“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, April 10, 2010

Q&A : Bersiwak beri kesan baik kepada kebersihan mulut, pernafasan

Soal Jawab Agama: Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh


SOALAN :


SAYA banyak mendengar mengenai bersugi atau bersiwak. Bolehkah ustaz terangkan kelebihannya seperti yang ada dalam hadis Baginda SAW serta cara menggunakannya.

Syaz

JAWAPAN :

SIWAK atau kayu sugi (nama saintifiknya Salvadora Percice) adalah potongan ranting pokok arok yang banyak ditemui di kepulauan Arab khususnya Syria dan pedalaman Mesir. Siwak (bersugi) adalah sunnah Rasulullah SAW yang selalu dilakukan baginda dalam persediaan menunaikan solat.

Sabda SAW: ‘Jika tidak menjadi keberatan untuk umatku, nescaya aku sarankan mereka bersiwak setiap kali menunaikan solat.’ (HR Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Jelaslah bersiwak (bersugi) adalah gabungan sunnah bagi mendapat reda Allah serta tips kesihatan berguna khususnya ketika menunaikan solat.

Sabda Nabi SAW: ‘Siwak membersihkan mulut dan mendapat keredaan Allah SWT.” (Al hadis). Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bersiwak setiap kali menunaikan solat. (Hadis riwayat Ahmad). Mengikut Al-Imam Bukhari di dalam sahihnya Rasul SAW juga bersiwak pada waktu malam sebelum dan selepas bangun dari tidur.

Imam Muslim, Daud dan Nasai turut meriwayatkan perkara demikian. Semua mereka meletakkan hadis bersiwak (bersugi) di dalam bab kebersihan. Ini menunjukkan selain menjana kesihatan, ia demi kebersihan yang dituntut Islam. Sabda Nabi SAW: ‘Kebersihan itu adalah separuh daripada iman. (al-hadis).

Namun demikian sunnah ini sudah lama ditinggalkan umat Islam disebabkan kurang mendalami ilmu Islam yang diterjemahkan melalui Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Terkadang ia dijadikan perkara bermusim iaitu ketika jemaah haji pulang dari Makkah kerana menghadiahkan kayu siwak kepada keluarga dan sahabat handai.

Bersiwak adalah perubatan semula jadi yang membawa kesan positif kepada pengamalnya khusus bagi menjaga nafas, mulut serta pencernaan manusia. Ia disahkan doktor. Ini kerana kandungan asid pada kayu siwak seperti Asid Tennic, Sinnigrin serta florida yang tidak ada pada mana-mana ubat gigi, dapat membersihkan bibir dan menjaga gigi dan gusi. Ia juga membantu proses pencernaan, menguatkan penglihatan serta melancarkan suara di samping menguatkan ingatan.

Sabda Rasul SAW: ‘Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan untuk melafazkan kalimah Al-Quran. maka sucikanlah dia dengan bersiwak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sebaik-baik kayu siwak (kayu sugi) ialah kayu yang masih segar berwarna hijau dan dibasahi dengan air mawar sebelum menggunakannya. Ada sahabat bersiwak menggunakan kayu anggur namun kayu arok menjadi pilihan Baginda SAW. (HR Ibnu Majah dan Ahmad).

Sahabat pernah melihat Nabi SAW bersugi di bahagian lidahnya dengan mengenakan siwak berulang kali pada semua bahagian gigi atas dan bawah serta dibersihkan setiap sekali setiap dua atau tiga hari.

Sumber : BHarian 09/04/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails