
Perogolku, suamiku
KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.
Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.
Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu. Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah. Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.
Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah. Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri. Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.
“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya. Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga. Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung.
“Saya menceritakan kepada keluarga peristiwa hitam itu dan bapa yang terkejut membuat laporan polis. Namun, bapa menarik balik laporan berkenaan dan untuk menutup malu keluarga bapa buat keputusan mengejutkan apabila mengahwinkan saya dengan lelaki terbabit yang merogol saya, tetapi mengasingkan saya daripada suami,” katanya.
Nor berkata, walaupun sudah berkahwin mereka tidak tinggal bersama dan dia sering mengelak bertemu lelaki terbabit sebelum menuntut cerai beberapa bulan kemudian.
“Saya tertekan dengan keputusan bapa menikahkan saya dengan perogol itu, malah lelaki yang bergelar ‘suami’ itu sering menghubungi saya untuk bertemu dan memujuk tinggal bersamanya, namun saya menolak kerana trauma dengan perbuatan biadabnya sehingga merosakkan masa depan saya. Beberapa bulan kemudian saya nekad berpisah dengannya sebelum memfailkan cerai fasakh di mahkamah dan kami berpisah, namun dia tetap memburu saya dengan alasan mahu melihat anak daripada benihnya itu, tetapi saya percaya dia ada tujuan lain,” katanya.
Nor berkata, dua tahun dia tidak keluar rumah akibat menderita selain menerima cemuhan jiran yang tidak tahu kejadian sebenar dan selepas melahirkan anak dia tekad memulakan hidup baru.
Menurutnya, pernah bekas suaminya itu menghubunginya untuk kembali bersama menjadi pasangan suami isteri, namun dia tidak menerimanya kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab apabila nafkah anak langsung tidak pernah diambil peduli.
“Saya percaya dia bukan mahu melihat anaknya, tetapi lebih kepada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan saya secara paksa, walaupun kami kini sudah berpisah,” katanya.
Nor berkata, sudah beberapa kali dia meminta bekas suaminya memberi nafkah kepada anaknya, namun jawapan diterimanya mengguris hatinya selain menuduh dirinya perempuan murahan.
“Saya bukan seperti yang dia gambarkan dan saya amat membencinya walaupun pernah bergelar suami isteri,” katanya.
Nor berkata, sehingga kini dia benci melihat wajah bekas suami yang memusnahkan masa depannya dan berharap pendedahannya memberi pengajaran kepada remaja lain supaya lebih berhati-hati memilih rakan supaya tidak terjerat.
Menurutnya, kesan psikologi kejadian itu amat mendalam serta sukar dilupakan dan dia kini banyak menginsafi diri selain berusaha mendidik anak hasil perbuatan bekas suaminya yang kini berumur tiga tahun menjadi insan berguna.
Sumber : HMetro 24/05/2010
Usah binasa hidup anak
KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang hanya tahu menggunakan kuasa ‘veto’, tapi tidak pernah mengambil kira kemampuan, keperluan dan kehendak anak termasuk soal perkahwinan hanya menyebabkan anak lebih menderita.
Penceramah bebas yang juga perunding motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata walaupun tugas ibu bapa membimbing dan anak perlu patuh arahan, tidak bermakna mereka berhak membuat keputusan yang boleh membinasakan hidup zuriat sendiri. Katanya, lebih teruk jika keputusan diambil tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya mencalit luka lebih parah hingga mengakibatkan anaknya terseksa, sekali gus menyimpan kebencian mendalam terhadap keluarga.
“Kes ibu bapa mengahwinkan anak gadis dengan perogol wajar dijadikan iktibar kerana ini tanda ibu bapa yang hanya pandai menggunakan paksaan dan faktor menakutkan, tapi tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Tindakan begini tidak teliti, tak juga melihat daripada sudut kemanusiaan dan berdosa ibu bapa itu apabila membiarkan anak derita serta didera emosinya kerana berkahwin dengan orang yang pernah memusnahkan hidupnya. Ibu bapa kena tanggung masalah ini, apatah lagi anaknya sendiri sudah derita mengandung terpaksa pula menanggung malu kerana dirogol dan tidak dihormati sebagai gadis,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai sebuah keluarga di Kuala Terengganu sanggup mengahwinkan anak gadisnya dengan perogol yang menyebabkannya mengandung anak luar nikah semata-mata mahu menutup malu.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogol yang juga suaminya. Dr Rubiah yang juga Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah atau dirogol supaya mencari penyelesaian terbaik mengikut pertimbangan yang seimbang.
“Saya sarankan ibu bapa supaya dapatkan nasihat dan panduan daripada mereka yang pakar atau lebih berpengalaman sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah anak secara sendirian berikutan ini lebih baik daripada menggunakan paksaan,” katanya.
Sumber : HMetro 26/05/2010
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Mei 26, 2010
Usah binasa hidup anak
Bayangkan ini anak kita...
Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Gentisan, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu yang terpaksa meniti kayu kecil untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari.
Namun pelajar yang kebanyakannya berasal dari Kampung Numbak itu tiada pilihan melainkan terpaksa meniti kayu sepanjang 15 meter ekoran laluan jambatan kayu berkenaan reput dan patah sejak tiga minggu lalu.
Seorang pelajar yang dikenali sebagai Siti berkata, meskipun takut terjatuh dia terpaksa juga meniti kayu berkenaan setiap hari.
“Saya memang pernah hampir terjatuh kerana agak sukar meniti apatah lagi dengan membawa beg sekolah yang berat tetapi terpaksa juga kerana tiada jalan lain dari jeti untuk ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad untuk tindakan lanjut.
“Beliau telah berjanji akan memberi perhatian dengan membeli peralatan untuk membuat titi baru yang akan dibuat melalui gotong royong oleh penduduk kampung,” ujarnya.
Sumber : Utusan 25/05/2010
Kaunselor Anda : Silap berkasih

Gadis sengsara gara-gara cintai guru sudah beristeri
SOALAN :
Saya berusia 17 tahun berkawan rapat dengan A, seorang guru sejak tiga tahun lalu. Dia sudah berkahwin tetapi saya sayangkannya kerana dia baik. Isterinya mengetahui perhubungan kami dan menuduh saya pengacau rumah tangganya. Akibatnya, kami renggang. Saya putus harapan biarpun ibu sering memberi dorongan. Saya jadi sensitif, malas dan pelajaran turut terjejas. Apa saya harus lakukan untuk kembali tenang?
Insan Berharap
JAWAPAN :
Salam kasih sayang Insan Berharap. Ingatlah pesanan ini - orang yang bercita-cita besar dan mahu berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat adalah mereka yang berakhlak mulia, bersemangat dan berazam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, keresahan, kemarahan, hasad dengki, benci atau kecewa.
Apa yang anda alami ini adalah antara babak yang harus ditempuhi dalam perjalanan menjadi dewasa. Dan, apa yang berlaku adalah pengalaman yang harus dijadikan modal bagi menerjah rintangan mendatang. Seharusnya, langkah terbaik yang paling wajar anda lakukan adalah berpisah dengan guru itu.
Dalam soal ini, bagi Umi, anda tidak wajar dipersalahkan kerana sebagai insan yang meniti usia remaja, anda pasti mencari perhatian dan seterusnya cinta. Sayangnya, anda bertemu lelaki dan guru yang bukan saja mahir melatih anda menjadi pelajar yang baik tetapi terbukti tidak cukup matang mengurus emosi anda dan dirinya. Guru yang matang fikiran dan emosi mahu melihat anak muridnya sihat minda, matang, bahagia dan berjaya tanpa keliru.
Dia melatih anda untuk hilang hormat pada status guru yang dia pegang sehingga anda hilang keyakinan dan perasaan hormat pelajar kepada seorang guru yang diganti perasaan cinta yang tidak bermatlamat. Apatah lagi dia sudah berkeluarga. Jika dia gagal mengurus fikiran, perasaan dan tindakannya kepada seorang pelajarnya maka dia belum layak dipanggil pendidik yang sebenarnya. Dia baru ada sijil guru tapi belum sesuai menjadi contoh pada pelajar.
Mana mungkin guru mengajar anak didik mencintainya sebagai kekasih dan pada masa sama sudah bergelar suami orang? Mana mungkin guru mengheret anak didiknya menjadi musuh kepada isteri dan membiarkan isterinya menderita. Lebih malang lagi, guru yang sepatutnya membimbing anak didik memberi tumpuan sepenuhnya memburu cita-cita dibebankan dengan selera sesat cinta gurunya sedangkan dia tahu anda bakal menduduki peperiksaan SPM.
Maka, wahai gadis yang matang dan bijak, anda tidak boleh bergantung harap dengan orang yang sedari awal lagi sanggup menduakan cinta isterinya, untuk membina hidup bahagia. Jangan terlalu bimbang dengan perasan guru yang tidak seimbang emosinya itu untuk bertindak memutuskan hubungan anda.
Jika tidak, anda akan terus tenggelam dalam perasaan yang hanya meletihkan perasaan dan merugikan masa dan kehidupan masa depan anda selain terus melukakan hati orang tua. Adakah ini yang anda mahukan? Sampai bilakah anda mahu putus harapan seperti sekarang? Justeru, bertindaklah demi masa depan anda. Berpisah adalah jalan terbaik. Jangan hiraukan keadaan dirinya yang bahagia di samping isterinya, tetapi utamakan masa depan anda yang masih belum pasti tenggelam atau timbul itu.
Kasihankan kedua ibu bapa yang bersusah payah berkorban tenaga tulang empat kerat menanggung anda dan mendoakan anda berjaya. Lepaskan semua ikatan perasaan sebagai kekasih dengan guru dan layan dirinya sebagai guru, tidak lebih daripada itu. Jika tidak anda akan terus dibenci isterinya dan orang lain yang tahu kisah percintaan terlarang anda dengan dirinya. Biarlah berdiri menjaga maruah dan duduk menjaga tuah. Kesempatan yang ada harus direbut demi kejayaan pelajaran, masa depan dan diri sendiri bukannya memenuhi keinginan orang lain.
Info: Bagi pembaca yang ingin berkongsi masalah dan pendapat dengan Dr Rubiah K Hamzah, anda boleh menghantar soalan anda ke alamat Ruangan Kaunselor Anda, Berita Minggu, 31, Balai Berita, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel bminggu@bharian.com.my
Sumber : Dr Rubiah K Hamzah di BHarian 25/04/2010
Selasa, Mei 25, 2010
'Zuriat Kita' suntik kesedaran
Rosmah Mansor bersalaman dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada majlis perlancaran Zuriat Kita baru-baru ini.GEJALA sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kian membimbangkan. Apatah lagi dengan penularan kes pembuangan bayi yang semakin meruncing akhir-akhir ini.
Paparan demi paparan yang dilaporkan media telah membangkitkan kesedaran ramai pihak dalam membanteras kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Atas sebab itu, MFDM Holdings menerusi misi tanggungjawab sosialnya mengambil inisiatif menerbitkan rancangan majalah keluarga berkonsepkan pendidikan dan keagamaan, Zuriat Kita dalam usaha menyuntik kesedaran dan nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat.
Bakal memulakan tayangan pada 18 Julai ini, rantaian 12 episod arahan Abdullah Abdul Hamid yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) itu terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu Perspektif, Keluarga Bahagia dan Ad-din.
Hos-hos yang terlibat menjayakan program tersebut ialah Noryn Aziz, Harun Salim Bachik, Mila, Adibah Noor, Aziz Desa, Aznil Nawawi, Nazri Johani, Sharifah Khasif dan Wardina Saffiyah.
Menurut Abdullah pada majlis pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel One World, Damansara baru-baru ini, antara pendekatan program tersebut ialah membawa iris penonton menyingkap pelbagai pengalaman serta pengakuan daripada mereka yang pernah terlibat dengan pembuangan bayi secara tidak langsung.
"Setakat ini dalam mencari maklum balas yang dimuatkan dalam Zuriat Kita, kami cuba mendekati penghuni di rumah-rumah perlindungan serta ke institusi pengajian tinggi di mana ahli-ahli akademiknya membuat kajian tentang masalah ini. "Daripada maklumat yang kami perolehi, kami kumpulkan untuk menjadi rujukan dan paparan dalam Zuriat Kita. Tidak dinafikan bukan mudah mendapatkan pengakuan daripada para penghuni rumah perlindungan. Malah yang lebih memeritkan kami, setelah penggambaran mereka mengubah fikiran dan tidak membenarkan kisah mereka dipaparkan," kata Abdullah.
Selain disertai oleh artis dan selebriti terkenal tanah air, Zuriat Kita turut disertai oleh Persatuan Jaksa Pendamai Selangor (JP).
Cuba menyeimbangkan intipati yang mengupas perspektif gejala pembuangan bayi, turut dipaparkan ialah pengakuan daripada remaja lelaki dan pandangan pihak-pihak tertentu tentang sikap segelintir lelaki yang secara tidak langsung menjurus ke arah penularan pembuangan bayi.
Ringkas mengenai paparan yang diselongkar dalam tiga segmen yang disediakan, Perspektif meninjau serta membincangkan pelbagai isu pembuangan bayi. Menerusi segmen ini, temu bual dengan pihak-pihak tertentu termasuk pihak berkuasa, badan bebas, tokoh masyarakat serta pengakuan daripada remaja dan gadis yang terlanjur dipaparkan. Tujuannya untuk mengenal pasti punca serta mengumpul maklumat terkini tentang pembuangan bayi daripada pelbagai perspektif.
Segmen Keluarga Bahagia pula menyuntik rasa prihatin dan perikemanusiaan masyarakat terhadap pengorbanan individu yang sanggup berkorban harta dan keringat dalam membesarkan anak-anak yang merupakan anugerah tidak ternilai. Bukan sahaja pengorbanan daripada keluarga kandung malah, keluarga angkat dalam membesarkan anak yang cacat serta ramai dari pelbagai latar termasuk keluarga setinggan, miskin, seni, atlet dan rumah perlindungan.
Manakala segmen Ad-din memberi pelbagai maklumat berguna dalam menimbulkan kesedaran masyarakat betapa berharganya nyawa yang harus dipelihara sebaiknya dari sudut agama mengikut al-Quran dan sunnah. Menerusi segmen ini, proses kejadian manusia daripada mula hingga lahir serta tip dan pandangan tokoh-tokoh agama dipaparkan.
Pengerusi Eksekutif MFDM Holdings, Datuk Seri Mohamad Fathil Mahmood pada majlis yang sama memberitahu, dengan adanya segmen-segmen tertentu, harapannya terhadap jaluran pendidikan yang cuba digarap sampai kepada penonton. Malah, kata beliau, ini merupakan salah satu usaha menolak nilai-nilai negatif seperti pergaulan bebas, zina, eksploitasi seks, penderaan dan kekejaman serta perbuatan membuang bayi yang tidak berdosa di kalangan masyarakat.
"Hasrat MFDM adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang gejala pembuangan bayi apatah lagi, di kalangan masyarakat tidak ramai yang tahu punca dan sebab terjadinya penularan. Dengan adanya Zuriat Kita, diharap kita boleh membantu supaya gejala ini tidak berterusan," kata beliau.
Sementara itu, mengulas tentang penglibatan artis serta hos yang ramai dalam rancangan tersebut, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar memberitahu, peranan artis cukup kuat dalam menarik minat masyarakat melakukan sesuatu perkara.
"Justeru, apabila melibatkan artis dan mereka pula yang bercakap tentang sesuatu perkara kepada masyarakat mungkin akan membawa perubahan dan kesan yang lebih positif," katanya.
Sumber : Utusan 25/05/2010
Hargai isteri anda
APABILA isteri bahagia dengan apa yang dilakukan, maka perasaan mereka akan tenang dan gembira. - Gambar hiasanAssalamualaikum warahmatullah,
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Mungkin kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri. Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumahtangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri. [NB : kalau tak silap ke semua ni ada berlaku dalam sunnah Nabi kita...]
1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100%. Walhal dalam Islam mengatakan sebaliknya. Rujuk entry Q&A : Tanggungjawab suami uruskan rumah. Tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Bahkan jika isteri tidak mahu atau tidak mampu melakukannya, adalah menjadi kewajipan suami membantu isteri atau menyediakan pembantu untuk isteri. Boleh rujuk entry Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti, 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'.
Sila ikuti entry Hikmah memberi hadiah. Pasti anda takkan lokek selepas membaca entry ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka (kaum wanita) fitrahnya penuh dengan perasaan emosi yang banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon dalam badan mereka. Anda tentu perasan bila mereka marah-marah tanpa sebab yang jelas, mahupun tiba-tiba sangat ceria dan beriya-iya memasak masakan yang istimewa untuk anda.
Ketahuilah, apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ringankan tugas isteri
Sanggup anda menonton televisyen atau membaca surat khabar dan membiarkan isteri membuat kerja-kerja rumah yang BUKAN pula tanggungjawab mutlaknya? Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.
Sekurang-kurangnya jika anda tidak mahu membantu dalam kerja-kerja rumah, tak salah jika anda mengambil-alih menguruskan anak-anak pula.
5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.
6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Bukanlah disebabkan suami mendengar pendapat atau nasihat isteri, bermakna suami itu kena 'queen control'. Di dalam al-Quran, ada menyebut suami hendaklah berbincang (musyawarah) dengan isteri. Cuba baca entry Suami dengar nasihat isteri untuk mengetahui hal selanjutnya. Berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan.
10. Jadilah suami idaman
Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Anda boleh menghargai isteri dengan menanam semangat dan berupaya menjadi suami idaman. Bagaimana anda boleh menjadi suami idaman isteri? Ikutilah entry Jadilah suami idaman.
Selamat mencuba!
Rujukan : Artikel asal dipetik dari Kosmo!
Isnin, Mei 24, 2010
Kelucahan melampau, guru dipenjara 10 bulan
Assalamualaikum warahmatullah,
Bulan ini kita menyambut perayaan Hari Guru, malangnya hari ini saya dikejutkan dengan berita seorang guru dipenjara 10 bulan akibat perbuatan ... erk... apa kes tu? Dulu ada kisah 'Pramugara Terlampau' kini versi 'Guru Kelucahan Melampau' pula...
