“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, April 15, 2010

Ibu didera beri kesan pada anak

Ibu yang menjadi mangsa dera cenderung melahirkan bayi yang kurang berat badan.
- Gambar hiasan


Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,

Topik hari ini membincangkan tentang satu isu yang berkaitan dengan penderaan terhadap kaum wanita terutama oleh suami ke atas isteri. Rasa-rasanya sudah banyak kali juga persoalan emosi ibu mengandung diketengahkan di Laman-Seri. Jika ada yang berminat, sila rujuk juga Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil.

Hari ini saya kongsikan sekali lagi entry yang dipetik dari Utusan.

Kesan langsung akibat didera ialah penderitaan fizikal yang ditanggung oleh isteri. Tetapi pada masa yang sama mangsa turut menanggung penderitaan emosi yang tiada siapa tahu. Yang lebih penting pernahkah kita membayangkan apa pula emosi yang melanda anak-anak kepada isteri yang menjadi mangsa dera?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik perubatan di Bangladesh mendapati anak kepada ibu yang didera akan terbantut tumbesarannya. Kajian terperinci mendapati keganasan suami terhadap isteri yang sedang mengandung pula mempunyai kecenderungan untuk melahirkan bayi yang tidak sihat atau mungkin juga mati pada usia muda.

Untuk memahami senario tersebut secara langsung, Dr. Kajsa Asling-Monemi, dari Uppsala University di Sweden serta kumpulan penyelidiknya telah menentukan berat badan 3,164 kanak-kanak. Mereka juga memantau perkembangan tumbesaran anak-anak itu sehingga mereka berusia dua tahun.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut yang ke semuanya berjumlah 4,436 orang telah berkahwin dan menjadi suri rumah. Umur ibu-ibu terbabit pula adalah dalam purata 26 tahun. Separuh daripada ibu tersebut melaporkan bahawa mereka menjadi mangsa penderaan suami haprak sepanjang perkahwinan.

Sebanyak 14% daripada ibu tersebut memberitahu pernah ditampar, disepak terajang, dicekik, dipukul, diseret dan sebagainya. Manakala sebanyak 8% dari responden mengalami penderaan ketika sedang mengandung. Sebagai tambahan, 24% wanita melaporkan mereka juga didera secara seksual manakala 28% lagi mengalami penderaan emosi dengan cara dimalukan dan sebagainya.

Pada saat kelahiran bayi, purata berat badan mereka ialah dalam lingkungan 2.7 kilogram (kg). Daripada jumlah kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut, sebanyak 33% telah dilahirkan lebih ringan iaitu kurang daripada 2.5 kg. Boleh dikatakan antara anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang didera, sebanyak 42% mengalami berat badan di bawah julat ideal, 13% tidak mendapat zat yang mencukupi dan lebih dari 55% mengalami pertumbuhan tidak normal hingga umur mereka dua tahun.

Kesimpulannya, kaitan antara ibu yang didera dan anak mereka amat kuat. Hal ini juga mengambil kira latar belakang pendidikan si ibu, jumlah kelahiran anak dan agama anutan si ibu. Penyelidik turut membuat penyelidikan antara ibu beragama Hindu dan Muslim di mana ibu dari agama Hindu lebih berkecenderungan mendapat bayi yang lebih kecil daripada ibu Muslim.

NB : Memanglah kaitan antara ibu dan anak dalam kandungan sangat kuat, sebab itu agama Islam amat menitik berat tentang 'penciptaan' manusia yang harus dididik 40 tahun sebelum dilahirkan....





Capaian entry berkaitan :

  1. Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil
  2. Pembentukan zuriat & sesudah kelahiran
  3. ISU: Keganasan emosi, penderaan buat wanita
  4. Keganasan Wanita dan Rumahtangga
  5. Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan menganiaya
  6. Hapuskan keganasan terhadap wanita
  7. Contohi Luqman didik anak
  8. Kenapa pukul? Kenapa aniaya?
  9. One Stop Crisis Center - OSCC
  10. Hak Muslim: Isteri didera keluar rumah bukan kes nusyuz
  11. Bersatu perangi keganasan terhadap wanita
  12. Q&A : Suami juga boleh nusyuz
  13. Apabila lelaki guna 'kuasa'

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails