“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Julai 22, 2010
Sighah dalam kontrak Islam
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/22/2010 11:40:00 PG
AKAD atau kontrak adalah satu simbol atau tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak. Sighah adalah rukun yang penting dalam sesuatu akad di mana tanpanya sesuatu kontrak itu dianggap tidak berlaku.
Hal ini dapat ditelusuri menerusi firman Allah dan sabda Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu. (Surah an-Nisa': 29)
Demikian juga sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali setelah adanya kerelaan di antara keduanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Sighah atau secara mudahnya disebut sebagai lafaz akad adalah merupakan salah satu rukun yang mesti wujud pada sesuatu kontrak. Para ulama sepakat bahawa ketiadaan sighah akan menjejaskan akad yang dimeterai. Ini bermakna, sesuatu kontrak itu tidak akan sah tanpa berlakunya sighah.
Sighah mengandungi dua komponen iaitu ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan) yang diungkapkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Ijab adalah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Sebagai contoh, ijab pada jual beli adalah tawaran menjual sesuatu kepada pembeli dengan harga tertentu seperti: "Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga RM100", "Barang ini untuk engkau dengan harganya RM200".
Qabul pula adalah menerima. Sebagai contoh: "Aku beli barang ini dengan harga RM100" atau "Aku terima barang ini dengan harga RM200". Ungkapan tersebut boleh berlaku sama ada melalui perkataan, tulisan atau isyarat.
Objektif sighah adalah menyatakan kerelaan dan persetujuan keatas kontrak yang dimeterai. Kerelaan dalam kontrak adalah sangat penting kerana di sebalik kontrak yang dimeterai itu mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tersebut.
Bentuk sighah yang boleh digunakan dalam majlis akad mestilah terdiri daripada perkataan, tulisan atau perbuatan yang difahami oleh kedua pihak yang terlibat bahawa maksud jual beli itu telah berlaku seperti perkataan "saya jual" dan "saya beli".
Sighah secara perbuatan adalah seperti jual beli di mesin seperti urusniaga melalui kad ATM dan sebagainya. Dalam pelaksanaan sighah ini, lafaz qabul tidak boleh menyanggahi lafaz ijab. Lafaz penerimaan hendaklah selari dengan lafaz penawaran.
Contoh, penjual menawarkan (ijab) untuk menjual sebuah kereta 'A' dengan harga RM50,000, maka pembeli dalam lafaz penerimaannya (qabul) hendaklah bersetuju seperti yang ditawarkan. Ini kerana percanggahan pada lafaz akan menunjukkan percanggahan pada maksud. Justeru, tidak mungkin dua pihak yang berlainan hasrat dan niatnya dapat bersetuju diikat dalam satu kontrak. Kesannya, ia akan membawa kepada perselisihan dan permusuhan di antara kedua-dua pihak itu setelah berlangsungnya majlis akad. Tidak ada pihak yang menang dalam keadaan ini. Akad itu dianggap tidak sah dan ia perlu diulang kembali dengan lafaz dan maksud yang sama.
Lafaz ijab dan qabul disyaratkan juga agar tidak boleh dibuat secara bersyarat (taklik) seperti kata penjual: "Saya jual rumah ini kepada awak dengan syarat sekiranya saya ke luar negara". Malah bagi kontrak jual beli secara langsung ia juga tidak boleh diselangi dengan perkataan yang lain antara keduanya.
Oleh itu, Islam amat melarang jika sesuatu akad atau perjanjian yang ingin dimeterai tidak mempunyai maklumat lengkap. Semua perkara yang berkaitan dengan kontrak perlu dijelaskan secara terperinci dan kedua-dua belah pihak mesti memahami penjelasan tersebut sebelum majlis akad berlangsung.
Sumber : Wan Jemizan Wan Deraman di Utusan 26/05/2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...