“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Julai 24, 2010

Wanita lebih memilih teman hidup dapat jamin masa depan keluarga


Wanita semakin memilih pasangan hidup? Alamatnya, ucapan selamat tinggal sajalah yang diperoleh, kerana bukan senang untuk membina mahligai jika tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Setakat kacak bergaya belum tentu seseorang lelaki mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada wanita.

Mungkin setakat untuk dibuat teman, tetapi apakah ada wanita yang sanggup untuk bersuamikan lelaki yang tidak mempunyai kedudukan kewangan stabil? Jawapannya mungkin tidak.

Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang penuh dengan cabaran ini, wanita lebih bijak dalam mencatur masa depan khususnya dalam memilih soal jodoh. Jangan terkejut bila wanita sekarang ini lebih memilih. Ada apa pada wajah tampan dan segak jika tidak mempunyai ongkos yang mampu memberikan kebahagiaan.

Tanyanya mana-mana wanita, tentu mereka inginkan kesenangan sebagai jaminan buat dirinya, anak-anak dan keluarga pada masa depan. Mungkin senario sebegitu seakan tidak adil bagi lelaki, tetapi itu secara tidak langsung membantu wanita supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Tidak hairan mengapa ada wanita yang sanggup menolak cinta teman lelaki yang pernah bertakhta di hatinya selama bertahun-tahun apabila cinta beralih arah kepada lelaki yang mempunyai kedudukan, harta dan masa depan gemilang. Apakah benar wanita hari ini sememangnya memiliki sikap yang terlalu materialistik sehingga mengakibatkan mereka menjadi terlalu memilih dalam membuat keputusan?

Pensyarah Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata semakin ramai wanita kini mempunyai perancangan terutama dalam memilih teman hidup bagi memastikan masa depan yang terjamin.

“Pada asasnya memang tidak dinafikan wanita sekarang menjadi semakin memilih kerana kematangan mereka serta faktor kehidupan yang memberi banyak cabaran. Ini secara tidak langsung membuatkan wanita berkeinginan memiliki kesempurnaan gaya hidup terutama daripada segi membuat keputusan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) berkata, tidak salah wanita memiliki sifat lebih memilih, lebih-lebih lagi cabaran kehidupan yang meletakkan wang sebagai objektif utama dalam segala segi.

Katanya, wanita ternyata lebih bijaksana berbanding lelaki yang sudah menjadi budaya mereka, sedangkan lelaki mempunyai pemikiran sedikit kuno. Mengulas lanjut personaliti lelaki sebegitu, Dr Mohamed Fadzil berkata, faktor lambat matang dan kurang jati diri menyebabkan lelaki sering ketinggalan dalam membuat keputusan.

Berbanding wanita, beliau berkata kesan cabaran hidup memberikan mereka sentiasa mengikut peredaran masa dan menggunakan akal pemilikan yang canggih. “Tidak hairan lagi bila melihat pencapaian wanita terutama dalam bidang akademik yang menyaksikan mereka mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Lihat saja peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar perempuan yang lebih menyerlah berbanding lelaki.

“Penggunaan otak kiri wanita semakin ketara berdasarkan pencapaian akademik mereka terutama dalam Matematik dan Fizik. Ini membuatkan mereka begitu realistik dan sentiasa ke hadapan,” katanya.

Ditanya kesan wanita menjadi terlalu memilih terutama dalam pencarian teman hidup, beliau berkata, berdasarkan proses ‘menyaring’ iaitu memilih pasangan hidup mungkin sukar bila menjadi terlalu memilih. Sambil menegaskan tidak salah sekiranya wanita menjadi lebih memilih khususnya soal mencari pasangan hidup asalkan menemui apa yang dihajati dan memberi kepuasan diri. Katanya, memang sukar sekiranya dalam minda sudah meletakkan kriteria tertentu daripada segenap sudut.

“Seperti juga bila kita ingin mencari rusa di hutan. Mungkin banyak rusa, tetapi bila kita sudah meletakkan sasaran untuk mencari rusa berwarna putih, kemudian inginkan rusa jantan dan bertanduk tiga. Tentu sukar untuk mencari apa yang dihajati. Begitu jugalah dengan calon pasangan hidup. Wanita mungkin boleh berbuat demikian. Malah, dalam Islam sendiri mensyaratkan umatnya memilih faktor keturunan, paras rupa, kewangan dan pegangan agamanya untuk menjamin kebahagiaan,” katanya.

Ketika diminta mengulas adalah wang ringgit menjadi lebih keutamaan kini berbanding paras rupa, Dr Mohamed Fadzil, berkata semestinya wang ringgit berada di tangga atas kerana dengan mempunyai kuasa beli yang tinggi, seseorang itu boleh melakukan apa saja untuk kepuasan dirinya.

Katanya, paras rupa boleh diletakkan di belakang, apatah lagi pada zaman moden ini teknologi kosmetik mampu mengubah wajah dan penampilan seseorang menjadi lebih menarik. Dalam hubungan ini, beliau menasihatkan lelaki supaya turut berubah seiring dengan perkembangan masa kini jika ingin memiliki hati seorang wanita. Paling utama lelaki harus segera matang memandangkan wanita lebih dulu mencapai pemikiran sedemikian.

Selain itu, beliau menambah semangat jati diri dan keseimbangan fleksibiliti seharusnya ada dalam diri seorang lelaki untuk memenangi hati wanita.

“Lelaki di negara ini kurang sikap gentleman hingga tidak menghairankan mengapa ada anak gadis yang mudah jatuh hati kepada lelaki warga Bangladesh. Lelaki juga harus ada prinsip untuk mempunyai keluarga sendiri dan bukan lagi memikirkan untuk merempit dan usah ada sikap mementingkan diri sendiri,” katanya penuh bererti. Kepada wanita pula, Dr Mohamed Fadzil menasihatkan usah terlalu memilih sehingga tidak mampu menggapai impian seperti yang dicita-citakan.

“Setiap sasaran yang mungkin digapai mestilah berpada-pada. Kita juga hendaklah sedar diri dan paras rupa, faktor keturunan dan kedudukan diri. Wanita juga harus ada role model sebagai landasan untuk membuat keputusan terbaik supaya tidak kecewa jika gagal membuat keputusan,” katanya.

Pucuk pangkalnya, dalam membuat pilihan biarlah lebih realistik dan usahlah menjadi angan-angan mat jenin sehingga kemudian hari menyesal dan sukar untuk memilih pasangan hidup!

INFO :

Faktor wanita lebih memilih

  1. Inginkan masa depan yang lebih terjamin
  2. Mahu pasangan yang sama tahap pencapaian akademik dan kerjaya
  3. Tidak mahu dibebani dengan masalah pada kemudian hari
  4. Tidak mahu tersilap memilih pasangan
  5. Mengharapkan pasangan yang mampu memberi kebahagiaan dan harta

Risiko terlalu memilih
  1. Membuatkan wanita menjadi lebih cerewet
  2. Mengakibatkan risiko kahwin lewat
  3. Diri dibelenggu dilema untuk membuat keputusan
  4. Menjadikan dirinya seperti insan terbaik dan membanding-bandingkan orang lain
  5. Mudah memperkecilkan kredibiliti dan personaliti pasangan bila berlaku perselisihan




Sumber : KPWKM

Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails