PAGE
▼
Rabu, Ogos 31, 2011
Berpuasa sebulan suatu proses cari erti kemerdekaan sebenar
Assalamualaikum warahmatullah,
SETIAP kali sambutan hari kemerdekaan, maka terbayang di fikiran kita bagaimana penjajah silih berganti menjajah negara selama kira-kira 500 tahun. Kita bersyukur kerana dalam tempoh itu dapat mempertahankan akidah dan mengekalkan agama Islam sehingga diletakkan sebagai agama Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan yang tiada ternilai harganya.
Oleh kerana itulah menjadi kewajipan rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada negara antara lainnya ialah mentaati pemerintah dengan penuh ikhlas dan rasa bangga serta menjauhi diri daripada perbuatan mungkar seperti mengganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara serta mengancam keselamatan masyarakat dan negara.
Imam Syihabuddin al-Absyihi dalam kitabnya al-Mustatraf menyatakan: “Ketahuilah bahawa tingkatan kebahagiaan yang tertinggi ialah taat kepada pemerintah di samping ia menjadi penyelamat daripada segala kekacauan.”
Justeru, marilah mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi supaya ia berkekalan dan kemakmuran negara sentiasa bertambah dengan pengisian yang diredai Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Persoalan besar hari ini adakah kita sebenarnya sudah merdeka? Adakah sekadar kita lepas bebas ataupun tidak lagi dijajah kuasa Barat seperti sebelum ini, atau kerana kita telah mencapai kemajuan seperti yang kita alami sekarang, kita dikatakan sudah merdeka?
Ketahuilah bahawa Ramadan yang diberikan Allah SWT kepada kita adalah satu proses mencari erti kemerdekaan sebenar. Sedar ataupun tidak, selama ini kita sentiasa dibelenggu dua penjajahan. Pertama adalah syaitan, seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia menderhaka Allah SWT seperti janjinya kepada tuhan.
Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh daripada Allah SWT hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran.
Ramadan datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajahan syaitan yang dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan syaitan menguasai kita.
Kedua ialah hawa nafsu dan diri sendiri seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?” (Surah al-Jaatsiyah, ayat 23).
Mereka yang dijajah syaitan dan hawa nafsunya sendiri tidak mampu membuat pilihan dalam hidup. Apa saja diinginkan nafsu semua itu dipatuhi. Mereka ini buta biar pun celik, mereka pekak biar pun bertelinga, mereka menjadi bodoh biar pun menguasai ilmu.
Lihatlah berapa ramai manusia yang rosak kerana hidup bertuhankan nafsu dan berapa banyak tamadun manusia yang musnah apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan Tuhan tetapi berkiblatkan hawa nafsu. Yakinlah bahawa Ramadan datang mendidik kita untuk memerangi nafsu. Betapa ketika kita ada makanan dan minuman, namun kita tidak memilihnya kerana patuh kepada perintah Allah SWT.
Ini adalah pengajaran Ramadan untuk mengajar kita berkata 'tidak' kepada sesetengah kehendak diri dan nafsu. Mereka yang berjaya mengawal diri dan nafsu, adalah mereka yang benar-benar merdeka sehingga membentuk dirinya menjadi seorang insan soleh lagi bertakwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah bersih.” (Surah al-Syams, ayat 7-9).
Tarbiah madrasah Ramadan sebenarnya dapat membentuk masyarakat dan negara rabbani yang penuh keberkatan dan diredai Allah SWT. Rakyat yang dididik dengan roh Ramadan tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan mengikut perasan dan hawa nafsu, menzahirkan penghambaan sebenar dan sempurna kepada Allah SWT. Ramadan dapat mencegah si pelakunya daripada akhlak, perkataan dan perbuatan yang tercela. Adakah yang lebih indah dari kemerdekaan ini?
Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 yang bersamaan dengan bulan Ramadan, marilah bersama menjadikan amalan sepanjang bulan berkat ini untuk mencegah, mengawal, merawat penyakit dan mengekalkan gaya hidup diredai Allah SWT. Mudah-mudahan keberkatan yang kita peroleh dalam bulan ini memberi kesan kepada diri kita untuk memahami erti dan roh kemerdekaan yang sebenarnya.
Petikan : Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di BHarian 26/08/2011
Isnin, Ogos 29, 2011
SALAM AiDiLFiTRi 1432H / 2011
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya;
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita berhari-raya.
Pasang panjut di tengah laman,
Main bunga api jangan terbakar tangan;
Selamat Hari Raya pada kengkawan,
Salah silap mohon diampunkan.
Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra;
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.
Makan rendang dengan ketupat,
Perut kenyang hati suka sangat;
Balik kampung jangan hanya hendak cepat,
Ingat tersayang pandulah dengan cermat.
Sungguh tidak dapat diduga,
cempedak diidam dapat kelapa;
Raya tu memanglah raya juga,
Ibadah dan solat jangan dilupa ya...
Laman-Seri serta keluarga mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432H, Taqabbalallahu minna waminkum, Minal ‘aidin walfaizin, kullu am waantum bi khair, taqabbal ya kareem” (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu juga, iaitu sebagai orang yang kembali kepada fitrah juga yang berjaya dalam ujian. Hendaknya setiap tahun kalian semua dalam keadaan baik) kepada semua Muslimin dan Muslimat, walau di mana jua anda berada.
Capaian entry berkaitan :
* SALAM AiDiLFiTRi 1429H / 2008
* SALAM AiDiLFiTRi 1430H / 2009
* SALAM AiDiLFiTRi 1431H / 2010
Semoga digolongkan pada orang berjaya;
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita berhari-raya.
Pasang panjut di tengah laman,
Main bunga api jangan terbakar tangan;
Selamat Hari Raya pada kengkawan,
Salah silap mohon diampunkan.
Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra;
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.
Makan rendang dengan ketupat,
Perut kenyang hati suka sangat;
Balik kampung jangan hanya hendak cepat,
Ingat tersayang pandulah dengan cermat.
Sungguh tidak dapat diduga,
cempedak diidam dapat kelapa;
Raya tu memanglah raya juga,
Ibadah dan solat jangan dilupa ya...
Laman-Seri serta keluarga mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432H, Taqabbalallahu minna waminkum, Minal ‘aidin walfaizin, kullu am waantum bi khair, taqabbal ya kareem” (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu juga, iaitu sebagai orang yang kembali kepada fitrah juga yang berjaya dalam ujian. Hendaknya setiap tahun kalian semua dalam keadaan baik) kepada semua Muslimin dan Muslimat, walau di mana jua anda berada.
Capaian entry berkaitan :
* SALAM AiDiLFiTRi 1429H / 2008
* SALAM AiDiLFiTRi 1430H / 2009
* SALAM AiDiLFiTRi 1431H / 2010
Ahad, Ogos 28, 2011
Q&A : Rangsangan berahi boleh batal puasa
Umat Islam perlu elak tonton rancangan TV tak sesuai ketika Ramadan
Soalan :
USTAZ, ada banyak rancangan di televisyen yang memaparkan wanita yang tidak menutup aurat, termasuk pada Ramadan. Dan kita, tanpa sedar, turut menontonnya. Persoalannya, adakah perkara ini akan mengurangkan pahala puasa?
Haji Muhammad, Perak.
Jawapan :
RASULULLAH SAW bersabda dalam satu hadis riwayat. Sudah jelas bahawa membuka atau mempertontonkan bahagian tubuh yang dapat menimbulkan rangsangan berahi adalah perbuatan yang haram dan haram pula untuk dilihat sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Sememangnya melihat aurat perempuan sekiranya itu pandangan pertama atau pandangan awal, tidaklah berdosa, tetapi pandangan kedua iaitu melihatnya secara sedar atau sengaja iaitu dengan niat melihatnya, itulah yang diharamkan.
Justeru, duduk di hadapan TV atau menonton gambar hidup lainnya yang mengandungi tayangan yang menonjolkan aurat, meskipun tidak sepenuhnya sama ada dengan melihatnya dalam bentuk yang nyata di hadapan mata, namun menonton TV yang mengandungi aksi yang mendatangkan keghairahan atau menonjol aurat adalah perkara buruk yang seharusnya dihindari atau dijauhi.
Kalau kita melihat kepada takrif puasa iaitu menahan nafsu makan, minum, bersetubuh dan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertai. Apatah lagi perkara yang haram.
Menonton tayangan yang menonjolkan aurat atau yang menimbulkan rangsangan bertentangan dengan makna puasa, walaupun ia tidak membatalkan puasa. Perkara yang membatalkan puasa dari segi hukum antaranya makan, minum dan melakukan hubungan seks pada siang puasa. Namun demikian, oleh kerana ia bertentang dengan makna puasa, sudah tentu ia mengurangkan pahala puasa.
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa al-Khusus dan puasa khusus al-Khusus. Tahap pertama adalah tahap puasa orang awam iaitu menahan perut dan kemaluan dari mengikut kehendak syahwat. Tahap kedua, puasa orang khusus iaitu orang yang menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota daripada perkara-perkara dosa. Tahap ketiga adalah puasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang salih dan seumpamanya.
Puasa mereka adalah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah SWT secara sepenuhnya. Puasa akan terbatal pada tahap ini disebabkan memikirkan perkara-perkara selain Allah SWT dan Hari Akhirat.
Puasa tahap ketiga inilah puasa yang paling khusus kerana mereka bukan saja memelihara diri daripada daripada perkara membatalkan puasa tetapi juga yang membatalkan pahala puasa.
Rasulullah SAW bersabda: “Banyak orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh dari puasanya selain dari rasa lapar dan dahaga.”
Akhirnya, mari bertanya pada diri, apakah menonton tayangan TV itu benar-benar tidak sedar atau tidak tahu bahawa ia perkara yang dilarang atau sebenarnya ia sedar dan memang sengaja menontonnya? Wallahua’lam.
Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
Petikan : Persoalan Agama oleh Ustaz Zahazan di BHarian 28/08/2011
Capaian entry berkaitan :
* Berpuasa tanpa solat ibadah sia-sia
Sabtu, Ogos 27, 2011
Penagihan dadah sintetik musuh, memusnahkan negara
pil ecstasy
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam statistik Laman-Seri, search keyword yang paling tinggi setakat ini ialah ‘pil kuda’ dengan mendapat 147 hits, sementara entry padah pil kuda pula mendapat 3,121 hits. Agak menghairankan, ramai yang mencari maklumat ‘pil kuda’ ini, tetapi mujurlah ada entry yang memberi maklumat keburukan pil ini, jadi jika ada yang berniat untuk mencuba dadah sintetik ini, hentikanlah niat ‘suci’ anda.
Jenis dadah buat penagih hilang kawalan, sukar dirawat
Gaya dan tujuan yang berbeza, tetapi memberi kesan lebih teruk! Itulah yang dapat digambarkan mengenai gaya penagihan dadah ketika ini yang dilihat lebih membahayakan, bukan saja si penagih, tetapi orang ramai, malah keselamatan negara. Jika dulu dadah dilebalkan sebagai musuh negara, kini ia lebih layak digelar pemusnah negara!
Jika musuh, mungkin ada yang sekadar menjadi pendendam dan tidaklah sampai merosakkan orang lain, tetapi jika sudah menajdi pemusnah, pasti sesiapa saja akan menjadi mangsa. Bukan setakat orang sekitar, sesiapa saja tidak hidup selesa kerana jenayah boleh berlalu pada bila-bila masa, di mana saja.
Ðulu, kata orang, jangan ke kawasan Bukit Bintang sendirian, terutama di tengah malam kerana di situ sering berlaku jenayah, tetapi kini jenayah ada di mana-mana, bukan saja di lokasi panas, kini boleh berlaku dalam rumah sendiri. Sering dalam laporan media disiarkan berita anak pukul ibu, cucu bunuh nenek dan pelbagai lagi, dan diyakini semuanya ada kaitan dengan dadah. Ia sekaligus memberi gambaran betapa penangan dadah kini makin teruk, semakin menjadi-jadi. Sebenarnya ada sebabnya yang dalam diam tidak begitu disedari ramai pihak.
Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Ðatuk Mohd Yunus Pathi berkata, gaya dan tujuan penagihan dadah yang nyata berubah ketika ini dilihat menjadi punca kejadian jenayah membabitkan pengguna dadah semakin meningkat dan membimbangkan.
Beliau turut melihat kaedah untuk mendapatkan bahan terlarang itu lebih mudah dan ada di mana-mana membuka lebih ruang kepada banyak penagih terutama golongan muda untuk mengambil dadah. Malah, kawalannya menjadi lebih sukar kerana bentuk dan cara menggunakannya dilihat lebih mudah dan ringkas.
“Ðulu, zaman kami hisap dadah iaitu dalam sekitar 1980-an, heroin ialah jenis dadah paling popular. Ketika itu, orang hisap dadah untuk ‘layan’ kepala, untuk ketenangan. Lepas ambil heroin, tak ada apa mampu dibuat kerana kepala sudah ‘layan’. Kerana itu, ramai yang hisap heroin sekadar duduk atau terbaring layan khayal. Kini, berbeza... Jenis dadah yang popular dan paling banyak digunakan ialah jenis rangsangan atau dadah sintetik seperti syabu dan ecstasy. Ðadah jenis ini bukan menyebabkan penggunanya ‘lentok’ tetapi meningkatkan rangsangan untuk melakukan apa saja di luar kemampuannya sebelum ini. Itu lebih bahaya!”
“Ðulu, pengguna heroin tak mampu berbuat apa-apa selepas hisap dadah itu, tetapi kini pengguna dadah sintetik boleh buat macam-macam. Oleh itu, ramai yang berani merompak, bunuh, rogol dan kejadian di kelab malam juga semakin teruk. Mereka tak kisah buat jenayah seberat manappun kerana diri mereka sudah menjadi terlalu agresif,” katanya ketika ditemui di Pengasih.
Berdasarkan pemerhatian beliau, golongan penagih tegar yang gagal dipulihkan dalam semua peringkat pemulihan sudah semakin pupus kerana masalah kesihatan seperti Hepatitis C, HIV dan Tibi, tetapi peningkatan paling ketara pula dilihat dalam kalangan mereka berpendidikan tinggi.
Ði kawasan bandar, dadah sintetik seperti syabu digunakan secara meluas oleh golongan elit, kebanyakannya untuk merangsang ketahanannya bekerja, berbanding penggunaan pil kuda di kawasan luar bandar untuk tujuan sama. Meskipun tujuannya begitu, tetapi ia sebenarnya boleh mencetus fenomena lain kerana kesan sampingannya.
“Ðisebabkan tujuan penggunaan dadah jenis sintetik adalah untuk merangsang diri, skop penggunanya juga semakin besar. Penjenayah, pekerja, mat rempit, malah pelajar sendiri guna dadah jenis ini untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan mereka lebih aktif. Ðulu penggunanya orang kecewa, gagal periksa, menganggur dan sebagainya lebih kepada untuk menenangkan diri. Mereka ini tak kacau orang lain, kecuali kadang-kala curi sikit-sikit untuk beli dadah. Ðapat dadah, mereka khayal. Lain sangat ketika ini. Ðoktor, peguam, arkitek dan ramai profesional pun guna dadah.”
“Penagih heroin akan ada kesan gian jika tidak dapat dadah itu. Kesannya nampak ketara, tetapi dadah jenis baru ini lain kesannya. Ini kerana ia digunakan untuk rangsangan diri. Jadi, jika ia tidak digunakan, menyebabkan penggunanya rasa seperti tidak seronok, lemah, pasif dan tidak boleh buat kerja. Kebergantungan terhadapnya kekal. Itu paling bahaya. Sekali pandang, penggunaan dadah sintetik nampak beri kesan positif kerana penggunanya nampak aktif sentiasa. Bercakap tanpa henti, tidak reti duduk diam dan lain macam semangatnya. Namun, sebenarnya dia lupa bahawa selepas ini mereka akan terus bergantung pada dadah itu dan sukar berhenti,” katanya.
Realitinya, semua jenis dadah berbahaya, tetapi bagi Yunus, dadah jenis sintetik ini lebih membahayakan keselamatan negara kerana ia turut membabitkan penjenayah kolar putih dan profesional atau jenayah terancang. Malah, beliau yakin majoriti jenayah dilakukan dalam negara ada kaitan dengan penggunaan dadah sintetik untuk merangsang semangat mereka.
Beliau melihat kegagalan utama kerajaan dalam menangani kemelut peningkatan penagihan dadah di negara ini adalah disebabkan tiadanya konsisten dalam usaha pencegahan dan pemulihan. Malah, perubahan dasaar yang begitu kerap juga sering menjejaskan usaha itu. Sikap terlalu mudah dalam memberi visa kepada pelancong asing turut menyebabkan dadah sintetik mudah bercambah di pasaran negara ini. Ramai dalam kalangan mereka terutama dari negara Afrika yang masuk sebagai pelajar, tetapi bertindak sebagai pengedar dan ia banyak berlaku di kolej swasta.
Kebetulan ketika sesi temubual itu, lalu seorang bekas penagih yang mempunyai pengalaman menagih dadah jenis heroin dan syabu. Kamal, (bukan nama sebenar) diminta oleh Yunus menceritakan sedikit apa yang berlaku ketika dia menggunakan dua jenis dadah itu.
~gambar hiasan~
“Pernah ketika saya baru ambil syabu, lampu isyarat terlalu lama mahu bertukar dari merah ke hijau. Simpang itu betul-betul di depan balai polis. Namun, seperti ada rangsangan lain, saya begitu berani keluar dari kereta dan memecahkan lampu dengan tukul. Seperti ada dorongan lain, kuasa lain. Imaginasi diri juga sangat tinggi. Balik rumah, ambil teropong dan intai bangunan sebelah dengan harapan ada nampak perempuan salin pakaian depan tingkap. Bezanya, ketika saya hisap heroin dulu, tidak pernah buat jenayah atau cederakan orang lain. Selepas layan gian, saya tak larat nak buat apa, tapi ketika guna syabu, macam-macam saya boleh dan berani buat. Sudahnya, disebabkan berasakan kesannya sangat teruk sehingga membahayakan keluarga, saya kembali kepada menggunakan heroin,” ceritanya yang kini memjadi seorang petugas di pusat pemulihan itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AAÐK), Ðatuk Zuraidah Mohamed berkata, pemerhatian mereka mendapati peningkatan terhadap penagihan dadah jenis sintetik meningkat begitu ketara berbanding penurunan jumlah pnagih dadah jenis heroin dan morfin. Adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana kesan terhadap penagihan dadah jenis itu membabitkan mental dan rawatannya juga tidak sama seperti penagih heroin yang boleh diberi alternatif menggunakan methadone.
Rawatan untuk penagihan dadah sintetik memerlukan sentuhan psikiatri dan kami sudah menyerapkannya dalam program rawatan serta pemulihan di Klinik 1Malaysia. Ðapat dilihat, angka yang datang untuk menerima rawatan berkaitan kes penagihan dadah di situ juga tinggi, seperti di Kota Bharu yang kebanyakannya membabitkan penggunaan pil kuda.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis, sebanyak 99,723 tangkapan sudah dibuat, membabitkan 84,622 kes sehingga Julai tahun 2011, satu jumlah yang dilihat begitu tinggi berbanding 157,756 tangkapan sepanjang tahun 2010 sedangkan statistik tahun ini baru memasuki fasa kedua 2011.
Jumlah itu juga jauh melebihi tangkapan sepanjang 2005 yang mana hanya 48,694 penagih ditangkap membabitkan 36,573 kes. Ia sekaligus menunjukkan jumlah penagih semakin ramai saban hari. Malah, berdasarkan statistik AAÐK pula, sebanyak dua penagih baru dikesan setiap jam.
Ðaripada semua tangkapan sepanjang Januari sehingga Julai itu, seramai 94,268 lelaki, manakala 5,455 penagih wanita, sekali lagi menunjukkan peningkatan terutama wanita berbanding 2005 di mana 4,711 wanita ditangkap sepanjang tahun itu.
Sehingga Julai tahun ini juga dicatatkan sebanyak 72 tangkapan membabitkan pesalah narkotik berusia bawah 13 tahun, tentu sekali merisaukan kerana penggunaan dadah sudah semakin mempengaruhi kanak-kanak dan remaja. Malah, berdasarkan hakikat betapa penggunaan dadah sintetik dilakukan oleh kebanyakan golongan elit, pasti masih ramai lagi yang gagal dikesan kerana menggunakannya dalam kawasan mewah.
Guna pil kuda untuk fokus pelajaran, kini jadi penagih tegar
Hanya untukk yang mampu! Itu isyarat jelas kepada sesiapa yang menceburi bidang keji, penagihan dadah, terutama jenis sintetik! Apa tidaknya, percayaa atau tidak, ada yang berbelanja sehingga RM200 sehari semata-mata untuk mendapatkan rangsangan daripada penggunaan dadah itu.
Temubual membabitkan dua penagih yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di rumah Pengasih. Mereka masih muda, usia belum pun cecah 30 tahun, tetapi hampir semua kegilaan dan maksiat sudah mereka rasa, gara-gara dirangsang oleh penggunaan dadah sintetik, pil kida dan syabu. bagi Saharil (bukan nama sebenar) 29, berasal dari Kelantan yang menggunakan pil kuda, pengambilan dadah jenis itu pada mulanya untuk membantunya fokus dalam pelajaran kerana selepas ditawarkan rakannya ketika persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia diakui mampu membuatkannya tidak lena berhari-hari untuk menelaah pelajaran.
Bermula daripada mencuba, akhirnya ia melekat dan menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan. Rasa diri lemah dan tak ada semangat jika dalam sehari tidak menggunakan pil kuda. Pil ini senang untuk diperolehi di Kelantan kerana dibawa masuk dari Thailand. Malah, penggunaan pil itu di negeri berkenaan sudah dianggap biasa. Sejak dulu, orang tua pun guna untuk menoreh getah.
“Jika dulu, pengambilannya hanya sedikit, tetapi lama kelamaan saya sudah tidak cukup dengan jumlah sama. Rasa seperti tiada apa-apa. Ðalam sehari, saya boleh habiskan jumlah yang sama untuk dua tiga hari. Belanja memang besar, tetapi apa nak buat, terpaksa,” katanya.
Sama kesnya dengan Syarifah Alia (bukan nama sebenar) 25, dari Kuala Lumpur yang sudah menggunakan dadah sintetik jenis syabu sejak tingkatan tida, malah mengakui majoriti rakannya adalah pengguna tegar dadah jenis itu sama ada untuk tujuan belajar atau untuk hiburan.
“Saya cuba syabu ketika rakan bawa ke sekolah. Ði Kuala Lumpur, budak sekolah macam saya ambil syabu perkara biasa. Ðalam kelas saya saja, ada ramai yang ambil syabu. malah, kami ada geng yang melepak sekali, ambil syabu di rumah saya yang jarang ada orang. Ibu bapa saya selalu sibuk dan hanya saya di rumah. Seawal Tingkatan Tiga lagi, saya sudah masuk kelab malam atau disko. Ði situ lebih senang dapat syabu. Ðapat syabu, rangsangan saya lain. Saya boleh menari dengan ligat dan tak kisah lakukan seks dengan sesiapa saja serta berkali-kali. Tenaga saya jadi lain.”
“Pernah juga cuba untuk berhenti ambil syabu, tetapi gagal. Bukan rasa gian, tetapi rasa diri sunyi dan kosong, macam orang nak mati. Ðapat syabu, dunia rasa bersinar kembali, seperti ada suntikan semangat baru. Sebab itu saya tak kisah belanjakan sehingga RM200 sehari untuk beli syabu yang dijual sepupu saya sendiri,” katanya.
ALERT : Perhatikan anak-anak anda, jangan sudah terhantuk baru tergadah!
Sumber : BH25/08/2011
Capaian entry berkaitan :
* Padah pil kuda
* Pil kuda bawa mudarat
Jumaat, Ogos 26, 2011
Adakah jodoh kita tepat?
Assalamualaikum warahmatullah,
Apakah petua untuk cepat mendapat jodoh? Soalan ini sering berlegar di sekeliling kita, terutama sekali jika sahabat kita sudah melewati usia suku abad. Baru-baru ini juga saya membaca sebuah posting yang dikirimkan ke egroup yang saya sertai yang berbunyi :
“Kenapa ye kita ni berat sangat jodoh? Ada orang tu senang sangat jumpa jodoh, tak payah susah-susah usaha cari jodoh. Ada orang tu tak payah nak buat solat hajat, solat istikharah nak dapatkan jodoh. Senang je jalannya. Kita ni doa pun sudah, solat hajat, solat istikharah pun sudah, tapi tak juga-juga dapat. Apa makna semua ni? Saya dah malas nak buat solat hajat dan solat istikharah dah. Sama je. Tak ada hasil pun. Orang lain tak payah buat solat hajat solat istikharah pun dah lama kahwin, bahagia lagi...”
Menurut sahabat yang menjawab persoalan ini, siapakah kita untuk mempertikaikan urusan Allah? Bukankah sejak azali setiap manusia telah ditetapkan rezeki, ajal dan jodohnya sebelum di tiupkan roh pada jasad. Ði alam itu, kita telah membuat perjanjian bahawa akan terima apa saja yang Allah telah tetapkan. Lewat atau cepatnya jodoh, bukanlah urusan manusia. Kalau sudah bertemu, masa dan ketikanya telah Allah tetapkan sejak azali, siapa yang dapat mengubahnya. Walaupun kita mahu dan ingin tetapi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, sezarah pun tidak mampu untuk dicapai hajat itu. Jika kita menolak tetapi di dalam kehendak dan kekuasaan Allah, tidak selangkah pun kita mampu untuk berundur.
Tepat sekali penjelasan ini, namun, sedarkah kita, cepat atau lambatnya mendapat jodoh bukanlah satu isu yang perlu diheboh-hebohkan, sebaliknya apakah jodoh kita tepat, itulah yang patut kita perhalusi. Berapa ramai orang mengalami petaka dalam hidup oleh jodoh yang tidak serasi. Berkahwin itu senang, tetapi membina kebahagiaan hasil daripada perkahwinan itu bukanlah sesenang yang kita sangka, apatah lagi sebelum melangkah ke alam rumahtangga.
Sepatutnya kita tidak perlu terlalu risau oleh jodoh yang lambat, tetapi risaulah kalau-kalau jodoh kita itu nanti hanya memberikan kesusahan dan kesengsaraan pada kita yang menyesakkan dada, memedihkan mata dan
Apabila satu hari anda diuji dan terpaksa pula mengalami cabaran mental, fizikal dan
Tidak mustahil, ada yang berfikiran begini. Bahkan, sering juga ayat-ayat begini sampai ke telinga saya. Tidak saya nafikan, kadang-kadang saya juga berfikiran begitu.... Kui kui kui.... Memang kenyataan ini pahit untuk ditelan, tetapi sebenarnya, adalah lebih baik lambat berkahwin daripada terpaksa hidup dengan orang yang ‘mereng’ akalnya ‘pincang’ emosinya dan ‘tempang’ pula perasaannya.
Ði Rochester, Amerika Syarikat, seorang lelaki, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun. Mengapa hingga sebegitu lama? Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Ðunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman.
“Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia,” kata Herrick. Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrick berkata, “Cinta akan mencari anda.” (Sumber : Agensi 25/06/2011)
Andainya jodoh terus tidak kesampaian sehingga penghujung usia, itu bukanlah lambang kekurangan, yang jelas, anda tidak mempunyai beban yang perlu digalas. Tanggungjawab dan kewajipan perkahwinan bukanlah mudah, seandainya gagal dipenuhi, ia mendatangkan dosa. Berbuat dosa yang berterusan, mampu menjadikan anda seorang yang fasik. Aduhai... malang sungguh!
Pada yang tidak berkahwin hingga ke sudah, mereka bebas dari sebarang persoalan berkaitan hak-hak pasangan di akhirat kelak. Memang betul perkahwinan adalah laluan mudah untuk ke syurga, tetapi andainya gagal menjalankan tanggungjawab, yang membawa dosa adalah lebih baik hidup tanpa perkahwinan pun. Di dunia ini pula, mereka tidak teruji dengan kes-kes keganasan rumahtangga yang mampu mencarik ketenangan mental dan emosi. Bukankah ini satu bonus bagi mereka?
Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan 2% untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010. Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8% dan 32.2% mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1% manakala yang berkahwin 59.6%. Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8% dan 59.4%. Menurut laporan itu lagi, mengatakan 30% wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin, berbanding 25% untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang. (Sumber : Wanita banyak pilihan)
Melihat angka sebegitu banyak, nyata anda bukanlah keseorangan dalam situasi yang serupa. Ada ramai rupanya yang masih bersendiri dan bukan sahaja mereka itu wanita, malah lelaki tidak kurang juga.
Jadi, adalah tidak betul menganggap anda telah kehilangan sebahagian daripada sebab untuk berbahagia daripada sebab untuk berbahagia andainya belum bertemu jodoh. Andainya jodoh itu datang dengan mudah, sambutlah ia dengan mudah, andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda.
Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya hingga ke sudah, itulah rahmat Tuhan untuk memudahkan laluan anda ke syurga. Mereka yang tiada tanggungan bakal lebih mudah kira-kiranya untuk menikmati ganjaran terbaik di akhirat. Dan di syurga sudah sedia menanti segalanya, termasuk soal pasangan hidup.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa juga yang Dia kehendaki (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Ðia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ðia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.” (Surah al-Israk 17:30)
Sabarlah, jaga solat dan bersedia menempuh apa juga dugaannya adalah tiga ungkapan penting dalam menjalani hidup yang sementara di dunia ini....
Sumber : Diubah-suai dari Ðr HMTuah di MW#1446
Capaian entry berkaitan :
* Berbaik sangka, berusaha cari jodoh sesuai
* Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
* Lambat kahwin, apa silapnya?
* 16 alasan salah untuk bernikah
* Cara menilai lelaki bakal suami
* Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya
* Bercintalah kerana Allah
* ISU : Jodoh singkat
* Cinta pudar, salah siapa?
* Jodoh itu keserasian
Hukuman berat belum tentu buat pengedar mercun serik
MUSIBAH mercun berlaku setiap tahun, malah ia akan terus berlaku dan yang sering menjadi mangsa ialah kanak-kanak dan remaja yang cedera teruk seperti buta, kehilangan jari, kebakaran pada tubuh malah maut boleh mengundang bila-bila masa.
Walaupun risiko kecederaan tinggi, ia tetap tidak dihiraukan, malah ada ibu bapa yang membenarkan anak bermain mercun bagi menambahkan keriangan untuk menyambut Aidilfitri. Natijahnya, kini di Kelantan sudah tujuh kanak-kanak dan remaja cedera kerana mercun, termasuk yang berusia dua dan tiga tahun. Sebahagian besar daripada mereka menjadi mangsa kepada mercun bola yang cukup popular.
mercun bola
Mercun bola ini amat menarik kerana berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik dan berbentuk bulat serta mempunyai sumbu sepanjang seinci.
Wajahnya comel yang menarik perhatian itulah sebenarnya amat bahaya kerana ia dibalut plastik berbanding mercun biasa yang dibalut kertas. Plastik itulah yang bertindak sebagai peluru hidup atau menjadi serpihan ketika meletup yang boleh menembus mata, kulit dan daging. Ada juga mercun buatan sendiri seperti mercun paip, mercun palam pencucuh dan mercun bom yang semuanya amat berbahaya pada nyawa orang ramai.
Kita berharap pihak berkuasa seperti polis, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Kastam Diraja Malaysia terus meningkatkan rondaan serta pemeriksaan bagi membendung kegiatan menyeludup mercun dan bunga api yang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri.
Penjualan dan permainan mercun menjadi kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan sesiapa didapati melindungi, menyimpan, menyembunyi atau memiliki mercun melakukan kesalahan mengikut Seksyen (1)(d) akta itu, yang boleh dikenakan hukuman didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai mercun dan tidak lebih 20 kali ganda nilai bahan letupan berkenaan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Mercun diharamkan di negara ini pada 1991 selepas tragedi kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buloh yang mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan 103 yang lain. Mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Walaupun hukuman itu berat dan dianggap setimpal, pembakaran mercun dan bunga api masih terus berlaku, malah makin berleluasa sama ada ketika sambutan Tahun Baru Cina, Chap Goh Meh, Aidilfitri, Deepavali, Krismas mahupun sambutan tahun baru.
Selain risiko kecederaan, ramai tidak memahami cara pembuatan mercun serta bahan kimia di dalamnya. Membuat mercun sendiri pastinya lebih berbahaya kerana percampuran bahan kimia dengan alat yang direka sendiri (seperti batang paip) boleh menyebabkan letupan.
Kalium nitrat, strontium nitrat, kuprum oksida, karbon perklorat, barium klorat, potasium perklorat, sulfur, serbuk aluminium dan arsenik adalah antara bahan kimia dalam mercun yang boleh menjejaskan kesihatan.
Tujuan penggunaan pelbagai bahan ini adalah untuk memberi fungsi berlainan seperti membekalkan oksigen dan karbon, kesan bunyi dan warna. Tindakan kimia dalam mercun akan menghasilkan banyak asap hasil daripada bahan kimia beracun dan boleh membahayakan kesihatan.
Sebatian barium menyebabkan keracunan dengan menunjukkan tanda seperti muntah, sakit pada bahagian perut, cirit-birit berdarah, sesak nafas, sawan, koma atau mati akibat kegagalan jantung atau pernafasan. Jika tersedut, ia menyebabkan penyakit paru-paru, lumpuh otot, darah tinggi dan kekurangan zat kalium dalam tubuh.
Sebatian nitrat pula menyebabkan hakisan pada tisu kulit serta pelbagai penyakit paru-paru. Bahan nitrat mudah memasuki tubuh melalui kulit, terutama jika kulit cedera akibat terbakar.
Membakar mercun bukanlah budaya Melayu, malah Islam turut melarang umatnya melakukan perbuatan sia-sia, membazir, membahayakan diri serta harta benda. Wajarkah kita hanya menuding jari menyalahkan pihak lain, jika kita sebagai ibu bapa masih membenarkan anak membeli barang terlarang itu, walaupun mengetahui ia adalah satu kesalahan.
Justeru, sudah sampai masa pihak berkuasa bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang dan meningkatkan kempen kesedaran agar orang ramai tidak terus menjual atau membeli bunga api dan mercun. Orang ramai perlu bekerjasama dengan tidak membeli bunga api dan mercun serta tidak menyalahkan mana-mana pihak jika berlaku tragedi terhadap keluarga.
Penulis, Anwar Hussin [anwarhussin@bharian.com.my] ialah Ketua Biro, Berita Harian Kelantan.
Sumber : BHarian 26/08/2011
14 rotan balasan rogol anak
TERTUDUH diiringi polis keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan, semalam.
Buruh mengaku salah laku perbuatan keji, ikat mangsa dipenjara 20 tahun
TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu.
Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh berusia 45 tahun dari Tanjung Malim, Perak, selepas mendengar hujah dan fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar serta rayuan tertuduh.
Dalam rayuannya, tertuduh berharap mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka juga miskin. Bagaimanapun, Mohammad Suffian memohon mahkamah supaya tidak menimbang rayuan itu kerana perbuatan tertuduh disifatkan lebih buruk daripada haiwan.
“Mahkamah harus menjatuhkan hukuman berat dan setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak kandung sendiri. Hukuman berat ini perlu dijadikan pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah kepada masyarakat pada umumnya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya dan bukannya melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikkan seperti ini,” katanya.
Dia didakwa merogol anaknya itu di dalam sebuah bilik di rumahnya, kira-kira jam 9 malam pada 20 Julai lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian hanya tertuduh dan anaknya yang berada di dalam rumah dan tertuduh mengajak mangsa ke dalam bilik tidur. Tanpa syak mangsa mengikut arahan dan sebaik masuk ke dalam bilik, tertuduh terus menerkam mangsa sambil meraba-raba seluruh badan mangsa.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan bapanya itu meronta dan cuba melepaskan diri, namun mangsa takut selepas diugut akan dicederakan. Selepas membogelkan mangsa, tertuduh kemudian bertindak mengikat tangan serta kaki anaknya itu dengan tali rafia sebelum merogolnya.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas pulang daripada kerja sebelum membuat laporan di Balai Polis Tanjung Malim. Tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian itu.
Petikan : BHarian 26/08/2011
Khamis, Ogos 25, 2011
Manusia wajar ikhtiar elak musibah, usah persalah takdir
Assalamualaikum warahmatullah,
Anda masih ingat Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir ini? Kali ini kita akan kupas lagi perihal mempersalahkan takdir pula.
Satu daripada asas keimanan ialah keyakinan setiap yang terjadi dengan izin Allah. Dalam hal ini, manusia boleh berusaha menolak kejadian tidak diingini dengan melakukan sesuatu, sesuai menurut peraturan ditetapkan. Kemudian, jika masih berlaku juga perkara buruk dan tidak diingini, seseorang wajib kembali kepada kepercayaan qada dan qadar Ilahi yang tidak boleh dipertikaikan. Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu yang menggembirakan, ia disambut dengan penuh kegembiraan sehingga terkadang lupa bersyukur kepada Allah.
Sebaliknya jika terjadi perkara buruk, ternyata sukar segelintir manusia terutama yang lemah iman menerima takdir Allah. Malah jika diperhalusi di sini letaknya ketinggian nilai seorang hamba di sisi Allah. Apatah lagi jika gagah mengharungi ujian dan dugaan diterima, terlebih mulia lagi jika segala ujian diterima dengan reda demi mempertahankan kesucian akidah Islamiah.
Diriwayatkan sebilangan sahabat diseksa kerana mempertahankan agama mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW sambil bertanya mengapa Nabi tidak memohon pertolongan Allah bagi membantu mereka yang teraniaya. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya ada orang terdahulu dikorek lubang lalu mereka ditimbus di dalamnya. Kemudian ada digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, ada pula disiat tubuhnya menggunakan sesikat besi sehingga mengoyakkan daging dan menampakkan tulang. Namun ia tidak meleburkan pegangan agama mereka. Demi Allah sesungguhnya urusan agama ini pasti disempurnakan sehingga orang bermusafir daripada San’aa ke Hadramaut tidak lagi takut kepada Allah dan bimbang ancaman serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu terlalu gopoh.” (Hadis riwayat Bukhari)
Justeru, rintangan adalah asam garam kehidupan. Sebagai hamba Allah, kita wajib menerima ketentuan baik dan buruk dengan lapang dada. Selain itu kita wajib percaya Allah Maha Mengetahui lagi Maha adil terhadap hamba-Nya.
Manusia disuruh berikhtiar mengelak musibah dan kejadian buruk tidak diingini. Malah dalam sesetengah situasi, ketentuan Tuhan boleh dielakkan melalui senjata doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Lebih daripada itu, umat Islam secara khususnya diseru mendekatkan diri kepada Ilahi sebagai sumber kekuatan jiwa dalam menangani sebarang ujian mendatang. Pelbagai ujian daripada kematian, kekurangan makanan dan harta benda akan mewarnai kehidupan hinggalah ke akhirnya.
Renung-renungkan...
Petikan : BHarian 24/05/2011
Capaian entry berkaitan :
* Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
* Beriman kepada qada' dan qadar Allah SWT
* Lelaki baik cuma untuk perempuan baik saja?
Rabu, Ogos 24, 2011
Khasiat jagung
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Jagung adalah sejenis sayuran yang amat popular di seluruh dunia. Jagung banyak digunakan salam kebanyakan hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur. Selain rasanya yang sedap, jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran.
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.
Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.
Jagung = maize = Zea mays
Varieti jagung eksotik dikumpulkan untuk menambah kepelbagaian genetik apabila terpilih dalam pembiakan domestik yang baru.
Jagung berlainan jenis/varieti
Melalui kajian terkini telah mendapati kebaikan antioksidan daripada jagung variety berbeza sebenarnya datang daripada kombinasi fitozat yang berbeza. Bagi jagung berwarna kuning, semuanya adalah antioksidan karotenoid yang terdapat di dalamnya. Ia juga kaya dengan pekatan lutein dan zeaxanthin.
Bagi jagung berwarna biru, semuanya adalah berkaitan anthocyanin yang terdapat di dalamnya. Terdapat satu jenis asid hydroxybenzoic di dalam jagung berwarna ungu – asid protocatechuic – yang turut dikaitkan dengan aktiviti antioksidan kuat dalam variety ini yang menyebabkan warnanya menjadi ungu.
Pokok jagung matang
Pokok matang yang sedang mengeluarkan hasil
Batang jagung dan rambut/bulu
Tidak dapat dinafikan ramai yang menganggap jagung sebagai sumber makanan yang kosong atau sebagai snek ringan, tetapi sebenarnya jagung makanan yang kaya fitozat unit yang menyediakan pelbagai kebaikan antioksidan.
Jagung merupakan sumber baik vitamin C dan juga mineral mangan. Antioksidan fitozat dalam jagung terdiri daripada anthocyanin, beta-karotena, asid caffeic, asid coumarid, asid ferulic, lutein, asid syringic, asid vanilic, asid protocatechuic dan zeaxanthin. Jagung juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Dikatakan juga jagung rendah lemak karbohidrat, tinggi dalam serat, mengandungi asid folik, niacin, vitamin A, thiamine, vitamin B, asid panthothenic, fitokimia, vitamin E, zink, besi, mangan dan fosforus.
Biji jagung
Longgokan jagung di tapak tuaian di India
Kebaikan produk jagung
Minyak jagung
Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’ (jumlah keseluruhan kandungan minyak daripada setiap biji jagung adalah 4%).Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi,lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Tepung jagung
Biji jagung kering digiling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya. Kemudian ia digiling halus dan diproses untuk dibuat tepung. Tepung jagung sedap dibuat lempeng (pancakes), roti jagung dan kuih-muih. Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan sos atau kuah.
Empeng jagung
Emping jagung atau (corn flakes)adalah bijirin sarapan yang baik. Emping jagung adalah campuran jagung, ekstrak ‘malt’, garam, vitamin, zat besi dan anti-oksida yang boleh meningkatkan daya tumpuan, melawan keletihan dan mencegah anemia. Emping jagung rendah lemak dan diperkaya dengan vitamin A, C dan zat besi. Emping jagung selalu juga dijadikan sebagai bahan dalam membuat biskut, kek dan kuih-muih.
Bertih jagung atau ‘popcorn’
‘Popcorn’ merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat. Ia rendah kalori. Secawan ‘popcorn’ tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori. Walau ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja. ‘Popcorn’ bukan sahaja kaya dengan karbohidrat, rendah lemak tetapi berserat tinggi juga. Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan. American Dietetic Association menyenaraikan ‘popcorn’ sebagai snek berserat tinggi dalam senarai “10 Great Ways to Fiber Up”. The American Diabetes Association pula menyatakan bahawa ‘popcorn’ sebagai pengganti kanji dalam diet mengawal berat badan.
