Soalan:
KINI ada pelbagai tafsiran ayat al-Quran yang mengelirukan. Apakah sebab perkara ini berlaku? Bagaimana cara mengelakkan diri daripada fahaman salah ini.
Apakah benar Yahudi dan Nasrani juga akan masuk syurga kerana agama mereka berasal daripada Allah?
Kamaruddin Shahab
Jawapan:
ALLAH mengurniakan mukjizat yang kekal kepada Nabi Muhammad iaitu al-Quran. Oleh demikian, Allah memberi jaminan kitab itu terpelihara daripada tangan khianat terhadap ayat dan tafsiran di dalamnya. Firman Allah: “Sesungguhnya kami yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang akan memeliharanya.” (Surah al-Hijr ayat 9)
Ia jelas menunjukkan ayat dan makna al-Quran tetap terpelihara sehingga hari kiamat. Al-Quran terpelihara kerana ia kitab terakhir diturunkan kepada nabi terakhir. Allah memberi jaminan ia tidak dapat diubah kerana jika al-Quran diseleweng maka tiada lagi nabi yang akan datang membetulkan penyelewengan ini.
Namun, ada manusia yang bersifat hasad dan iri hati mentafsirkan al-Quran menurut hawa nafsu mereka sendiri. Firman Allah: “Adapun mereka yang hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikuti ayat-ayat yang samar (mutasyabihat) dalam al-Quran dengan andaian yang membawa kepada fitnah kerana maksud ayat tidak diketahui melainkan Allah. Dan orang yang berilmu berkata kami beriman dengan apa yang diturunkan Allah.” (Surah ali-Imran ayat 7)
Ini menunjukkan ulama saja diberi kefahaman menguasai ilmu. Hanya mereka mempunyai autoriti untuk mentafsir al-Quran berdasarkan ilmu asas tafsir yang dimiliki mereka.
Berkenaan ayat yang saudara sebutkan tadi ada pada ayat yang bermaksud : “Sesungguhnya orang beriman, orang Yahudi dan Nasrani dan golongan yang hidup terdahulu (sebelum Nabi SAW) yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan beramal salih akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.” (Surah al-Baqarah ayat 62)
Dalam ayat lain juga, Allah berfirman: “Sesiapa yang tidak menganut Islam sebagai agama, maka anutan mereka adalah tertolak dan mereka adalah golongan yang rugi.” (Surah ali-Imran ayat 85)
Allah menjelaskan hal ini dalam ayat yang nyata bahawa Yahudi dan Nasrani yang tidak beriman dengan Nabi Muhammad termasuk golongan sesat. Ayat itu menunjukkan Yahudi yang beriman dengan Nabi Musa dan mengamalkan Taurat yang diturunkan serta percaya hari akhirat saja akan masuk syurga. Begitu juga Nasrani yang beriman dengan Isa dan Injil yang sebenar.
Firman Allah: “Kufurlah mereka yang mengatakan bahawa Isa adalah Tuhan.” dan satu lagi firman-Nya: “Sesungguhnya kufurlah mereka yang mendakwa bahawa Allah itu tiga di dalam satu.” (Surah al-Maidah ayat 72 dan 73)
Antara contoh tafsiran yang ialah :
# Firman Allah: “Dia (Allah) mengalirkan dua laut dan keduanya bertemu.” (Surah Maryam 19). Maksud dua laut di sini ialah Saidina Ali dan Fatimah.
# Firman Allah: “Pergilah kamu (Musa) kepada Firaun sesungguhnya dia adalah manusia yang ingkar.” (Taha: 24). Maksud Firaun ialah hati manusia.
# Firman Allah: “Maka nikahilah perempuan yang kamu senangi dua, tiga atau empat.” (Surah Nisa’ ayat 3). Maksudnya perkahwinan bermula dari dua. Ada yang mencampurkan 2+3+4 = 9 isteri.
Oleh itu, berguru atau merujuk kepada ulama muktabar adalah cara mengelak daripada terjebak dalam kancah fahaman salah terhadap ayat Allah dan tafsiran melampau. Belajar bersendirian tanpa bimbingan guru adalah diragui. Mungkin pendapat ini ada kebenarannya. “Sesiapa yang tidak mempunyai guru, maka gurunya ialah syaitan.” Kecuali mempunyai asas ilmu yang kuat untuk berbuat demikian.
Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui e-mel zaman@nstp.com.my
Sumber : Ustaz Zamanuddin Jusoh di BHarian 16/04/2010
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, April 16, 2010
Q&A : Berguru, rujuk ulama elak ayat al-Quran disalah tafsir
Susunan :
Bawang Goreng
pada
4/16/2010 09:08:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...