“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 14, 2010

Anak tunjuk ajar ayah



Assalamualaikum warahmatullah,

Satu lagi kisah yang molek sangat dijadikan teladan. Seperti kes bekas menantu pakcik Mustafa yang menyerahkan hadanah kepada waris [rujuk : Demi dua cucu, bapa saman anak RM20,000], kisah ini juga menyarankan perkara yang sama. Dengan cara ini, IT boleh menarik nafas lega dan tak perlu lagi bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak tinggal...


DUA minggu lalu penulis terima e-mel dari Elyza, ceritanya menyedihkan juga, tetapi katanya dia terpaksa tegas dengan apa yang dilakukannya. Walaupun jiwanya terseksa, tetapi demi masa depan anak-anaknya yang seramai empat orang itu dia terpaksa bertindak biarpun ada kalangan saudara mara bekas suaminya mendakwa dia seorang ibu yang kejam.

Kata Elyza, biarpun orang melihat perbuatannya kejam, tetapi ia bukan bertujuan menyusahkan bekas suaminya, sebaliknya supaya dia menjadi seorang ayah yang lebih bertanggungjawab kepada anak-anaknya.

“Saya bukan orang senang, ibu bapa saya pun orang kampung, mereka sudah pasti tidak dapat bantu, jadi saya tidak ada jalan lain selain serahkan mereka kepada ayahnya.”

Demikian pembuka kata awal cerita Eliza, katanya dia ingin bertanya kepada pembaca apakah perbuatannya itu kejam? Tetapi katanya banyak kebaikan dapat dinikmati oleh anak-anaknya dan demi masa depan mereka. Untuk lebih terang marilah kita ikuti cerita Elyza seterusnya.

“Saya diceraikan oleh suami saya, Jay, kerana kekasihnya tidak mahu bermadu. Biarpun awalnya saya cuba pertahankan perkahwinan kami, tetapi gagal, kerana desakan kekasihnya lebih kuat, selain daripada orangnya masih muda dan lepasan IPTA, jadi katanya dia tidak mahu bermadu. Akhirnya dengan kuasa talak ditangannya, maka saya pun diceraikan. Oleh kerana saya diceraikan tanpa rela, maka saya dijanjikan mutaah RM10,000, Jay juga berjanji di mahkamah syariah akan memberi nafkah sebanyak RM800 sebulan untuk keempat-empat orang anak kami yang ketika itu yang tua berusia 12 tahun dan yang kecil 6 tahun.”

“Katanya dia buat keputusan itu kerana tak mahu menyusahkan saya turun naik mahkamah syariah untuk membuat tuntutan. Saya cuma mendengar dengan lenangan air mata.”

“Namun itu semua janji mulutnya sahaja. Semasa dalam edah dia cuma beri saya RM500, katanya itu cuma sementara kerana katanya dia sedang menguruskan pinjaman dengan bank untuk membayar mutaah saya. Saya tak dapat cakap banyak, kerana semua itu hanya janjinya melalui SMS yang dihantarkan kepada saya. Semasa dalam edah adalah dua tiga kali dia telefon anak-anak, dengan saya tak cakap langsung, saya pun tak marah sebab perceraian kami memang menyakitkan hati saya. Sebab dia tinggalkan saya dengan hutang set sofa dan tv baru dengan menggunakan nama saya sebagai penghutang.”

“Lebih menyakitkan hati setelah bercerai, satu hari dia datang ke rumah ketika saya bekerja dan anak-anak bersekolah dia angkat perabut dan tv baru ke rumah sewanya yang ketika itu saya tak tahu di mana rumahnya. Bayangkanlah sapa tak sakit hati. Saya dapat tahu dari jiran yang nampak dia datang ke rumah dan bawa keluar perabut. Anak-anak lebih marah sebab tv lama dah kelabu asap.”

“Jay cuma bagi nafkah selama tiga bulan sahaja, lepas tu jumlahnya mula berkurangan tinggal RM300 sahaja, masuk bulan keempat dan seterusnya dia terus menghilangkan diri selepas berkahwin dengan kekasihnya. Pinjaman bank yang didakwanya untuk bayar mutaah saya sebenarnya dia untuk hantaran belanja perkahwinannya. Bila dah berhutang kiri kanan mana nak cukup duit nak bayar nafkah anak-anak apa bagi mutaah dan nafkah edah saya.”

“Lepas kahwin dia terus menyepi diri, tanpa menghubungi anak-anak apa lagi saya. Dengan gaji saya yang tak seberapa saya terpaksa menguruskan semua benda dari duit sewa rumah, makan minum, belanja sekolah, buku, pakaian sekolah, tambang bas, yuran tadika dan sebagainya. Mana saya nak cari duit kalau tak cukup. Sudahlah saya dibebankan dengan ansuran bayaran perabut dan tv. Pinjam pada emak memang dapatlah sekali dua, lepas tu adik-beradik lain pulak mula bersuara, mengapa susahkan hidup emak. Mereka bagi duit untuk emak bukan untuk tanggung anak-anak saya. Takkan nafkah anak-anak RM800 sebulan yang suami bagi tak cukup?”

“Mereka bercakap ikut sedap mulut tanpa melihat keadaan hidup saya yang sebenar dan bertanya apakah saya mendapat nafkah anak-anak seperti yang dijanjikan oleh bekas suami saya.”

“Kerana hidup sering terdesak saya telefon dan cari Jay di pejabatnya, memang dia pandai bab menghilangkan diri. Ada saja kawan-kawannya jadi telefon karat memberitahu tentang kedatangan saya mencarinya. Walaupun gagal adalah tiga kali saya ke pejabatnya. Satu hari kawannya yang bersimpati dalam diam menyaran saya membawa kes tuntutan nafkah ke mahkamah syariah. Bila saya kata tak ada duit, mereka suruh saya jumpa Biro Bantuan Guaman. Tetapi urusannya bukanlah semudah ABC. Namun selama tiga tahun lebih adalah saya turun naik mahkmah empat kali. Malangnya setiap kali saya ke mahkamah, Jay tak pernah dating pun.”

“Di situ jelas sekali BBG dan mahkamah syariah kita memang tak ada kuasa dan tidak pernah disegani apa lagi ditakuti, tak seperti mahkamah sivil. Sebab itulah juga lelaki Islam kita tidak pernah hormat apa lagi takut dengan mahkamah syariah selagi pelaksanaannya tidak dikuatkuasakan.”

“Sepanjang tiga tahun membesarkan anak-anak sendirian tanpa nafkah dengan gaji saya yang tak seberapa, memang terasa peritnya, makan bubur nasi, maggi, nasi berlaukkan telur dan kicap sudah menjadi perkara biasa dalam hidup kami anak-beranak.”

“Saya amat bersyukur anak-anak tak banyak soal, mereka faham masalah saya, setiap awal dan hubung bulan saya akan bentangkan kedudukan kewangan saya, dan saya minta kerjasama mereka supaya berjimat cermat, dan jangan merajuk dan mengamuk kalau makan malam tak sesedap rumah kawan-kawannya. Berkat kesabaran saya, mereka jadi lebih faham dan menghormati setiap tindakan saya untuk berjimat.”

“Saya juga bersyukur anak sulung saya abang long begitu perihati terhadap adik-adik, malah dialah tempat saya ajak berunding untuk mencukupkan belanja sebulan kami sekeluarga. Malah dia sanggup berkorban berjalan kaki ke sekolah asalkan adik-adik dapat naik bas sekolah.”

“Kerana mengenangkan nasib saya begitu terseksa sedangkan umur saya belum pun 40 tahun, saya jadi seorang yang pendiam di pejabat. Saya selalu tak keluar makan tengah hari untuk jimatkan belanja, nasib baik minuman panas disediakan, boleh juga buat alas perut bila terasa amat lapar. Saya boleh ikat perut, tetapi saya tak mahu anak-anak saya tak makan.”

“Sebab itu lempeng, jemput-jemput bawang, maggi sentiasa saya sediakan atas meja untuk anak-anak makan bila mereka balik tengah hari nanti atau ketika hendak ke sekolah. Kami cuma makan malam sekali sehari, lauknya pasti telor dadar, telor mata, sesekali ikan goreng dengan kicap, sup sayur atau sambal ikan bilis. Itulah menu yang saya sediakan saling berganti. Namun saya bersyukur anak-anak saya tak pernah merungut, sebab mereka tahu saya memang tak berduit dan mereka tahu mengapa hidup mereka jadi seperti ini setelah ayah mereka menceraikan saya.”

“Saya tak pernah menghasut mereka apatah lagi memburuk-burukkan ayah mereka, tetapi anak-anak zaman sekarang tak payah kita bercerita mereka lebih faham. Kerana menurut anak saya yang kedua ramai kawan-kawannya pun ibu mereka jadi ibu tunggal. Katanya, ada yang kaya sebab ada kereta, ada juga yang jadi tukang masak dan tukang jahit, susah macam mereka juga.”

“Dalam punya sabar masa berlalu hingga tiga tahun lamanya, ayah mereka langsung tak beri nafkah, pandai-pandai sayalah menghidupkan anak-anak. Pendek kata kalau kurang iman kerana memikirkan kesusahan hidup mahu saya terjun lombong. Tetapi setelah memikirkan masa depan anak-anak semua niat jahat itu terbantut.”

Sekali fikir mengapa saya mesti menyusahkan diri sedangkan ayah mereka orang yang sepatutnya bertanggungjawab kepada keluarganya melepaskan diri daripada memikul beban, sebaliknya hidup senang lenang bersama isteri barunya. Dengar cerita dah ada seorang anak. Kerana selalu berbual dengan anak-anak terutama yang sulung, abang long, akhirnya dia bagi idea minta saya hantar mereka berempat beradik ke rumah ayah, biar ayah mereka tanggung, sebab dia kesian lihat hidup saya yang semakin terhimpit dan susah. Lagi pun dia tak mahu susah sedangkan ayahnya senang lenang tanggung seorang anak saja.”

Nampak gayanya zaman ini anak-anak lebih pandai mengajar ayah mereka yang tidak bertanggungjawab daripada ibu mereka sendiri. Kata Elyza anak-anaknya sudah merancang dan mereka sudah nekad kalau mereka dianiaya mereka akan mengadu pada guru sekolah dan polis.

Akhir kata nasihat Elyza, ikutlah caranya mengajar suami kalau ditakdirkan suami tak beri nafkah, hubungan ibu dan anak tak akan putus sampai bila-bila, setelah besar mereka tahu mencari ibunya sendiri.

Apa kata ibu tunggal yang tak dapat nafkah setuju dengan cara Elyza?




Sumber : UM 07/06/2009

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails