“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mac 15, 2010

Shahrizat cabar generasi muda lelaki

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Generasi muda lelaki dicabar supaya lebih cemerlang sebagai jalan penyelesaian kepada kebimbangan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pada zaman ini kepakaran dan kecemerlangan individu menjadi asas utama seseorang untuk layak memegang sesuatu jawatan.

Katanya, isu wanita lebih ramai dalam mana-mana sektor pekerjaan tidak perlu dibimbangkan kerana peranan wanita dan lelaki amat diperlukan dalam pembangunan negara.

"Sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita yang menunjukkan sifat kepimpinan serta mempunyai pengalaman dan kelayakan mesti diberi peluang. Bukan isu lelaki atau wanita, sesiapa sahaja yang terbaik dan jika ada wanita yang terbaik maka dia harus diberi peluang, itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian festival kesenian sempena ulang tahun ke-50 majalah Her World di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, fitrah kaum wanita mengambil cuti panjang selepas bersalin tidak perlu dijadikan sebagai punca kepincangan dalam sistem penyampaian kerajaan.

"Banyak negara-negara yang memberikan cuti bersalin lebih daripada 60 hari berbanding negara ini kerana kerajaan ingin mewujudkan keseimbangan kerja dan hidup," jelasnya.

Tambah beliau, wanita pada masa ini telah menjadi penyumbang kepada ekonomi negara serta turut dilihat semakin berpengaruh dalam sektor-sektor pekerjaan.

Sumber : Utusan 24/02/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails