“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mac 20, 2010

Sudin Ajaib, mengapa lari?

Sudin Ajaib disyaki lari ke Makkah

MACHANG: Pernikahan Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib dengan budak perempuan berusia 11 tahun yang diadakan di Masjid Pakistan bandar ini bulan lalu, dilakukan di kaki lima masjid dan di luar pengetahuan pengurusannya.

Penjaga masjid yang juga imam sambilan di situ, Ismail Ab Rahman, mendakwa pihaknya hanya menyedari pernikahan berlangsung di situ selepas membaca pendedahan akhbar.

Beliau berkata, pada malam akad nikah itu, masjid berkenaan mengadakan jamuan meraikan kehadiran seorang pendakwah dari Thailand yang singgah ketika dalam perjalanan ke Raub, Pahang. “Ramai tetamu hadir mengikuti tazkirah pendakwah terbabit dan selepas majlis berakhir, semua tetamu beredar dan sepanjang pengetahuan saya, tiada sesiapa tidur di masjid malam itu.

“Kami tidak pasti waktu sebenar pernikahan itu tetapi saya percaya ia selepas jemaah beredar kira-kira jam 9.30 malam,” katanya ketika ditemui semalam.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat diperolehnya, pernikahan Sudin dengan kanak-kanak itu diadakan di kaki lima berhampiran tempat menyimpan peralatan jamuan masjid.

Beliau berkata, sepasukan anggota Polis Machang turut melawat masjid itu kira-kira jam 6.30 pagi semalam, bagi membantu siasatan kes pernikahan itu.
Peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin, yang mewakili bapa kanak-kanak itu, berkata pihaknya masih gagal menyerahkan perintah mufarakah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kepada Sudin.

“Berdasarkan maklumat rakannya, mereka mendakwa Sudin ke Makkah, selain ada memaklumkan dia tidak lagi berada di Kelantan.

“Perintah mufarakah ini perlu diserahkan kepadanya tetapi sukar kerana Sudin menghilangkan diri selepas mengetahui dirinya turut diburu pihak berkuasa untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, isteri pertama Sudin dikenali sebagai Rahana berkata, suaminya tidak pernah berhubung dengannya sejak kes perkahwinan itu terbongkar.

Sementara itu di TANAH MERAH, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan Sudin kini masih sugul dan tidak banyak bercakap dengan ahli keluarganya.

Ibunya, Siti Sarnan Mat Ail, 42, ketika ditemui di sini, semalam berkata Siti Nur Zubaidah yang kini ditempatkan di rumah datuknya, Mat Ail Hassan, 70, di Kampung Bukit Mas, di sini, juga dilihat cuba menjauhkan diri daripada ayahnya, Hussin Salleh, 54, dipercayai kerana marah selepas memaksanya berkahwin dengan Sudin.

"Saya menasihatkan Siti Nur Zubaidah bersabar dan tidak membenci ayahnya kerana kejadian itu mungkin berlaku akibat ayahnya dipukau oleh Sudin," katanya ketika ditemui semalam.

Sumber : BHarian 20/03/2010



Sudin Ajaib boleh didakwa atas empat pertuduhan: JHEAIK

KUALA KRAI: Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai "Sudin Ajaib", lelaki yang didakwa mengahwini dan melarikan kanak-kanak bawah umur boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertuduhan di Mahkamah Syariah, membabitkan perkahwinan bawah umur.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd Abdul Aziz Mohd Noor, berkata ketika ini pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit untuk menahannya sebelum didakwa di mahkamah atas pertuduhan itu.

Antara pertuduhan itu ialah, mengahwinkan kanak-kanak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi, mengahwini secara paksaan, mengakadnikahkan perkahwinan; dan mengingkari perintah bermufarakah, mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil 2/2002. "Mengikut enakmen itu, jika sabit setiap kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan atau kedua-dua sekali," katanya di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilaporkan meminta JHEAIK menyiasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai Shamsudin Ajaib, yang menjanjikan balasan syurga kepada ibu bapa jika kanak-kanak perempuan mereka dikahwinkan.

Shahrizat berkata, siasatan yang terperinci itu perlu dilakukan oleh pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak terbabit.

Mohd Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan bahagian penguatkuasanya mengesan jejak lelaki terbabit selepas dijumpai di Batu Caves, Selayang bersama kanak-kanak yang dipercayai menghilangkan diri selepas kesnya dikesan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri, baru-baru ini.
"Penahanan ke atas lelaki ini juga penting bagi memastikan sama ada perkahwinan yang dilangsungkan dengan kanak-kanak itu berkaitan dengan kumpulan tabligh yang mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, siasatan awal pihak kami mendapati perkahwinan lelaki terbabit dengan pasangan bawah umur itu tidak membabitkan ajaran sesat, tetapi ia lebih kepada unsur-unsur ketaksuban pengikut kumpulan tabligh itu dengan ketuanya," katanya.

Mohd Abdul Aziz berkata, pembabitan lelaki yang dikenali sebagai ahli tabligh itu membabitkan dua kes, iaitu kes membenarkan anak perempuannya di bawah umur dengan anggota kumpulannya di Pasir Mas dan mengahwinkan dirinya sendiri dengan kanak-kanak lain, juga di bawah umur di Kuala Krai.

"Dengan tertangkapnya lelaki terbabit kita percaya dapat menyelesaikan kes perkahwinan itu yang boleh menimbulkan kontroversi dan mengelirukan umat Islam seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas kejadian itu baru-baru ini menyifatkan alasan pengikut kumpulan tabligh yang mengahwinkan gadis bawah umur itu sebagai mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW tidak boleh diterima dan mengarut. - Bernama

Sumber : BHarian 17/03/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails