Assalamualaikum,
Terkejutnya bila saya baca berita remaja yang ditembak mati ini. Bukan apa, saya memang mengenali Allahyarhamhu ayahnya, Amzah Che Mat, ex-boss saya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)…
KLANG: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.
“Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid. Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian. Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah,” katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya. [NB : Ya Allah... Kejamnya si pemembak... mengapa di kepala?!]
Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.
Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.
“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki. Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini. Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.
“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang. Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka. Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.
SHAH ALAM, 26 April: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.
Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini. Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.
Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.
NB : Kalau tak silap, polis tak boleh lepaskan tembakan sewenang-wenangnya, MELAINKAN ada tanda-tanda yang suspek membawa senjata berbahaya. Tembakan juga perlu dilakukan dengan tertib, tembak ke atas sebagai amaran. Saya yakin, jika Amin (yang dikatakan suspek) masih dalam kereta dan cuba 'mengundurkan' kereta, sudah tentu tangannya memegang gear knob dan stearing.... Jadi kenapa polis tembak Amin?
Harap PDRM telus dalam menjalankan siasatan. Kita tidak mahu ada lagi remaja menjadi mangsa KECUAIAN pihak berkuasa...
teruk betul polis-polis nie!
BalasPadamikut suka hati jer nak tembak-tembak orang..sungguh tak patut!
kenapa la perlu tembak2 macam nie...tembakan amaran sudah... salah guna kuasa la polis nie.. :-(
BalasPadamMemang polis sekarang banyak yang hanya pandang duit dari pandang amanah yang diserahkan oleh kerajaan pada mereka. Macam2 dah berlaku depan mata, kalau buat aduan kitapun takut sebab kita buat aduan pada polis jugak. Namun mg tak disangkalkan saya banyak jugak berjumpa polis yg benar2 amanah and jujut...kalau hendak menyaman dgn budi bicara bukan dgn cara mengugut...kalau nak dikongsi banyak yg saya nampak , sebab saya mmg jenis bersosial...banyak yang berlaku depan mata..harap2 anggota polis kita diserap pemahaman ugama yg lebih selain apa yg patut ada pada seorang anggota polis...saya bukan buat cerita tp ina yg berlaku depan mata saya...yang baik daang dari Allah, yang buruk datang dari saya, salam semua
BalasPadam