“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Julai 09, 2010

Internet jejas emosi anak


KUALA LUMPUR: Sebanyak 87% kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari internet yang memberi kesan kuat terhadap emosi mereka.

Kajian juga mendapati 46% daripada golongan itu berasa marah selepas melihat kandungan dilayari, 45% meluat, 42% sedih, 40% terkejut, 39% berasa jijik dan 35% takut.

Rumusan itu diperoleh berdasarkan kajian Norton Online Family Report 2010 firma kajian pasaran bebas, The Leading Edge mewakili Symantec Corporation, membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (termasuk 101 ibu bapa kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dan 110 kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun.

Kajian itu mendapati kanak-kanak meluangkan 19 jam melayari internet setiap minggu, sedangkan ibu bapa menganggap anak mereka hanya meluangkan masa itu 11 jam.

Selain itu, 25% kanak-kanak menganggap ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika melayari internet, manakala 40% ibu bapa yakin mengetahui dan hanya 3% ibu bapa mengaku tidak tahu perkara itu.

Sementara itu, kebanyakan ibu bapa yang mengetahui aktiviti anak mereka mengambil mudah anak berbual dengan orang asing di internet, sedangkan kajian menunjukkan 25% daripada kanak-kanak melakukannya, sementara ibu bapa hanya menganggap ia berada pada tahap 12%.

Kira-kira 72% kanak-kanak mengaku ada orang asing yang cuba menjadikan mereka sebagai rakan melalui laman sosial dan 27% mengaku ada orang asing ingin bertemu mereka di dunia sebenar.

Kajian itu juga menunjukkan 76% kanak-kanak bersetuju ikut peraturan ibu bapa mengenai penggunaan internet dan 42% mempercayai ibu bapa melindungi mereka daripada mangsa jenayah siber.




Sumber : Zanariah Abd Mutalib di BH 09/07/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails