“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Julai 20, 2010

Perkara mustahil yang anda mahu ia berlaku…

Assalamualaikum warahmatullah,

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan mendengar celoteh pagi di sebuah stesen radio yang terkenal, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sejujurnya, saya tidak berapa gemar mendengar celoteh pagi yang kadang-kala sangat mengarut, tetapi celoteh kali ini pagi itu agak menarik minat saya.

Penyampai radio stesen berkenaan bertanyakan kepada pendengar, “Apakah perkara mustahil yang anda mahu ia berlaku dalam hidup anda?” Lebih kurang begitulah soalannya… Seperti biasa, siapa yang rajin, diminta menalipon stesen radio dan kongsikan pendapat mereka. [NB: Tak kuasa BG perabiskan prepaid untuk talipon eh!]

Ada beberapa pemanggil yang menalipon stesen radio tersebut dan antara yang saya sempat dengar pendapat mereka ialah :



1. Haiwan bercakap

Pemanggil mahukan kucingnya bercakap. Sorry... Saya tak berapa dengar pasal apa dia mahu kucingnya bercakap.

Molek juga jika haiwan boleh bercakap atau berkata-kata. Banyak teladan yang boleh kita perolehi daripada kisah haiwan. Masih ingat matador yang di‘bunuh’ lembu dalam entry Bila lembu naik minyak...? Jika haiwan mampu berkata-kata, tentu manusia akan berfikir 100 kali untuk melakukan kezaliman terhadap haiwan, makhluk-Nya yang lain daripada species kita.




2. Karpet terbang

Bagus juga. Sangat sesuai digunakan, lebih-lebih lagi zaman minyak-asyik-naik-aje ni… Bukan saja convenient, malah menjimatkan kos (bahan api, penyelengaraan, toll, penyelengaraan jalanraya dan lain-lain), mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Cuma saya tak dapat nak bayangkan jika ada kemalangan sesama karpet di udara… pemandu dan penumpangnya menjunam ke mana? Aduh…




3. Kentut berwarna dan bernombor

Secara peribadi, ini bukanlah satu pendapat yang bagus dan pendapat ini juga tak berapa praktikal. Apa-apapun, pemanggil radio stesen kongsikan pendapatnya, jadi sayapun jadi tukang karutnya di Laman Seri. Katanya, kentut yang keluar daripada seseorang itu patut ada warna (sebagai identiti orang yang mengeluarkan gas kentut itu) dan kentutnya juga patut bernombor (maknanya kita tahulah berapa kali seseorang itu kentut untuk hari itu). Hemm... saya tak mahu komen lanjut... sebab saya tak mahu bayangkan jika perkara ini tidak mustahil dan berlaku pula dalam sebuah koc komuter, ketika waktu puncak (peak hours).... Kui kui kui....




Ini antara pendapat pemanggil stesen radio berkenaan. Saya ingin kongsikan apa yang saya fikirkan :


lelaki mengandung? sumber : takikasung

4. Lelaki mengandung

Yang ini tak payahlah saya tulis lebih-lebih, nanti ada yang cop saya feminist pula. Apa-apapun, saya percaya, ramai di kalangan lelaki yang saya kenali, benar-benar amat menghargai isteri (atau isteri-isteri) masing-masing yang sudi melahirkan zuriat untuk meneruskan perjuangan di muka bumi sebagai khalifah yang disegani. [NB : tidak berapa mustahil berlaku jika seorang itu khunsa....]




5. Dosa berbau

Saya baru saja membaca tentang ini dalam majalah bulanan kesayangan saya. Bayangkan jika dosa itu berbau… Bila difikirkan, kita cukup bertuah kerana Allah tidak mengtakdirkan setiap dosa yang kita buat itu menghasilkan bau. Bagaimana agaknya kalau dosa itu berbau ya? Bukan bau yang wangi, tetapi bau yang tengik, hangit, busuk dan sewaktu dengannya. Allahu Akbar!

Tetapi, jika dosa itu berbau, ada juga kebaikannya. Setidak-tidaknya, ia boleh dijadikan kayu ukur atau peringatan kepada kita semua supaya cepat-cepat bertaubat kepada-Nya dan berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus terus-menerus melakukan dosa.

Dapatkah kita bayangkan jika dosa itu menghasilkan bau yang busuk? Tentu setiap daripada kita tak berani hendak keluar ke mana-mana kerana takut ter‘buat’ dosa di mana-mana sama ada sengaja atau tidak. Misalnya nampak perempuan lawa atau lelaki hensem, sekali pandang, tidak mengapa sebab ia dibenarkan. Tapi mata yang tergoda teringin hendak pandang lagi selepas itu, aisey... tak boleh, sebab tahu hukumnya berdosa. Selalunya, banyak mata yang memilih untuk memandang lagi, sebab dosa tidak berbau, tak mengapalah, pandang lagilah, tenung sampai puas... mujur ya dosa tidak berbau....

Dapatkah kita bayangkan, sedang kita duduk bersama rakan-rakan sekerja di kedai makan sambil menikmati sarapan pagi, tiba-tiba kita yang dengan mata berdosa mula mengeluarkan bau yang busuk, sudah tentu ini amat memalukan! Ada kemungkinan besar, saban hari kita akan hidup dalam suasana yang amat busuk kerana ramainya orang melakukan dosa yang berbau, dan ini termasuklah diri kita sendiri. Astaghfirullah...

Mujurlah dosa kita tidak berbau.... Sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi… sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri. Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan. Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri!

Kita hidup hendaklah banyak bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana untuk hidup bersyukur? Bukan sekadar menyebut, “...alhamdulillah...”, tetapi kita wajar berusaha mengikut ajaran agama Islam dan peraturan-peraturan yang Allah turunkan kepada kita semua. Tunjukkanlah rasa bersyukur dengan melipat-gandakan usaha dan beramal dengan kebaikan seperti yang diajar oleh junjungan besar kita. Mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati-Nya, di dunia dan juga di akhirat. Amiin.

Renung-renungkan dan semoga bermanafaat!


2 ulasan:

  1. pelik tengok gambar lelaki mengandung tuh... tapi memang ada.. kan??

    BalasPadam
  2. Salam ZiK,

    Pernah baca kisah dia dlm email. Bila google, jumpa pulak... tu yg terus kidnap gambar dia...

    Dia sebenarnya perempuan, tapi tukar jantina... dengar-dengarnya....

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails