“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, April 13, 2010

Kena cekup dalam surau

PASANGAN remaja berani bercumbu di tempat terbuka di Taman Waterfront, Kuala Terengganu.

Taman rekreasi Terengganu Waterfront pangkalan maksiat

KUALA TERENGGANU: Taman rekreasi Terengganu Waterfront, di sini dimajukan pihak berkuasa bagi memudahkan orang ramai bersantai dan berehat sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu yang menenangkan, tetapi selepas beberapa tahun, kawasan itu kini semakin tidak begitu selesa lagi dikunjungi keluarga lantaran onar dicetuskan pasangan muda mudi.

Bagi pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, kawasan yang tersorok dan sunyi, terutama pada hari bekerja, menjadi ‘pangkalan’ untuk memadu kasih dan melepaskan kerinduan masing-masing. Malah, kawasan itu juga dikatakan menjadi tempat segelintir pasangan remaja liar memuaskan nafsu pada waktu siang sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berkenaan.

Seorang pekerja pembersihan di kawasan itu, Ibrahim Mohd, 53, mendakwa dia pernah menyaksikan lebih daripada 10 perlakuan maksiat setiap hari di kawasan itu, membabitkan remaja awal 20-an berpeleseran di taman terbabit melakukan perlakuan sumbang di khalayak ramai. Menceritakan pengalamannya, dia berkata, pernah satu hari pada bulan Januari lalu pada jam 12 tengah hari ketika berada di kawasan berkenaan, dia melihat sepasang remaja tanpa segan silu bercengkerama di atas pagar batu.

Ibrahim berkata, melihat perbuatan pasangan remaja melakukan seks oral di kawasan itu, dia menghampiri pasangan berkenaan untuk memberi nasihat, namun remaja lelaki terbabit mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan kepadanya. Katanya, melihat keadaan tidak terkawal apabila remaja lelaki berkenaan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, dia kemudian meninggalkan kawasan itu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepadanya.

"Sejak saya bekerja di kawasan ini, lebih daripada 100 perlakuan maksiat sudah saya saksikan, dengan pelbagai perlakuan ditunjukkan tanpa segan silu dan yang lebih memeranjatkan aksi perlakuan seks turut dilakukan secara terbuka di kawasan ini. Pernah saya terserempak dengan dua pasangan remaja di tepi tebing tempat pejalan kaki, yang wanita sudah membuka bajunya dan saya percaya wanita itu diberi minuman mengkhayalkan sebelum dinodai di kawasan ini," katanya kesal.

Tambahnya, lebih parah pada hari Jumaat, pasangan demi pasangan akan memasuki kawasan ini tanpa menghormati waktu solat Jumaat untuk memadu kasih, oleh itu satu langkah sewajarnya perlu diambil pihak berkuasa bagi membendung gejala tidak sihat ini.

Ibrahim berkata, surau di kawasan itu terpaksa di kunci berikutan pernah berlaku satu kejadian peniaga di kawasan ini menangkap empat lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam surau di kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ali Abdul Rahman, 40, berkata, dia malu melihat perlakuan anak muda di kawasan ini tanpa segan silu bercumbu di berhampiran kawasan permainan kanak-kanak. Bapa kepada empat anak itu berkata, pihak berkenaan perlu melipat ganda operasi mencegah perbuatan mungkar ini di kawasan terbabit berikutan pasangan remaja yang bertandang ke kawasan ini semakin berani berikutan keadaan yang sunyi serta terlindung. Katanya, perlakuan sesetengah remaja itu memberi pandangan yang kurang elok dilihat oleh kanak-kanak yang bermain di kawasan permainan berhampiran, selain menjejaskan imej taman rekreasi itu sendiri sebagai tempat untuk beriadah serta istirahat.

Sumber : BHarian 13/04/2010

NB : PBT, mengapa tutup mata? Mengapa pekakkan telinga?


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails