“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Julai 06, 2010

Pantau ejen tawar kahwin di luar negara

~ gambar hiasan ~

KUALA LUMPUR 5 Julai - Pihak berkuasa agama Islam terutama di negeri-negeri diminta memantau kegiatan ejen yang menawarkan perkhidmatan bernikah di luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemantauan itu perlu bagi memastikan tiada pihak terutamanya wanita yang teraniaya jika perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

"Pihak berkuasa agama di negeri-negeri perlu prihatin kerana jika perkahwinan itu berakhir dengan penceraian, bagaimana nasib wanita itu dan anak-anaknya? Jika perkahwinan yang dilangsungkan itu tidak didaftarkan di dalam negara, bagaimanakah wanita itu ingin menuntut harta sepencarian," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

Turut hadir, pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.

Mengulas lanjut, Jamil berkata, pihaknya sedang meneliti peruntukan undang-undang sedia ada bagi mendakwa ejen-ejen itu sebagai bersubahat melangsungkan urusan perkahwinan di luar negara.

"Kita tidak mahu perkara ini berleluasa pada masa depan kerana kesan yang bakal ditanggung. Bayangkan isteri yang tidak boleh menuntut apa-apa di mahkamah," katanya.

NB : Egen nikah lari Siam : AWAS! Anda diperhatikan!




Sumber : UM 06/07/2010

Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails