“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 14, 2010

Laporan Khas : Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera

Assalamualaikum warahmatullah,

Bagi sesiapa yang punya suami yang sering ulang-alik ke Medan atas alasan apa sekalipun, baik anda semak status anda... masih isteri yang solo ataupun sudah dimadukan... :)

Memeranjatkan! Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80% daripada mereka mengambil isteri kedua. Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu Bernama, bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam. Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing," kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera. Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.

Mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun. Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing.

"Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya.
Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang. Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin. Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. - BERNAMA

Rujuk : UM16/04/2010 dan BH 16/04/2010


Lelaki tempatan kahwini wanita seberang dipersoal

BUKIT BERUNTUNG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mempersoalkan aliran lelaki tempatan mengahwini wanita dari Sumatera, Indonesia sama ada mengikut lunas undang-undang atau dilakukan secara seludup.

“Saya geleng kepala apabila membaca laporan akhbar mengenai perkara ini... walaupun saya tahu dunia tanpa sempadan, semestinya akan ada perkahwinan dengan warga asing, tetapi banyak perkahwinan ini terjadi disebabkan mahu dijadikan isteri kedua. Jadi saya persoalkan perkahwinan itu adakah mengikut lunas perundangan yang ada di negara ini, jika kahwin cara seludup, saya tidak setuju... tanggungjawab keluarga pertama tidak boleh diabaikan. Saya berasa sedih kerana akhirnya keluarga kedua-dua wanita ini akan menanggung sengsara,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80% daripadanya mengambil isteri kedua.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata pihaknya tidak mengetahui mengapa lelaki Malaysia begitu mudah mengahwini wanita Indonesia tanpa memikirkan implikasinya.

Sumber : BH 17/04/2010 - Lelakitempatankahwiniwanitaseberangdipersoal




HULU SELANGOR 16 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kecewa dengan sikap lelaki Malaysia yang ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua. Beliau bimbang trend itu akan membuka ruang penganiayaan kepada golongan wanita kerana agak sukar bagi lelaki di negara ini untuk berlaku adil dalam soal poligami.

"Saya sangat kecewa dengan senario ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka yang berkahwin ini mengikut lunas undang-undang sama ada bagi pasangan Islam mahu pun bukan Islam. Kita tidak mahu kaum wanita menjadi mangsa kerana selalunya dalam kes sebegini, penganiayaan bukan sahaja membabitkan isteri pertama tetapi juga berlaku kepada isteri muda dan akhirnya institusi kekeluargaan itu runtuh."

"Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran kerana kesannya adalah kepada golongan wanita dan anak-anak," katanya selepas merasmikan penubuhan Majlis Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam di bawah Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada), di Bukit Beruntung, sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa secara purata seorang lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dengan 80% daripadanya memilih wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Dalam laporan kepada Bernama, Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Indonesia, Ismail Ali berkata, sepanjang tempoh itu, purata 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita dari Sumatera setiap bulan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Senada, beliau berkata, seramai 28 amirah (ketua) dan naib amirah (naib ketua) sekretariat itu dari 14 negeri diberi watikah pelantikan bagi menggerakkan pertubuhan tersebut di seluruh negara. Katanya, mereka yang dilantik itu terdiri daripada individu penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar-pakar dalam bidang tertentu khususnya dalam bidang akademik.

"Badan ini bertanggungjawab mengumpul dan menganalisis isu-isu yang dihadapi oleh wanita di seluruh negara sebelum isu tersebut diketengahkan kepada kementerian untuk pertimbangan kerajaan. Senada juga akan menjadi badan penasihat, perunding dan penyelaras serta sebagai badan advokasi yang bertujuan memperkasakan wanita Islam bagi memastikan mereka tidak didiskriminasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, khidmat bantuan guaman turut diberikan.

Sumber : UM 17/04/2010




Capaian entry berkaitan :

2 ulasan:

  1. Ya... setiap hari. Satu fakta yang cukup menakutkan bagi kaum wanita.

    Ayat 'setiap hari' tu dah tukar warna merah... :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails