“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 07, 2010

Peguam Syarie Menulis: Transformasi undang-undang syarie negara


~ gambar hiasan dari sumber [
krugerfan] ~


Pelantikan wanita sebagai hakim syarie penuhi perubahan, keperluan semasa perundangan


PELANTIKAN dua wanita sebagai hakim syarie yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah suatu transformasi kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang dilihat lebih terbuka serta prihatin terhadap keperluan semasa selari peredaran zaman.

Pelantikan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM, Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM, Rafidah Abdul Razak, 39, sebagai hakim syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, jawatan hakim syarie didominasi golongan lelaki hingga menimbulkan persepsi negatif kerana hakim lelaki tidak sensitif terhadap masalah wanita. Perkembangan terbaru ini secara tidak langsung dapat memberi keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan di Mahkamah Syariah.

Isu pelantikan hakim syarie wanita bukan isu baru kerana perkara itu sudah lama dibangkitkan dan diperjuangkan. Namun, disebabkan tiada calon berkelayakan dan ada perbahasan di kalangan ahli undang-undang, akademik serta pakar dalam hukum syarak sama ada wanita boleh menjadi hakim, perkara itu tertangguh.

Ada perbezaan pendapat ulama berkaitan isu ini iaitu suatu pandangan mengharamkan dan pandangan lain mengharuskan. Fuqaha mazhab Syafie, Hambali dan Maliki berpandangan hanya lelaki saja layak menjadi hakim di mahkamah.

Ulama yang menyokong pandangan itu berhujah antara lainnya bahawa lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal berbanding wanita. Justeru, bagi mereka pelantikan wanita sebagai hakim akan membawa kepada kerosakan.

Berbeza pula pandangan mazhab Hanafi yang mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim kecuali dalam kes hudud dan qisas. Mereka menolak dalil dikemukakan majoriti tadi berdasarkan kepada alasan tertentu.

Pandangan yang mengharuskan wanita dilantik sebagai hakim turut dikongsi Ibn Hazm al-Zahirriyyah, Ibn Al-Qayyim dan beberapa ulama kontemporari termasuk Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi serta Syeikh Rashid Al-Ganushi.

Hakikatnya, pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah tidak bertentangan hukum syarak lebih-lebih lagi melihat kedudukan bidang kuasa dan peruntukan terhad diberikan kepada Mahkamah Syariah yang tidak boleh menjatuhkan hukuman hudud dan qisas.

Mengambil pendekatan golongan minoriti bukanlah suatu yang asing dan pelik dalam ilmu fiqh. Secara umumnya, walaupun pemakaian mazhab Syafie adalah pandangan yang dominan di Malaysia, ada juga beberapa amalan dipakai mengambil kira pandangan Mazhab Hanafi. Antaranya, pembayaran zakat fitrah menggunakan wang menggantikan beras seperti disyaratkan mazhab Syafie. Pemakaian kepada pandangan minoriti ini berlaku setelah mengambil kira maslahah serta peredaran zaman.

Bagi mengatasi wujudnya dua pandangan berbeza dalam kalangan cendekiawan Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 6 April 2006 memutuskan, harus bagi wanita Islam berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, hakim wanita tidak boleh mengadili kes hudud dan qisas.

Keputusan Majlis Fatwa itu menyelesaikan isu sama ada boleh atau tidak hakim syarie wanita dilantik. Cuma yang menjadi persoalan, ada atau tidak wanita Islam yang berkelayakan serta memenuhi kriteria tertentu bagi dilantik sebagai hakim syarie.

Hakim syarie yang dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah perlu mempunyai pengalaman mencukupi. Dari segi amalan sekarang, Hakim Mahkamah Rendah Syariah perlulah terlebih dulu berkhidmat sebagai pegawai sulh, pegawai syariah di Biro Bantuan Guaman, penolong pendaftar atau penyelidik. Apabila mempunyai pengalaman yang cukup, barulah seseorang itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Kedua-dua hakim syarie wanita yang dilantik pernah menjadi pegawai penyelidik kepada Hakim Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Syarie serta sudah lama berkhidmat di JKSM. Rafidah yang saya kenali adalah peguam syarie yang beramal beberapa tahun di Mahkamah Syariah.

Sekalung tahniah kepada mereka serta diharap dapat menggalas tugas diberikan dengan penuh amanah dan adil. Tugas hakim berat kerana kes yang ada di Mahkamah Syariah banyak membabitkan emosi serta kerenah pelanggan yang harus dilayan sementara hak wajib diletakkan di tempat yang berhak. Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan diharapkan kewibawaan kedua-dua hakim wanita ini dapat menangkis pandangan sesetengah pihak yang menyatakan wanita tidak layak untuk menjadi hakim syarie kerana beremosi.

Pelantikan itu juga suatu pengiktirafan yang tinggi terhadap wanita memandangkan ramai daripada pelanggan Mahkamah Syariah terdiri daripada kalangan wanita.

Hakikatnya, tidak kira sama ada hakim lelaki ataupun wanita yang mengadili sesuatu kes, perkara paling penting ialah pihak yang datang ke mahkamah mendapat hak dan keadilan dapat ditegakkan selari hukum syarak.

Sumber : Mohamad Isa Abd Ralip di BH 07/07/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails