PAGE

Jumaat, April 30, 2010

Tazkirah : Senarai 70 dosa besar

~ gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini... Kita sering melihat atau baca tentang salah-laku, kekejaman, kezaliman dan seumpamanya yang berlaku di hadapan mata kita dan umumnya, kita sering cepat-cepat menjadi hakim kepada perlakuan yang berlaku, tanpa mengambil kira adakah kita cukup sempurna untuk menjadi hakim kepada manusia lain. Patutkah kita menjadi hakim kepada orang lain, tanpa mahu menjadi hakim untuk diri sendiri?

Hari ini saya kongsikan senarai 70 dosa besar yang dipetik dari shuk1104-05 dan artikel dari Ust Mohd Zawawi Yusoh yang saya petik dari HMmetro 2009/12/30. Mudah-mudahan ia menjadi benteng atau pagar checklist untuk kita menilai semula tingkah-laku kita sama ada kita masih dalam landasan syariat dan panduan untuk kita dapat mengawasi diri agar tidak tergolong dalam orang yang melakukan dosa-dosa yang disenaraikan ini.

Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
  1. Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
  2. Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
  3. Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
  4. Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
  5. Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
  6. Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
  7. Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Untuk huraian lengkap setiap satu dosa, sila download bukunya di sini megaupload. [NB: Saya dah cuba masuk, tapi payah benar nak download... hemmm...]. Mengikut imam az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya ‘Al-Kabaair’, beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah.
  1. Syirik
  2. Membunuh Manusia
  3. Sihir
  4. Tinggal Sembahyang
  5. Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Tidak Berpuasa
  7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
  8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
  9. Memutuskan Silatulrahim
  10. Berzina
  11. Homosex
  12. Memakan Riba
  13. Memakan Harta Anak Yatim
  14. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
  15. Lari dari Medan Perang
  16. Sombong
  17. Saksi Palsu
  18. Meminum Arak
  19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
  20. Berjudi
  21. Menuduh orang baik melakukan Zina
  22. Menipu harta rampasan Perang
  23. Mencuri
  24. Merompak
  25. Sumpah Palsu
  26. Berlaku Zalim
  27. Pemungut cukai yang Zalim
  28. Makan dari kekayaan yang Haram
  29. Bunuh Diri
  30. Berbohong
  31. Hakim yang Tidak adil
  32. Rasuah
  33. Wanita yang menyerupai Lelaki
  34. Tidak Cemburu
  35. Cina Buta
  36. Tidak Suci Hadas kecil
  37. RIAK Mempamerkan Diri
  38. Ulamak Dunia (jahat)
  39. Khianat
  40. Mengungkit-Ungkit Pemberian
  41. Mangingkari Takdir
  42. Mencari Kesalahan Orang lain
  43. Menabur Fitnah
  44. Mengutuk Umat Islam
  45. Mengingkari Janji
  46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
  47. Derhaka kepada Suami
  48. Gambar pada Baju
  49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
  50. Mengganggu Orang lain
  51. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
  54. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
  55. Melabuhkan Pakaian
  56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
  57. Hamba Lari dari Tuan
  58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
  59. Menjadi Pak Sanggup
  60. Berdebat dan Bermusuh
  61. Enggan Memberi Kelebihan Air
  62. Mengurangkan Timbangan
  63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
  64. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
  65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
  66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  67. Mengurangi Wasiat
  68. Menipu
  69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
  70. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda

Allah juga berfirman, maksudnya, “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya, “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya, Allah berfirman maksudnya, “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah ayat 206)

Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya, “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadalah ayat 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun.”

Semoga Allah menjaga kita dari terlibat dengan dosa-dosa ini. Sama-samalah kita memohon keampunan Allah jika kita telah melakukan dosa-dosa ini, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amiin.




Capaian entry berkaitan :

Kaedah penentuan harga menurut Islam

Islam tidak melarang peniaga mengambil untung tetapi jangan sampai menindas pengguna. - Gambar hiasan

HARGA memainkan peranan penting dalam menentukan keuntungan kepada penjual. Semakin tinggi harga barang, maka semakin tinggi keuntungan yang diraih oleh entiti yang mengeluar, menjual dan memasarkan barangan tersebut. Namun, ramai yang tidak memahami bahawa setiap kali mereka menaikkan harga barang, maka semakin meningkat bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Maknanya keuntungan yang berlipat-kali ganda akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Islam amat menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan. Ia selaras dengan salah satu sifat Allah, iaitu Maha Adil. Sekiranya diperhatikan dan diselidiki secara mendalam terhadap hukum-hakam Allah, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak nilai-nilai Islam yang dipaparkan secara tersurat dan tersirat.

Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belitkan, atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Nisa' ayat 135)

Sejajar dengan itu, Islam juga mengharamkan kezaliman. Bahkan, Allah menegah daripada cenderung atau menyokong perbuatan zalim walaupun ia dilakukan oleh orang lain.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Surah Hud ayat 113)

Dalam membicarakan kaedah penentuan harga, sebenarnya tiada dalil dari nas al-Quran dan hadis secara jelas yang khusus menyentuh tentangnya. Namun, kita boleh menggunakan garis panduan umum berdasarkan prinsip menegakkan keadilan dan menolak kezaliman sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini. Maka kaedah paling tepat dalam penetapan harga ialah jangan sampai menyebabkan ada pihak yang dizalimi.

Harga yang diletakkan kepada sesuatu barang yang ingin dikeluarkan jangan sampai menindas pengguna dan jangan mengabaikan hak penjual untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya, ia mestilah berada di pertengahan. Ini sejajar dengan sifat 'ibadurrahman (hamba Allah) yang bersifat pertengahan dalam melakukan perbelanjaan sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Quran: Dan (hamba-hamba itu) apabila berbelanja tidak boros dan tidak kedekut, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian. (Surah al-Furqan ayat 67)

Penetapan harga juga perlu berdasarkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk. Di sinilah pentingnya kejujuran dan ketelusan di pihak peniaga atau penjual. Kadang-kadang ada di antara kita yang sanggup meniru atau menciplak produk lain sehingga seakan-akan sama. Lalu diletakkan harga yang sama untuk mengabui pengguna.

Maka berlakulah suasana yang tidak harmoni di antara pihak penjual dan pembeli. Justeru, letakkanlah harga berdasarkan kualiti sebenar barangan tersebut. Janganlah disebabkan keghairahan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda, kita sanggup menipu para pengguna.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah ayat 188)

Namun begitu, kita perlu menyedari bahawa turun-naik harga berlaku akibat dari aktiviti permintaan dan penawaran di pasaran. Salah seorang ulama tersohor dalam bidang fiqh dan siasah syar'iyyah, Ibn Taimiah (1263-1328) mempunyai gagasan yang jelas tentang persoalan menetapkan harga.

Ibn Taimiah atau nama sebenarnya Taqiad-Din Abul Abbas Ahmad ibn Abd. al-Halim ibn Abd. as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani menekankan bahawa sesiapa sahaja termasuk kerajaan tidak boleh terlibat dalam mengaturkan harga. Ia perlu diserahkan kepada proses normal yang bersandarkan aktiviti pasaran semasa.

Teori yang sama juga dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) melalui karyanya Wealth of Nation iaitu menyerahkan penentuan harga kepada pasaran bebas. Beliau mengkritik pihak kerajaan yang cuba masuk campur dalam proses penetapan harga.

Pada pandangan saya, kita perlu meraikan harga pasaran dalam menetapkan harga produk yang ingin dijual sekiranya produk-produk sama atau hampir sama spesifikasinya sudah wujud di pasaran. Namun, kadang-kala pihak kerajaan juga perlu campur tangan dalam meletakkan harga. Contohnya harga siling sesuatu barangan keperluan harian untuk menyeimbangkan keperluan pengguna dan kehendak peniaga-peniaga. Tanpa kawalan ini, maka peniaga yang tamak pastinya akan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan bebanan pengguna.

Namun begitu, penjual diharus menaikkan sedikit harga melebihi harga pasaran jika produk tersebut mempunyai nilai tambah (value added). Ini menyebabkan produk berkenaan mempunyai perbezaan dan keistimewaan berbanding dengan produk-produk yang sama di pasaran.

Sebagai contoh, harga sebuah rumah di sebuah lokasi adalah RM150,000. Namun, kerana pemilik rumah itu mahu menjualnya bersama dengan perabot beserta reka bentuk dan dekorasi yang sangat cantik, maka beliau diharuskan menjualnya dengan harga RM200,000 atau lebih.

Islam tidak mengehadkan nisbah untung yang boleh diambil oleh pihak penjual. Sebagai contoh, sekiranya rumah yang dibeli dengan harga RM50,000 pada 10 tahun dahulu, mungkin dapat dijual dengan harga RM1 juta pada masa sekarang.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan aplikasi tersebut diharuskan. Antaranya, pembangunan yang pesat di kawasan tersebut atau lokasi yang strategik seperti adanya pasar raya, pengangkutan awam, sekolah dan kemudahan hospital. Oleh itu, permintaan terhadap rumah di kawasan tersebut meningkat.

Rasulullah SAW pernah membenarkan peniaga meningkatkan keuntungan sehingga melebihi 100% dari harga asal.

Ini dapat dilihat melalui Hadis Urwah Al-Bariqi; Sesungguhnya Nabi SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (Hadis riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadis ini jelas memaparkan bahawa Urwah al-Bariqi telah membeli dua ekor kambing tersebut dengan harga setengah dinar. Namun, beliau menjualnya pula dengan harga satu dinar iaitu 100 peratus nilai untung yang diambil. Rasulullah SAW telah mengiktiraf perbuatan tersebut dan mendoakan Urwah al-Bariqi.

Kesimpulannya, penetapan harga banyak bergantung kepada kejujuran dan ketelusan penjual di samping melihat harga pasaran semasa. Maka janganlah kita terlalu tamak untuk mendapatkan keuntungan berlebihan sehingga sanggup untuk menaikkan harga barang secara melampau-lampau.

Sumber : Wan Jemizan Wan Deraman di Utusan 28/04/2010


Allah menegur perbuatan Rasulullah

gambar hiasan

Manusia yang baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Mukadimah

SURAH ini termasuk dalam surah makkiah. Diturunkan selepas surah al-Najm. Dalam surah terdahulu dinyatakan berkenaan hari kiamat, manakala dalam surah ini pula menceritakan perihal orang yang mengambil manfaat daripada peringatan itu.

Firman Allah SWT: Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta.

Ibn Ummi Maktum datang menghadap Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika itu baginda asyik bercakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Utbah dan Syaibah, kedua-duanya ialah anak Rabi'ah, Abu Jahl Ibn Hisham, Abbas Ibn Abd al-Mutallib, Umayyah Ibn Khalaf dan al-Walid Ibn al-Mughirah untuk diajak kepada Islam, diberi peringatan tentang kedatangan hari kiamat, kekuasaan Allah SWT dan diharapkan sebagai orang yang akan menerima balasan baik jika menganut Islam.

Rasulullah SAW amat mengharapkan agar seruannya itu diterima kerana baginda mengetahui andainya mereka menganut Islam pasti ramai yang akan mengikut mereka.

Ini kerana kuasa kepimpinan bangsa Arab terletak di tangan mereka. Ketika baginda asyik bercakap-cakap, tiba-tiba Ibn Ummi Maktum mencelah, katanya: "Ya Rasulullah, bacakan dan ajarkanlah aku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada tuan."

Berulang kali ucapan itu disampaikan tanpa dia mengetahui kesibukan baginda bersama-sama tokoh kaum yang sedang berbicara sehingga baginda berasa tidak senang hati apabila percakapannya disampuk dan nampak rasa kurang selesa pada raut wajah baginda lalu berubah mukanya menjadi masam lantas ia berpaling.

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepada-Nya.

Syed Qutb berkata: Tahukah engkau barangkali hati lelaki akan disinari nur Allah yang akan mengubahnya menjadi rumah nur yang sentiasa menerima nur dari langit?

Kebajikan ini akan menjadi kenyataan apabila ada hati yang membuka pintunya untuk menerima hidayah dan apabila hakikat iman terpacak kukuh di dalam hatinya. Inilah persoalan agung dalam neraca pertimbangan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran). Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Ibn Kathir berkata: Engkau tidak dituntut melakukan hal tersebut jika ia tidak membersihkan dirinya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang segera datang kepada-Mu. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

Al-Maraghi berkata: Ternyata engkau mengabaikan permintaannya.

Firman Allah SWT: Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. Wasiat ini berlaku sama kepada seluruh umat manusia dalam menyampaikan ilmu baik antara orang mulia mahupun orang yang hina.

Qatadah dan al-Suddi mengatakan: Iaitu al-Quran. Ini bagi yang sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT: (ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), (terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz (malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Al-Maraghi berkata: Peringatan itu telah dicantumkan dalam kitab Allah SWT yang mulia lagi tinggi, suci dari sebarang kekurangan, tidak bercampur dengan unsur-unsur kesesatan dan diturunkan kepada nabi melalui para malaikat, kemudian peringatan itu diteruskan kepada seluruh manusia.

Penutup

Syed Qutb berkata: Ayat-ayat al-Quran itu mulia dalam semua pertimbangan dan mulia dalam suhuf-suhufnya. Ia dijunjung tinggi dan suci.

Ia diserahkan kepada utusan-utusan para malaikat ang tertinggi, mulia dan taat setia untuk dikirimkan kepada para rasul yang terpilih di bumi supaya disampaikan kepada penghuni-penghuninya.

Itulah sifat malaikat yang mulia dan taat setia. Ayat-ayat itu amat mulia dan suci dalam segala perkara yang dibicara dan disentuh olehnya.

Ayat-ayat tersebut sungguh mulia dan tidak ditawarkan kepada orang-orang yang enggan menerimanya dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak memerlukannya. Ia untuk orang yang mengiktiraf kemuliaannya dan mahu membersihkan diri dengannya.

Penjelasan ayat ini merupakan neraca Allah untuk pertimbangan manusia dan kedudukan mereka dan hanya Dia yang mampu mengatur segala-galanya.

Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Utusan


4 jenis manusia tidak masuk syurga secara terus


Assalamualaikum warahmatullah,

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Empat (macam manusia) tidak Allah SWT masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya.” (Riwayat Al-Hakim)

4 jenis manusia ini tidak masuk syurga melainkan mereka bertaubat, jika tidak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam syurga (orang yang mempunyai iman tetap masuk syurga).

1. Peminum arak

Dari Malik Al-Asy’ari berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suatu masa nanti, orang-orang dari umatku akan minum arak yang mereka beri nama lain……” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Minum arak menyebabkan pintu langit ditutup bagi peminumnya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari (amalannya tergantung dan tidak diberi pahala). Saintis juga mengatakan bahawa kesan dari arak dalam tubuh manusia hanya hilang setelah 40 hari.

Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, Rasulullah SAW bersabda jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak.

2. Pemakan riba

Allah istihar perang terhadap orang yang makan riba dengan sengaja:
“Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Surah al-Baqarah ayat 279)

Riba itu melibatkan dosa dengan Allah dan makhluk, terutama orang miskin kerana menganiayai mereka. Mengambil kesempatan ke atas orang miskin hukumnya haram. Bahkan dosa riba lebih besar dari dosa meniduri ibu dan 36 kali zina bagi setiap dirham riba.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bemaksud, “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad)

Bukan saja pemakan, bahkan mereka yang terlibat dengannya, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)

Dalam mazhab Hanafi dibolehkan mengambil riba daripada golongan kafir di negeri kafir, berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud, “Tidak dikira riba yang diambil daripada orang kafir di negeri kafir.” (suka sama suka dan secara sukarela di antara mereka). Mazhab-mazhab lain tetap mengharamkannya.

3. Menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak

“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya) dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).” (Surah an-Nisaa’ ayat 6)

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.” (Surah an-Nisaa’ ayat 10)

Sebaliknya jika mereka menguruskannya secara baik: Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan). (Hadis riwayat Bukhari)

4. Penderhaka pada ibu bapanya

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Rasulullah SAW bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya.” Sabda Rasulullah SAW : Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya).” (Surah Luqman ayat 1)

Dalam sebuah riwayat diceritakan ketika Rasulullah SAW sedang berehat di atas pelamin di syurga, datang Malaikat Jibril memberitahu, “umatmu masih ada dalam neraka.” Lalu Baginda terperanjat dan terus menaiki ke buraq untuk ke neraka dan bertanya, “Apakah kesalahannya?” “Dia seorang anak yang derhaka.” “Kalau begitu aku membuat syafaat ke atasnya.” Namun syafaat itu dinafikan Allah kerana ini adalah kes di antara anak dan ibubapanya. Kemudian Baginda menaiki kuda yang bersayap delima merah untuk ke syurga bagi menemui ibubapanya untuk mengampunkan dosanya. Namun ibubapanya itu enggan mengampunkannya kerana kesalahannya di dunia dahulu. Lalu Baginda berdoa meminta agar Allah membuka hijab dan menunjukkan seksaan ke atas anaknya itu kepada ibunya. Apabila melihat anaknya yang terseksa itu, kembalilah naluri keibuannya dan dimaafkan anaknya itu.

Jagalah hati kedua ibubapa dan bantulah mereka khasnya semasa mereka amat memerlukan pertolongan anaknya.

Sumber : NasbunNuraini


Khamis, April 29, 2010

Menikmati kelazatan ibadat dengan sabar


Jangan cuba sekali-kali imbas perlakuan maksiat, sejarah buruk yang pernah dilakukan


INDIVIDU yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi apa juga bentuk konflik sama ada rumahtangga, kerjaya mahupun apabila difitnah. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting untuk setiap makhluk menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.

Sabar bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah, banyak kali pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan.

Menurut Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran. Menurut beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman malah juga surah yang menerangkan cara hidup mukmin.

Menurut Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Din, ada 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan yang bertakwa.

Dalam Surah An Nahl ayat 126-127 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”

Banyak hadis Rasulullah SAW menceritakan kepada kita betapa ganjaran, kelebihan dan kebaikan yang Allah SWT anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kebaikan sabar, mafhumnya: “Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak.”

Sememangnya sifat sabar dalam pelbagai situasi yang Allah SWT bekalkan kepada setiap hamba-Nya dan paling utama ialah sabar dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah SWT. Ia hendaklah disertai dengan sifat ikhlas dan usaha bersungguh-sungguh. Kadang-kala kita berasakan bahawa mudah untuk melakukan sesuatu ketaatan. Kita boleh menunaikan solat setiap hari, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji dan umrah, tetapi adakah semuanya itu dilakukan dengan ikhlas?

Jika tidak, maka belum tentu kita sanggup bersabar sekiranya wujud halangan untuk menunaikan ibadah berkenaan, seperti cuaca yang terlalu sejuk untuk mengambil wuduk, terlalu panas untuk berpuasa atau meninggalkan anak di tanah air untuk menunaikan rukun Islam yang kelima di tanah suci. Akhirnya, bila berada dalam keadaan sukar, kita melalaikan kewajipan.

