“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, April 10, 2010

Q&A: Poligami tanpa izin isteri

SOALAN:

BARU-BARU ini saya mendapat tahu bahawa suami saya telah berkahwin lain apabila terbaca e-mel yang dihantar oleh 'madu' saya.

Apabila saya bertanyakan kepada suami, dia mengaku telah bernikah dengan perempuan itu dan mempunyai seorang anak.

Yang menjadi kemusykilan saya bagaimana suami boleh berkahwin tanpa kebenaran saya kerana setahu saya jika suami ingin berpoligami, dia mesti mendapatkan tandatangan isteri pertama yang menyatakan persetujuan untuk berpoligami.

Isteri Keliru, Selangor.

JAWAPAN:

Suami berpoligami tanpa pengetahuan atau izin isteri bukan lagi satu isu yang baru di negara kita. Persoalan yang sering ditimbulkan adalah sama ada izin isteri untuk suami berpoligami adalah suatu kemestian atau sekadar pemberitahuan semata. Merujuk kepada perundangan undang-undang Islam di Malaysia berkaitan isu poligami masih longgar dari segi prosedur dan praktis.

Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa suami perlu mendapat dan mengemukakan satu kebenaran bertulis di mahkamah untuk berpoligami.

Manakala seksyen 23 (4) Enakmen tersebut menggariskan beberapa prosedur untuk suami yang ingin berpoligami. Mahkamah akan meneliti mengenai alasan-alasan yang dikemukakan oleh suami untuk berpoligami, antaranya ialah seperti:

  1. Pendapatan suami pada masa itu
  2. Butir-butir tanggungan kewangannya
  3. Bilangan orang yang ditanggungnya
  4. Izin atau pandangan isteri yang sedia ada diperoleh

Manakala seksyen 23 (5) Enakmen tersebut menyatakan apabila menerima permohonan itu, mahkamah akan memanggil suami, isteri yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain untuk memberi keterangan terhadap perkahwinan tersebut.

Terdapat beberapa kes mahkamah memanggil isteri sedia ada untuk memberi pandangan mereka terhadap permohonan poligami suaminya. Ini sememangnya satu tindakan yang wajar kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun tinggal bersama suaminya dan dia lebih tahu tentang suaminya daripada orang lain. Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan. Kemudian, dia dikehendaki mengisi borang 1B, iaitu borang permohonan berpoligami. Suami kemudiannya perlu membuat Akuan Bersumpah di hadapan Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa dua orang saksi lelaki.

Seperti yang dinyatakan, walaupun secara teorinya ada peruntukan undang-undang tentang keizinan isteri sebagai salah satu pertimbangan yang wajar dilihat oleh mahkamah syariah dalam memberi kebenaran berpoligami. Namun realitinya, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja.

Walaubagaimanapun, seksyen 23 (8) Enakmen tersebut menyatakan bahawa jika suami tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka suami perlu dengan serta membayar jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri yang sedia ada. Untuk makluman puan, mahkamah mempunyai bidang kuasa atas permohonan pembayaran nafkah kepada isteri yang sedia ada.

Selain itu, mahkamah juga mempunyai bidang kuasa dalam memerintahkan harta sepencarian atau apa-apa aset yang telah diperolehi semasa perkahwinan tersebut dibahagikan antara puan dan suami. Oleh itu, puan boleh membuat permohonan di mahkamah mengenai pembahagian harta sepencarian serta apa-apa aset yang diperoleh bersama untuk dijadikan sebagai satu perintah mahkamah. Permohonan ini adalah termaktub di bawah seksyen 23 (10) Enakmen tersebut.

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan di sini bahawa keizinan isteri dalam memberi kebenaran untuk suami berpoligami adalah salah satu prosedur merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Puan juga boleh memfailkan permohonan mengenai harta atau aset-aset seperti yang dinyatakan di atas di Mahkamah Rendah Syariah untuk keperluan dan kepentingan puan dan anak-anak.

Diharap penjelasan yang diberi dapat membantu puan. Untuk sebarang pertanyaan, puan boleh menghubungi pihak kami atau Biro Bantuan Guaman yang berdekatan.

Sumber: UtusanOnLine 19/12/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails