Assalamualaikum dan salam sejahtara,
Rasa-rasanya tak adil jika entry Program 6P tidak mengurangkan jumlah pendatang asing ini tidak dikemas-kinikan dengan maklumat terkini.
Menurut sumber, BHarian 22/10/2011, tempoh permohonan pemutihan pekerja asing di bawah Porgram 6P tidak akan dilanjutkan berikutan kebenaran terhad yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara. Ketua Setiausaha kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan majikan tidak menunggu tarikh akhir untuk berbuat demikian.
Iyalah, mula-mula program ini dilaporkan akan ditamatkan pada 22 Ogos, tetapi telah dilanjutkan hingga 31 Ogos. Kemudian dilanjutkan lagi ke satu tarikh yang lebih panjang lanjutannya bila kerajaan mengumumkan 10 Januari 2012 sebagai tarikh akhir kepada majikan, atas alasan masih ramai yang belum tampil mengemukakan permohonan pemutihan bagi pekerja asing tanpa izin masing-masing. Dilaporkan juga, tarikh pendaftaran untuk permohonan bagi memutihkan 966,542 pedatang asing tanpa izin (PATi) yang sedia mempunyai majikan di negara ini perlu disegerakan kerana KDN bimbang tidak mampu menyelia permohonan dalam jumlah besar pada saat akhir.
Macam program tarik tali pula, boleh dilanjutkan lagi dan dilanjutkan lagi dan dilanjutkan lagi... Ini sudah cukup mempelihatkan yang kerajaan TIDAK TEGAS dan TIDAK SERIUS dalam menangani kebanjiran PATi di negara tercinta!
Menurut fakta yang telah dikemas-kini dan dilaporkan dari sumber di atas, sepanjang pendaftaran proses pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin sepanjang bulan Ogos lalu, sejumlah 1,015,852 PATi didaftarkan dan 966,542 daripadanya mengisytiharkan sudah mempunyai majikan, manakala 257,524 lagi mendakwa sebaliknya. Menurut Mahmood lagi, kerajaan sehingga kini tidak terbabit mengeluarkan sebarang peruntukan bagi kos pengangkutan pulang PATi, termasuk makan minum atau penginapan sementara.
Baguslah jika kenyataan ini benar, kerana kita khuatir kerajaan hanya membuang atau lebih tepat lagi, membazirkan wang yang sebenarnya banyak boleh dimanfaatkan untuk perkara yang lebih berfaedah untuk rakyat.
Sehingga 21/10/2011, seramai 21,104 PATi sudah
Pecahan bagi 10 negara paling tinggi bagi PATi yang berjaya dihantar pulang adalah seperti berikut : | |
Negara | Jumlah PATi terlibat |
Indonesia | 13,167 |
India | 2,141 |
Myanmar | 866 |
Nepal | 833 |
Kemboja | 751 |
Filipina | 741 |
Bangladesh | 708 |
Vietnam | 674 |
Sri Lanka | 490 |
Pakistan | 364 |
China | 211 |
JUMLAH | 21,104 |
Sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober lalu, sejumlah 2,000 majikan memohon kepada pusat agensi kawal selia pemutihan di dewan bangunan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya.
Daripada jumlah itu, 22,782 PATi sudah diputihkan status mereka, manakala 752 baki permohonan ditolak agensi kawal semlia yang dianggotai pelbagai agensi dan kementerian lain yang berkaitan bersama KDN.
Kita tunggu dan lihat keberkesanan program 6P ini, dan Laman-Seri komited mengemas-kinikan info berkaitan untuk rujukan semua, insya Allah.
Capaian entry berkaitan :
* Program 6P tidak mengurangkan jumlah pendatang asing
* Jalan keluar hapus jenayah warga Afrika
* Rimas diganggu awang hitam
* Lambakan warga asing ancam keselamatan
* Pengemis ‘antarabangsa’ banjiri KL
* PATI daftar pemutihan tidak dihukum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...