Nabi SAW dan sahabat contohnya, mampu ke masjid Nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana sejuk serta panas namun mereka tetap tidak melepaskan peluang untuk merebut pahala solat tahajud dan qiamullail sehinggakan mereka rasa begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajud kian berakhir, sehingga ada di kalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir kerana takut tidak berkesempatan untuk beribadah keesokan harinya.

Kelazatan beribadat sudah sebati dalam jiwa mereka dan kesabaran dalam melaksanakan ibadat berada di kemuncak tertinggi di sisi Allah SWT. Seorang ahli tasawwuf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori, yang sepanjang hidup beliau sentiasa beribadat, tidak mahu sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun.

Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk. Apabila ditanya, beliau mengatakan bahawa ingin terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiyam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai dan beliau sabar menghadapi kepayahan kerana nikmat yang mengatasi.

Sabar daripada melakukan perkara maksiat juga sukar kerana ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam membicarakan masalah ini memberikan suatu peringatan dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang dilakukan dulu kerana dosa dan maksiat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh membuatkan kita rindu.

Jelas, perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan daripada kita untuk meninggalkan segala ingatan berkenaan. Orang yang sentiasa berada di bawah peliharaan Allah SWT tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap ujian hidup yang bertimpa-timpa, malah mereka menganggap semua menjadi sebab untuk menjadikan diri mereka lebih baik daripada sebelumnya.

Justeru, orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa dan mereka inilah yang akhirnya sabar walau dihalang dan kuat walau ditentang.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom

Sumber : Nik Salida Nik Saleh di BHarian 01/04/2010


A family's anguish

Norsiah Mohammad 61 during her press conference regarding her son shoot death by policeman.. SUNpix : Kamariduan Mohd Nor


SHAH ALAM (April 27, 2010): The only "crime" a 15-year-old student Aminulrasyid Amzah committed which cost him his life was to drive his sister's car without a driving licence.

His family is shocked not just over the way he was killed but how he had been portrayed as a hardcore criminal by police who shot him the end of a high-speed chase near his house at Section 2 yesterday morning. Aminul died from a gunshot wound to the back of the head.

Aminulrasyid Amzah

At a press conference at her double-storey corner house today, his mother Norsiah Mohammad, 60, said her youngest child was a bubbly teenager who loved and excelled in sports.

"How could he possibly be a criminal. Look at his photo. He was active in co-curricular activities in school especially sports and took part in many religious events. He was a good son. I know my son well. How could the police shoot him for just driving without a licence. We want to know the truth and we want action taken against those responsible for his death," she told a press conference.

Norsiah said the family was unaware Aminul, the youngest of eight siblings, left his house on Jalan 2/1G without their knowledge about midnight in his sister Tuty Shaninza Anon's Proton Iswara. They later learnt that Aminul had fetched his classmate and both of them had gone to a restaurant at Section 7 to watch a football match on TV.

Aminul's uncle, Kamaruddin Hassan who is Umno Federal Territory's working committee secretary, said at about 1.30am the teenagers were returning home when Aminul grazed another car and sped off. He said a motorcyclist believed to be a friend of the motorist gave chase.

He said when Aminul stopped at a junction, the motorcyclist crashed into the rear of the car and fell. Kamaruddin said a passing patrol car saw the incident and gave chase. During the the high-speed chase, which was joined by another patrol car, the policemen shot out the Iswara's tyres of the Iswara.

He said about 100m from the house, the car came to a stop after crashing into a tree and a concrete wall opposite a bungalow with the front wheels lodged in a drain. Kamaruddin said he learnt this is where the policemen stepped out and opened fire, killing Aminul. His classmate fled the scene and called his family.

Norsiah Mohammad 61 during her press conference regarding her
son shoot death by policeman..SUNpix : Kamariduan Mohd Nor

"They are teenagers who panicked in the situation. Why did the police have to open fire without checking?" Kamaruddin asked.

Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar was quoted as saying that police found a parang in the car. Tuty's husband, businessman Muzafar Mahali, 36, said police called his house in Klang at about 3am yesterday and asked if the car belonged to him. When he asked the reason, they said it was involved in a "case". He then called his wife who was at her mother's. At about 11am, the family was told to go to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang, to identify Aminul's body.

"We were stunned. One moment I saw my brother all smiles and laughter and then next thing he is dead. The car was my husband's and I was using it. How can the police say there was a parang in it? Why would I be carrying a parang? There was only an umbrella, and no weapons," said Tuty.

Tuty's father Amzah Che Mat, a former army officer and a retired operations director of a logistics company, died in 2004. Aminul is the nephew of Maybank Berhad CEO Datuk Johar Che Mat. Aminul's friend is believed to be the son of a policeman. Also present at the press conference was Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar, who is Selangor Umno chief, Puchong MP Gobind Singh and lawyers N. Surendran, and Latheefa Koya, both appointed by the family.

The family also lodged two reports at the Shah Alam district police headquarters today.

Selangor police chief DCP Datuk Khalid Abu Bakar said the four policemen involved had been reassigned to desk duties pending investigations. He said the case was classified as murder and was handled by an officer from the state police headquarters. He said he was personally overseeing the investigations.

"I give my assurance that we will do a thorough probe and will take stern action against my men if they had not observed standard procedures in discharging their firearms. If there a need we will hand over this case to Bukit Aman for further investigations. There will be no cover-up. We want to know the truth too. I am keeping the IGP (Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan) updated on each progress of our probe. He has called me more than a dozen times today and is very concerned over what has happened," he said.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein announced in Kajang that a special panel headed by his deputy will carry out a thorough probe into the shooting. He said Datuk Wira Abu Seman Yusop's panel will carry out a transparent probe to determine what prompted the shooting. He said the probe would cover all aspects, without hiding any fact to ensure justice for all.

"I'm not only sad but am also surprised at what had transpired, especially when the incident involved a student who was only 15 years old. I give my assurance that the probe will be transparent. We will investigate all aspects, including the need for the police to shoot at that time," he said after attending a gathering with members of the Prisons Department Board of Visitors at Kajang Prison, reports Bernama.

Source by Charles Ramendran at thesundaily




Related article :

Rabu, April 28, 2010

Penawar hati gelisah


Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu Masu’d membalas, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.

Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Demikian penawar hati gelisah; kadang-kala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah, tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah SWT, “Jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)

Renung-renungkan!



Capaian entry berkaitan :
  1. Tajdid Iman: Kesedihan tanpa kawalan punca kehancuran insan
  2. Hati umat Islam berkarat jika meninggalkan zikir
  3. Mencari ketenangan hidup
  4. Kembalilah kepada Allah SWT
  5. Taati Allah ubat gelisah

KTM perkenal koc khas untuk wanita


EMU 35 ~ gambar hiasan (sumber)



Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi tadi, melangkah keluar dari komuter di Setia Jaya, saya baru terperasan banner PiNK color, ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’. Wahh... Baguslah, sekarang sudah ada koc khas untuk wanita SAHAJA... muah muah muah...

Secara peribadi, sebagai pengguna komuter, koc wanita amat perlu bagi menjamin keselesaan, keselamatan dari segi islamik. Difahamkan, banyak aduan diterima di mana penumpang wanita di perkhidmatan KTMB dan LRT mengadu mereka diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan ini terutama di waktu puncak (peak). Biasalah, dalam keadaan bersesak-sesak, hadap-mengadap dan tergesel situ-sana-sini... agaknya ada la yang terasa gatal dan mulalah adegan mengambil kesempatan.

Alhamdulillah... Jazakallahu khairan... Jutaan terima kasih diucapkan kepada AP18 (Kulim Baharu) Tn Zulkifli Noordin atas cadangan beliau mewujudkan kemudahan sebegini untuk kaum wanita. Rujuk koc-wanita. Menurut sumber ini lagi, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Wahhh, bagusnya... Jangan lupa, dengan adanya koc khas untuk wanita ini kita tidak lagi berhadapan dengan satu lagi perkara yang paling tidak kurang pentingnya, TiADA lagi ancaman bau busyuk terutama bila waktu puncak semasa pulang dari kerja!!! Hik.. hik...

Syabas juga untuk KTMB kerana perihatin dan bertimbang-rasa kepada pengguna wanita yang menjadi penyumbang utama kutipan bayaran tiket KTMB!

Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula esok

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama

Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :

KTM perkenal koc khas untuk wanita

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan dikeluarkan KTM Bhd, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa.


Selasa, April 27, 2010

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah

Assalamualaikum,

Terkejutnya bila saya baca berita remaja yang ditembak mati ini. Bukan apa, saya memang mengenali Allahyarhamhu ayahnya, Amzah Che Mat, ex-boss saya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)…


Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi ini selepas cuba melarikan diri apabila terserempak dengan anggota peronda polis. Aminulrasyid yang menaiki kereta Proton Iswara dipercayai mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di belakang kepalanya.



Kakak tak percaya adik jadi penjenayah

KLANG: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.

SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.

“Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid. Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian. Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,” katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya. [NB : Ya Allah... Kejamnya si pemembak... mengapa di kepala?!]

Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.

“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki. Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini. Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.

“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang. Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka. Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.


Anggota keluarga dan rakan-rakan mengusung jenazah Aminulrasyid Amzah, 15, ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang semalam (26/04).



SHAH ALAM, 26 April: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini. Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

NB : Kalau tak silap, polis tak boleh lepaskan tembakan sewenang-wenangnya, MELAINKAN ada tanda-tanda yang suspek membawa senjata berbahaya. Tembakan juga perlu dilakukan dengan tertib, tembak ke atas sebagai amaran. Saya yakin, jika Amin (yang dikatakan suspek) masih dalam kereta dan cuba 'mengundurkan' kereta, sudah tentu tangannya memegang gear knob dan stearing.... Jadi kenapa polis tembak Amin?

Harap PDRM telus dalam menjalankan siasatan. Kita tidak mahu ada lagi remaja menjadi mangsa KECUAIAN pihak berkuasa...



Isnin, April 26, 2010

Adakah kita muslim sejati... atau munafik?


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini kita berkongsi perihal golongan munafik. Kita kadang kala menyebut, Jangan jadi munafik, ketika berhadapan dengan rakan yang suka KUAT berbohong, tetapi apakah yang kita faham akan golongan munafik? Adakah berbohong sahaja yang boleh dikaitkan dengan munafik?

Kita mengucap syahadah sekurang-kurangnya 9 kali sehari dalam solat wajib yang kita kerjakan sehari-hari. Namun adakah perbuatan dan percakapan kita selari dengan apa yang kita ucapkan dan memenuhi kehendak syarak? Semoga entry kali ini menjadikan checklist untuk kita renungi kembali sama ada kita benar-benar berkelakuan sebagai seorang Muslim yang selayaknya, ataupun kita seorang munafik seperti yang disebutkan seperti dalam hadis yang disebutkan dalam entry ini.

Golongan munafik wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Mereka berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi hakikatnya hati mereka menyimpang daripada Islam. Firman Allah bermaksud, “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah’. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah al-Munafiqun, ayat 1)

Dalam al-Quran, Allah menerangkan dengan jelas perihal orang Munafik malah menamakan satu surah, al-Munafiqun bagi menggambarkan bahayanya golongan itu. Pada zaman Rasulullah SAW, mereka sentiasa berdolak-dalih apabila diminta keluar untuk berjihad ke jalan Allah.

Allah SWT merakamkan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang yang munafik yang dikatakan kepada mereka. Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga, dan harta benda kamu)”... Mereka menjawab: “ Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang , tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 167).

Allah SWT berfirman bermaksud: Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali. (Surah an-Nisaa', ayat 142)

Rasulullah SAW menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga;
1. apabila berkata ia berdusta,
2. dan apabila berjanji ia mungkir,
3. dan apabila diberi amanah ia khianat.”


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu :

1. apabila dipercayai ia khianat,
2. apabila bercakap ia berdusta,
3. apabila berjanji ia mungkir dan
4. apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).”


(Hadis riwayat Bukhari)

Pengkelasan golongan munafik

Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua :

Pertama, munafik I’tiqad iaitu kepercayaan dalam hati. Dalam bahasa mudahnya, ia berkaitan pegangan terhadap pokok (asas) iman. Golongan munafik hanya beriman kepada Allah secara luaran. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya. Golongan itu terkeluar daripada agama Allah, kekal dalam neraka sekiranya tidak perbetulkan i'tiqadnya dan mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Firman Allah bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: ‘Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8)

Yang kedua disebut munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan.
Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan seseorang itu bertaubat kepada Allah. Walau bagaimanapun, golongan ini akan dimasukkan ke syurga setelah diazabkan di dalam neraka.

Daripada dua hadis yang disebutkan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi pegangan golongan munafik kadang-kadang dihadapi oleh kita sendiri, sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Contohnya ialah suka berbohong atau menipu, mungkir janji atau mengkhianati amanah yang dipertanggungjawapkan di atas bahu kita.

Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah muhasabah diri dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan. Lagi ciri-ciri munafik yang dipetik dari ustazmelaka.net.

50 tanda-tanda orang munafik mengikut al-Quran dan as-Sunnah
  1. Malas beribadah kepada Allah SWT - Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.
  2. Lupa kepada Allah
  3. Melalaikan solat fardu - Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.
  4. Mempercepatkan pergerakan solat - Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yang munafik.
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah -Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi -Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma’ruff.
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan -Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.
  10. Mengamalkan riyak
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah -Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.
  16. Mencaci maki -Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit pemberian kepada orang yang menyakiti hatinya -Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela dalam Islam.
  19. Mengingkari qadar (takdir) Allah -Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah.
  20. Mempersendakan kesucian agama -Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
  21. Enggan berjihad
  22. Menghina sahabat Rasulullah SAW -Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik
  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguhkan pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual beli -Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak di mana menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.
  26. Ghasab -Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.
  27. Bergaul dengan orang yang memperolokkan al-Quran
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa -Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.
  31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
  32. Menghalangi orang dari mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang lain
  34. Bermuka dua -Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenar
  36. Sombong antara sesama manusia
  37. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah -Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianat sesuatu amanah
  43. Memutuskan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum Muslimin
  45. Menghalalkan yang haram
  46. Membuat kerosakan di muka bumi
  47. Menuduh orang beriman - Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurang ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.
  48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah
  49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
  50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman
Amat wajar kita berusaha sedaya upaya kita menghindari diri daripada terjerumus ke arah ciri-ciri munafik seperti yang disenaraikan seperti di atas kerana sifat-sifat yang disebutkan itu boleh membahayakan akidah dan kita tentu sekali tidak mahu balik kampung akhirat dengan tangan kosong. Lalu, ke manakah kita akan pergi nanti?

Imam al-Ghazali pernah menyebut, Sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan, tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan.

Secara fitrahnya, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Sudah tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah.

Persoalannya :
  1. Adakah kita melakukan segala perbuatan dengan cara yang betul menurut kehendak Islam?
  2. Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya?
Persoalan ini hanya mampu dijawab dengan positif bagi mereka yang memiliki iman yang kukuh. Apakah tindakan kita selama ini seperti golongan munafik ini?

Bagaimanakah kita dapat menghadapi golongan munafik ini?

Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita sendiri yang mencemarkan Islam.

Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik.

Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik. Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah at-Talak ayat 2)

Renung-renungkan!



Capaian entry berkaitan :
  1. 10 Perangkap Syaitan
  2. Jangan bohong!
  3. Tiada istilah ‘bohong sunat’
  4. Pertimbangan iman asas hadapi dugaan
  5. Tegur, nasihat hindar diri daripada sifat munafik
  6. Bahagia dengan Husnul Khatimah, Sengsara dengan Su'ul Khatimah
  7. Harus poligami hanya kepada yang layak
  8. Elakkan fitnah - 7 dosa besar

Bayi susu ibu IQ tinggi



SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

“Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama. Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,” katanya.

Menurutnya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi. Susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

“Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,” jelasnya.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

“Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu. Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat. Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal.”

“Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,” tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

“Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat,” katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar. Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi. Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu.




Sumber : UM 20/04/2010

Budak perempuan mati selepas 4 hari kahwin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ketika mengumpul bahan tentang 'bunuh diri', saya terserempak dengan artikel pendek ini. Teringat kisah adik Siti Zubaidah yang dikahwinkan oleh ayahnya, dalam posting yang lalu. Sebab itulah saya sangat tidak setuju kanak-kanak dinikahkan. Lelaki zaman sekarang GELOJOH, memang tidak boleh dibandingkan dengan akhlak Nabi SAW.

Semoga penyakit 'gila' kaum lelaki sebegini tidak menular ke Malaysia. Ya Allah, selamatkanlah anak-anak kami daripada ancaman pelik punya species. Amiin.


SAN'A, 9 April - Seorang kanak-kanak perempuan Yemen meninggal dunia ekoran kecederaan di bahagian kemaluan empat hari selepas majlis perkahwinannya yang diatur oleh keluarga.

''Kanak-kanak berusia 13 tahun dari wilayah Hajja di barat laut bandar ini meninggal dunia pada 2 April selepas empat hari berkahwin dengan seorang lelaki berusia 23 tahun,'' kata jurucakap Sisters Arab Forum for Human Rights, Majed al-Madhaji.

Satu laporan perubatan Hospital al-Thawra berkata, terdapat kesan koyak pada kemaluan kanak-kanak berkenaan selain pendarahan yang teruk. Pihak berkuasa Yemen telah menahan suami kanak-kanak berkenaan.

Kumpulan hak asasi itu berkata, kanak-kanak berkenaan dikahwinkan dalam satu persetujuan nikah silang membabitkan dua lelaki dan adik perempuan mereka untuk mengelakkan pembayaran besar mas kahwin. [NB : Macam SIOT aje, nak mengelak bayar mas kahwin! Boleh?! Mas kahwin (mahar) itu WAJIB!]

Menurut kumpulan itu, amalan tersebut merupakan perkara biasa di negara ini, yang dibelenggu kemiskinan ketara. Kemiskinan memainkan peranan dalam usaha menghapuskan amalan tersebut kerana keluarga miskin kerap tidak mampu berkata tidak kepada mas kahwin melibatkan ratusan dolar bagi anak perempuan mereka.

Lebih satu perempat perempuan di Yemen berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun, menurut satu laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial tahun lalu. Adat resam turut memainkan peranan termasuk persepsi bahawa pengantin muda boleh dibentuk menjadi isteri yang baik dan memberikan lebih banyak zuriat.

Pada Februari 2009, satu undang-undang yang menetapkan 17 tahun sebagai had umur minimum untuk berkahwin telah diperkenalkan, namun ditarik balik dan dihantar kembali ke jawatankuasa Parlimen untuk semakan semula selepas beberapa ahli Parlimen menyifatkannya sebagai tidak menuruti kehendak Islam.

Jawatankuasa berkenaan dijadual membuat keputusan muktamad mengenainya bulan ini.

Sebahagian daripada mereka yang membantah undang-undang tersebut menganggotai jawatankuasa berkenaan.

Lebih mengusutkan keadaan ialah ketidakupayaan kerajaan Yemen yang lemah untuk berhadapan dengan golongan penentang itu yang sokongan mereka amat diperlukan oleh kerajaan untuk terus berkuasa. - AP

Sumber : Utusan 10/04/2010




Capaian entry berkaitan :