Salam sejahtera,
Dalam satu berita yang dipetik di Kosmo! 08/07/2010, menurut satu kajian terbaru di Dallas, Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar tempohari (07/07/2010).
Nafsu seks wanita pertengahan usia lebih kuat
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.
Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan mengurangkan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat. Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.
Menurut Profesor David Buss yang terlibat dalam penyelidikan tersebut, hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungan seks berbanding wanita subur. Menurutnya lagi, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.
Seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr pula kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar ‘berseronok’ (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya.
Seks di usia senja, perlu ikut kemampuan
Memasuki usia separuh abad tentu saja banyak aspek dalam diri berubah. Dari segi rupa paras sudah tentu tidak secantik atau sekacak dulu. Begitu juga dari aspek kesihatan, ada saja penyakit yang datang dan kerap kali diri mengadu letih.
Pun begitu perubahan tidak terhad setakat itu saja, warga emas juga akan merasakan perbezaan dalam kehidupan seks mereka. Keluhan yang selalu didengar kalangan mereka ini adalah nafsu yang kian menurun dan tenaga yang berkurangan. Dalam hal ini sesuatu perlu dilakukan agar kehidupan seks pasangan suami isteri berusia tidak terus lenyap dan dipadamkan dari carta aktiviti mereka. Sebenarnya seiring dengan peredaran masa, aktiviti seks pasangan yang berusia ini perlu dibuat perubahan agar dapat disesuaikan dengan kemampuan mereka.
Panduan berikut mungkin berguna buat pasangan suami isteri yang sedang melewati usia senja mereka.
1. Bukan semata-mata hubungan badan
Bila umur semakin meningkat seks mungkin bukan lagi semata-mata untuk penetrasi atau hubungan badan. Ia perlu diperluaskan. Seperti yang dikatakan tadi pertambahan usia mungkin akan menjejaskan keperkasaan lelaki dan juga persembahan wanita. Oleh itu lakukannya setaraf dengan kudrat yang ada. Sekadar sentuhan saja tidak mengapa. Ia sebenarnya adalah alternative yang baik selain penetrasi. Bagi wanita sendiri, kepuasan seks itu bukanlah terletak pada hubungan badan, sentuhan saja ada kalanya mencukupi untuk memberi kepuasan dan keintiman.
2. Sesuaikan diri dengan perubahan
Komunikasi akan mendekatkan diri dengan pasangan terutama jika keduanya bersikap lebih terbuka. Jangan malu untuk membincangkan perubahan yang sedang dialami. Terus terang jika persembahan seks yang diberikan mungkin tidak sehebat dulu. Selain itu bincangkan juga apa yang perlu pasangan lakukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut agar tetap mampu memberi kepuasan. Sebagai contoh ketika hubungan intim posisi mungkin perlu diubah.
Selain itu jelaskan juga perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk membuatkan anda dan pasangan selesa ketika aktiviti seks dilakukan. Tanyakan juga pasangan apa keperluan seksnya ketika ini dan bincangkan cara bagaimana untuk memenuhinya. Perbincangan seperti ini bukan saja mendatangkan kebaikan pada suami isteri malah ia juga boleh menjadi cara untuk membuatkan pasangan terangsang.
3. Ubah rutin
Perubahan kecil kadang kala dapat memperbaiki kehidupan seks ketika usia semakin meningkat. Misalnya dengan mengubah waktu melakukan hubungan seks. Kalau sekian lama anda melakukannya di waktu malam, tukar jadualnya ke pagi hari ketika tubuh terasa paling bertenaga. Selain itu, waktu ini jugalah tubuh masih segar kerana baru bangun dari tidur. Selain itu perubahan usia juga membuatkan baik lelaki mahupun wanita mengambil masa untuk terangsang. Jadi sediakan lebih waktu untuk acara berdua-duaan seperti makan malam berdua, bersantai ke tempat rekreasi ataupun sekadar menonton televisyen bersama. Peruntukan waktu bersama seperti ini akan menjadi pendahuluan sebelum aktiviti seks. Lagipun di waktu pencen begini tak banyak aktiviti boleh dilakukan selain bersama pasangan.
4. Jaga diri
Atur pengambilan makanan seharian selain melakukan senaman yang teratur agar tubuh sentiasa sihat. Cara hidup sihat sebegini akan menjaga organ seks supaya kekal sihat walaupun sudah semakin berusia Atur juga menu makanan supaya zat yang diperoleh seimbang. Di samping itu banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bersenam paling tidak 30 minit sehari. Hindari alkohol [NB : Takde kut, pengunjung Laman-Seri species bottom's up...?] ubat-ubatan terlarang kerana sikap buruk ini akan menurunkan fungsi seksual lelaki dan wanita.
Semoga bermanafaat!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Julai 15, 2010
Seks di usia senja, perlu ikut kemampuan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/15/2010 12:53:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...