Assalamualaikum warahmatullah,
Baru saja usai monthly routine rutin bulanan, jadi adalah peluang untuk berbelog ‘walking’ mengintai-intai info menarik atau yang menyayat hati. Hari ini saya mencari bahan untuk entry keibu-bapaan (parentings) sebab ada pengunjung request dimasukkan entry ‘mendidik anak lelaki’.
Hero di rumah pun dah cecah 3 tahun, dan adiknya pula, insya Allah, akan menyambut ‘besday’ pertama dalam bulan Ogos nanti, maka molek sangatlah saya meninjau bahan-bahan berkaitan keibu-bapaan atau pendidikan. Ok, letak ke tepi dulu bab keibu-bapaan… saya nak kongsikan satu artikel yang ‘agak’ menarik dari belog yang sudahpun saya ‘follow’…. Tajuknya menangkap mata ...
Ciri-ciri lelaki suka berpoligami
... heh... heh... kebetulan semalam dimasukkan Laporan Khas : Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera… jadi memang molek sangatlah saya kongsikan info ini sebagai panduan kaum wanita, mudah-mudahan info ini dimanafaatkan.
Di antara nikmat menjadi lelaki adalah mereka boleh berpoligami sehingga 4 isteri dan isteri wajib patuh pada arahannya selagi tidak bertentangan dengan syarak. Hemm… ayat ini selalu kita jumpa, dalam mana-mana artikel tentang kewajipan isteri. Tetapi, tahukah kita, especially terutama kaum wanita yang bergelar isteri, sebenarnya isteri cuma wajib patuh JIKA suami 100% menunaikan tanggungjawabnya, iaitu hak-hak isteri. Jadi, suami yang culas dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tidaklah wajib ditaati lagi. Tentu ada yang kata, ish... apalah BG merepek ni...
Insya Allah, saya tidak merepek. Kemusykilan yang bertahun saya simpan telah dihantar ke JAKiM di ruangan soal-jawab. Walau bagaimanapun, saya masih belum berpeluang menyiapkan entry tentang ketaatan yang dituntut/wajib, akibat kekangan masa. Untuk rujukan segera, boleh semak web JAKiM, seksyen Kemusykilan Agama, cari Q&A dalam Kategori Syariah, Bab Munakahat - Isu Rumahtangga, nombor rujukan : PanelSJAIana26052010.
Sebagaimana dengan perkara lain dalam Islam, poligami ada juga wajib, sunat, harus atau haram hukumnya. Yang selalu tidak disedari oleh lelaki ialah pentingnya menjaga kesetabilan perasaan dan emosi isteri agar isteri boleh menjaga kandungan, bersalin dan mendidik anak dengan sempurna supaya anak-anak menjadi manusia sejati bila dewasa nanti. Tugas itu amat berat. Wanita yang sering murung dan tidak bahagia bagaimana mungkin boleh mendidik anak dengan baik.
Kalau perkahwinan tambahan itu semata-mata kerana tuntutan nafsu, apalah gunanya jika nafsu kita dipenuhi sedangkan anak-anak kita terbiar tanpa layanan sempurna dari ibu akibat dari tekanan perasaan si ibu yang tidak mampu menerima kenyataan berkongsi suami dengan wanita lain. Esok di hari pengadilan terbesar, anda juga akan dipersoal akan amanah ini.
Berkahwinlah 2, 3 atau 4, jika keadaan amat memerlukan, selagi mampu dan boleh berlaku adil dan isteri dapat menerimanya dengan sabar tanpa menjejaskan anak-anak. Jika tidak jagalah yang seorang itu dan sempurnakan amanah Allah dengan baik.
OK, saya kongsikan ciri-ciri lelaki yang berpotensi besar untuk melakukan poligami. Menurut Martinelli, ia diceritakan oleh seorang kenalan yang membuat suatu kajian akademik. Kebiasaannya, lelaki itu... jeng... jeng... jeng....
- Bersikap sentimental dan suka dimanja dan dibelai
- Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.... (ini kes ‘suami naik lemak’)
- Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting
- Suka membuat keputusan terburu-buru
- Keputusannya selalu berubah-ubah (pendirian tidak tetap)
- Suka bertukar kereta …
- Poket tebal (point dari ZiK, terima kasih ZiK!)
- Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua
- Berhati kering
- Tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, terhadap isteri dan anak-anak
Apapun penilaian kita, yang halal adalah halal dan yang haram tetap haram dan pada setiap yang ditentukan Allah itu pasti ada hikmahnya.
Nikmat yang dirasai oleh lelaki itu, sebagaimana juga nikmat-nikmat dunia yang lain hanyalah untuk sementara dan keperitan hidup bermadu juga untuk sementara. Yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat dengan kebahagiaan yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.
Letakkan Allah di atas dan di depan bukan di belakang atau di sisi sewaktu merancang sesuatu tindakan. Letakkan Allah sentiasa dalam hati sewaktu melaksanakan perancangan. Kita akan merasa nikmat dipimpin oleh Yang Maha Agung dan hidup tidak tersasar dari jalan yang lurus.
Renung-renungkan!
Rujuk artikel penuh di ciri-ciri-lelaki-suka-berpoligami
Updated : 16 July 2010
biasanya yang poket tebal..hehe
BalasPadamYa.. ya... poket nipis takleh berpoligami, tapi ada juga yang terbabas walaupun poket nipis... :)
BalasPadamTQ... saya dah update list!
erk, point yg pertama, ke8 tu betul ke?..
BalasPadamape maksud ciri2 yg di boldkan tu? kenapa di boldkan?
Salam,
BalasPadamSaya tafsirkan, #8 tu dengan lain perkataan bermaksud, "pandai mengayat"...
Yang kena bold itu memang sangat 'common', mengikut pemerhatian peribadi.... :)
Saya masukkan lagi satu point :
10. Tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.
Terima kasih.
Walaupun ada yang tidak tepat, setidak-tidaknya ciri-ciri boleh memberi ubat dan penawar kepada isteri. Maksud saya, kalau kita sedar suami kita suka dimanja dan dibelai, layanlah sungguh2 sehingga dia rasa itulah isterinya yang terbaik.
BalasPadamTetapi yang menjadi masalah sekarang bila suami nak manja dia kata kat suaminya, mengagal abangni, cukup2lah kita dah anak ramai. Jadi bila peluang suami bermanja tak ada, dia cari isteri barulah.
Begitulah yang seterusnya wahai para isteri, sekatlah secara positif bukan negatif. Saya percaya peminat BG faham maksud saya.
Ahlan wa sahlah ya Ustaz Baei...
BalasPadamYa, terima kasih atas nasihat ustaz. Insya Allah saya usahakan entry yang positif.
Lumrah kaum wanita, jika disebut poligami mmg payahlah nak 'be positive' ... walhal, bila wanita positif, lelaki negatif kepada poligami... Erk... ada yang setuju tak?
Terima kasih sudi jenguk belog.
:)
Maksud saya, fikir positif 10 ciri itu, maknanya kalau suami nampak suka bermanja dan suka dilayan, ambillah peluang itu melayan dia sungguh. Suami kalau dapat isteri begitu, pasti dia tak cari yang lain.
BalasPadamjanganlah waktu suami nak bermanja, isteri tolak dengan pelbagai alasan. Kalau ini yang terjadi, suami akan cari isteri lain.
Ya ustaz. Saya faham maksud ustaz.
BalasPadamPatut saya pun beri cadangan untuk mempositifkan ciri-ciri tersebut. Baru artikel nampak tidak bias.
Tapi apakan daya, saya tak berdaya, sebab mcmana nak positifkan ciri-ciri # 6 tu... ya? :)
Suka baca belog ustaz, tiap masalah ada saranan penyelesaian. Saya mahu cuba menulis begitu.
TelagaBiru ada buat kelas/bengkel menulis tak?