Tak dapat saya bayangkan macamana agaknya jika 'pendidikan seks' diadakan di sekolah. Ini satu contoh yang elok dijadikan teladan, bak kata pakcik Karam Singh Walia ~ harapkan pagar, pagar makan padi... 
Al kisahnya : 'Kelucahan melampau, guru dipenjara 10 bulan' petikan Utusan.com 22/05/2010.
RASAH 21 Mei - Enam hari selepas Hari Guru disambut pada 16 Mei lalu, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah di sini dihukum penjara 10 bulan kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anak muridnya, tiga tahun lalu.
Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan tersebut yang berlaku antara pukul 3 dan 4 petang, Mac 2007. Dia disabitkan kesalahan merangsang murid berkenaan yang ketika kejadian berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan.
Majistret Noralis Mat bagaimanapun melepas dan membebaskan guru tersebut daripada dua lagi tuduhan sama yang didakwa dilakukan di dua tempat berasingan.
Bagi dua tuduhan tersebut, Mohd. Harith didakwa melakukan perbuatan sama di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Stadium Paroi sekitar pukul 8.30 pagi pada Oktober 2006. Dia turut dituduh mengulangi perbuatan tersebut terhadap mangsa ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Rasah sekitar pukul 3 petang pada Mac 2007.
Noralis membenarkan permohonan Mohd. Harith yang diwakili peguam, P. Jaya Prakash Rao untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Dalam HMetro 22/05/2010 pula, dikatakan Mohd Harith yang berasal dari Taman Arowana Impian, di sini, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.
- Menjelang tahun 2009 kuantiti akademik dapat ditingkat sekurang – kurangnya 85% dalam UPSR.
- Menjelang tahun 2009 kualiti akademik dapat ditingkatkan sekurang – kurang 35% 5A dalam UPSR.
- Menjalin perpaduan dan keharmonian dikalangan warga Sekolah Wawasan sepanjang masa dalam apa jua program dan aktiviti pendidikan.
- Menuju ke arah salah laku sifar.
- Menjelang tahun 2009 buta 3M dapat dikurangkan sehingga 0.05%.
- Boleh mencapai tahap cemerlang dalam pelbagai pertandingan sukan, permainan dan Koku-Akademik yang ditargetkan setiap tahun bermula 2004 sama ada diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Anak adalah amanah
Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa yang perlu dididik supaya menjadi insan yang berguna. - Gambar hiasanAssalamualaikum warahmatullah,
Masih ingat lagi entry-entry ini?
- Bukan hak milik, tetapi anugerah....
- Jadikan anak sebagai amanah
- Harta dunia hanyalah ujian dan amanah Allah
- Anugerah itu amanah dan tanggungjawab
Ada pasangan yang 10 tahun kahwin tetapi tidak juga mendapat anak. Ini kerana ia tidak mendapat keizinan dari-pada Allah. Sebaliknya, ada orang yang baru enam bulan saja kahwin tetapi sudah mendapat anak.
Sedar akan hakikat bahawa anak yang dianugerahkan kepada ibu dan bapa itu adalah satu amanah daripada Allah. Maka menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana anak wajib berbakti kepada ibu bapanya, ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi segala yang menjadi hak anaknya.
Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka. Ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anaknya juga boleh dianggap sebagai derhaka. Tetapi orang tidak biasa menyebutnya derhaka. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah berlaku zalim.
Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh membuktikan adanya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.
Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang dikatakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya.
Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia. Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran."
Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran."
Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepadamu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu."
Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya.
- Kita mesti mencari ibu yang baik baginya. Kita mesti mencari wanita yang sihat, sempurna dan cantik. Lebih penting lagi, kita mesti mencari wanita yang solehah dan keturunan yang baik.
- Ketika anak berada dalam kandungan, kita wajib menjaganya dengan baik. Si ibu mesti memakan makanan yang baik lagi halal. Jika ibunya memakan benda-benda haram, ia akan menjadi darah daging bagi si anak dan akan mempengaruhi jiwanya setelah dewasa nanti.
- Apabila anak lahir, dia berhak untuk diazan, ditahnik, diberi nama yang baik, dicukur rambutnya dan dibuat akikah. Setelah anak itu nampak sudah faham akan sesuatu, dia mesti diajar mengaji, ditanam kepadanya masalah akidah, diajar masalah halal haram, mengerjakan solat dan sebagainya.
Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)
Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari. Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing.
Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya. Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.
Dalam memperkatakan tentang pemberian pelajaran kepada anak-anak, satu perkara yang amat mendukacitakan kita ialah sikap dan tanggungjawab ibu bapa serta bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini kesedaran ibu bapa terhadap kemajuan persekolahan anak-anak memang amat ketara sekali. Mereka rela membayar yuran persekolahan anak-anak hingga berpuluh-puluh ringgit untuk menjamin kejayaan masa depannya.
Bagaimana pula halnya kalau kita bertanya tentang kemajuan pendidikan rohani khususnya kemampuan anak-anak untuk membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi. Jawapannya adalah amat mengecewakan. Boleh dikatakan majoriti belia kini tidak tahu membaca jawi. Jika boleh pun bacaan mereka merangkak-rangkak. Para ibu bapa tidak sedikit pun merasa runsing dan bimbang dengan anak-anak mereka yang tidak boleh membaca jawi dan tidak tahu membaca al-Quran. Sumbangan ibu bapa terhadap perkembangan rohani anak-anak mereka adalah begitu rendah sekali. Hati mereka merasa begitu berat untuk memberi sumbangan atau hadiah kepada tok-tok guru yang mengajar al-Quran anak-anak mereka. Namun, mereka tidak memprotes atau bersungut tentang kadar yuran tuisyen anak-anak yang begitu tinggi.
Melihat kepada keadaan ini, satu persoalan boleh diketengahkan. Apakah sikap ibu bapa sebegini boleh dianggap sebagai ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dianugerahkan Allah itu? Sedarkah para ibu bapa bahawa pendidikan sekular sedikit sekali dapat membantu dan menjamin hidup yang bahagia kepada anak-anak mereka di akhirat kelak.
Sesungguhnya anak yang baik akan membawa manfaat kepada ibu bapanya. Dia akan meneruskan perjuangan ibu bapanya dan menolong mereka sesudah tua. Setelah ibu bapa meninggal dunia, anak itu akan mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya.
Menyedari hakikat bahawa sifat amanah adalah semulia-mulia sifat di sisi Allah SWT, maka menganggap barang amanah dengan sambil lewa dan cuai dikira sebagai satu perbuatan mencuri. Hukumannya adalah berdosa besar.
Oleh itu awasilah anak dengan sebaik mungkin kerana anak adalah amanah Allah.
Sumber : Hashim Ahmad di Utusan 20/05/2010
Capaian entry berkaitan :
- Kelahiran anak ujian dunia buat ibu bapa
- Perihal Amanah
- Ibu bapa alpa laksana amanah antara punca anak derhaka
Derita sakit pinggang

SOALAN :
DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.
Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.
JAWAPAN :
DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.
Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.
Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.
Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.
Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat. Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.
Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah. Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.
Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.
Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.
Info Kesihatan
Kesan negatif akibat masalah tulang belakang
1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang
Faktor Diska Tergelincir
* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.
Simptom
* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.
Rawatan
PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.
Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.
Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.
Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.
Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.
Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.
Tahukah anda?
SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.
Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.
# Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang
# Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut. Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut. Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
# Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
# Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
# Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
# Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
# Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk. Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
# Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
# Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
# Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelelakian diri? Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras, akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.
Sumber : BHarian 22/05/2010
Ahad, Mei 23, 2010
Gordang Sambilan
Sebagai alat musik adat dan sakral, Gordang Sambilan terdiri dari sembilan gendang. Ukuran besar dan panjang ke sembilan gondang itu bertingkat, mulai paling besar sampai paling kecil.
Tabung resonator Gordang Sambilan terbuat dari kayu yang dilubangi, dan salah satu ujung lobangnya ditutup dengan membran terbuat dari kulit lembu dan ditegangkan dengan rotan sebagai alat pengikat.
Untuk membunyikan alat kesenian itu digunakan pemukul terbuat dari kayu. Masing-masing gondang mempunyai nama sendiri. dan tidak sama di semua tempat di seluruh Madina, karena masyarakat Mandailing yang hidup dengan tradisi adat punya kebebasan untuk berbeda.
Instrumen musik tradisional ini dilengkapi dua buah ogung, satu doal dan tiga salem-pong atau mong-mongan. Juga dilengkapi alat tiup terbuat dari bambu dinamakan sarune atau saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat.
Belakangan ini, Gordang Sambilan sudah ditempatkan sebagai alat musik kesenian yang merupakan salah satu warisan budaya tradisional Mandailing, serta sudah mulai populer di Indonesia bahkan di Eropa dan Amerika Serikat (AS).
Karena dalam beberapa lawatan kesenian tradisional Indonesia ke sejumlah negara, diperkenalkan Gordang Sambilan. Sedangkan orang Man-dailing yang banyak bermukim di Malaysia sudah mulai pula menggunakan Gordang Sam-bilan untuk berbagai upacara.
Dengan ditempatkannya Gordang Sambilan sebagai instrumen musik kesenian tradisional Mandailing, maka alat musik ini sudah digunakan untuk berbagai keperluan di luar konteks upacara adat Mandailing. Misalnya menyambut kedatangan tamu agung, pe-rayaan nasional dan acara pem-bukaan berbagai upacara besar serta haru raya Idul Fitri.
Bagi orang Mandailing, Gordang Sambilan merupakan adat sakral, bahkan dipandang berkekuatan gaib yang dapat mendatangkan roh nenek mo-yang untuk memberi pertolo-ngan melalui medium atau se-macam shaman yang dinama-kan Sibaso
Pada zaman animisme, Gordang Sambilan digunakan untuk upacara memanggil roh nenek moyang apabila diper-lukan pertolongannya. Upacara tersebut dinamakan Paturuan Sibaso (memanggil roh untuk menyurupi medium Sibaso).
Tujuannya meminta perto-longan roh nenek moyang, me-ngatasi kesulitan yang sedang menimpa masyarakat, seperti penyakit menular. Juga digunakan untuk upacara meminta hujan atau menghentikan hujan yang turun terlalu lama dan menimbulkan kerusakan.
Selain itu dipergunakan pula untuk upacara perkawinan yang dinamakan Horja Godang Markaroan Boru dan untuk upacara kematian yang di-namakan Horja Mambulungi
Penggunaan Gordang Sambilan untuk kedua upacara tersebut, karena untuk kepentingan pri-badi harus terlebih dahulu men-dapat izin dari pemimpin tradisional dinamakan Namora Natoras dan Raja sebagai kepala pemerintahan.
Oleh karena itu pada masa lalu, di setiap kerajaan di Man-dailing harus ada satu ensambel Gordang Sambilan yang ditem-patkan di Sopo Godang (balai sidang adat dan pemerintahan kerajaan), atau disatu bangunan khusus terletak di dekat Bagas Godang (istana raja).
Permohonan izin itu dilaku-kan melalaui suatu musyawarah adat yang disebut Markobar Adat yang dihadiri tokoh-tokoh Namora Natoras dan Raja berserta pihak yang akan menyelenggarakan upacara. Selain harus mendapat izin dari Namora Natoras dan Raja, untuk penggunaan Gordang Sambilan dalam kedua upacara harus disembelih paling sedikit satu ekor kerbau jantan dewasa.
Jika persyaratan tersebut tidak dipenuhi, maka Gordang Sambilan tidak boleh diguna-kan untuk upacara kematian (Orja Mambulungi) hanya dua buah yang terbesar dari in-strumen Gordang Sambilan yang digunakan, yang dinama-kan Jangat. Tapi dalam konteks penyelenggaraan upacara ke-matian dinamakan Bombat.
Penggunaan Gordang Sam-bilan dalam upacara adat diser-tai peragaan benda-benda ke-besaran adat, seperti bendera adat yang dinamakan tonggol, payung kebesaran dinamakan Payung Raranagan dan berbagai jenis senjata seperti pedang dan tombak yang dinamakan Podang dan Tombak Sijabut.
Gordang Sambilan juga dapat digunakan mengiringi tari yang dinamakan Sarama Penyatarama (orang yang melakukan tari sarama), kadang-kadang mengalami kesurupan pada waktu menari karena di-masuki oleh roh nenek moyang.
Sumber : Panyabungandansekitarnya
Capaian entry berkaitan :
Maut sewaktu ibu bapa tidur
Bayi maut jatuh kuarters guru
SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.
Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.
“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.
Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya. Setakat jam 6.30 petang semalam, jenazah Adam Haiqal masih ditempatkan di PPUM.
Sumber : Suhana Roslan [suhanaroslan@bharian.com.my] di BHarian 23/05/2010

Maut sewaktu ibu bapa tidur
Oleh NOR AZIRAN MOHAMED YUNUS
BAYI malang, Adam Haikal jatuh dari tingkap (anak panah) di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran, Subang Jaya semalam.Gambar kecil, bapanya Mohd. Rostam Che Mat.
SUBANG JAYA – Seorang bayi berusia sembilan bulan, Adam Haikal Mohd. Rostam memanjat tingkap bilik tidurnya yang terbuka di tingkat tiga sebelum terjatuh ke dalam longkang di kuarters Kementerian Pelajaran, USJ 6/1 di sini pagi semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku sewaktu ibu bapa bayi itu tidur dalam bilik yang sama.
Adam Haikal terjatuh ke dalam longkang ini sebelum tangisannya mengejutkan ibunya yang tidur dalam bilik mereka di tingkat tiga kuarters Kementerian Pelajaran di Subang Jaya semalam.Sumber : Kosmo! 23/05/2010
[NB : Allahumma firlahu warhamhu... Takziah diucapakan kepada keluarga mangsa.]
Jumaat, Mei 21, 2010
Wanita jahat, 'senjata' syaitan

Assalamualaikum warahmatullah,
Melihat tajuk entry, ‘Wanita jahat, 'senjata' syaitan’, saya pun takut akan dimarahi oleh pembaca setia belog ini. Maaf, saya tidak berniat langsung untuk menjatuhkan kaum saya sendiri, tetapi banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Saya mohon, bacalah entry ini dengan fikiran yang terbuka dan cubalah cari teladan yang boleh kita ikuti...
Beberapa minggu yang lalu, kami di al-Falaah sempat bersembang perihal ketidak-warasan suami dalam hal hubungan suami isteri dan berlanjutan pula hingga ke isu ‘tabarruj’. UW memberi komen, “Sekarang ni ramai sangat wanita yang ikut trend artis. Bertudung tapi (entah macam mana depa ikat rambut sampai jadi tinggi?). Bertudung tapi bibir berkilat-kilat, mata berwarna (pakai kanta warna), paling laris sekarang bulu mata palsu dan maskara pelebar bulu mata. Memang mengasyikkan siapa yang memandang... tapi boleh pandang saja, kalau kenyit mata kat depa mungkin anda akan dilapor melakukan ‘gangguan sexual’ pulak. Jadi lelaki yang memandang dah penuh gelodak nafsu dalam diri, balik rumah isteri pulak ada bekas bau ikan/bawang… agaknya itu yang menyinga jer.” [NB : ± kes suami simbah asid]
Saya mencelah, “Uik.. jangan sebut nama bawang kat sini. Sensitip... Toncet itulah yang saya ada highlight di sini tempohari, konon nak tiru fesyen dari Syria, nak kasi muka nampak tirus/panjang. Deme ikat tinggi, lepas itu letak rambut palsu yang macam bentuk siput itu. Sebab itu nampak toncet tinggi. Depa ada anak tudung syria, nama ‘anak tudung I-da’ ... ala.. yang macam si Aida pelakon tu pakai. Kat HxxxxA ada jual. HxxxxA ada branch dekat dengan rumah saya. Anak tudung tu ada macam-macam ‘kaler’, yang ‘pesen’ 2-3 lapis pun ada...”
Itu antara bait-bait bualan kami di al-Falaah. Dua hari lepas, saya terima email berkaitan tudung syria with high bun (toncet tinggi) daripada seorang teman. Dan saya teringat saya masih belum memasukkan entry berkenaan toncet ini di Laman Seri.
Cantik, kan tudung di atas? Masa mula-mula fesyen itu keluar, kalau tak silap pertengahan tahun lepas, saya teringat akan rambut bertoncet tinggi dalam satu hadis yang menyebutnya seperti ‘bonggol unta’. Agak pelik juga bila pertama kali saya melihat wanita bertudung dengan toncet tinggi-tinggi begini. Bolehkan kita berhias begini?... itulah persoalan yang bermain-main dalam benak saya. Jika tidak boleh, mengapa ada yang menggayakannya? Mungkin mereka tidak pernah
Saya gemar memberi soalan cepumas kepada ‘sifu’ [UW] kerana beliau akan sentiasa ada jawapannya (alhamdulillah, setakat ini tidak pernah menghampakan soalan saya. Beliau ini semacam PST [Profesor Serba Tau] ... hik… hik…). Persoalan saya kepada ‘sifu’ di al-Falaah, “.... sanggul yang ditutup pun, aurat ke ummu?”, dan jawapan beliau :
Sanggul yang ditutup, tetapi ‘bentuknya’ dizahirkan (dinampakkan), tujuannya untuk bergaya (tabarruj). Bila orang pandang, maka orang akan tahulah yang dia (si toncet tinggi) itu berambut panjang. Sekarang ini sudah bocor rahsia, ada yang pakai rambut palsu pula rupanya...
Dalam agama, banyak perkara kita kena sensitif. Menceritakan pun sebenarnya tidak boleh (fasal rambut), tetapi tengok juga cerita macam mana yang hendak dibawa. Jika cerita itu untuk pengajaran atau cerita biasa, misalnya kita cerita rambut kita sudah mula beruban, itu bukanlah bermaksud ‘buka aurat’ dalam ertikata yang diharamkan.
Yang tidak boleh, misalnya, wanita yang cerita tentang bentuk badan mereka termasuk jenis atau warna rambut kepada lelaki ajnabi, bukan untuk tujuan berkahwin tetapi saja-saja hendak beri ilusi. Sekarang ini ramai orang tidak kisah bila bercerita atau ‘chatting’. Ada wanita yang siap bagi gambar ‘togel’ atau buka webcam lagi.
Dalam Islam, aurat itu perlu ditutup bukan dibungkus. Tutup macam tutup tudung saji, makan dalam tak nampak bentuk. Trend sekarang lain, sikit sebanyak nak nampakkan juga bonggol dan bonjol, dalil mereka ialah contoh dari ustazah-ustazah glamer, payahlah, kan?
Begitulah komen ‘sifu’, jadi hasrat saya untuk bertoncet tinggi macam mereka yang banyak keluar TV itu saya buang jauh-jauh.
STOP HARESSMENT AGAiNST MEN!
Aduhai sahabat-sahabat wanita ku sekalian, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah SWT yang bermaksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24:31)
Memanglah ada Allah SWT kepada kaum Adam perihal menjaga
Wahai sahabat-sahabat ku, walaupun MEMANG ada peringatan Allah Taala kepada kaum Adam, tetapi berapa keratkah di kalangan mereka yang benar-benar menjaga pandangan mereka dan janganlah kita lalai kerana mereka ini mudah lupa, sering leka, gemar tergoda dan akan menyalahkan kaum Hawa juga akhirnya, jadi adalah lebih
Memang kita tidak mampu menghentikan hobi mereka yang suka sangat ‘usha-mengusha’ kaum hawa kerana bagi mereka, amat RUGI jika tidak ‘usha-mengusha’ kaum Hawa. Namun kaum Hawa berkuasa mengubah diri sendiri daripada ‘diintai’ oleh mereka yang bermata keranjang ini. Saya teringat kata-kata yang agak famous yang sering disebut-sebut oleh kaum Adam. Dikatakan (entah siapa yang kata? Nabi SAW tidak pernah berkata begini), wanita dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal, sebab hampir tidak pernah saya dengar ada kes perempuan mer*g*l lelaki, kan? Tetapi lelaki memerlukan keupayaan 9 akal untuk mengawal hanya 1 nafsunya. Kuang... kuang... kuang....
Adakah ini menunjukkan Allah SWT tidak adil dalam mengurniakan keupayaan akaf fikiran manusia mengikut gender? Hemmm.... Sejak azali lagi dan di dalam Islam sendiri, lelaki perlu sentiasa di depan dan wanita di belakang, menyokong lelaki. Wanita di zaman Rasulullah SAW menjadi penyokong kuat kaum lelakinya. Tetapi dunia kini hampir mempunyai fakta yang terbalik pula. Tak mengapalah... Lelaki dan wanita dilahirkan supaya lengkap-melengkapi. Kita kaum Hawa beralahlah... Beralah bukan bererti kita kalah, sebenarnya besar ganjaran untuk kita di kampung akhirat nanti, insya Allah.
Allah SWT menyebut dalam surah ali-‘Imran ayat 14 yang menyatakan bahawa antara perhiasan dunia ini ialah wanita, maksud firman-Nya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
Jadi, kita tidak berhias pun, masih dikatakan hiasan dunia, apatah lagi jika kita berhias berlebih-lebihan... ingat tu!
Wanita jahat senjata syaitan
Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua golongan ahli (penduduk) neraka yang kedua-duanya belum pernah aku melihatnya; (iaitu) kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi (lembu) yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan (kedua) wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) sama seperti bertelanjang (pakaian terlalu ketat dan nipis, tidak menutup sebahagian aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh agama yakni yang dapat dilihat rupa bentuk tubuh kepala dan badan) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu (yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka) rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)
Ini lagi satu versi hadis yang berlainan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad)
Menurut Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, bahawa iblis mempunyai tentera yang berkeliaran di seluruh tempat. Mereka merupakan syaitan-syaitan peronda. Antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dalam keadaan bersolek (berlebih-lebihan dalam berhias atau bertabaruj).
Janji Iblis
Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17, maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Godaan wanita
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.”
Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”
Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.”
Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’)
Syaitan ini ‘menghias’ kaum wanita itu agar kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT.
Adakah wanita itu JAHAT dalam segalanya?
Eh.. Nanti ada pula kaum wanita yang marah-marahkan BG… jangan salah faham, ya… Mengenai fitnah (godaan) yang ada pada wanita, di samping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, di mana hal itu telah diterangkan di dalam al-Quran dan dianjurkan supaya mereka WASPADA dan MENJAGA DIRI dari fitnah (godaan) tersebut. Ertinya, daripada hadis di atas, ia menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai PENGARUH yang besar bagi manusia terutamanya kaum lelaki yang dikhuatirkan akan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.
Selain masalah wanita, al-Quran juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (godaan/cobaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah at-Taghaabun: 15)
Firman Allah SWT lagi, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah al-Munaafiquun : 9)
Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik. Allah berfirman yang bermaksud, “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik…” (Surah an-Nahl: 72)
Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti ke semuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Subhanallah... Tidak mungkin Allah SWT menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya. Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah SWT.
Berkaitan fitnah wanita ini juga, Ibn Abbas mengatakan, “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga).”
Said Ibn al-Musayyab berkata, “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”
Demikianlah penyebab di mana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa. Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada bahagian tubuh wanita, sehingga tertarik setiap lelaki yang melihatnya. Syaitan melakukannya siang dan malam, tanpa putus asa sehingga ramai manusia terjerumus kepada dosa dari fitnah wanita ini.
Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum lelaki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut. Elok juga kaum lelaki mentelaah entry berkaitan Mata dan Bahaya Pandang Memandang.
Diwajibkan juga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai medium perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci. Seruan untuk diri saya sendiri juga dan bagi para wanita Muslimah, kembalilah pada kudrat mu sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara.
Mari kita sama-sama renung-renungkan!
Rujukan :
- Al-Falaah
- Dato’ Ismail Kamus (Solusi #17)
- Mmedia.isnet.org - Yusof Qardhawi
Khamis, Mei 20, 2010
Q&A : Patung dalam rumah
Entry ini dimasukkan setelah saya menerima email kiriman seorang sahabat. Katanya :
Saya nak bertanya, saya sekarang duduk di luar negara, pelajar dan akan duduk dalam jangka masa panjang juga. Soalan saya, jika saya menyewa di rumah yang mempunya patung berhala, berdosa ke saya duduk dirumah itu? Patung itu berada di ruang tamu.Setelah menyemak sedikit info di JAKiM, saya menemui jawapan di bawah :
Panel JAKiM menasihatkan agar tidak menyewa rumah tersebut sebaliknya mencari rumah lain yang bersesuaian. Ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Malaikat Rahmat tidak masuk ke rumah yang mempunyai hadis yang penuh seperti di bawah :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Yang dimaksudkan gambar berbentuk timbul seperti patung yang diukir. Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah Malaikat Rahmat sahaja. Walau bagaimanapun, Malaikat Maut tetap masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.
Sekiranya tiada pilihan lain yang lebih sesuai, cuba elakkan daripada solat di ruang tamu dan tidak menghadapkan wajah ke arah patung itu.
Secara umumnya, Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu Malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
Apa pula hukum menyimpan anak patung?
Walaupun Islam amat tegas dengan hukum menyimpan patung yang menyerupai berhala, akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. Menyimpan anak patung dalam rumah untuk tujuan permainan kanak-kanak adalah diharuskan, tetapi sekiranya ia dijadikan perhiasan semata-mata maka ia tidak boleh diletakkan di dalam rumah.
Adapun patung atau lukisan yang dibuat bagi tujuan permainan kanak-kanak, ianya adalah harus hukumnya kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang memberi rukhshah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengeculian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya, “Aku biasa bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam riwayat lain lagi daripada Aisyah r.a. berkata yang bermaksud, “Sewaktu Rasulullah SAW (sampai di rumah) daripada peperangan Tabuk atau Khaibar, pada rak (kepunyaan Aisyah) ada kain penutup, lalu angin berhembus, maka tersingkap tepi kain penutup itu (sehingga) menampakkan beberapa anak patung perempuan mainan Aisyah. Maka Baginda bersabda : “Apa ini wahai Aisyah?” Aisyah menjawab : “Anak-anak patung perempuan milikku.” Dan Baginda terlihat pula di antara patung-patung tersebut ada patung kuda yang mempunyai dua sayap yang bertampal. Lalu Baginda bersabda : “Apa benda di atas kuda ini?” Aisyah menjawab : “Dua sayap.” Baginda bersabda : “Kuda ada dua sayap!” Aisyah menjawab : “Tidakkah Tuan pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?” Aisyah berkata (menceritakan selanjutnya): “Maka Rasulullah tertawa sehingga aku melihat gigi-gigi geraham Baginda.”” (Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada hadis ini, jelas menerangkan bahawa patung permainan bagi kanak-kanak adalah harus membuatnya dan memanfaatkannya berdasarkan tidak ada tegahan daripada Rasulullah SAW ketika melihatnya. Begitu juga patung atau lukisan yang dibuat bagi tujuan pendidikan atau pembelajaran, adalah harus hukumnya berdasarkan keperluan.
Di dalam kaedah fiqhiyyah ada menyatakan yang ertinya : “Hajat (keperluan) itu menempati kedudukan darurat sama ada hajat yang bersifat umum ataupun khusus.”
Memanafaatkan patung dan lukisan yang bernyawa
Hukum memanfaatkan patung dan lukisan yang bernyawa termasuk juga ukiran, tenunan dan sebagainya sekalipun ia tidak ada bandingannya seperti kedua bersayap atau burung berkepala manusia. Jika patung atau lukisan bernyawa itu lengkap dengan anggota yang tidak boleh ia hidup tanpanya:
1. Jika diletakkan di tempat yang mulia (yang tidak menghinakannya) seperti digantung, diletak di tempat-tempat tinggi, di dinding, di pakaian dan seumpamanya, hukumnya adalah haram.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya, “Sewaktu Rasulullah SAW (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran, pada ketika itu aku telah memasang tabir pada pintuku tabir bulu yang ada padanya gambar kuda yang mempunyai beberapa sayap, maka Baginda memerintahkanku (agar aku menanggalkannya) lalu aku pun menanggalkannya (daripada pintu itu).” (Hadis riwayat Muslim)
2. Jika diletakkan di tempat yang menghinakannya seperti digunakan sebagai hamparan yang dipijak-pijak atau menjadi hina dengan penggunaannya seperti bantal, sandaran (penyandar), matawang yang menjadi pertukaran di dalam jual beli dan yang seumpamanya hukumnya adalah harus. (Lihat Nihayah Al-Muhtaj 6/379).
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang maksudnya, “Sewaktu Rasulullah SAW (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran; aku telah memasang tabir rak tempat penaruhan barang-barang dengan tabir nipis yang ada padanya gambar-gambar (lukisan-lukisan yang bernyawa). Maka apabila saja Rasulullah SAW melihatnya, Baginda menanggalkannya lalu bersabda: “Manusia yang paling berat seksaannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu yang menyamai/menyerupai dengan makhluk Allah.” Aisyah berkata (ekoran daripada peristiwa itu: “Maka kami jadikan (kain tersebut) untuk dijadikan sebiji bantal atau dua biji bantal.”” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam perkara ini juga, Imam An-Nawawi ada berkata di dalam Kitab Syarh Shahih Muslim: “Adapun penggunaan lukisan binatang, maka jika lukisan itu digantungkan di dinding atau lukisan itu pada pakaian yang dipakai atau serban dan seumpamanya yang tidak dianggap hina maka ia adalah haram. Jika ia terletak di hamparan yang dipijak, di bantal tidur, di kusyen sandar dan seumpamanya yang dianggap hina, maka tidaklah ia haram. Akan tetapi adakah (perkara yang sedemikian) itu menegah Malaikat Rahmat masuk ke rumah itu. Tidak ada perbezaan dalam perkara ini semuanya di antara lukisan yang mempunyai bayang (patung) atau yang tidak mempunyai bayang (lukisan, tenunan, lakaran, ukiran dan sebagainya). Ini adalah ringkasan mazhab kita (Asy-Syafi’e) dalam masalah ini. Inilah juga pendapat jumhur ulama daripada kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang sesudah mereka, iaitu mazhab Ats-Tsauri, Malik, Abu Hanifah dan selain daripada mereka.” (Lihat Syarh Shahih Muslim 734)
Kesimpulan
Zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan haram dan syirik tanpa sedar, jika terdapat unsur atau bertujuan penyembahan dan pengagungan.
Wallahu‘alam.
Rujuk :







