimpakan kepadamu saudaramu itu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Kepada yang berminat untuk membaca lebih lanjut hal-hal mengumpat ini, boleh rujuk entry lain yang saya letakkan di bawah entry ini.
Saya berkira-kira untuk tidak memaafkan hamba Allah yang telah memfitnah saya. Mengapa saya mesti memaafkan??? Tentu ada yang berkata-kata, ‘Uik.. buruknya hati BG...’ Sebelum saya membuat anda tertanya-tanya, saya jelaskan di sini. Saya sedar, walaupun memberi maaf itu baik, namun tiada paksaan dalam Islam untuk memberi maaf. Dan percayakah anda jika saya nyatakan ia boleh dijadikan modal untuk dikutip hasilnya di mahkamah akhirat kelak? Ini salah satu cara menukar fitnah kepada syurga! Tunggu... saya akan masukkan entry tentang ini satu hari nanti, insya Allah...
Sesetengah manusia lupa, mereka beranggapan tidak salah berprasangka buruk, mengata dan mengaibkan mereka yang difitnah, atas alasan apa, tak tahulah. Hanya mereka melakukannya sahaja yang tahu apa alasan mereka. Jika mereka rasa tidak bersalah meluahkan apa saja yang
Hendaklah golongan ini memahami sekiranya bentuk keaiban yang diperkatakan pihak lain itu benar, sekalipun, ia tetap termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan, maka mereka ini sebenarnya menggabungkan dua bentuk perbuatan mungkar iaitu fitnah dan mengumpat.
Apa-apapun, ingatlah, mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti makan daging mayat saudaranya sendiri. Sanggup si pemfitnah memfitnah jika dia tahu akan hal ini? Jangan lupa, firman Allah SWT, mafhumnya, “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (mencari keaiban) orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat 49:12)
Jangan anggap menyebarkan berita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga kita semua sempat bertaubat!
Capaian entry berkaitan :
- Tazkirah : Senarai 70 dosa besar
- Hindari buruk sangka
- Fitnah ibarat api
- Adakah kita muslim sejati... atau munafik?
- Elakkan fitnah - 7 dosa besar
- BUKU : Cipta Syurga Hati - HM Tuah
- RENUNGAN : Menjaga lidah daripada jenayah
- Jaga lidah elak buat dosa
- Banyak cakap atau diam?
- Penyakit hati dan tips rawatannya
- 無印 [むじるし] - NO BRAND
- Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...