“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, April 19, 2010

Ulul Albab: Antara malaikat, perang dan nuklear

Gambar hiasan

Peristiwa pembunuhan pertama hingga kini disebabkan sifat rakus manusia capai tujuan

MENGAPA malaikat sampai bertanya: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan)," ketika difirmankan kepada mereka oleh Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah ayat 30)

Dari mana malaikat mendapat tahu bahawa ‘khalifah’ itu akan membuat bencana dan saling membunuh? Kalangan ulama tafsir termasuk Imam al-Syaukani dalam kitab tafsirnya, Fath al-Qadir sudah memberikan beberapa jawapan. Antara jawapan itu ada yang menyatakan bahawa Allah SWT sudah memberitahu mereka apa yang akan dilakukan khalifah itu termasuk membuat bencana, saling dengki-mendengki dan saling membunuh.

Bahkan menurut Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud dan sahabat yang lain, Allah SWT sengaja mencipta ‘khalifah’ itu sebagai jawapan kepada kesombongan iblis yang sudah mendiami syurga sejak lama dan diberikan kelebihan oleh Allah ke atas malaikat yang lain.

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa malaikat mengetahui hal ehwal ‘khalifah’ berkenaan kerana mereka sudah mengetahui perbuatan golongan jin puak bani al-jan yang berbuat bencana dan saling membunuh dan ‘khalifah’ ini sebagai pengganti mereka.

‘Khalifah’ ialah seorang yang dipertanggungjawabkan Allah SWT untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah SWT, supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredaan-Nya.

Namun, ada pendapat yang menarik mengenai pengetahuan malaikat seperti diutarakan oleh Dr Abdul Wahhab al-Najjar dalam bukunya Qishash al-Anbiya’ iaitu beliau menyatakan bahawa pengetahuan malaikat mengenai sepak terajang manusia keturunan Adam di muka bumi adalah berdasarkan kepada kemungkinan adanya Adam yang lain. Antara alasannya ketidakmustahilan dalam qudratullah, kekuasaan Allah SWT untuk melakukan yang demikian dan pengertian kata ‘khalifah’ yang bererti pengganti, atau ‘yang datang kemudian’. Manusia penggantinya mestilah manusia juga begitu pula jin dan malaikat.

Apa ditanyakan malaikat akhirnya berlaku juga iaitu dalam kejadian pembunuhan pertama anak Nabi Adam seperti dicatatkan al-Quran bermaksud: “Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu, jadilah dia daripada golongan orang yang rugi.” (Surah al-Maidah ayat 30)

Antara sebab terjadinya pembunuhan ialah menerusi cara peperangan dan ia sudah menjadi sunnatullah di muka bumi seperti yang tersirat daripada pertanyaan kalangan malaikat. Jika tujuannya mulia akan mulia juga natijahnya dan jika tujuan jahat maka jahat pula hasilnya.

Senjata demi senjata sudah dicipta oleh manusia sepanjang sejarah demi memenangi sebarang pertempuran. Setiap pihak ingin menjadi pemenang dalam setiap peperangan walaupun dengan apa juga cara.

Kesepakatan sejagat dari zaman berzaman menetapkan bahawa yang boleh disentuh dalam peperangan hanya yang berkaitan dengan yang berhubungan langsung dengan perang itu. Namun dalam kenyataannya, apabila berlaku peperangan yang tidak berkaitan langsung dengan perang pun mendapatkan akibatnya dan yang paling dahsyat adalah akibat penggunaan senjata nuklear dalam peperangan.


Alfred Nobel

Mengapa Alfred Nobel mewasiatkan harta kekayaannya yang bernilai AS$4 juta (RM12.8 juta) sebagai ganjaran hadiah keamanan pada 1895 iaitu setahun sebelum beliau meninggal dunia? Ini disebabkan perasaan bersalahnya dalam membuat dinamit (TNT) pada 1863 bersama ayah dan adiknya, yang membawa maut. Nobel menjadi kaya-raya dengan penemuannya itu, tetapi dia tidak boleh mengawalnya untuk kebaikan kerana dikalahkan oleh sifat ‘keqabilan’ yang rakus untuk menguasai orang lain.

TNT

Umat manusia pada hari ini lebih terdedah kepada senjata pemusnah yang boleh meragut banyak nyawa bahkan menyebabkan kemusnahan bumi iaitu senjata nuklear. Manusia menyedari bahawa pembunuhan sesama mereka tidak baik, tetapi dalam kenyataan masih saja ada pembunuhan. Masyarakat antarabangsa hari ini menyedari wujudnya bencana menunggu dalam senjata nuklear.

Oleh itu, mereka membuat Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) sejak 1 Julai 1968 dan dilanjutkan awal minggu ini dengan tujuan tidak digunakan secara berleluasa, pelucutan senjata dan hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan damai biarpun kenyataannya penggunaannya masih meluas, tidak ada pelucutan dan tiada hak untuk menggunakannya bagi tujuan damai.

Jika demikian, bagaimana manusia boleh memperoleh kehidupan yang teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredaan Allah SWT, sebagai khalifah?

Wallahu alam.

Sumber : Abdurrahman Haqqi di BHarian 18/04/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails