“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 14, 2010

Kanak-kanak baca 760 buku setahun

Assalamualaikum warahmatullah,

This is very interesting. Tercabar rasanya dengan berita ini Kanak-kanak baca 760 buku setahun di BH 14/07/2010 ... 760 buku setahun = ± 63 buku sebulan = ± 2 buah buku sehari!

Kalau saya, sebuah buku mengambil masa sebulan untuk dihabiskan. Itupun jika tiada gangguan dalam jiwa dan juga gangguan yang dari luaran.... Gangguan dalam jiwa bermaksud hati tidak tenteram, jika hati tidak tenteram tak boleh membaca sebab nanti kita tak faham apa yang kita baca. Gangguan dari luaran tu lebih kurang seperti gangguan TV sebab ada rancangan menarik atau “Mama, nak burger!” atau “...pampers penoh...” atau “Ma... nak susu melo...” atau “Waaaa... waaaa...” (tak tahu apa kes)...

Mari kita berdoa mudah-mudahan kita semua diberi kemudahan dan kesenangan untuk mentelaah onleh-Nya. Semoga adik ini juga menjadi inspirasi kepada kita semua. Jom belek buku!


AZAMUDDIN (kiri) bersama peminjam buku terbanyak (remaja) negeri 2009, Maizatul Shahida Ismail (kanan).

Peminjam bahan bacaan terbanyak terima anugerah sempena Pesta Buku Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun sanggup berulang-alik ke perpustakaan awam dan meminjam 760 buku dalam setahun kerana terlalu minat membaca, sekali gus dinobatkan peminjam buku terbanyak (kanak-kanak) Negeri Sembilan 2009.

Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Felda Serting 3, Serting, dekat sini, Mohd Azman, berkata antara penulis kegemarannya adalah Izani Zakaria yang banyak menghasilkan buku mengenai kisah kehidupan yang membolehkannya menghayati pelbagai situasi.

“Saya minat membaca sejak berusia enam tahun dan minat ini juga menyebabkan saya menyertai pertandingan bercerita dianjurkan sekolah. Walaupun tidak memenanginya namun saya puas kerana dapat berkongsi kisah buku kegemaran bersama murid lain,” katanya.

Azamuddin ditemui selepas menerima anugerah itu pada Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 di sebuah pusat membeli Belah di Seremban 2, di sini, anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).

Pelancarannya disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca negeri merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Mohammad Razi berkata, pihaknya dalam proses meminta semua pusat beli belah sedia ada atau dalam pembinaan di Seremban menyediakan ruang membaca kerana pusat terbabit menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai bersama keluarga.

“Cadangan ini masih lagi dalam peringkat perbincangan Lembaga PPANS untuk diluluskan dan saya berharap usaha ini dapat dipertimbangkan bagi menerapkan lagi budaya membaca di kalangan komuniti dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau juga berharap bilangan pengunjung PPANS bertambah berikutan pembukaan kemudahan awam itu oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, baru-baru ini, yang turut melancarkan penggunaan bahan bacaan digital untuk dimanfaatkan pengunjung.

“Tiada alasan mengapa orang ramai tidak mempunyai masa lebih untuk membaca kerana PPANS terletak di Wisma UMNO negeri di mana lokasinya adalah strategik kerana berhampiran dengan stesen bas Terminal One, pejabat kerajaan dan pusat beli belah,” katanya.

Katanya, beliau gembira dengan sambutan diberikan pengunjung yang memeriahkan pesta buku itu dengan bilangan mencecah 10,000 orang dalam masa dua hari saja.

“Kami turut menyediakan perkhidmatan bas khususnya untuk pelajar sekolah di seluruh Negeri Sembilan untuk dibawa ke pesta buku ini dan melihat sendiri variasi bahan bacaan yang wujud di pasaran terutama penerbitan pengkarya tempatan,” katanya.


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails