
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam egrup SiM yang BG sertai sedang hangit tentang perbincangan poligami, hingga BG pun terjebak sama... Dah tarik diri dari perbincangan, eloklah BG fokus pula ke entry yang hot ini... yumm... yummm... yummm...
Lelaki memang cukup senang melihat tubuh wanita yang ramping dan seksi. Selain itu dua bahagian yang menjadi tumpuan tentunya bahagian payu dara dan juga punggung. Dua aset yang mantap ini mampu membuatkan suami jadi ghairah malah lebih suka pulang awal dari kerja untuk menyaksikan pemandangan panorama yang indah ini.
Pun begitu sebenarnya juga saja lelaki yang mampu jadi teruja melihat bentuk tubuh kaum wanita, isteri juga boleh berperasaan yang sama. Nafsu mereka mudah saja terpancing tatkala melihat tubuh badan suami yang gagah perkara. Tapi bahagian manakah paling senang dilihat oleh isteri mereka. Laman-Seri kali ini menceritakan segalanya.
1. Dada yang bidang
Kalau lelaki cukup tertarik memandang dada kaum wanita, isteri turut berperasaan sedemikian. Daya tarik lelaki dan wanita untuk bahagian ini sama saja. Biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa merupakan impian bagi sebahagian besar kaum wanita.
Hasil kajian mendapati bahawa ramai wanita cukup teruja ingin melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemejanya. Ada juga wanita yang berasa terangsang melihat dada lelaki yang sasa dan juga berbulu. Lelaki yang memiliki dada sedemikian dilihat sangat gagah.
2. Perut yang rata
Ramai wanita menginginkan perut pasangannya berketul-ketul dengan otot. Sekali lagi, bahagian tubuh sebegini melambangkan keperkasaan yang memang dimahukan oleh wanita dari setiap lelaki.
Sebabnya sewaktu berhubungan intim, wanita akan sangat ghairah melihat perut lelakinya yang rata tanpa lebihan lemak. Perut yang rata juga menandakan bahawa si lelaki suka bersenam dan menjaga kesihatan dan pemakanannya.
3. Lengan berotot
Lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul. Ada wanita yang takut malah geli melihatnya. Sebaliknya bahagian lengan suami yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.
Wanita merasakan bahagian ini seksi kerana lengan ataupun bahagian bisep lelaki turut menandakan kekuatan. Wanita suka berada bersama lelaki yang dilihat kuat kerana mereka berasa yakin bahawa sang lelaki mampu melindungi dirinya. Selain itu bahagian lengan yang berotot juga menandakan bahawa seorang lelaki itu bekerja kuat dan menjaga tubuhnya.
4. Bahu tegap
Berdasarkan satu penyelidikan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan bahawa bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki. Bahagian bahu dapat melambangkan kekuatan, kejantanan dan keperkasaan.
5. Bibir yang seksi
Bentuk bibir yang indah mampu membuatkan wanita terasa ghairah. Ia dilihat seksi oleh kaum wanita. Keindahan bibir kaum lelaki juga akan dikaitkan dengan potensi keintiman yang mungkin diperoleh dari pemilik bibir tersebut.
Bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. Ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebagai seksi dan ada juga yang berasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.
6. Jari jemari bersih
Bagi sebahagian wanita, tangan lelaki mampu memberikan ghairah tersendiri. Ada lelaki tidak mengendahkan anggota tubuh ini, seperti kuku dibiarkan panjang dan kotor. Tangan seorang lelaki terawat dan bersih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap kebersihan dan penjagaan tubuh. Perkara inilah yang disukai oleh kaum wanita.
7. Ukuran alat sulit
Syhhhh.... Alat sulit lelaki iaitu penis memang mendapat perhatian besar daripada kaum wanita. Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik ukuran besar atau kecilnya yang penting adalah warnanya yang sekata dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
8. Punggung mantap
Keseksian lelaki juga dilihat daripada bahagian punggungnya. Kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap seperti para atlet.
Sekarang anda tahu bahagian tubuh yang memancing ghairah isteri, jadi janganlah malas-malas untuk berhias dan menggodanya. Mulai sekarang, apa kata anda aktif bersukan agar dapat mengekalkan bentuk tubuh yang sentiasa dirindui isteri!
Sumber : MW#1434
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, Mei 15, 2011
Tubuh suami pancing ghairah isteri
Amal doa pagi, petang atasi masalah jiwa

Assalamualaikum warahmatullah,
Dalam satu laporan dikatakan, bilangan pesakit yang menerima rawatan bagi masalah kesihatan mental di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6% atau sebanyak 400,227 orang. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6% berbanding tahun 2009. Dan, menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. (rujuk entry Bilangan pesakit mental meningkat)
Dalam entry yang disenaraikan di bawah ini juga jelas menunjukkan kesihatan mental di negara ini semakin bertambah serius :
Mengapa orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa daripada orang dulu? Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki harta yang banyak. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa masih terasa kosong.
Apakah yang dikatakan penyakit jiwa?
Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.
Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Apakah yang menyebabkan perkara sebegini berlaku?
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin:-
1. Sebab-sebab fizikal
Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
2. Keturunan
Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?
Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.
1. Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.
2. Penyakit kepiluan (Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).
Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah jiwa/emosi?
Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.
Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.
Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa di hospital-hospital berdekatan dengan tempat tingga anda. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.
Masalah jiwa menurut Islam
Menurut ustaz Zahazan Mohamed, Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas’alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: “Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.”
Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.
Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang menghidap gangguan jiwa? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?
Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.
Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya.
Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa.
Amal doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa
Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: “Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”
Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.
Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Semoga dengan amalan ini, kita dapat menghindari daripada mengalami masalah jiwa.
Wallahua‘lam.
Rujukan : Ust Zahazan Mohamad di BH15/05/2011 dan Sabah.org.
Jumaat, Mei 13, 2011
Bukan salah isteri kalau suami tak puas seks

Salam sejahtera,
Masalah yang satu ini walaupun 'terlindung' dari pandangan mata namun tak dinafikan ia mampu menggongcangkan rumahtangga. Ibarat api dalam sekam masalah ini jika dibiarkan mampu menyebabkan rumahtangga hambar malah berkonflik dalam diam. Lebih parah lagi ia juga dikatakan menjadi penyebab suami berlaku curang dan pasangan bercerai berai.
Selalunya bila masalah ketidakpuasan seks suami diutarakan, ramai yang memandang kesilapan di pihak wanita. Dikatakan, sikap kaku isteri yang kurang memberi respons di ranjang dikatakan menyebabkan suami tidak menikmati sepenuhnya perhubungan intim.
Ini cuma satu, kalau diteliti pasti banyak lagi salah isteri yang dilihat. Tetapi janganlah terus menuding jari pada isteri, mungkin benar ada isteri yang salah namun ia juga sebenarnya boleh berlaku kerana faktor suami itu sendiri.
Antaranya kerana tindakan dan sikap suami seperti di bawah ini:
1. Kahwin awal
Keadaan ini akan menyebabkan si lelaki kurang bersedia menjalani liku-liku hidup berumah tangga. Sekiranya mendirikan perkahwinan pada usia yang masih muda tidak mustahil mereka masih belum matang terhadap masalah rumah tangga dan juga masalah seksual yang dihadapinya. Justeru minat terhadap seks akan menurun dan rumah tagga mula goyah.
2. Kurangnya pengetahuan
Walaupun mungkin sudah bertahun-tahun berumah tangga namun ada lelaki yang tidak mengetahui tentang masalah seksual yang dihadapinya. Ia dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan sehingga akhirnya membawa kepada ketidakpuasan isteri pula. Dari sinilah hubungan suami isteri akan berasa dingin.
3. Tertarik pada fizikal isteri semata-mata
Wajah pasangan yang cantik atau tubuh badan yang menarik tidak akan menjamin kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Sebaliknya cara layanan isteri terhadap suamilah yang akan memastikan kebahagiaan rumah tangga apatah lagi jika si isteri pandai melayan nafsu seks pasangannya. Sekiranya penampilan fizikal saja yang cantik namun sifat serta karakter isteri sebaliknya maka ia memberi kesan pada ketertarikan suami pada seks.
4. Berkahwin kerana nafsu
Perkahwinan yang hanya dibayangi oleh nafsu berahi semata-mata tidak akan mampu bertahan. Ikatan perkahwinan akan longgar jika aspek lain dalam perkahwinan tiada antara pasangan seperti kasih sayang, kepercayaan dan sebagainya.
5. Sikap ego dan nafsu yang terlalu tinggi
Sikap ego yang tinggi begitu juga nafsu turut menjadi penyebab masalah seks dalam rumah tangga. Suami akan merasa selalu puas dalam hubungan seksualnya. Ini juga menjadi punca lelaki mencari kepuasan seksual di luar rumah.
6. Fantasi seks melampau
Lelaki mempunyai fantasi seksnya sendiri dan kadang-kadang fantasi tersebut berlebihan. Bila isteri tidak dapat memenuhi fantasi seks itu, mereka mula merasa pasangannya tidak sesuai kerana tidak berjaya memuaskan kehendaknya.
7. Jodoh aturan keluarga
Tidak mustahil ada suami yang langsung tidak menyentuh isterinya berbulan-bulan kerana wanita yang dikahwininya bukan pilihan hatinya. Apalah ertinya berumahtangga sekiranya tiada hubungan seksual. Sekiranya berlarutan tidak mustahil juga rumah tangga yang dibina ini akan retak.
Demikian alasan yang boleh dipertimbangkan. Muhasabah diri, adakah anda masih mahu menyalahkan isteri anda?
Sumber : MW#1408
Selasa, Mei 10, 2011
Stevia - 300 kali ganda manis daripada tebu

PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia. Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010. Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12% rakyat negara ini menghidap diabetes.
Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.
Bertemu dengan Presiden Megaherbs Bioextreme, Dr. Zubir Yahya mendedahkan stevia mengandungi rasa manis 200 hingga 300 ganda lebih tinggi daripada gula tebu. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu mengambil gula dalam kuantiti yang banyak untuk memaniskan secawan kopi atau membuat kek.
Tiada kalori dan toksik
Katanya, stevia boleh dianggap sebagai gula alternatif dalam nutrisi pemakanan yang mengandungi hampir tiada kalori, bebas karbohidrat dan tidak bertoksik.
“Ia baik untuk digunakan oleh pesakit diabetes selain boleh digunakan dalam industri pemakanan. Stevia boleh dijadikan sebagai salah satu ramuan dalam proses pembuatan kek, biskut dan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan,” katanya ketika ditemui Pesona di pejabatnya di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.
“Khasiat stevia sukar untuk diragui kerana ia 100% semula jadi,” ujarnya.
Jelasnya lagi, stevia juga secara umum dikenali sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan. Lantaran itulah, jelas Zubir pada penghujung tahun 2008, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) telah memberi kelulusan kepada stevia digunakan sebagai makanan tambahan.
“Stevia pada masa kini turut mendapat perhatian daripada pengeluar minuman termasuk syarikat minuman bikarbonat,” beritahunya.
Kata Zubir, hasil kajian yang dijalankan mendapati stevia mempunyai kesan terabai pada kadar glukosa gula.
“Ia terjadi akibat daripada steviosida, oleh sebab itu stevia hanya memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos. Herba tumbuhan itu juga boleh jadi bahan pemanis asli tanpa bahan kimia aditif,” jelasnya.
Penanaman komersial

Permintaan yang tinggi ke atas stevia menyebabkan pokok yang berasal dari Amerika Selatan turut ditanam di negara ini. Pengeluaran tanaman itu kini sudah melebihi 2,000 tan setahun dengan negara utama pengguna stevia termasuk Jepun, Australia dan Kanada.
Bercerita mengenai penanaman stevia, kongsi Zubir beberapa langkah perlu dititik beratkan sebelum memulakan penanaman stevia. Ini termasuklah penyediaan tanah, jenis tanah, penyediaan batas, pengairan, pembajaan, aplikasi organik dan penjagaan pokok, pembersihan dan penuaian.
Tanah merah berpasir (kering) adalah jenis tanah yang sesuai, manakala tanah gambut merupakan tanah yang tidak sesuai bagi penanaman stevia. Batas adalah cara terbaik dan paling ekonomik untuk menanam stevia. Semburan mikro merupakan kaeadah yang sesuai untuk mengairi penanaman stevia.
Pembersihan boleh dilakukan secara manual menggunakan tenaga buruh untuk memastikan kesihatan pokok stevia. Penuaian boleh dilakukan dengan hanya memetik daun, sekiranya diperlukan pada kuantiti yang kecil. Bagi penuaian secara besar besaran keseluruhan pokok boleh dipotong dan meninggalkan 10 hingga 15 sentimeter dari tanah.
Selaku syarikat yang memasarkan stevia dalam bentuk uncang bagi menggantikan gula dalam minuman, Megaherbs Bioextreme turut menawarkan perladangan kontrak kepada syarikat dan individu yang berminat.
Belajar kerja orang Jepun

Mengenali lanjut individu di belakang Megaherbs Bioextreme itu, Zubir memberitahu bekerja dengan sebuah syarikat Jepun beberapa belas tahun lalu banyak memberi pengajaran berguna dalam diri dan kerjayanya.
Katanya yang kini berusia 44 tahun, sepanjang bekerja dengan syarikat milik warga Jepun itu, cara pemikiran dia yang merupakan anak tempatan juga berubah.
“Cara kerja yang diamalkan oleh pekerja Jepun yang sentiasa komited, menepati masa dan rajin banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menguruskan perniagaan Megaherbs Bioextreme. Dasar pandang ke timur juga mengajar saya untuk berfikir perkara yang lebih penting dan tidak membesarkan masalah yang remeh-temeh,” katanya.
Petikan : Kosmo! 11/02/2011
Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun. Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam.
INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:
- Indonesia RM3.80 sekilogram
- Singapura RM3.61 sekilogram
- Thailand RM2.31 sekilogram
- Filipina RM4.50 sekilogram
Laman-Seri : Pendek kata, menurut 'pemerintah', harga gula di Malaysia JAUH lebih rendah dari negara jiran, jadi jangan marah-marah, ya. Bawa-bawalah belajar bersabar... hik.. hik...
Sumber : BHarian 10/05/2011
Entry berkaitan :
- Harga gula naik 20 sen
- Gula - racun yang paling manis
- Fikirkan kesan positif harga baru gula, rokok
- Gula Malaysia melambak di Pattani
- Gula... bukan sorok tetapi sekadar 'simpan'
Isnin, Mei 09, 2011
Punca isteri bosan jaga anak dan bekerja

Assalamualaikum warahmatullah,
Sedarkah anda, keputusan untuk melahirkan anak membawa implikasi yang besar dalam kehidupan suami isteri. Bukan hanya mereka mesti bersedia dari segi kewangan, beban emosi dan keletihan fizikal, suami dan isteri juga berhadapan dengan cabaran kehidupan moden, jenayah dan perlindungan keselamatan dan pendidikan anak-anak. Lebih utama lagi, bukan mudah untuk membesarkan seorang anak menjadi hamba Allah yang beriman.
Namun begitu, perjuangan seorang isteri membesarkan anak-anak lebih terserlah kesabarannya berbanding suami. Ði situlah hikmah perbezaan sifat antara lelaki dan wanita yang Allah SWT ciptakan. Isteri mesti sentiasa diberi pujian, dorongan dan sokongan suami supaya daya tahan emosi dan fizikalnya tetap hangat dan bersemangat. Kerana isteri juga manusia biasa yang pastinya merasai kebosanan, putus asa dan tertekan dengan persekitarannya. Jika suami menambah beban isteri dengan perangainya yang bukan-bukan, jangan terperanjatlah bila anak-anak membesar dalam keadaan yang bukan-bukan juga.
Mengapa anda rasa bosan dengan rutin harian yang seolah-olah menjadi mimpi ngeri pada setiap hari? Hilang sudah rasa nikmatnya bekerja dan melayan karenah anak-anak. Apa yang dirasai hanya letih, geram, bosan, keliru dengan keadaan diri yang sentiasa kelam kabut dikejar tanggungjawab.
Mengapa perasaan ini wujud? Mungkin perkara berikut menjadi puncanya :
1 – Perancangan kerja tidak teratur
Jika anda kurang disiplin dan suka melengah-lengahkan kerja, maka semua tanggungjawab itu menjadi berlonggok-longgok yang akhirnya menyebabkan anda keletihan, tertekan dan putus asa. Prestasi kerja anda pun akan mengalami kemerosotan. Seorang ibu yang tidak bangun ketika anak-anak pergi ke sekolah, tidak akan tahu apa yang mereka makan, tidak ingat bila jam balik dari sekolah, tidak ingat waktu belajar anak-anak, lupa menyiapkan kerja-kerja pejabat, lupa bila mesyuarat penting, tidak sempat merancang kewangan keluarga, tidak larat melayan suami, tidak tahu menguruskan diri sendiri dan lagi dahsyat, tidak ada masa mengingati Allah… Nauzubillah…
Ðalam keadaan ini, pasti dia akan mengalami gejala penyakit jiwa yang berbahaya. Semua itu bermula dari perancangan kerja yang tidak teratur.
2 – Faktor kesihatan tubuh badan
Kesihatan fizikal juga amat mempengaruhi kerjaya anda. Oleh itu faktor pemakanan mesti diambil berat sebelum anda bersedia menjaga orang yang anda sayangi. Kelebihan berat badan juga amat mempengaruhi vitaliti fizikal seorang isteri.
Penyakit berpunca daripada cara pemakanan yang salah, oleh itu amalkanlah diet yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Isikan perut dengan tiga bahagian, satu bahagian untuk air, satu bahagian untuk makanan dan satu bahagian lagi untuk pernafasan. Semua makanan mengandungi khasiat untuk tubuh badan manusia.
Apa yang menjadi masalahnya ialah, apabila makanan itu diambil tidak mengikut keperluan badan, akhirnya penyakit akan datang beriringan dengan tekanan perasaan yang dialami kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu dan pekerja.
3 – Mengabaikan suntikan semangat dari Allah SWT
Ðialah yang berkuasa melapangkan hati anda, meringankan bebanan anda, menunjuki jalan keluar dari setiap kesempitan hidup dan mencerahkan hati yang diganggu ujian. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d 13:28)
Suntikan tenaga yang diperlukan
Apakah suntikan semangat yang diperlukan seorang isteri untuk sentiasa bertenaga menghadapi ujian semasa?
Zikrullah
Jika anda marah, letih, putus asa, kecewa dan sebagainya, menangislah kerana Allah, sebutlah nama-Nya, mengadulah dengan suara yang sayu, getarkanlah hatimu dengan memohon pertolongan-Nya. Zikrullah adalah kekuatan anda, suntikan yang paling ampuh untuk mengubati hati yang luka, letih dan gelisah. Zikrullah amalan yang paling mudah dan murah, tidak perlukan masa tertentu, tempat dan waktu yang membebankan. Amalan yang hanya menggunakan lidah dan perasaan. Tidak sedikitpun mengganggu wang ringgit anda.
Ðalam sebuah athar diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman pernah berkata, “Wahai manusia demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih adalah lebih baik daripada apa yang dimiliki Sulaiman dan keluarganya. Kerana apa yang dimiliki Sulaiman akan lenyap sementara, tasbih akan tetap kekal.”
Merindukan malam
Pada saat manusia melelapkan mata, hanya anda yang masih menunggu saat berjumpa Allah SWT. Saat-saat yang paling indah untuk mengetuk pintu rahmat-Nya, untuk mengakui betapa letihnya anda kerana dunia, anak-anak, suami, kerjaya dan amanah keluarga.
Antara amalan orang-orang soleh yang memiliki kecekalan hati, kekuatan iman dan kemenangan menaklukkan dunia ilaha memanjangkan doa-doa pada sepertiga malam. Perhatikanlah doa seorang hamba Allah, Malik bin Ðinar : “Pada malam ini, Rabbku, Engkaulah satu-satunya Yang Mengetahui siapakah penghuni syurga dan siapakah penghuni meraka. Ya Rabbi, aku tidak tahu di manakah aku, apakah di syurga atau di neraka.”
Sulaiman al-Ðarani pernah mengamalkan doanya : “Rabbi jika pada hari kiamat nanti Engkau bertanya tentang dosa-dosaku, aku akan bertanya akan rahmat-Mu. Kalaulah Engkau bertanya tentang aibku, aku akan bertanya tentang ampunan-Mu, kalaulah Engkau bertanya tentang kelalaianku, aku akan bertanya pintu Maaf-Mu. Ðan jika Engkau melemparkan aku ke dalam api neraka sekalipun, aku akan memberitahu penghuni-penghuninya bahawa aku mencintai-Mu Ya Allah…”
Anda bosan? Amalkanlah petua tadi dan mulalah merancang untuk bersemangat dari sekarang! Allah bersama hamba-Nya yang bersabar.
Renung-renungkan!
Rujukan : Ðr Juanda Jaya, MW#1380
Jumaat, Mei 06, 2011
Satu kisah poligami dan rahsia madu tiga
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,
Bulan April tahun lepas, kecoh berita mengenai aktres gebu dan cantik, Zizie Izette dan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin.
Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun 2009 sah mengikut hukum syarak, ada wali dan saksi. Cuma bezanya, mereka bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia dan suaminya pula salah seorang pemimpin yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat jelata.
Selepas itu, beberapa kali siri naik-turun-naik-turun mahkamah dan saya pun kurang sempat berminat mengikuti perkembangan mereka. Apa yang diketahui, Datuk Bung Moktar Radin dijatuhkan hukuman sebuan penjara dan denda kerana berpoligami tanpa kelulusan Mahkamah. Walau bagaimanapun, selepas membuat rayuan, hukumannya diringankan dan terlepaslah beliau daripada meringkuk di penjara. Tidak dapat saya bayangkan, seorang ADUN merengkok di penjara akibat berpoligami...
DATUK Bung Mokhtar Radin dan isteri keduanya, Zizie Izette Ab Samad, 31, tersenyum gembira ketika ditemui wartawan dan jurugambar selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi ini menerima rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengetepikan hukuman penjara sebulan kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, Mei lalu. Hukuman terhadap Bung Mokhtar digantikan dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan. - Foto Roslin Mat Tahir @ Aug 11, 2010 11:40 amWalaupun meminta izin isteri dan mahkamah tidak pula tertulis dalam al-Quran, payah sangatkah mereka ikut saja undang-undang yang telah ditetapkan? Bukankah mematuhi undang-undang yang disediakan itu bermakna mematuhi undang-undang pemerintah?
Firman Allah SWT dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.”
Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, “Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat.
Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Bukan sedikit komen-komen negatif yang saya baca di egrup yang disertai, seolah-olah mempertikaikan undang-undang Syariah yang ada sekarang tidak 'compile' kepada al-Quran. Kononnya undang-undang Syariah banyak menyusahkan dan dilihat seolah-olah menentang keharusan poligami. Sepatutnya, apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah.” (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Manafaat poligami
Saya pernah mengirimkan sepotong pertanyaan yang tertera di bawah, minta kerjasama sesiapa yang sudah atau akan berpoligami menjawab soalan ini sejujurnya. Pertanyaan ini dilontarkan ke al-fikrah.net dan SIMadu.
“Apakah rancangan anda untuk memanfaatkan poligami sebagai salah satu jalan memperolehi syurga?”Malang sungguh, setelah hampir sebulan saya menanti, tidak ada yang berani menjawab pertanyaan ini, kecuali satu feedback dari SiMadu. Kata bro hamdy :
Wahai lelaki di AFN, jawablah sejujurnya dengan kebijaksanaan anugerah Illahi. Mungkin dengan jawapan yang bernas anda, dapat memesongkan fikiran wanita yang mudah terpesong tentang poligami.
Alhamdullh saya adalah seorg kawin cepat. dlm umur mid40an sudah 3 anak di IPT dan seorg remaja dan 2 lagi kecil. Setelah melihat (at least so far) 4 anak yg telah melepasi remaja dan tidak byk kerenah, pndidikan islam yg baik dan so far alhamdulh berakhlak baiak, saya dapat appreciate bahawa mdpat anak2 yg baik bukan shj tanda pd kbahagian rmhtangga & juga satu dari syurga dunia. Ia adalah anugerah Allah yg sgt besar.Hemmm.. memanafaatkan zuriat soleh dan solehah yang ada, juga satu saham untuk di akhirat. Bagus jawapan ini. Malangnya, itu sajalah jawapan yang dapat saya kongsikan di sini. Mungkin boleh korek-korek manafaat yang lain-lainnya dalan entry :
& timbul rasa utk mdpat anak lebih lagi dan mendidik satu batch anak lagi, dgn kawin lagi kerana isteri pertama sudah 40s & prempuan 40s amat bhaya jka pregnant..
slepas kmatian, aspek "anak sholeh yg mendoakan" adalah penting utk berada dialam itu. so kalau u boleh atau berusaha didik 10 anak sholeh then y not.
Apa-apapun, konklusi yang dapat saya simpulkan, mereka yang sudah atau akan berpoligami LOKEK ilmu! Boleh jadi juga mereka sendiri tidak tahu apakah manafaat poligami, kecuali keseronokan 'benda dalam seluar' sahaja.... Bueno!
Rahsia madu tiga

Kalau tak salah, tak perlu risau. Apa yang selalu jadi masalah apabila berbuat salah. Sifir ini terguna untuk semua keadaan. Baik dalam perniagaan, politik, rumahtangga bahkan percintaan.
Berterus-terang adalah penyelamat. Berterus-teranglah dalam apa juga keadaan. Meskipun tidak semua perlu diberitahu tetapi apabila rasanya perlu memberitahu, beritahulah. Elakkan pasangan berfikir yang bukan-bukan. Kadang-kadang memang tiada masalah tetapi sebab disembunyikan, ia menjadi barah.
Saya tersenyum membaca komen Salih Yaccob bahawa petua dirinya beristeri tiga hanyalah berterus-terang. Beginilah sikap seorang gentlemen. Sememangnya itulah petua hidup bahagia tanpa prasangka. Kalau berani berterus-terang dan pandai pula buat lawak sikit-sikit, dalam erti kata lain, bergurau, hidup pasti selesa. Kurang 'jantan' jika mahu berpoligami, tetapi bersikap seperti seekor tikus yang pengecut!
“Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.”
“Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan,” kata Salih dalam satu paparan akhbar tempatan.
“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan jadi bila kita lihat wanita lain lebih cantik daripada isteri kita sendiri?”
Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.
Mahukan penjelasan
Apa yang dikatakan oleh Salih atau apa yang menjadi pegangan hidupnya itu menarik untuk dicontohi oleh kita. Dia mampu mengendalikan tiga orang isteri tanpa masalah. Ia jauh mengatasi keupayaan ramai daripada kita, seorang isteri pun tidak terjaga. Bukan sahaja gagal memberikan kebahagiaan, bahkan berlaku zalim lagi.
Petua supaya berterus terang ini sangat baik. Jangan sekali-kali membiarkan pasangan mereka-reka cerita dalam mindanya berdasarkan apa yang dia rasa dan tengok. Kalau dia tengok suami sudah kurang bercakap tetapi kerap menghias diri, memang macam-macam akan mencetus dalam fikirannya. Terus sahajalah bertanya dan para suami jangan culas untuk berterus terang.
“Tak, abang sekarang ni tengah risau sikit pasal proses kenaikan pangkat. Pasal tu tak berapa nak cakap sebab risau dan pasal tulah abang belajar berlawa-lawa sikit,” kata-kata begini boleh memadam semua prasangka yang bersarang dalam kepala. Sama ada jujur ataupun tidak, penjelasan sekurang-kurangnya memberi kelegaan.
Meskipun berterus terang itu sangat baik untuk sesebuah perhubungan terutama rumah tangga, wanita perlu juga faham, kadang-kadang suami anda sengaja menyembunyikan sesuatu untuk memberi suprise.
Bayangkan saja, dia di pejabat terpaksa menjawab macam-macam soalan daripada bos, sampai di rumah disoal pula oleh isterinya. Kadang-kadang dia diam dan kurang berterus terang, anggap saja ada kejutan pada kemudian hari. Moga-moga kejutan itu sesuatu yang baik berpihak pada diri anda, bukan kejutan untuk berkahwin satu lagi, sebagaimana yang dilakukan oleh Salih.
Hakikatnya tidak ramai mampu berbuat seperti Salih. Lihat saja situasi yang digambarkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dalam filemnya ‘Madu Tiga’. Itu baru tiga, belum empat.
Sebenarnya, manusia hanya memerlukan penjelasan. Biar pahit bagaimanapun sesuatu perkara itu jika diiringi dengan penjelasan yang jujur dan dilakukan dalam senario yang betul, ia boleh diterima. Apa yang menjadi marah, sudahlah tidak amanah, menipu lagi. Huh!
Rujukan : DrHMTuah dengan tambahan sendiri.
Bekerja dan bersyukur

Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, kita bertemu lagi di pagi Jumaat yang mulia ini.
Manusia adalah makhluk yang bekerja. Bahkan manusia tidak akan mendapatkan suatu apa pun kecuali apa yang diusahakannya sendiri. Oleh itu tidaklah menghairankan jika kita juga sering mendengar bahawa masuk syurga atau neraka itu sangat ditentukan oleh amal atau perbuatan seseorang, pekerjaannya atau usahanya ketika di dunia.
Allah memperuntukkan waktu siang untuk manusia bekerja seperti firman-Nya dalam Surah an-Naba’ [078], ayat 11 yang bermaksud, “dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”
Banyak pekerjaan yang boleh dilakukan bagi menyara kehidupan. Bumi yang terbentang luas diibaratkan sebagai lapangan yang boleh memberikan seribu satu punca rezeki kepada manusia baik lelaki mahupun wanita.
Ini selaras dengan firman-Nya dalam surah al-A’raaf [007], ayat 10 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Tetapi amat sedikit sekali di kalangan kamu yang bersyukur (berterima-kasih).”
Aspek-aspek kerja dalam Islam sesungguhnya terkandung dalam bentuk yang sangat luas mencakupi seluruh kehidupan itu sendiri, ia bersifat fizikal, intelektual dan juga spiritual. Apa yang ditekankan oleh Islam ialah supaya kita bekerja atau berusaha untuk kebaikan dan dengan cara yang baik kerana orang yang beriman dan bekerja dengan baik, Allah SWT akan memberinya kehidupan yang baik.
Sesungguhnya kerja dengan amal mempunyai terjemahan yang sama di dalam Islam meskipun masyarakat mengenalinya dari sudut yang berbeza. Amal seringkali diberi makna pada tindakan atau kerja kebajikan sedangkan kerja dikategorikan pada tindakan manusia yang menghasilkan upah atau gaji dalam bentuk wang mahupun material dan sebagainya yang bersifat ekonomi untuk menjaga kelangsungan hidup bagi diri sendiri atau orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya.
Wahai ahli quraa’, bekerjalah untuk nafkah kami dan janganlah kamu menjadi beban kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungjawabnya.” (Hadis Riwayat Abu Ðaud)
Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mewajibkan kepada kamu berusaha (bekerja), oleh sebab itu hendaklah kamu bersifat rajin berusaha.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Orang yang berusaha mencari rezeki dengan tulang empat kerat digambarkan mempunyai kedudukan yang mulia. Seronok bekerja, itu harus dijadikan amalan hidup kita.
Ðalam sebuah riwayat ada menceritakan mengenai Aisyah Abu Bakar r.a. bertanya kepada suaminya, Rasulullah SAW, mengapa baginda perlu bersusah-payah beribadah sehingga bengkak-bengkak kaki, sedangkan baginda sudah dijamin tempat di syurga, maka baginda menjawab, “Salahkah kalau aku ini menjadi orang yang bersyukur?”
Ðalam Islam, dasar kerja atau amal adalah niat yang akan membezakan sama ada sesuatu tindakan itu berupa kebajikan atau tidak dan Allah menegaskan bahawa adalah menjadi satu kewajiban kepada kita untuk melakukan yang terbaik dalam memikul amanah dan tanggungjawab kerana Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Oleh sebab itu seseorang itu dikurniakan Allah kelebihan yang tersendiri dan untuk itu dia akan dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah mahir (tahu) tentang sesuatu.
Oleh itu bekerjalah, kerana itu menandakan kita umat yang bersyukur.
Khamis, Mei 05, 2011
Bagaimana kekalkan cinta walau tak sehaluan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Anda tentu setuju, tidak semua yang kita suka akan disukai oleh pasangan. Ðan tidak semua keputusan yang kita setuju, disetujui oleh pasangan. Tidak semua keseronokan yang kita rasa pula, juga dirasai pasangan. Tetapi sungguh bersyukur jika kita mendapat pasangan yang seiya sekata, sehaluan, sehati sejiwa, satu visi dalam menjalani kehidupan.
Mungkin di antara berjuta, hanya ada satu pasangan yang secocok dalam setiap hal dan terbukti walaupun di dunia ini banyak pasangan yang berbeza bagai langit dan bumi, tetapi cinta mereka tetap boleh juga bertahan.
Seiring dengan berlalunya waktu, semakin dewasanya usia perkahwinan, kita dapat rasai semua perbezaan itu bukan apa-apa, tidak akan menjejaskan rasa sayang, hormat dan cinta kita pada pasangan. Benarkah begitu? Bukankah ramai pasangan muda yang bercerai kerana tidak sebulu? Bahagian penyelidikan JAKiM mendapati, ‘tiada persefahaman’ adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari tahun 2003 hingga 2004. Ði pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian yang mewakili 43.33%, manakala di pihak isteri pula, mewakili 69.44%. Bahaya betul bahana ‘tiada persefahaman’ ini.
Ramai sungguh yang tidak sekepala, tidak sehaluan. Bagaimana yang dikatakan tidak sehaluan? Jika suami suka aktiviti kecergasan, isteri pula anti peluh, maknanya tak suka bersenamlah. Tapi kalau berjalan ke pelosok dan ceruk pasaraya mana-mana pun bolehlah layan. Ada suami yang bukan main kemut kedekut, isteri pula berhabis sakan membeli-belah.
Ada lagi, si suami yang rimas duduk lama-lama bersama keluarga isteri, isteri pula tidak habis-habis buat pasal dengan adik-beradik suami. Kalau suami suka memaksa kehendaknya, isteri pula jadi pembangkang yang paling kuat tidak setuju. Ada kalanya isteri menurut saja kehendak suami, tetapi bukan kerana suka, bahkan terpaksa. Langsung tak ikhlas! Bila tidak ikhlas, semuanya menjadi sia-sia belaka.
Cara halus
Sikap suka memaksa ini bukan hanya pada diri lelaki sahaja, perempuan juga diyakini mempunyai kecenderungan yang sama. Tetapi cara perempuan memaksa agak halus, kalau isteri mahu suami membawanya melancong, dia akan bercerita tentang adik atau kakaknya yang melancong.
Dia juga akan membanding-bandingkan suami orang lain dengan suami sendiri. Suami si A yang romantik, suami si B yang mewah memanjakan isteri, suami si C yang ikut cakap isteri, suami si Ð yang prihatin menolong kerja rumah, suami si E yang sayangkan mertua dan hujung-hujung ceritanya, dia mahu suami ikut kemahuannya.
Hah! Ðapat suami yang lambat ‘pick up’, nasiblah ya... kalau suami tak mahu mengikut kemahuannya, maka bermulalah suasana tegang dalam rumah, isteri merajuk buat-buat tidak peduli. Marah-marah dengan anak-anak yang tidak ada kena-mengena dengan ketidak-puasan hatinya. Lebih parah, pasang buat muka sekupang atau muka ketat... suami mana yang tahan dengan perangai isteri sebegini, akhirnya kalah atau mengalah juga.
Kalau suami lain pula halnya. Suami yang suka memaksa isteri biasanya bercakap dengan cara yang terang, tegas dan sedikit mengugut. “Awak tak nak ikut saya, nanti saya cari orang lain barulah awak rasa!” atau “I bosanlah nasihat you tapi you tak nak dengan cakap I, bagus lagi I punya PA, taat setia, hormat pada I. Jangan sampai si Mona tu gantikan tempat you sudah!”
Kepada sesiapa yang suka memaksa, cubalah anda berada di tempat orang yang menjadi mangsa paksaan anda. Tentu anda akan memberontak, jadi kenapa tidak cuba bertoleransi dengan pasangan, bincangkan dulu dan buat keputusan bersama.
Sesekali beri peluang kepada pasangan untuk memilih, jika ia tersalah pilih, jangan diperli pula. Baik dinasihati sahaja, agar mata dan hatinya lebih terbuka mendengar perspektif anda selepas itu. Biarlah pasangan anda belajar dari kesilapannya. Bukankah lebih baik daripada anda terus memaksa dia menurut kehendak anda, yang seolah-olah menunjukkan anda hebat dan dia lembap?
Salah satu sebab utama tidak sehaluan dan tiada persefahaman ialah kerana ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi, jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya. Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar, letakkan kembali diri anda pada heiriki rumahtangga sebenar. Jika suami, jadilah seorang suami prrihatin, bukan bos besar lagi. Jika isteri, jadilah isteri penyayang, bukan pengarah yang mengarah.
Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan :
- kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’
- menganggap agamawan, kaunselor dan motivator bukan orang yang layak untuk mendengar masalah mereka
- jahil dalam agama
- terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain, banyak harta
- campur tagan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa atau rakan karib
Apakah strategi mengekalkan rasa sayang pasangan yang tidak sehaluan?
1 – Cari persamaan, raikan perbezaan
Takkanlah di antara sepuluh tabiat suami, tiada satu pun yang serupa dengan tabiat isteri. Selongkarlah sampai kepada benda-benda yang remeh-temeh pun, pasti ada yang serupa. Tidak mengapa kalau suami tak suka sambal belacan atau masak tempoyak, bukankah dia suka ‘mengeteh’ (minum teh tarik) bersama anda? Ingatlah perkara-perkara yang anda berdua seronok nikmati,jangan terlalu difikirkan sangat perbezaan-perbezaan itu.
Kalau isteri tak suka menemani anda bersosial dengan teman-teman dan saudara-mara, bukankah dia tetap suka menemani anda menonton bola kegemaran anda? Jadi, di antara perbezaan itu, mesti banyak lagi persamaan yang anda dapt nikmati. Oleh itu, tak perlu stres memikirkan konflik dua hala yang tak bertemu sesekali sahaja.
2 – Fikirkan jika anda berada di tempatnya
Mungkin boleh membuka mata dan hati anda, betapa terseksanya jika dipaksa melakukan apa yang tidak kita sukai. Apatah lagi dengan cara diugut, disindir-sindir, direndah-rendahkan, dobodoh-bodohkan.
Walaupun andan suami dan dia isteri, di akhirat anda berdua tetap hamba Allah yang akan disoal tentang keadilan. Siapa yang tidak adil kepada siapa? Allah SWT akan memberi hak kepada yang dizalimi. Jangan dikira isteri saha yang berdosa kepada suami, suami pula tetap manusia biasa yang mungkin lebih teruk sikapnya dari isteri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang lelaki akan ditanya tentang kepemimpinannya dan seorang isteri akan ditanya tentang apa yang diamanahkan kepadanya.” (Muttafaqun alaih)
3 – Bahagia dengan pengorbanan
Tidak salah mengikut kehendak orang yang kita kasihi dengan mengorbankan perasaan kita. Itu menunjukkan cinta anda telah mencapai puncaknya, kerana cinta tanpa pengorbanan akan menemui kegagalan.
Bagi pasangan yang berbeza tabiat, pendapat, fikiran dan perasaan jangan biarkan diri anda masuk ke dalam perangkap ego dan emosi. Buang ego, ketepikan emosi, tingkatkan intim dan cubalah amalkan tiga strategi ini!
Ðiubah-suai dari sumber : Ðr Juanda Jaya dan Ðr HM Tuah
Rabu, Mei 04, 2011
Misteri gaun Kate

MESKIPUN hampir seminggu Duchess of Cambridge, Kate Middleton bergelar permaisuri hati pewaris takhta Britain, Putera William dalam perkahwinan penuh gilang gemilang yang disaksikan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia, cerita mengenai masih hangat diperkatakan.

Fesyen gaun pengantin berwarna putih gading diraja Britain dipakai Kate itu juga menjadi perbualan. Pemerhati berpendapat gaun berwarna putih gading itu mengingatkan kita kepada gaun pengantin yang pernah dipakai pelakon Grace Kelly semasa perkahwinannya dengan Putera Rainer dari Monaco pada 1956.
Tahukan anda, pembikinan gaun itu yang turut dilakukan sekumpulan wanita yang berusia 19 hingga 70 an itu bekerja secara sambilan menghasilkan renda sesuai dengan gaun itu. Studio menghasilkan renda itu turut menggunakan tenaga pelajar yang bukan saja dari United Kingdom tetapi juga Jepun, China, Amerika, Thailand dan Jerman.
Dikatakan seramai 12 orang yang bekerja keras menyiapkan renda itu terpaksa membasuh tangan mereka setiap 30 minit untuk memastikan renda dan benang sentiasa putih bersih, selain jarumnya pula diganti setiap tiga jam bagi memastikan ia bersih dan tajam.


Rekaan renda itu dan prosesnya dipengaruhi renda tradisional Carrickmacross yang berasal dari Ireland pada 1920 an. Kerja membuat renda itu menggunakan fabrik kain kapas halus serta tegang dengan latar belakang yang bersih serta dikait dengan benang tali yang halus.
Rahsia pembuatan gaun itu diteruskan walaupun ia sudah dilihat lebih dua bilion orang di seluruh dunia sehingga ia dibongkar tiga hari selepas perkahwinan itu. Malah, sebelum itu, selepas beberapa bulan spekulasi mengenai gaun pengantin berkenaan, akhirnya terjawab Jumaat lalu dan dunia terpukau menyaksikan keanggunan Kate Middleton keluar dari kereta klasik Rolls Royce Phanton V1 dan memasuki gereja Westminster Abbey untuk upacara perkahwinan gilang-gemilang.
Rahsia mengenai rekaan pakaian pengantin diraja itu disimpan kemas sejak beberapa bulan lalu.

Malah, penyulam yang bekerja keras menghasilkan sulaman indah dan anggun itu turut tidak mengetahui yang hasil kerja tangan mereka bakal digunakan dalam perkahwinan diraja sehingga saat terakhir menjelang majlis gilang-gemilang itu.
Akhbar The Telegraph melaporkan Sarah Burton, pereka pakaian Middleton, terbang ke New York, Ahad lalu bagi mengelakkan diri daripada tumpuan media, tetapi kumpulan wanita yang terbabit menceritakan kejayaan menghasilkan gaun yang memukau setiap mata yang memandang.
Pengarah Kreatif di Alexander McQueen, Burton dipilih untuk mereka gaun pengantin perkahwinan paling gemilang dalam dekad ini dengan gaya zaman pertengahan berlengan panjang yang dipenuhi renda.
Skirt pula daripada kain satin sutera organza putih gading. Burton mengambil alih firma fesyen avant garde pakaian pengantin selepas pengasasnya yang juga pereka terkemuka Alexander McQueen mati akibat membunuh diri tahun lalu.
Pereka gaun pengantin terkemuka Vera Wang memberitahu CNN, “Ia seperti yang saya jangkakan, tidak begitu melampaui kemodenan fesyen dan tidak lapuk apabila dirakamkan,” katanya.
Berbeza dengan gaun Grace Kelly yang rendanya penuh hingga ke leher, pakaian Middleton mendedahkan lehernya dengan kain renda berbentuk V pada lehernya. Malah, jika dibandingkan dengan layah yang digunakan ibu William, Puteri Diana semasa perkahwinannya pada 1981, layah yang dipakai Middleton lebih sederhana panjangnya iaitu 2.7 meter.
Gaun memaparkan pinggang dan pinggul yang tampak ‘simple’ yang mengekalkan tradisi korset Victoria dan antara ciri rekaan firma Alexander McQueen yang menekankan fizikal langsing pengantin perempuan.
Menurut sumber, Middleton sudah mendapat idea yang jelas mengenai gaun perkahwinannya sebelum William mengajaknya berkahwin. Beliau meminati gaun anggun yang pernah dipakai Puteri Grace Kelly semasa berkahwin dengan Putera Rainer. Gaun itu dipamerkan di Muzium Victoria & Albert, April lalu. Burton meminta Royal School of Needlework (RSN) menghasilkan rekaan renda yang unik. Setiap motif sebesar duit siling lima pence, dijahit setiap dua hingga tiga milimeter.
Pembuatan renda untuk gaun pengantin itu dibuat di studio RSN di Hampton Court Palace, tetapi pasukan penyulam itu tidak mengetahui mana pengantin yang bakal menerima hasil kerja mereka. Ketua Pegawai Eksekutif RSN, Susan Kay-Williams berkata, pihaknya tidak mengetahui siapa pereka pakaian itu sehingga saat akhir sebelum orang ramai mengetahuinya. Kay-Williams masih mengunci mulut mengenai jumlah mereka yang terbabit dalam projek itu dan bila ia dimulakan dan gaun itu siap.
Anne Butcher, 44, dari Sandhurst, Berkshire, berkata : "Kami seronok kerana pengalaman seumur hidup ini. Kami bekerja dalam satu kumpulan dan gembira dengan penerimaan orang ramai mengenainya.”
Keanggunan Duchess of Cambridge itu lebih terserlah apabila turut memakai tiara dibuat oleh Cartier, yang dipinjam daripada Ratu Elizabeth. Menurut sumber, tiara itu adalah hadiah moyang William, George VI kepada isterinya dan kemudian diberikan kepada anak perempuannya yang juga Ratu Britain.
Pengantin perempuan yang turut melepaskan rambut panjang yang didandan James Pryce dan memakai sepasang anting-anting berlian, hadiah daripada ibu bapanya.
Sumber : BHarian 04/05/2011
Isnin, Mei 02, 2011
Ilmu takluk pasangan kaki maksiat

“Akulah queen di rumah. Suami sudah pun menyerahkan kunci harta di bawah bantalku, anak-anak senyapkan saha dengan duit dan hiburan di luar, 4 orang wanita Indon telah menjadi pakar ‘ibu segera’ untuk anak-anakku. Mak dan pak mentua tak sanggup lagi nak memanjat pagar rumah kerana aku bukan mudah diancam gelaran ‘derhaka’.”
“Aku bebas menikmati hidupku tanpa kongkongan sesiapa, tetapi kadang-kadang hatiku merintih juga mengenangkan dosa-dosa akibat terlalu mengejar kepuasan nafsu dunia. Sudah berapa banyak aku membelanjakan wang untuk lelaki-lelaki simpananku. Membayar ketagihanku pada kelab-kelab wanita jalang, kegilaan fesyen dan kemilau perhiasan.”
“Sebenarnya aku rasa kecewa kepada suami yang bebas lepas menyorok perempuan di mana saja, seolah-olah aku mahu membalas sakit hatiku dengan melakukan juga perbuatan terkutuk sebegitu.” Demikian luahan seorang isteri. Dia kemudian bertanya, “Bagaimana hendak menakluki jiwa kami yang sentiasa memberontak, derita kerana dosa tetapi masih sudi menikmati maksiat setiap saat?”
1 – Tunggu peringatan Tuhan
Jika tidak ada seorang insan pun yang mampu mencegah anda dari berbuat maksiat, maka tunggulah datangnya peringatan Allah kepada diri anda. Ia boleh datang dalambentuk musibah, ujian dan seksaan yang didatangkan untuk menyedarkan diri kita sebagai manusia yang lemah dan memerlukan kuasa Allah. Ahli maksiat telah lama lupa kepada Tuhan mereka, disebabkan mereka memiliki segal;a-galanya. Ada tubuh badan yang sihat dan kuat, harta yang cukup untuk keselesaan diri bahkan lebih dari cukup, kerjaya yang kukuh, anak-anak yang menceriakan hati dan bermacam-macam lagi kenikmatan dunia yang lain-lainnya.
Tetapi seandainya tubuh badannya diserang penyakit, hartanya dirampas, kerjayanya hancur, anak-anaknya mati atau menderhaka, barulah diri mencari pertolongan Tuhan, bertaubat dan tersedar.
2 – Cinta dunia dan lupa mati
Penyakit yang dideritai isteri dan suami ini berpunca dari cinta dunia dan lupa mati. Jika semua orang tahu bilakah masanya roh dicabut dari jasad mereka, sudah tentu mereka akan bersedia untuk mengadapi hari yang di janjikan itu. Tetapi begitulah Tuhan mencuba kita, siapakah yang paling bijak memilih, nikamat dunia tetapi azab selamnya atau susah sekejap untuk syurga yang kekal.
Mati memberi peringatan yang paling berkesan untuk manusia, kalau hati sedang sakit, pergilah berziarah ke kubur supaya anda kembali ingat ke situlah semua manusia akan berakhir. Kecantikan yang dibanggakan, harta dan takhta yang dicintai, wanita dan anak yang disayangi, semuanya akan ditinggalkan.
Hanya amal soleh yang akan menemani di akhirat nanti. Jika anda mendengar azan, mungkin itu panggilan Tuhan yang terakhir untuk kita. Kemudian kita akan disolatkan, memakai kain kapan dengan muka pucat mengharapkan kasihan Allah Taala.
Tiba-tiba kubur memanggil dengan seramnya, cacing-cacing kelaparan menanti selonggok mayat yang tidak berdaya, lenyap sudah kejelitaan yang dulu dibangga-banggakan. Hilang sudah puji-pujian manusia yang pernah didengari, kini bertukar menjadi tangisan rasa kasihan orang kepada kita.
Suami pula sudah bersiap sedia mencari pasangan baru, anak-anak yang rindu tidak mampu kita balas dengan rindu yang sama. Kerana diri telah menjadi mayat yang kata-katanya tidak dapat didengari, tangisannya tidak dapat dirasai, sendirian menunggu nasib akibat perbuatan dahulu.
3 – Takut kepada Allah
Mengapa manusia ingkar dan berpaling dari Tuhannya? Padahal Allah SWT mencukupkan segala keperluannya. Tidakkah mereka malu, makan, minum dan udara kehidupan yang semuanya ditaja itu mereka balas dengan berbuat dosa? Tiada sesiapa yang paling sabar dan sayang kepada kita melainkan Allah SWT.
Sepanjang usia yang kita lalui,berapa banyakkah ketaatan yang kita zahirkan berbanding dengan kederhakaan kepada Allah SWT? Tetapi kesabaran dan sayang-Nya tidak terbatas kepada semua makhluk,
Takut kepada Allah sama seperti benih yang ditanam dengan baik di dalam jiwa manusia. Kita mesti membajainya dengan ilmu kerana boleh jadi rasa takut itu akan mati dan lenyap dalam hati jika seseorang itu terlalu sibuk dengan perasaan takut yang lain. Sebagai seorang isteri dan ibu, tentu saja banyak perkara yang anda takuti, takut suami marah, takut anak sakit, takut wang tak cukup, takut pada bos, takut cepat tua, takut gemuk, takut poligami suami buka branch baru, takut mentua, takut ceplos dan serba-serbi takut yang lain-lainnya.
Jika semua rasa takut itu bermaharaja-lela dalam hati anda, boleh jadi anda akan kehilangan rasa takut kepada Allah. Suburkanlah perasaan takut kepada Allah melebihi takut-takut lain yang hanya merugikan diri sendiri. Jika anda sudah berjaya memiliki rasa takut kepada Tuhan, insya-Allah tiada sesiapa dan apa pun lagi yang boleh membuatkan anda merasa takut. Anda rasa berani menghadapi cabaran hidup kerana Allah bersama anda.
Inilah nasihat kepada para pelaku maksiat, tidak kira sama ada anda seorang suami ataupun seorang isteri. Mendengar nasihat adalah lebih baik daripada menunggu Allah datang memberi peringatan.
Mudah-mudahan bermanafaat.
Rujukan : Dr Juanda Jaya MW#1384
Ahad, Mei 01, 2011
70 jenis kebosanan suramkan hubungan

Kajian dibuat ke atas 88 pasangan berkahwin
ONTARIO: Wanita lebih berkemungkinan menjadi bosan dalam perkahwinan berbanding lelaki, menurut satu kajian.
Malah, hasil kajian itu turut menunjukkan bahawa lelaki berkemungkinan mudah bosan dengan pasangan luar nikahnya tetapi bagi pasangan yang berkahwin, keadaan itu terbalik.
Bagi mendapatkan kesimpulan berkenaan, 88 pasangan termasuk yang sudah berkahwin selama 36 tahun ditanya mengenai keadaan hubungan mereka.
Mereka yang mengaku jemu dengan pasangan apabila diteliti menunjukkan ada 70 jenis kebosanan dalam hubungan mereka.
Kumpulan kedua responden pula diberi senarai bentuk hubungan dan diminta menerangkan keadaan dengan pasangan mereka.
Hubungan yang berada dalam keadaan bosan adalah antara jawapan paling banyak dengan merujuk kepada kekurangan keseronokan, perbualan dan suasana romantik juga mendapat markah yang tinggi.
‘Hubungan dirasakan seperti kerja rumah’ juga jawapan popular yang dipilih. Ramai mengadu perasaan berdebar-debar yang dirasai ketika bersama pasangan sudah hilang, manakala yang lain merasakan mereka terlalu dikongkong.
Ujian ketiga menunjukkan pula mengemukakan senarai pemeriksaan Skala Kebosanan Hubungan juga cukup lengkap bagi responden memilih bentuk hubungan membosankan daripada yang umum atau kemurungan.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa perkahwinan lebih membosankan berbanding ketika keluar bersama sebelum intim dulu serta ia bukan saja mengenai berapa banyak masa dihabiskan bersama.
Penyelidik dari Universiti Winnipeg di Kanada, Profesor Beverley Fehr berkata: “Siapa yang berpacaran mungkin merasakan kurang bosan kerana mereka lebih bersedia melepaskan diri mereka apabila hubungan dirasakan masuk ke peringkat kebosanan,”.
Ketika menerangkannya dalam jurnal Perhubungan Peribadi, Fehr menambah: “Jika penyelidik turun padang dan bertanyakan orang ramai apa pendapat mereka mengenai halangan untuk mengekalkan cinta, berkemungkinan jawapan yang bakal diperoleh ialah konflik, pengkhianatan dan mementingkan diri sendiri.
“Kami mungkin akan rasa terkejut jika ada yang menjawab ‘rasa bosan’ walaupun ia mungkin jawapan yang betul atau sekurang-kurangnya yang betul,” katanya. – Agensi
Laman-Seri : Saya tidak terkejut dengan hasil kajian yang dilakukan. Perkara ini juga ada dikupas dalam entry Isteri hilang 'selera'. Hemmmm... Adakah ini bermakna, tidak berkahwin adalah lebih baik?
Sumber : BHarian 01/05/2011, rujukan asal 70-ways-boredom-kill-marriage-women-likely-lose-men.
Avokado buah kaya nutrisi

BUAH avokado kini dipromosi menjadi sebahagian diet sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.
Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.
Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.
“Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.
“Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol,” katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.
Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.
Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.
“Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja,” kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.
Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.
Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.
Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.
“Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su’aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.
“Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.
Sumber : Kosmo!
Capaian entry berkaitan :
# Khasiat buah avokado
Isteri hilang 'selera'

Sengaja cari alasan
MASA bercinta, semuanya indah belaka. Romantik, bergaya, mengambil berat dan ada juga berbicara lembut, sampaikan ibarat lembut gigi dari lidah. Bila sudah lama, semuanya jadi pahit, tawar dan masam. Pelbagai alasan dilemparkan terhadap pasangan mungkin kerana sudah bosan atau hilang selera. Itu tak kena ini tak kena sehingga dijadikan alasan beralih angin mencari pasangan lain yang kononnya dikatakan lebih baik dan sempurna.
Biasanya, ayat sebegini didengari daripada lelaki. Alasan yang diberi apabila mata dan hati memandang dan mencari yang lain. Isteri sudah gemuk, selekeh dan tak jaga penampilan, isteri malas, tak suka masak dan mengemas rumah, isteri kuat sangat berbelanja, terlalu sibuk. Pendek kata, macam-macamlah yang kurang pada isteri, membuatkan mereka hilang selera dan dingin pada isteri.
Satu perkara yang harus mereka ingat, keadaan dan alasan begitu bukan hak mutlak mereka. Wanita, isteri terutamanya juga boleh hilang minat dan dingin dengan suami. Cuma, ramai isteri jarang membicarakan hal itu kerana bimbang dikatakan ‘membuka pekung di dada’, menunjukkan kegagalan rumah tangga apatah lagi tidak mahu mengaibkan suami sendiri apatah lagi ia secara tidak langsung boleh memalukan keluarga.
Hakikatnya, suami perlu ingat, isteri juga ada beribu alasan untuk hilang minat dengan mereka. Antaranya:
# Suami tidak lagi romantik seperti dulu;
# Bercakap kasar dan panas baran tidak tentu pasal;
# Tidak hormat dan membiarkan isteri jika isteri sakit atau memerlukan pertolongan;
# Tidak bergaya atau penampilan selekeh;
# Bentuk badan semakin `melebar’, gemuk ditambah pula dengan ada badan berbau,
# Kurang hubungan intim,
# Tidak kreatif dalam menjalin hubungan intim. Jika asyik posisi yang sama sepanjang masa setiap kali melakukan hubungan intim, lama kelamaan bosan juga,
# Tidak melakukan sebarang perubahan dalam kehidupan terutama untuk keluarga malah masih di tahap yang sama;
# Bersikap malas serta tiada kerjasama menguruskan rumah tangga sedangkan bantu-membantu mampu mengeratkan hubungan suami isteri;
# Kerap sangat merungut dan membanding-bandingkan isteri dengan orang lain
Ramai lelaki yang tidak menerima keadaan ini sama ada kerana tidak tahu atau mungkin juga tahu tetapi tidak mahu mengakuinya. Seperti lelaki yang banyak syarat dan kehendaknya, begitu juga wanita. Cuma, wanita apabila bergelar isteri dan mempunyai anak, tanggungjawab menjaga kerukunan rumah tangga menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kekurangan suami terpaksa diterima, ditelan walaupun pahit kerana tidak mahu rumah tangga bergolak, yang akhirnya menjejaskan kebajikan anak atau paling tidak, memberi status baru - janda - kepada mereka.
Namun, tidak bermakna tiada wanita yang berani bertindak seperti lelaki. Daripada terus-terusan hidup berpura-pura, tidak bersama adalah jalan terbaik buat mereka.
Yang pasti, isteri atau suami tidak mungkin hilang minat atau bersikap dingin dengan pasangan jika masing-masing bersikap terbuka, memahami kepentingan, sedia berbincang dan memperbaiki hubungan dan menghormati antara satu sama lain. Paling penting, melunaskan tanggungjawab sewajarnya.
KOMEN
"PALING membuatkan isteri meluat ialah suami yang terlalu ‘anak emak!’. Memang semua anak emak tetapi janganlah terlalu bergantung kepada ibu sepanjang masa walaupun selepas berkahwin sehingga sukar membuat keputusan sendiri.”
“Isteri kurang suka suami yang terlalu manja dengan emaknya malah apa saja pun cakap emak sehingga mengabaikan kehendak isteri. Setiap isteri mahukan perhatian penuh suami walaupun sedar suami masih perlu menjaga ibunya sungguhpun sudah beristeri. Ni tidak, sikit-sikit mak, sikit-sikit mak.”
“Selain itu, isteri akan dingin jika suami tak pandai buat perubahan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga walaupun sudah beranak-pinak. Tambah pula mengambil kesempatan terhadap isteri yang turut keluar bekerja. Hanya duduk di tahap yang sama, isteri mana yang tak meluat. Kita perlukan perubahan dari semasa ke semasa.”
“Satu lagi, tak faham dengan lelaki zaman sekarang. Kebanyakan wanita dan cukup sempurna dari segi paras rupa, kedudukan kewangan, kesopanan, menghormati dan jujur dengan pasangan tetapi lelaki masih ramai yang jenis miang dan kaki perempuan.” - Ahli perniagaan, Asneeda Md Akhir, 26.
“JIKA sebelum berkahwin, lelaki menjaga penampilan dan bau badan semata-mata untuk memikat teman wanita, kenapa selepas berkahwin tidak lagi bergaya, selekeh, gemuk dan tidak lagi menjaga kekemasan? Sebelum kahwin, sangat ‘loving’, ‘caring’ dan romantik. Setiap butir kata bagaikan pijak semut pun tak mati. Tetapi bila dah kahwin, tak ada semua itu.”
“Mungkin pada mereka, isteri sudah menjadi hak mutlak mereka dan tak perlu untuk ‘tackle’ lagi. Jika dulu ada juga sikap kepura-puraan, tetapi selepas duduk serumah, mereka tunjukkan perangai sebenar yang buruk.”
“Kalau dulu rajin buat kejutan, bagi hadiah, bawa pergi makan malam dan beli-belah, bila sudah jadi isteri, itu semua tidak diambil peduli lagi. Perkara begini boleh buat isteri kecil hati dan lama kelamaan tawar hati. Jangan berhenti bercinta untuk memenangi hati isteri.” - Penulis, Mastura Burhanuddin, 28.
“Isteri ada ketika dingin dengan suami seperti ketika mengandung mungkin kerana pembawaan bayi dan penat. Tambah pula, jika suami bersikap endah dan tidak endah serta asyik melakukan perkara sendirian dan meninggalkan isteri keseorangan. Contohnya, sibuk menghadap komputer dan suka tidur sepanjang masa.”
“Isteri bukan tunggul di rumah kerana setiap kali suami mahu pulang isteri akan menunggu dengan penuh harapan, teruja dan gembira. Jika sering diendahkan dan tidak lagi romantik, isteri pun malas nak tengok muka suami, sebab itulah timbul isu dingin dan tidak berminat dengan mereka lagi.” - Suri rumah, Ezurin Sofinaz, 27.
“Banyak faktor sekeliling menyebabkan isteri meluat, dingin sekali gus tidak berminat dengan suami. Antaranya faktor kewangan. Mungkin isteri tidak materialistik, tetapi sebagai isteri, mereka nak diri dihargai dan disayangi. Lebih teruk ada yang langsung tak bagi hadiah selepas kahwin.”
“Selain itu, ada juga isteri yang asyik menanggung segala-galanya dan suami langsung tidak mahu berusaha mencari nafkah lebih untuk meringankan beban bersama. Selain campur tangan pihak ketiga iaitu keluarga, kawan dan mempunyai hubungan dengan perempuan lain, lagilah isteri berang dan dingin dengan suami.”
“Ada juga suami yang terlalu sibuk dengan hobi hingga tiada masa berkualiti untuk isteri. Pada pemikiran mereka, selepas berkahwin tiada lagi dating seperti zaman bercinta apatah lagi pergi bercuti dan tiada ‘spark’ (tiada rasa teruja dengan pasangan).”
“Lagi satu apabila suami terlalu ‘bossy’ (mengarah), bersikap seperti Hitler. Memerintah 24 jam dan ‘King Control’. Itu tak boleh, ini tak boleh walaupun berkaitan dengan kerja isteri. Tidak salah jika menegur kerana lelaki lebih berkuasa dan menjadi ketua keluarga. Tapi, kalau sudah sampai semuanya kena tukar, si isteri akan rasa tak selesa. Sepatutnya, tegur secara baik atau terima wanita itu seadanya.” - Pegawai Perhubungan Awam, Nor Azza Aziz, 29.
“Berdasarkan pemerhatian sendiri dan pengalaman rakan serta saudara mara, saya rasa isteri boleh hilang minat pada suami terutamanya bila suami tidak memberi perhatian secukupnya kepada si isteri. Faktor lain, termasuk jika si suami tidak prihatin dengan aspek kebersihan diri dan cara membawa diri atau langsung tidak mendengar pandangan atau nasihat isteri.” - Pegawai Perhubungan Awam syarikat penyiaran, Rowena Wong.
Hah... begitulah sedikit sebanyak komen yang boleh dijadikan pedoman kepada para suami supaya berubahlah, sebelum isteri anda hilang ‘selera’!
Sumber : BHarian 29/04/2011
