“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, April 18, 2010

Q&A : Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan


Gambar hiasan


SOALAN :

ADAKAH haram hukum binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah? Harap ustaz dapat jelaskannya.

Amran,
Shah Alam.


JAWAPAN :

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah…”

Sebenarnya hukum halalnya suatu penyembelihan tidaklah disyaratkan menyebut nama Allah SWT. Yang disyaratkan ialah jangan menyembelih dengan menyebut nama selain Allah. Contohnya, seseorang berkata, “aku menyembelih dengan nama dewa gunung” dan seumpamanya.

Hukum membaca Bismillah ketika menyembelih adalah disunatkan.

Di dalam kitab al-Muhazzab, Juz 1, muka surat 252 sebagai berikut (yang bermaksud): “Maka jika si penyembelih itu meninggalkan Bismillah, tidaklah haram kerana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa satu kaum daripada orang Badwi ada membawakan daging kepada kami. Tidaklah kami mengetahui apakah mereka menyebut nama Allah ataupun tidak. Maka sabda Nabi SAW, “Sebutlah olehmu nama Allah ke atasnya dan makanlah.”

Wallahualam.

Sumber : BHarian 18/04/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails