Selamat sejahtera,
Dah lama tak masukkan entry kategori 18SX... Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja. Kepada mereka yang masih tidak ada pasangan atas sebab musabab tersendiri, jangan nak menggatalkan mata membaca artikel ini. Cari pasangan cepat-cepat, habaq mak-ayah dan tok khadi, nikah. Lepas itu boleh mai sini balik baca artikel 18SX no... Adalah menjadi tanggungjawab kalian menanggung apa-apa risiko
Perkara yang paling membahagiakan buat suami isteri kadang-kadang boleh berubah jadi sesuatu yang cukup membosankan. Jadi sebelum hubungan intim menjemukan anda atau pasangan sebaiknya lakukan sesuatu.
Segera praktikkan 5 perkara ini untuk menyegarkan kembali suasana ranjang yang dingin.
1. Kuasa ciuman
Jangan memperkecil-kecilkan kuasa sebuah ciuman. Satu ciuman saja sudah mampu meningkatkan tahap keghairahan anda dan pasangan anda. Ia juga dapat memanjangkan hubungan seksual itu sendiri. Oleh itu jangan melupakannya baik ketika hendak memulakan seks atau selepasnya.
2. Jelajah setiap inci tubuh pasangan
Belaian pada tubuh pasangan adalah aksi-aksi ketika hubungan intim yang tidak boleh anda tinggalkan begitu saja. Saling menjelajah dan membelai tubuh satu sama lain dengan tangan boleh menambahkan keintiman. Mana tahu anda akan bertemu dengan titik rahsia yang baru dan mampu membangkitkan berahinya.
3. Renungi matanya
Bukan saja ketika saling membelai pasangan, renungi juga mata pasangan terutama setelah anda berdua mengalami orgasma. Cara itu anda akan berasa lebih dekat intim dan terikat secara emosional.
4. Bisikan manja
Bisikkan sesuatu yang manis dan menggoda di telinganya. Selain itu seringlah menyebut atau memanggil namanya dengan panggilan manja untuk memperlihatkan rasa sayang dan cinta anda pada dirinya. Panggilan manja juga akan menimbulkan satu kebanggaan pada diri mahupun pasangan.
5. Berkongsi rasa
Setelah sama-sama melayari bahtera bersama, janganlah berhenti begitu saja. Gunakan waktu selepas itu dengan berkongsi perasaan. Anda juga boleh saling memicit, membelai atau tidur sambil berpelukan. Ketika ini jugalah anda boleh meluahkan perasaan cinta dan sayang pada pasangan.
Hapuskan kebosanan
Ketika hasrat untuk bersama dengan pasangan datang, selalunya anda berdua tidak berfikir panjang. Anda berdua terus saja menuju ke sasaran. Akhirnya setelah selesai bersama ghairah yang tadinya menggebu-gebu terus merundum seolah-olah berakhir apabila seks selesai. Keadaan seks sebegini selalunya akan mengarah kepada rasa bosan. Kepelbagaian dalam hubungan intim diperlukan demi menghindarkan kebosanan yang dapat menurunkan ghairah seksual anda dan pasangan.
Sekiranya anda mula merasakan bibit-bibit kebosanan ini, beberapa panduan di bawah mungkin dapat membantu anda mengatasinya; Bersihkan fikiran anda daripada apa jua masalah-masalah yang ada. Fikiran yang tenang boleh menimbulkan mood yang menyenangkan untuk bercinta. Jangan lupa selepas mood timbul hindarkan segala gangguan seperti telefon bimbit dan sebagainya. Cubalah untuk mandi bersama pasangan.
Siapkan air panas dalam tub mandi dan tambahkan dengan minyak aromaterapi ke dalamnya. Pasang beberapa batang lilin wangi yang senada dengan bau minyak aromaterapi di sekitar bilik mandi. Jangan lupa putar lagu-lagu romantis sebagai pengiring. Cara ini selain membuat anda dan pasangan rileks ia juga mampu menambah ghairah. Rutin seks tanpa pemanasan atau terus menuju ke sasaran memang tidak mendatangkan kepuasan maksimum. Walhal sudah dikatakan bahawa pemanasan merupakan isyarat penghantar cinta yang cukup dahsyat.
Mulakan dengan sentuhan serta urutan mesra dan berlanjutan dengan ciuman. Ciuman akan membuat kita berasa lebih intim daripada hubungan seks itu sendiri. Jelajah tubuh pasangan anda begitu juga sebaliknya. Cara demikian anda dapat mengetahui ‘hot spot’ atau bahagian sensitif masing-masing. Satu perkara yang perlu diingat, hubungan seks yang berlangsung dengan sendiri atau spontan akan meningkatkan kesan yang lebih ‘dahsyat’ berbanding dengan yang dirancang.
Sumber : MW#1379
Capaian entry berkaitan :
- Hangatkan semula kehidupan seks anda
- Panduan buat suami agar isteri kembali ghairah
- Merawat suami dingin seks
- Resepi tambah berahi
- Lelaki abai mukadimah seks
- Teknik bercumbuan antara suami & isteri
- Kesan tembikai seperti pil Viagra
- Suami : Perbaikilah kesalahan di ranjang
- Mantapkan kembali prestasi seks
- 5 Cara Selamat Tingkat Tenaga Seks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...