10 pengeluar jagung terbesar pada tahun 2009 | ||
Country | Production (tonnes) | Note |
333,010,910 | ||
163,118,097 | ||
51,232,447 | ||
20,202,600 | ||
17,629,740 | ||
17,300,000 | ||
15,299,900 | ||
13,121,380 | ||
12,050,000 | ||
10,486,300 | ||
World | 817,110,509 | [A] |
No symbol = official figure, A = Aggregate (may include official, semi-official or estimates).[24] |
bunga jantan
Jambak bunga jantan yang kecil yang dipanggil jumbai (tassel)
putik jagung muda
Baik untuk sistem penghadaman
Disebabkan kandungan serat yang tinggi, jagung dikatakan sesuai untuk dimakan bagi tujuan pencegahan penyakit berkaitan pencernaan seperti sembelit dan buasir. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam jagung juga dikatakan mampu membantu dalam mengurangkan risiko kanser kolon dan penyakit Alzheimer. Dikatakan jagung mampu membantu penyerapan air semasa pencernaan sekaligus memudahkan pergerakan usus.
Melindungi jantung
Niasin, asid folik dan vitamin C dikatakan mampu melindungi jantung daripada pelbagai masalah. Vitamin-vitamin ini boleh membantu mencegah pembentukan homosisteine (asid amino) dalam tubuh, sekaligus mencegah penyakit jantung yang tertentu. Ia juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko hipertensi dan membantu menstabilkan tahap gula. Kalori yang terdapat dalam jagung dikatakan mampu membantu tubuh dalam metabolisme seharian.
Bagus untuk ibu hamil
Fitokimia yang dikatakan mampu membantu menentang penyakit kronik turut ditemui dalam jagung. Thiamine membantu dalam mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif (perkembangan otak janin). Asid folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. Jagung juga dikatakan mampu mencegah kecacatan saluran neutral untuk bayi yang baru dilahirkan melalui cara pembekalan asid folik secukupnya kepada wanita hamil.
Memelihara kesihatan sel otak
Jagung merupakan sumber thiamin (vitamin B1) yang sangat penting bagi kesehatan sel otak dan fungsi kognitif sebab thiamin diperlukan untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi jika kadar zat ini menurun maka akan menyebabkan pikun dan penyakit Alzheimer. Kepikunan sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang menumpu, utamanya pada para pelajar. Oleh kerana itu, para remaja sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang tidak hanya sekedar mengisi perut, tapi juga menyehatkan bagi otak dan tubuhnya.
Jagung juga kaya akan asid pentotenat (vitamin B5) yang berperan dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk diubah menjadi energi. Ini bererti, jagung sangat disarankan bagi pengidap obesiti.
Memelihara kesihatan mata
Kandungan beta-karotena yang terdapat dalan jagung baik untuk kesihatan mata dan penglihatan.
Menentang kanser
Selain itu, kandungan antioksidan dalam jagung juga amat cukup untuk merendahkan risiko pelbagai penyakit kanser dan telah terbukti berkesan dalam menentang tumor kanser dalam tubuh terutamanya jenis kanser payudara dan limfa (hati). Asid ferulic jenis fenolik (zat anti kanser) dan anthocyanin yang terdapat dalam jagung dikatakan bertanggungjawab untuk bahan anti kanser yang membunuh setiap radikal bebas yang menguasai tubuh.
Jagung dikatakan bagus untuk para perokok kerana mengandung betacryptoxanthin yang dapat menurunkan risiko kanser paru–paru. Ketagihan terhadap rokok terkadang amat menyulitkan niat perokok untuk berhenti, namun jangan biarkan tabiat buruk ini memberi efek buruk bagi kesihatan terus-menerus.
Menurut Journal Cancer Epidemiology, biomarkers and prevention, mereka yang banyak mengambil makanan yang mengandung betacryptoxanthin terbukti mengalami penurunan risiko kanser paru–paru sebanyak 27%, hasil yang sama juga menunjukkan bahwa perokok yang mengambil jagung dalam diet mereka mengalami penurunan kanser paru–paru sebesar 37% dibandingkan dengan perokok yang kurang memakan jagung.
Lain-lain manafaat
Kulit dan rambut atau bulu (corn silk) jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan rambut halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.
Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung, kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah membuang air kecil. Malah, rambut jagung juga dikatakan mempunyai manfaat yang tersendiri kerana mampu mengatasi gangguan buang air kecil, termasuk rasa sakit ketika membuang air kecil serta
Pengunaan dalam industri kosmetik
Khasiat jagung tidak terbatas jika dimakan begitu sahaja. Untuk tujuan kosmetik, jagung turut mempunyai kebaikannya. Dikatakan jagung yang telah dijadikan tepung banyak digunakan dalam penghasilan kosmetik. Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sapu atau tampal untuk melegakan kerengsaan kulit. Malah, produk daripada jagung dikatakan boleh digunakan sebagai bahan ganti produk karcinogenik petroleum yang merupakan komponen utama dalam penyediaan kosmetik.
Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan jagung, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Laman-Seri : Sedikit perkongsian dengan pembaca. Jika anda berpeluang bercuti ke Cameron Highland, jangan terpedaya dengan penjual sayur yang banyak menjual jagung manis yang dikatakan ditanam di sana. Jagung yang dijual semurah 12 batang untuk RM20 sebenarnya jagung yang dibawa naik ke Cameron Highland dari bandar Ipoh dan sekitarnya.
Tips mengenali jagung manis Cameron :
* Jagung Cameron saiznya kecil sedikit dibandingkan jagung Ipoh
* Kulit luar jagung Cameron sangat mulus (seperti baldu) dan lembut manakala jagung dari Ipoh kulitnya keras dan kasar.
* Gigi jagung Cameron tidak berapa cantik (tidak lurus dalam barisan), warna gigi tidak sekata kerana terdapat warna kuning dan sedikit kuning cair menghampiri putih. Manakala jagung Ipoh giginya lurus tersusun rapi dan warnanya kuning hampir sekata.
* Jagung Cameron rasanya lemak-lemak sangat manis. Jagung Cameron boleh dimakan mentah dan tidak akan menyebabkan kembung perut. Manakala jagung Ipoh jika dimakan mentah, rasanya tidak semanis jagung Cameron dan boleh menyebabkan kembung perut.
Bukan hendak menyuruh memboikot jagung Ipoh, tapi alang-alang sudah naik sampai ke Cameron, dapatkanlah jagung Cameron asli/ori. Anda boleh mendapatkan tips membeli jagung Cameron ini daripada seorang peniaga (Melayu) jagung bakar di sana (tak ingat pula nama gerainya). Tiada niat provokasi, tapi jangan sampai tertipu dengan helah peniaga sayur Cameron yang hanya ingin mengaut keuntungan...
Sumber : MW#1444 dan En.Wikipedia ~ maize