“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 21, 2010

Hapuskan Pengawal Keselamatan Warga Asing Haram

~ gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

Sekadar memanjangkan informasi yang sangat berguna dari bloglist saya : BroMazidulAkmal, dalam entry beliau : Hapuskan Pengawal Keselamatan Warga Asing Haram.

Menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), hanya pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal sahaja layak bekerja di negara kita. Dalam erti kata lain bekas polis Nepal dan warga Indonesia, biarpun berstatus penduduk tetap TIDAK dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Mungkin ada di kalangan masyarakat kita memandang remeh berhubung status pengawal keselamatan warga asing bertugas di pejabat atau di kawasan perumahan mereka. Apabila sebilangan bersikap bongkak, kita tidak berani menyanggah kerana mereka berseragam justeru kita menganggap semua bekerja secara sah walhal pengawal terbabit boleh diberkas kerana melanggar syarat ditetapkan KDN.

Kadang kala, saya rasa sedikit meluat dengan pengawal keselamatan warga asing ini. Lagak mereka seperti pihak berkuasa (perasan macam polis), kononnya mengawal keselamatan dan memantau pergerakan keluar masuk sesebuah bangunan atau kelab. Bila diperikasa status mereka, rupa-rupanya ada yang tidak berkelayakan langsung untuk menjadi pengawal keselamatan!

Menurut BroMazidulAkmal, pengawal keselamatan warga asing hakikatnya melanggar undang-undang di hadapan mata kita semua tetapi jarang mereka diberkas. Malah sebilangan kita akur dengan peraturan mereka laksanakan. Kita serahkan dokumen pengenalan diri kepada mereka sewaktu memasuki kawasan kilang atau perumahan tanpa sebarang persoalan hanya kerana mereka bergelar dan kelihatan seperti ‘pengawal keselamatan’. Kita mengangkat tangan kepada mereka sebagai tanda hormat sewaktu keluar sedangkan mereka semua memperlekehkan perundangan negara.

Jom ikut kempen BroMazidulAkmal, bermula dari saat ini mari bersama kita mengHAPUSkan pengawal keselamatan haram. Jika pengawal keselamatan terbabit bukan warga Malaysia dan bekas tentera Nepal, sah mereka bekerja secara haram!

Sila hubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-88801556 dan sekiranya ditahan mereka boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja.

Tindakan ini sekaligus membuka ruang dan peluang kepada warga tempatan meraih rezeki mengambil alih tugas mereka.


2 ulasan:

  1. setuju..tapi kadang2 kesian lak zik tengok, ...diaroang nie nak cari rezeki... dah lah gaji ciput je huhu..

    BalasPadam
  2. Tu ari sempat tengok 999...

    Kekdg bkn salah diaorg pun, diaorg kerja nak cari rezeki sesuap nasi.

    Tapi jangan sampai menangguk di air keruh sudahlah. Kerja begini byk mengundang perkara lain. Sebab gelap mata, macam2 mereka boleh buat... mereka org luar, mmg tak wajar keselamatan kita dipajak-gadaikan kepada warga asing yang kita tidak tahu sejauh mana sifat 'mempertahankan' keselamatan orang awam, lebih2 lagi mereka bekerja atas tiket 'mahu cari duit'...

    Menyerahkan MyKad juga tidak wajar. Dari situ mereka dapat maklumat peribadi kita, mcm2 mereka boleh lakukan... nauzubillah..

    Aisey... buruk sangka la pulak... hemmmm...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails