“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Julai 26, 2010

Melaka syor sekolah khas remaja hamil

~ gambar hiasan ~


Selepas menggalakkan golongan muda di negeri ini berkahwin awal dengan menyediakan bantuan sebanyak RM500, dilaporkan dalam BH 26/07/2010, kerajaan Melaka bercadang menubuhkan pula sebuah sekolah khusus untuk remaja yang hamil sama ada secara sah mahupun di luar nikah, bagi mengelakkan remaja lari dari rumah dan masalah buang bayi,

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu penting untuk dilaksanakan dalam membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur membina kehidupan dan membesarkan bayi sambil meneruskan pelajaran di sekolah itu tanpa gangguan masyarakat.

Remaja dari negeri ini yang perkahwinan mengalami masalah boleh meneruskan persekolahan di sini. Kita akan membantu mereka daripada melakukan perkara tidak elok seperti berzina, membuang bayi atau lari dari rumah, katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan ulang tahun ketiga Perkampungan Buku serta pelancaran buku Makan-Makan dan Beli-Belah di Melaka di Taman Botanikal, Ayer Keroh.

Katanya, cadangan penubuhan sekolah khas itu sudah dibincangkan dengan JAIM dan akan dilaksanakan meskipun tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak, termasuk Kementerian Pelajaran.

Saya tetap akan menubuhkan sekolah ini untuk memberi peluang kedua bagi pasangan muda yang sudah terlanjur atau bagi pasangan remaja sudah berkahwin tetapi berdepan masalah keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa gangguan sambil meneruskan pelajaran di sekolah ini, katanya.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, perkahwinan awal bukan menjadi masalah kerana ia berkesan untuk menangani bencana sosial di kalangan remaja.
Katanya, masyarakat wajar memudahkan urusan perkahwinan kerana Islam sendiri adalah agama yang memudahkan umatnya menja-lani kehidupan, termasuk dalam urusan pernikahan.

Mohd Ali berkata, buat permulaan, sekolah berkenaan khusus untuk pasangan remaja dari Melaka tetapi sedia menimbangkan kemasukan dari seluruh negara selepas pertimbangan teliti, termasuk restu daripada keluarga masing-masing.

NB : Benarkah 'perkahwinan awal bukan menjadi masalah'... Di manakah kepentingan mempelajari ilmu munakahat, ilmu keibubapaan bagi pasangan yang mahu berkahwin. Bolehkah mereka 'survive' tanpa ilmu di dada? Jangan sampai 3-4 tahun akan datang, statistik perceraian semakin meningkat, sudahlah...




Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails