“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mac 14, 2010

Q&A : Tak mampu puasa boleh bayar fidyah

SOALAN :

BOLEHKAH orang yang masih hidup membayar fidyah puasa seperti memberi beras kepada fakir miskin mengikut berapa banyak hari berpuasa yang ditinggalkan.

HAMBA ALLAH.

JAWAPAN :

SAYA suka menjelaskan mengenai fidyah yang disebut dalam Tafsir Ibn Kathir, mengenai ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wa ‘alal lazina yutiquunahu fidyatun to’amul miskiin: Dan wajib bagi orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) untuk membayar fidyah (iaitu) memberi makan orang miskin.”

Demikian diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam fat-hul Baari, daripada Salamah bin al-Akwa’, ia mengatakan bahawa ketika turun ayat itu, maka ketika itu, siapa yang hendak berbuka (tidak berpuasa), ia harus membayar fidyah, hingga turun ayat berikutnya yang menasakhkan (menghapuskan hukumnya).

Ibn Abbas pula berkata: “Ayat berkenaan tidak dimansuhkan (dihapuskan), kerana yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah orang yang lanjut usia, baik lelaki mahupun wanita yang tidak mampu menjalankan ibadat puasa, maka ia harus memberi makan setiap harinya kepada seorang miskin.” Demikian pula diriwayatkan oleh beberapa rawi daripada Sa’id bin Jubair dan daripada Ibn Abbas.

Kesimpulannya ayat yang dianggap mansuh ini tetap berlaku bagi orang yang sihat yang mukmin (tidak dalam musafir) dengan kewajipan berpuasa baginya berdasarkan ayat yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa.” (Surah al-Baqarah ayat 85)

Sedangkan orang tua yang tidak mampu lagi menjalankan ibadat puasa, maka dibolehkan baginya untuk berbuka (tidak berpuasa) dan tidak harus qada kerana ia tidak akan mengalami lagi keadaan yang memungkinkannya untuk qada puasa yang ditinggalkannya itu. Tetapi wajib baginya membayar fidyah untuk setiap hari yang ditinggalkan. Seperti penafsiran Ibn Abbas dan ulama Salaf lainnya untuk ayat: “Wa ‘alal lazina yutiiqunahu (dan orang yang berasa berat menjalankannya)” iaitu yang menjalankannya dengan susah payah seperti yang dikatakan oleh Ibn Mas’ud dan lainnya.

Pendapat ini yang dipilih oleh Imam al-Bukhari, ia mengatakan: “Adapun orang tua yang sudah tidak mampu lagi berpuasa, maka sesungguhnya ketika Anas bin Malik sudah berusia lanjut, satu atau dua tahun ia memberi makan fakir miskin dengan roti dan daging (sebagai fidyah) untuk setiap hari yang ditinggalkannya dan ia pun berbuka.”

Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari secara mu’allaq (hadis yang terputus dari awal sanadnya, seorang rawi atau lebih) dan diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Ya’la al-Mushilli daripada Ayyub bin Abi Tamimah, ia mengatakan bahawa, “ketika Anas sudah lemah dan tidak mampu berpuasa, maka ia membuat satu mangkuk tsarid (roti berkuah) dan mengundang tiga puluh orang fakir miskin, lalu memberi mereka makan.”

Termasuk dalam makna ini, wanita hamil dan ibu yang menyusu apabila mereka bimbangkan dirinya atau anaknya. Mereka hanya membayar fidyah dan tidak perlu qada puasanya. Begitulah yang dijelaskan dalam Tafsir Ibn Kathir.

Berbalik pada soalan saudara, sah hukumnya untuk saudara menunaikan sendiri fidyah, mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan saudara.

Wallahualam.

Sumber : BHarian 14/03/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails