“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 14, 2010

'Ada udang di sebalik batu'

~ gambar hiasan ~

Masih lagi berkisar tentang entry yang berkaitan :

'Ada udang di sebalik batu'

Wanita yang belum berkahwin tidak sepatutnya berasa tergugat dengan trend lelaki tempatan yang suka mengahwini wanita Indonesia, terutama dari Sumatera.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana kebanyakan wanita yang dikahwini itu adalah untuk dijadikan isteri kedua dan perkahwinan tersebut juga disifatkan seperti 'ada udang di sebalik batu.'

Malah kebanyakan wanita Sumatera juga mempunyai maksud tersendiri. Ini termasuk ingin bebas dari kemiskinan atau diterima sebagai penduduk tetap negara ini apabila bersetuju berkahwin dengan lelaki Malaysia. Sehubungan itu, Puteri UMNO mencadangkan supaya setiap lelaki yang mempunyai isteri kedua warga Sumatera atau mana-mana daerah perlu dipantau rumahtangga mereka serta perkembangan sosial anak-anak.

Sementara itu Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor (PLC), Siti Hendon Chik mencadangkan supaya kerajaan melakukan pemantauan terhadap trend tersebut demi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini.

"Kaum wanita sudah pastinya tidak senang dengan fenomena ini kerana bimbang kaum lelaki akan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil,'' katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur, Mariam Abdul pula berkata, tidak ada alasan lelaki tempatan mencari lagi isteri di seberang hanya kerana tidak puas hati dengan layanan isteri pertama di dalam negara sendiri. Katanya, kebanyakan niat mereka lebih kepada untuk berseronok sedangkan dalam perkahwinan itu, ia memerlukan seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarga.

Beliau mengulas kenyataan Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Medan, Sumatera, Ismail Ali bahawa purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80% menjadikan mereka isteri kedua.

"Jika rumahtangga terabai dan keperluan anak-anak tidak dipenuhi, maka tindakan menjalani kerja-kerja sosial mesti dikenakan ke atas mereka,'' katanya.

Rosnah berkata, dengan cara itu mereka akan lebih berhati-hati dan menjadi lebih bertanggungjawab di dalam institusi kekeluargaan.

Sumber : Utusan 17/04/2010



Isteri derita suami kahwin wanita seberang

BALING 17 April - Episod cinta lelaki Malaysia terhadap wanita seberang sudah lama berlaku namun tiada siapa yang sedar kemelut itu meninggalkan kesan mendalam terhadap seorang isteri yang mempunyai empat anak selepas ditinggalkan suaminya.

Lebih memeritkan, wanita itu terpaksa bersendirian mencari nafkah bagi menyara anak-anaknya kerana suaminya tidak sedikit pun meninggalkan wang untuk dirinya.

Wanita itu yang dikenali sebagai Haniza, 38, mengakui hidup dia tertekan sejak tujuh tahun lalu apabila suaminya sanggup meninggalkannya dan anak-anak hanya kerana mahu berkahwin dengan seorang wanita dari Medan, Indonesia.

Menurut Haniza, apabila membaca laporan mengenai keghairahan lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia, sebagai isteri kedua, dia mengakui kelebihan wanita Indonesia menggoda lelaki Malaysia.

"Saya sudah lalui, peritnya apabila suami tinggalkan kami anak beranak sejak tujuh tahun lalu kerana wanita Indonesia," katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya di Kupang di sini hari ini.

Lebih memeritkan, katanya, dia pernah menasihati suaminya yang juga seorang peniaga supaya berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan berkahwin dengan wanita dari Medan itu.

Namun, kata Haniza, dia tidak mampu melawan takdir apabila suaminya lebih rela hidup bersama kekasihnya di Indonesia, kononnya untuk membina hidup baru.

Menceritakan pengalaman pahitnya, Haniza berkata, bersama empat anak dia terpaksa mencari sendiri rezeki untuk mereka, apatah lagi setiap kali musim persekolahan dan musim perayaan, dialah yang menjadi ayah dan ibu kepada anak-anaknya.

Katanya, 'panahan cinta' wanita seberang memaut hati suaminya sehingga dia bukan sahaja sanggup meninggalkan keluarga tetapi juga negara yang banyak dilimpahi rezeki ini.

"Itulah yang saya kecewa, dia bukan sahaja meninggalkan kami sekeluarga malah sanggup tinggalkan negaranya sendiri kerana wanita itu," ujarnya.

Haniza berkata, kini suaminya hidup dalam keadaan menyedihkan selepas tinggal di Medan sejak berkahwin dengan wanita tersebut apabila tidak mempunyai pekerjaan.

Malah dia difahamkan, isteri Indonesia itu juga telah meninggalkan suaminya yang kini hidup dalam kemiskinan.

Sumber : Utusan 18/04/2010




Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails