PAGE

Rabu, Jun 30, 2010

Tunggang basikal lima minit sehari untuk kuruskan badan

Basikal tunggang tiga (三人乗り) ... mana nak dapat basikal gini?

Assalamualaikum warahmatullah,

Berita baik untuk wanita yang ingin menguruskan badan! Apa kata anda berbasikal, sekurang-kurangnya 5 minit sehari? Menurut satu kajian yang dijalankan penyelidik di Washington Amerika Syarikat mendapati, amalan menunggang basikal selama lima minit setiap hari boleh membantu wanita muda mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh mereka.

Pasukan penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Harvard dan Hospital Wanita Boston juga melaporkan wanita dengan berat badan berlebihan adalah kelompok menerima faedah paling banyak daripada amalan ini.

“Sedikit masa yang diambil untuk menunggang basikal membantu wanita mengawal berat badan, tetapi semakin lama masa yang diambil, lebih baik. Wanita yang mengalami kegemukan paling banyak mendapat faedahnya,” kata salah seorang penyelidik, Rania Mekary.

Penganalisis menyifatkan hasil kajian ini memberi perangsang kepada wanita yang mengalami masalah berat badan kerana ia boleh menggantikan amalan berjalan kaki atau berkereta.

“Kajian ini juga boleh membantu penggubal dasar untuk mencari jalan ‘memperlahankan’ epidemik kegemukan yang semakin meningkat di Amerika,” kata penyelidik dalam hasil kajian yang diterbitkan Arkib Perubatan Dalaman Amerika.

Dua pertiga warga dewasa Amerika kini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes manakala 16% kanak-kanak dan remaja turut berdepan masalah sama. Penyakit yang berpunca daripada berat badan berlebihan, menyebabkan negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan bernilai berbilion dolar.

Presiden Amerika, Barack Obama sudah mengarahkan isteri beliau, Michelle dan setiausaha kabinet mencari jalan menangani masalah ini.

Antara rancangan yang dirangka termasuk perubahan suasana kejiranan dan bandar raya bagi memudahkan warga Amerika bersenam.




Sumber : BHarian 30/06/2010

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas



Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85% daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember 2010.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup. Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.”

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada BHarian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.”

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.”

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.”

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.




Sumber : BHarian 20/06/2010

BUKU : Nota Fikir Untuk Zikir


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedang membaca buku Nota Fikir Untuk Zikir, penulisnya tersenarai dalam list pemangkin minda saya. Kepada yang berminat, boleh cuba melawat belog beliau di Genta-Rasa.

Serba-sedikit tentang buku ini :

Kategori : Motivasi
Title : Nota Fikir Untuk Zikir
Author : Pahrol Mohd Juoi
Publisher : Galeri Ilmu
Price : MYR19.00
TEBAL: 184 ms

Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas, zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil. Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.

“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1:

Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2:

Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3:

Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!


Mukadimah :
Nota Fikir Untuk Zikir

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Sebaliknya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

Seorang murid duduk termenung di tepi laut, guru sufinya bertanya, “ada sesuatu yang kau fikirkan apabila melihat laut?” Dalam hati guru sufi itu mengharapkan jawapan yang mendalam daripada muridnya hasil pengajarannya selama ini. Murid itu merenung gurunya lantas berkata, “ya, wahai tuan guru. Ketika laut bergelombang seperti ini tentu harga ikan menjadi mahal!” Guru sufi menggeleng-gelengkan kepala. Rupa-rupanya sebatas itu sahaja jangkauan fikir anak muridnya.

Dua kisah itu saya paparkan sebagai bahan renungkan buat mengukur kemampuan fikir dan zikir seseorang. Dalam kisah yang pertama, jelas budak kecil itu mampu melonjak fikirnya hingga mencecah zikir yang hebat. Sebaliknya, dalam cerita kedua, fikir murid tersebut amat kerdil. Dia hanya mampu melihat di sebalik yang tersurat ada yang lebih tersurat. Dia tidak “celik hati” untuk sesuatu yang lebih tersirat dan hakikat!

Melihat dunia dan kejadian, akalnya dapat memacu hatinya untuk “melihat” alam yang lebih luas dan hebat – alam akhirat. Terasa betapa kerdilnya manusia dibandingkan Allah yang Maha pencipta. Lalu tunduk patuh kerana takutkan seksa neraka. Inilah tuntutan ayat Al Quran yang berikut: “Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.’” (Surah Ali ‘Imran 3: 191)

Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat “maqru’ah” (al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meneliti mesej ayat “manzurah” (alam dan segala ciptaan Allah). Diberitakan ketika surah Ali ‘Imran 191 itu diturunkan, Rasulullah saw telah menangis. Ketika Sayidina Bilal bertanya, “mengapa kau menangis ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya. “celakalah wahai Bilal mereka yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan makna dan tuntutannya.”

Lihat alam, langit, bumi, matahari, bulan, bintang, haiwan, tumbuhan dan akhirnya diri sendiri… akan mendekatkan kita kepada Allah swt. Berfikir tentang keunikan, keteraturan, ketelitian, kejituan, kelestarian dan segala yang “sempurna” tentang makhluk akan menyebabkan hati kita mampu “melihat” khalik (Pencipta). Ketika itulah hati akan berzikir, “alam ini indah, namun Penciptanya jauh lebih indah. Alam ini sempurna, Allah tentu dan pasti lebih sempurna.”

Saya teringat ungkapan yang berbunyi: “Why deny the second creation, when the firt creation is here for you to see? – Mengapa menafikan ciptaan kali kedua (akhirat) ketika penciptaan yang pertama (dunia) berada di depan mata untuk dilihat?”

Memandang dunia ini sepatutnya mengingatkan kita kepada akhirat. Allah mencipta dunia ini untuk apa? Dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan ke mana kita akan pergi selepas kehidupan ini? Inilah tunjang fikir dan pasak zikir kita bila melihat dan merenung penciptaan alam.

Pof. Dr. Hamka, pujangga dan ulama Nusantara pernah berkata: “Hujung akal pangkal agama.” Maksudnya, kemuncak fikir yang paling tinggi akan menemukan seorang manusia kepada nilai asas dan teras agama – tauhid. Alam ini adalah “alamat” yakni tanda ujudnya Allah. Bukan sahaja ujud tetapi Allah itu Maha Perkasa, Agung dan Sempurna. Bahkan saintis bukan Islam, Albert Enstien juga pernah menegaskan kepentingan agama dengan katanya: “Agama tanpa sains pincang. Sains tanpa agama buta.”

Ya, zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik dari segi tingkahlaku. Manakala fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Inilah mesej utama buku Nota Fikir Untuk Zikir ini.

Ia ditulis dengan pendekatan mudah tetapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Mungkin cerita-cerita rakyat yang saya paparkan itu tidak benar (kerana tidak autentik sumbernya) tetapi jika diberi nilai tarbiah (berasaskan agama), ibrah (pengajaran) tetap benar. Yang penting bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya.

Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. Justeru, pada bahagian kedua saya paparkan pengajaran daripada alam untuk kita mengatur dan mengurus kehidupan ini. Sekali lagi, saya memilih gaya santai dan “simple” untuk mengocak fikir dan zikir pembaca. Harapan saya, semoga langkah kecil ini menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan fikir dan zikir ummah.

Dan akhirnya, saya memilih beberapa ungkapan untuk dijadikan tindakan hasil kita berfikir dan berzikir. Kata-kata hendaklah dikota. Biarlah hikmah berbicara di dada kehidupan justeru fikir dan zikir apabila bersatu dan bersepadu, akan muncullah makrufat, kebaikan dan kebajikan pada diri dan masyarakat. Fikir dan zikir itu ada buahnya – ilmu dari fikir itu buahnya amal, iman dari zikir itu bukan hanya angan-angan dan harapan!

Mudah-mudahan buku kecil ini benar-benar menjadi nota fikir untuk zikir anda mengingati Allah. Insya-Allah.

NB : Check out kisah Kura-kura dengan tupai... BEST!!


Selasa, Jun 29, 2010

Kisah Si Tukang Gantung


Assalamualaikum warahmatullah,

BG sedang melancarkan 'pemutihan' inbox yang saiznya sudah mencecah 91%. Nampak gayanya, banyaklah mesej yang kena buang... dan terserempak pula dengan artikel yang menarik ini. Semoga bermanafaat kepada kita semua.

Perihal tali gantung dan banduan terakhir

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila rayuan ditolak

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50. [NB: Teringat pula Mona Fendey minta KFC sebagai hidangan terakhir...]

Hari penggantungan

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

Bila pintu perangkap renggang

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. - BERNAMA

BG: Menarik juga info sebegini. Saya difahamkan, orang Islam yang dikenakan hukuman gantung, akan digantung pada hari Jumaat. Bukankah ini satu kelebihan? Mati pada hari Jumaat....?

Meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Sabda Rasulullah SAW, “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (seksa) kubur.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Renung-renungkan!



Mungkin ada yang berminat untuk mentelaah :

OrphanCARE terima bayi lelaki pertama


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada Jumaat lalu, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) untuk Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat diserahkan pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, pasangan itu masih belum membuat keputusan untuk membesarkan sendiri anak mereka itu ataupun menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Menceritakan detik penyerahan itu, beliau berkata, pasangan terbabit tiba di pusat berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi dengan si bapa memasuki pusat berkenaan untuk meninjau terlebih dulu manakala si ibu dan anaknya itu menunggu di dalam kereta, sebelum mereka dijemput masuk kemudian.

Pasangan berkenaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu anak mereka itu diserahkan kepada keluarga angkat, katanya.

Baby Hatch yang beroperasi 24 jam di alamat 6, SS1/24A, Kampung Tunku di Petaling Jaya, dikendalikan OrphanCARE dan penaungnya Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Sumber : BHarian 29/06/2010


Isnin, Jun 28, 2010

Masa berkualiti dalam keluarga: Alasan atau Alternatif?

~ gambor hiasan ~

“Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita”.... Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya.

“Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ianya tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat?”, itu rasionalnya. Setelah sekian lama kita disarankan dengan konsep masa berkualiti ini, fahamkah kita akan maksudnya yang sebenar?

Persoalannya :
  1. Apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga?
  2. Apakah ia bermaksud ‘ke-ber-ada-an’ kita dengan mereka?
  3. Apakah dengan ‘ber-ada’nya kita dengan mereka itu dapat ditakrifkan sebagai meluangkan masa secara berkualiti?
  4. Ataukah ada aspek lain yang lebih penting dari semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa?
  5. Jika kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak, apakah corak kegiatan yang kita lakukan?
  6. Apakah kekerapan kita melakukan kegiatan tersebut?
  7. Dengan segala kegiatan dan kekerapan ini, apakah unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara berkualiti?

Definasi masa berkualiti


Memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau bagaimanapun, saya ingin cuba untuk memberi definisi yang pada saya dapat menggambarkan maksud masa berkualiti ini.

Masa berkualiti merujuk kepada satu masa di mana sekumpulan orang meluangkan masa secara bersama dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan memberi makna kepada semua yang terlibat.

Jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ia mestilah memadai untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bersifat interaktif memerlukan kedua-dua belah pihak berinteraksi sesama sendiri ketika melakukan perbuatan tersebut. Di masa yang sama, aktiviti dan interaksi yang berlaku mampu memberi makna kepada semua pihak yang terlibat. Ini bererti interaksi tersebut berhasil untuk mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat baik dari segi mengeratkan hubungan, mengenali di antara satu sama lain dan sebagainya.

Jadi, dalam konteks keluarga, makan malam bersama di mana semua ahli keluarga makan bersama sambil bercerita tentang apa yang berlaku kepada mereka sepanjang hari boleh dianggap sebagai satu masa yang diluangkan secara berkualiti. Begitu juga dengan keluarga yang bermain board games bersama. Ia nampaknya bermain tetapi melalui interaksi tersebut berbagai makna yang tersurat dan tersirat dapat dirasai oleh semua yang terlibat. Begitu juga dengan bersukan, menolong anak membuat kerja sekolah, mengajar anak mengaji dan seumpamanya.

Sebaliknya, sebuah keluarga yang menonton televisyen bersama tetapi masing-masing asyik dengan cerita yang ditonton tanpa bercakap sepatahpun, melainkan “Minta kuaci tu sikit!, bukanlah meluangkan masa mereka secara berkualiti. Sebaliknya, mereka hanya menonton bersama.

Begitu juga ibubapa yang meminta anak-anak membantunya mencuci kereta. Sekiranya aktiviti tersebut tidak disetujui oleh anak-anak dan tiada interaksi semasa melakukannya, sebaliknya hanya ingin menyelesaikan tugas tersebut, maka ia bukanlah satu luangan masa berkualiti. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa aspek penting dalam masa berkualiti ini ialah interaksi yang bermakna.

Dengan definisi ini, saya boleh mengatakan bahawa kita masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan sesiapa sahaja tanpa berada di satu lokasi dengan mereka. Sebagai contoh, ibubapa masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak mereka yang menuntut di luar negara melalui telefon, misalnya atau surat, atau e-mail.

Walaupun ada jurang antara masa ibubapa menulis surat dengan masa anak membacanya, masa ini boleh dianggap sebagai masa berkualiti kerana apabila anak membaca surat tersebut, ia merasa hampir kepada ibubapanya, disayangi dan dirindui. Pastinya, ini hanya berlaku jika kandungan surat tersebut mengandungi luahan rasa serta nasihat yang bermakna kepada anak-anak dan bukannya satu notis penghantaran wang saku semata-mata.

Sebagaimana yang kita tahu, konsep masa berkualiti ini adalah satu konsep yang secara relatifnya baru. Kalau tidak silap, ianya mula disarankan dalam tahun 1980an. Jika demikian, apakah konsep masa berkualiti ini hanya timbul dalam zaman ini sahaja? Apakah di zaman lampau atau 30 tahun yang lalu, ahli masyarakat mempunyai begitu banyak masa sehingga mereka tidak perlu kepada penggunaan masa berkualiti? Apakah 50 tahun yang lalu, seorang bapa mampu meluangkan 4 jam sehari untuk anak-anaknya dan seterusnya generasi yang lebih awal dari itu meluangkan masa 6 jam sehari bersama anak-anaknya? Bagaimana pula keadaan generasi yang terdahulu? Bagaimana dengan Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW?

Rasulullah SAW, sepertimana yang kita tahu, merupakan seorang manusia biasa. Ini bermakna seperti manusia yang lain, Baginda memainkan banyak peranan dalam hidupnya. Baginda merupakan seorang hamba Allah, seorang individu yang ada keperluan sendiri, seorang suami, seorang ayah, seorang datuk, seorang Rasul dengan segala tanggungjawab dakwah dan tidak terkecuali, Baginda merupakan seorang negarawan. Namun, dengan segala kesibukan ini, Baginda tidak sesekali mengabaikan keluarganya.

Baginda Rasulullah SAW sentiasa memastikan bahawa Baginda meluangkan masa dengan ahli keluarganya, baik dengan isteri-isteri Baginda, anak-anak, juga cucu-cucunya. Kita juga tahu, pada suatu ketika, Baginda yang pada saat itu memiliki sembilan orang isteri, memastikan bahawa Baginda melawat kesemuanya pada setiap hari. Kini terbukti bahawa lawatan-lawatan tersebut bukan semata-mata untuk makan dan tidur, tetapi lebih dari itu. Hasilnya, isteri-isteri Baginda semuanya terkenal sebagai pendakwah yang terkemuka, menjadi tempat rujukan masyarakat Islam pada ketika itu dan ada di antaranya yang menjadi perawi hadis yang berwibawa. Ini menunjukkan wujudnya penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan Baginda serta kejayaannya. Tidakkah kita merasa terpanggil untuk mengetahui bagaimana Baginda melakukannya agar kita juga dapat manfaatnya?

Jika kita membaca sirah Rasulullah, kita dapati bahawa walaupun interaksi Rasulullah dengan para isteri baginda berlaku dalam jangka waktu yang singkat, tetapi berbagai ilmu yang telah diturunkan kepada isteri-isteri Baginda. Ini terbukti bila isteri-isteri Baginda meriwayatkan sesuatu hadis yang diperolehi semasa mereka bersama Rasulullah. Bukan dengan isteri-isteri Baginda sahaja, anak baginda, Fatimah Az-Zahrah juga tidak kurang pengetahuannya hasil dari didikan ayahnya itu. Kita juga sering terbaca kisah Rasulullah bermain-main dengan cucunda Baginda, Hasan dan Husin.

Ternyata pemakaian konsep masa berkualiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat. 50 tahun dahulu misalnya, bila mana keluarga Melayu bergantung kepada pertanian sebagai punca pendapatan, ibubapa juga sibuk mencari rezeki. Pastinya, mereka juga cuba mendekati anak-anak mereka dan mengajar anak-anak tentang apa yang perlu mereka tahu. Ada di antara mereka meluangkan masa bersama anak sambil mengajar mereka membuat pedang, gasing, memesin getah dan sebagainya. Ini juga boleh dianggap sebagai peluangan masa secara berkualiti.

Pembangunan teknologi maklumat kini pastinya meninggalkan kesan kepada penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan seharian kita. Alat-alat canggih dalam era teknologi maklumat ini, seperti alat teknologi lain, boleh digunakan untuk kebaikan keluarga, mahupun sebaliknya. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kualiti hubungan keluarga, namun tidak kurang yang melihatnya sebagai penghalang kepada hubungan kekeluargaan itu sendiri. Ini semua bergantung kepada kebijaksanaan kita menggunakannya.

Laporan Lexmark tentang “Computing and the American Family” (Berita Harian, 18 December 1996) menemui bahawa dari segi komunikasi, ramai mengakui bahawa komputer telah memberi lebih masa berkualiti kepada keluarga. Penggunaan komputer dalam keluarga telah menjurus kepada komunikasi yang lebih antara ahli keluarga, saling berhubung dan berinteraksi. 74% responden melaporkan mereka menggunakan e-mail untuk saling berhubung dengan rakan dan ahli keluarga. Manakala 63% yang menggunakan internet mengakui internet telah membolehkan jalinan perhubungan dipelihara. Komputer telah digunakan untuk jalinan perhubungan peribadi dengan rakan-rakan (77%) dan keluarga (71%).

Itu dari segi penggunaan e-mail. Selain e-mail, terdapat berbagai laman web yang berasaskan keluarga yang boleh dilawati bersama oleh sesebuah keluarga dan diambil manfaat darinya. Selain laman web bersifat keluarga, banyak laman web lain yang boleh memberikan manfaat kepada ahli keluarga secara bersama. Misalnya, ibu dan anak perempuan yang menggemari fesyen terkini, mereka boleh melawat mana-mana laman web tentang fesyen secara bersama. Begitu juga dengan bapa dan anak lelaki, mereka boleh melawat laman web permainan sukan tertentu secara bersama. Ini tentunya akan memberi kesan positif terhadap ikatan (bonding) antara anak-beranak.

Begitu juga dengan telecommuting. Bekerja di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia memberikan ahli keluarga peluang yang lebih untuk berkongsi masa berkualiti (New Straits Times, 20 Februari 1999). Ini lebih bermakna bagi golongan ibu tunggal di mana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan hal penjagaan anak jika ingin keluar bekerja.

Ada orang yang tidak percaya bahawasanya konsep masa berkualiti ini boleh berjaya. Bagi mereka, masa berkualiti hanyalah satu alasan ibubapa untuk meluangkan sedikit masa untuk anak-anak tanpa merasa bersalah (ozemail). Bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa kita perlu meluangkan masa yang banyak untuk anak kita sekiranya kita mahu mereka membesar dengan sempurna. Dalam kata lain, mereka percaya kepada konsep masa berkuantiti. Satu golongan yang lain pula atas sebab-sebab tertentu hanya bersama anak-anak bila ada kesempatan.

Namun, bagi saya, antara kedua-dua ekstrim ini, konsep masa berkualiti walaupun tidak sempurna merupakan alternatif terbaik untuk keluarga zaman kini, terutamanya yang kedua suami-isterinya bekerja.

Sumber : Siti Fatimah Binti Abdul Rahman di iKiM


Kendi hutan

Periuk kera mempunyai ciri karnivorus dan terdapat di hutan Loagan Bunut.

Satu ketika dulu ramai yang takut dengan pokok ini kerana sifatnya yang pelik suka memakan serangga. Kini, tumbuhan liar yang sering dijumpai di kawasan hutan batu kapur dan lereng bukit ini menjadi rebutan ramai dan koleksi pengumpul tumbuhan eksotik. Ikuti keunikan tumbuhan ini, sehingga ada yang sanggup berbelanja lebih mendapatkannya.

HABITAT asal tumbuhan ini adalah paya gambut, hutan batu kapur dan lereng gunung. Digelar tumbuhan karnivor, periuk kera diklasifikasikan sebagai pokok insektivor kerana tabiatnya gemar memakan serangga.

Satu masa dulu, ramai yang takut dengan pokok ini kerana tabiat peliknya itu. Malah ada yang menggelarkannya pokok penuh misteri dan mempunyai kuasa mistik.

Kini, tumbuhan liar menjadi rebutan ramai terutama penggemar seni hias laman dan pengumpul tumbuhan eksotik. Nurseri bunga turut menjual pokok ini kerana permintaan terhadapnya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Nama saintifik periuk kera ialah Nepenthes mirabilis dikategorikan sebagai tumbuhan yang sukar dijaga kerana memerlukan pengurusan rapi.
Pokok ini memerlukan siraman berjadual sekurang-kurangnya satu kali sehari dan sistem pemasuan perlu mempunyai saliran yang baik. Malah, ia memerlukan teduhan supaya dapat mengekalkan kesuburan daun dan kendinya.

Bagi mereka yang menggemari tumbuhan ini, ia dijual RM50 hingga RM70 sepasu bergantung kepada saiz dan keunikan pokoknya.

Namun, harga paling murah boleh didapati pada kadar RM20 dalam saiz kecil dan berdasarkan spesies yang mudah ditemui di negara ini.

Mereka yang menggemari pokok ini biasanya tidak kisah dengan harga yang ditawarkan kerana pokok ini sememangnya anggun digantung di balkoni rumah sebagai pokok hiasan menarik. Malah, pokok itu turut menyerlahkan status pemiliknya yang berkemampuan memiliki pelbagai spesies Nepenthes sebagai koleksi seni taman.

Ketika ini ada beberapa jenis periuk kera yang sering dijadikan hiasan iaitu Nepenthes albomarginata, Nepenthes ampullaria, Nepenthes edwardsiana, Nepenthes fusca dan Nepenthes rafflesiana kerana keunikan rupa bentuk serta warna kendi yang diserlahkan.

Tarikan utama pokok ini 100 peratus bergantung kepada keunikan kendinya yang terbentuk bukannya serlahan bunga berbanding pokok hiasan lain.

Oleh kerana pokok ini adalah spesies unik dan liar, maka pembiakan tanaman ini perlu dilakukan dengan teliti. Kebiasaannya, benih pokok ini di ambil dari hutan bersama dengan media tanahnya sekali, jika tidak ia sukar dibiakkan.

Baka induknya sukar dipindahkan. Keserasiannya dengan dunia hutan atau pergunungan menyebabkan ia gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran baru terutama dedahan cahaya serta bahang kepanasan.

Hanya anak pokok yang tumbuh di sekitar induk boleh diambil dan dipindahkan menerusi kaedah pemindahan yang cermat termasuk tidak mendedahkannya kepada sinaran matahari pada peringkat awal pemindahan. Akar pokok juga perlu dipastikan tidak mengalami kerosakan teruk, jika tidak ia sukar untuk hidup.

Periuk kera sesuai menjadi tanaman pasu gantung dan tumbuhan penghias pergola dan wakaf, kerana sifat semula jadi yang menjalar dan memerlukan sokongan pokok lain untuk menyerlahkan keunikannya.

Dengan menggunakan pasu gantung, kendi pokok periuk kera dapat menyerlahkan dan ia nampak cantik apabila kelihatan berjuntai, bergoyang apabila ditiup angin dan sulur pautnya pula bertindak memegang dawai atau tali yang menggantungkan pasu berkenaan.

Spesies Periuk Kera


Nepenthes albormarginata

1. Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah.

Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 sentimeter (sm) dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan (hybrids) spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

Nepenthes ampullaria

2. Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.
Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.


Nepenthes bicalcarata

3. Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25 sm panjang dan 16 sm lebar.

Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.


Nepenthes edwardsiana

4. Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50 sm panjang dan 15 sm lebar.


Nepenthes fusca

5. Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20 sm panjang dan 4 sm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.


Nepenthes rafflesiana

6. Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40 sm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.




Sumber : BHarian 27/06/2010

Wuduk zahir dan batin


Assalamualaikum warahmatullah,

Entry ini dititpkan ke mailbox dan saya kongsikan di sini. Semoga bermanafaat.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.”

“Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riyak)
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
  1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
  2. Syurga di sebelah kananku,
  3. Neraka di sebelah kiriku,
  4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian Siratal mustaqim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

“Bertakwalah kepada ALLAH di mana kau berada dan sambunglah perbuatan jahat itu dengan kebaikan supaya terhapus (kejahatannya), & bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik (akhlak yang baik).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Renung-renungkan!




Capaian entry berkaitan :

Sabtu, Jun 26, 2010

Tak ingat mati kerana leka cari keseronokan dunia


UMUR pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dan menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.

Firman Allah bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78).
Persoalan mati adalah kejadian paling hebat yang tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia mati, ia dikatakan kiamat kecil kerana roh keluar daripada jasad yang akan busuk dan kembali menjadi tanah.

Kubur atau alam barzakh tempat permulaan alam akhirat. Seperti mana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh.

Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh, alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, alam barzakh adalah episod ngeri dipenuhi azab hingga datangnya hari kiamat.

Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit manusia yang bercakap mengenai kematian, alam berzakh dan Mahsyar kerana sibuk dengan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia.

Saidina Ali berkata: “Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”

Kesibukan mencari keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian.

Persoalan perkara ghaib seperti kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga dan neraka adalah hak Allah SWT yang tidak boleh dicerobohi manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib bersandarkan dalil al-Quran dan hadis sahih.

Dasar akidah bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti pengamal ajaran sesat adalah ditolak. Nabi dan malaikat hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan Allah SWT.

Kita sering bercakap mengenai kematian rakan. Apakah kematian itu menimbulkan keinsafan untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan mencukupi menghadapi kematian yang pasti?

Fikir-fikirkan!




Sumber : BH2010/06/26 - Khutbah online JaKiM

Awas! Lemah tenaga batin ada kaitan sakit jantung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menurut berita yang dibaca Isnin lepas di BHarian 2010/06/21, dalam satu kajian, didapati lemah tenaga batin ada berkaitan dengan sakit jantung.

Dalam kajian itu, menurut Pakar Kardiologi hospital itu, Dr Ramesh Singh Veeriah, dilaporkan 7 daripada 10 pesakit lelaki yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk rawatan sakit jantung, dikesan mengalami masalah lemah tenaga batin.

Menurut Dr Ramesh lagi, dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2009 ke atas 111 pesakit lelaki yang pada mulanya aktif seks, tetapi selepas mereka dimasukkan ke PPUM untuk rawatan sakit jantung, sebanyak 75.7% daripada mereka didapati mengalami masalah lemah tenaga batin.

“Masalah lemah tenaga batin ini dikesan berlaku enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke PPUM,” katanya. Data berkenaan dimuatkan dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Sedunia di Beijing, China, semalam [20/06].

Dr Ramesh berkata, seramai 219 pesakit jantung lelaki dimasukkan ke Unit Penjagaan Kardiologi PPUM daripada April 2008 hingga Februari 2009 dan daripada jumlah berkenaan, 192 diperiksa dan hanya 111 pesakit yang aktif seks sejak enam bulan sebelum itu yang diuji mengalami masalah lemah tenaga batin.

Beliau berkata, masalah lemah tenaga batin dan Penyakit Arteri Koronari (CAD) mempunyai persamaan faktor risiko yang banyak dan saling berkait rapat.

Sebelum anda mula panik dan menyangka yang anda berkemungkinan menghadapi masalah jantung, sila semak semula apakah yang dimaksudkan dengan lemah tenaga batin? Sila baca selanjutnya untuk mengetahui perbezaan lemah tenaga batin atau mati pucuk (ED) dan ejakulasi pramatang (PE). Dua perkara berbeza yang sering disalah-ertikan.



Kecundang atas ranjang

PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.

Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.

Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31% lelaki dan 43% wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks. Satu masalah khusus yang dialami sehingga 20% ~ 30% lelaki Asia pada suatu peringkat kehidupan mereka ialah ejakulasi pramatang (PE). Ia ditakrifkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa utama sebagai:
  • Ejakulasi berulang atau berterusan yang berlaku dengan sedikit rangsangan sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas memasukkan zakar ke dalam vagina.
  • Kegagalan mengawal atau melengahkan ejakulasi
  • Menimbulkan kesan negatif terhadap lelaki seperti rasa resah atau terganggu
Ejakulasi pramatang ialah masalah perubatan umum yang dialami oleh semua lelaki di suatu peringkat dalam hidup mereka. Malah, disfungsi seks ini kurang dilaporkan, kerana lebih banyak perhatian diberikan kepada mati pucuk (ED). Justeru tidak hairanlah jika kaum lelaki keliru dengan kedua-duanya.

Ejakulasi Pramatang tidak sama sekali seperti mati pucuk (ED)

Menurut kajian yang dikendalikan baru-baru ini, iaitu Tinjauan Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Pramatang di Asia Pasifik (AP PEPA) membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual, sehingga 35% daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE dan ED adalah sama.

Sebahagian besar responden Malaysia percaya kedua-dua masalah boleh dirawat dengan ubat yang sama. Hakikatnya kedua-duanya tidak sama dan perlu dirawat dengan ubat yang berbeza!

Di Malaysia saja, 29% daripada lelaki mungkin menghidap PE. Sebenarnya PE merujuk kepada ejakulasi terlalu cepat sedangkan ED merujuk kepada masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Kedua-duanya adalah keadaan berbeza dan kita tidak harus keliru dengannya!

PE sebenarnya masalah umum yang dialami oleh kebanyakan lelaki di suatu peringkat dalam kehidupan mereka. Ini berbeza dengan ED yang biasanya dialami oleh lelaki yang lebih tua. Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa kehilangan ereksi atau ketegangan selepas ejakulasi adalah perkara biasa dan mungkin mengadu mengalami ED sedangkan masalah sebenar ialah PE.

Walaupun semua orang tahu cara untuk merawat ED ialah dengan mengambil pil biru, anda memang tidak boleh merawat PE dengan mengambil pil untuk rawatan ED dan mengharapkan keberkesanannya. Anda juga tersilap jika anda fikir PE akan hilang seiring dengan usia. Ini kerana ia mungkin kekal sepanjang hayat!

Sementara itu, PE, walaupun boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah kelenjar tyroid atau prostatic inflamasi pada prostat dan urethra, juga disebabkan oleh faktor mental dan fizikal. Ini termasuk keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak, keresahan atau kemurungan.

Selain itu, lelaki yang menghidap PE kemungkinan lebih besar melaporkan disfungsi lain seperti ED, kegagalan mencapai orgasma (kemuncak syahwat) dan nafsu seks yang rendah.

Elak tersungkur di ranjang asmara

SECARA ringkas, PE pada asasnya ialah keadaan di mana anda tidak dapat mengawal pancutan air mani semasa seks. Ini menyebabkan kehilangan ereksi (ketegangan zakar), rasa tidak puas hati dan memberikan kesan negatif terhadap hubungan intim. Walaupun kebanyakan orang menganggap ejakulasi pramatang diukur dari segi masa, isu sebenar bukan tempoh masa untuk mencapai ejakulasi, tetapi perasaan tiada kawalan dan keresahan.

Menurut Pakar Runding Urologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, kegagalan mengawal pancutan ialah suatu isu penting bagi lelaki yang menghidap PE. Lelaki rasa resah kerana mereka mengalami ejakulasi lebih cepat daripada yang diingini mereka dan ini mencetus tekanan emosi dan minda. Dr Zulkifli menambah, PE juga mengurangkan kepuasan seks dan menyebabkan seseorang mengelak hubungan intim sama sekali, lantas menjejaskan kebahagiaan rumahtangga secara beransur-ansur.

Tinjauan AP PEPA juga mendapati PE boleh menimbulkan masalah besar dalam beribu-ribu perkahwinan dan hubungan peribadi antara pasangan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Hasil kajian menunjukkan Malaysia mempunyai peratus responden paling tinggi yang menyatakan bahawa masa yang lebih panjang akan menambah baik hubungan seks atau hubungan keseluruhan dengan pasangan, berbanding responden dari Indonesia dan Filipina – dan ini satu faktor yang menggalakkan!

Berita Baik! PE boleh dirawat sepenuhnya

SEKS amat penting – kita perlu menyedari hakikat bahawa tanpa seks, hubungan intim antara suami dan isteri pasti terjejas. Isu ini, jika dibiarkan berpanjangan, juga akan memberi kesan negatif kepada maruah diri lelaki dan keyakinannya di dalam dan luar bilik tidur.

Langkah pertama untuk menangani PE ialah mengakui masalah yang anda alami dan menyedari bahawa ia adalah suatu masalah umum yang boleh dirawat.

Kedua, luangkan masa untuk berbincang dengan isteri anda. Anda tidak harus menghadapinya seorang diri kerana masalah ini bukan saja menjejaskan hidup anda tetapi juga hidup isteri anda. Maklum balasnya yang ikhlas mengenai prestasi seks anda akan membolehkan anda memahami keadaan ini dengan lebih baik.

Langkah seterusnya dan yang paling penting ialah berjumpa dengan doktor anda. Dapatkan nasihat doktor yang anda yakini untuk mengesahkan masalah anda serta menentukan pilihan rawatan terbaik bagi anda. Anda berdua digalakkan untuk pergi bersama-sama berjumpa doktor untuk mencari punca masalah.

Sekiranya anda keberatan untuk berbincang dengan isteri, anda boleh meminta pendapat rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Bagaimanapun, langkah paling baik ialah membincangkan masalah keintiman ini dengan isteri anda. Perlu diingat, ini bukan saja membabitkan anda, tetapi juga bertujuan mengekalkan (dan dalam kes yang serius, menyelamatkan) hubungan seks yang memuaskan!

Jika anda melihat tanda-tanda atau mengalami keadaan yang dibincangkan di atas, jangan biarkan masalah ini meranapkan kebahagiaan rumah tangga anda! Luangkan masa untuk berbincang dengan isteri dan dapatkan nasihat doktor.

Pastikan anda tidak tersungkur di ranjang asmara!

Berikut adalah jadual ringkas yang menyenaraikan perbezaan utama antara kedua-duanya:

Ejakulasi Pramatang (PE)
  • Hubungan seks berakhir dengan pantas
  • Masalah umum dan dialami lelaki di satu peringkat dalam kehidupan – tidak bergantung pada usia
  • Kurang didiagnos, kurang dilaporkan
  • Boleh dirawat dengan ubat PE, psikotherapi , kaunseling dan amalan tingkah laku.

Disfungsi Erektil (ED)
  • Tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar
  • Dialami kebanyakan lelaki lebih lanjut usia yang berumur lebih 45 tahun
  • Profil tinggi, mendapat liputan lebih luas
  • Banyak terapi yang sudah mantap, contoh implan, supositori, ubat oral dan terapi suntikan.
  • Ketika ini, ada tiga jenis ubat PDE5 inhibitor iaitu : Vardenafil 20 mg - Levitra, Sildenafil 50 / 100 mg - Viagra dan Tadalafil 20 mg - Cialis.

Sumber : BHarian 2010/06/19 dan BHarian 2010/06/26




Updated : 30/06/2010

Jumaat, Jun 25, 2010

Menukar fitnah kepada syurga


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini.

Menurut statistik ‘PAGE HiTS’ yang diletakkan di sebelah kiri belog ini, saya menerima ± 350 tukaran entry dengan ± 200 pengunjung setiap hari. Alhamdulillah... Walaupun angka ini tidaklah besar, namun AMAT besar ertinya bagi saya kerana ada juga yang sudi menjenguk, menghantar komen dan tidak kurang juga yang mengirim mesej melalui PM kepada saya. Saya ucapkan ribuan jutaan terima kasih di atas sokongan anda!

Minggu lepas, saya mendapat kiriman email akan renungan ini :
Allah SWT tidak memberi syurga kepada manusia secara percuma tanpa bersusah payah. Andai sesorang itu mahukan martabat tinggi sampai ke syurga, mestilah melalui ranjau dan duri cabaran bahkan fitnah. Seseorang itu tidak boleh berada ditempat yang tertinggi kalau tidak melalui segala macam ujian di dalam kesabaran.

“Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’laa, ayat 17)

Oh! Adakah ini satu kebetulan? Cuba lihat perkataan yang ditebalkan (bold) dan digariskan ini, sebenarnya ada kait-mengait dengan saya sendiri. Sebenarnya sudah agak lama saya simpan apa yang terbuku di dada, baru hari ini saya dapat luangkan masa dan meluahkannya di belog ini.

Saya cumalah seorang manusia biasa, namun saya tidak pernah menyangka yang saya akan difitnah! Inilah ujian Allah yang paling tidak saya sangka-sangka, walaupun ini bukanlah kali pertama saya difitnah. Terlebih dahulu, saya pernah dipanggil wahabi sesat... Kui kui kui... Apa-apapun, saya terima dengan redha, mujurlah saya yang kena fitnah... Menurut Dr HMTuah, adalah lebih baik anda menjadi yang difitnah, usah jadi yang memfitnah kerana si pemfitnah JELAS memiliki hati yang tidak cantik, bahkan dalam agama diibaratkan seperti orang yang sedang makan daging saudaranya yang telah mati. Si pemfitnah sebenarnya sedang sakit, hatinya perlu dirawat!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya beruntunglah mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Meskipun difitnah itu sakit, tetapi memfitnah sebenarnya lebih sakit. Kalau kesakitan itu tidak muncul di dunia, ia tetap timbul di akhirat. Seorang pemfitnah tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Ingat tu! Tidak perlulah saya perincikan apa yang telah berlaku. Cukuplah saya katakan, asalnya mencari maklumat yang tepat untuk satu isu semasa yang timbul, mana yang salah dan mana yang benar, entah mengapa dan di mana silapnya, akhirnya saya ‘dikatakan’ bercakap tentang hal peribadi sendiri… Kui kui kui... Fitnah ini saling kait-mengait dengan pengumpulan fakta untuk entry Adakah Islam membenarkan suami memukul isteri?, Jenayah seks suami terhadap isteri dan satu lagi entry yang masih belum sempat saya karang kerana baru sahaja mendapat maklum balas dari pihak JAKIM. Ya, inilah harga yang saya terima kerana mahu mencari kebenaran dan kongsikan bersama pengunjung belog. Niat saya hanyalah untuk memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan, malangnya telah disalah-ertikan oleh sesetengah pihak. Apa-apapun, eloklah saya tidak memanjangkan persoalan peribadi di sini. Cukuplah.... Tidak ingin saya mengingatnya lagi, cukuplah ia menjadi teladan dalam meneruskan perjuangan saya di persada maya ini. Cuma izinkan saya kongsikan renungan untuk hari ini, iaitu berkaitan fitnah ini.

Sekadar memetik sepotong-dua hadis dari junjungan besar kita :

Rasulullah SAW bersabda : “Tahukah kalian apa itu mengumpat?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Kemudian baginda bersabda. “Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?” Baginda menjawab, “Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah menfitnahnya. (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi, “Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu yang menyebabkan Allah merahmati dan menimpakan kepadamu saudaramu itu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kepada yang berminat untuk membaca lebih lanjut hal-hal mengumpat ini, boleh rujuk entry lain yang saya letakkan di bawah entry ini.

Saya berkira-kira untuk tidak memaafkan hamba Allah yang telah memfitnah saya. Mengapa saya mesti memaafkan??? Tentu ada yang berkata-kata, ‘Uik.. buruknya hati BG...’ Sebelum saya membuat anda tertanya-tanya, saya jelaskan di sini. Saya sedar, walaupun memberi maaf itu baik, namun tiada paksaan dalam Islam untuk memberi maaf. Dan percayakah anda jika saya nyatakan ia boleh dijadikan modal untuk dikutip hasilnya di mahkamah akhirat kelak? Ini salah satu cara menukar fitnah kepada syurga! Tunggu... saya akan masukkan entry tentang ini satu hari nanti, insya Allah...

Sesetengah manusia lupa, mereka beranggapan tidak salah berprasangka buruk, mengata dan mengaibkan mereka yang difitnah, atas alasan apa, tak tahulah. Hanya mereka melakukannya sahaja yang tahu apa alasan mereka. Jika mereka rasa tidak bersalah meluahkan apa saja yang terfikir terlintas di hati, maka itulah tidak salah juga sekiranya kita juga tidak mahu memaafkan mereka jika kita berasa teraniaya.

Hendaklah golongan ini memahami sekiranya bentuk keaiban yang diperkatakan pihak lain itu benar, sekalipun, ia tetap termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan, maka mereka ini sebenarnya menggabungkan dua bentuk perbuatan mungkar iaitu fitnah dan mengumpat.

Apa-apapun, ingatlah, mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya dianggap seperti makan daging mayat saudaranya sendiri. Sanggup si pemfitnah memfitnah jika dia tahu akan hal ini? Jangan lupa, firman Allah SWT, mafhumnya, “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan (mencari keaiban) orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat 49:12)

Jangan anggap menyebarkan berita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil
. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita semua sempat bertaubat!




Capaian entry berkaitan :

Tiga perkara kebencian, keredaan Tuhan terhadap umat Islam


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah meredakan tiga perkara bagi kamu dan membenci tiga perkara bagi kamu. Allah reda supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Allah membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Hadis riwayat Muslim)

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah SWT. Apa saja yang kita lakukan jika Allah SWT menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah SWT menyukainya, kita mestilah melakukannya.

Itulah manifestasi cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa saja yang disukai orang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadilat tetapi hasrat menyatakan, membuktikan cinta dan kehambaan kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan aspek kebencian, hendaklah selari dengan kebencian Allah SWT, meninggalkan apa saja perbuatan dan amalan dibenci Allah SWT.

Nafsu pasti mendorong kita berbuat perkara dibenci Allah tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu. Itulah antara ciri takwa yang sejati.

Renung-renungkan!





Sumber: JAKIM at BH25/06/2010

Elak keluarga bertelingkah rebut pusaka

AmanahRaya tawar khidmat bantuan rungkai kekusutan bahagi harta secara adil

PERTELAGAHAN antara anak beranak, isteri, bekas isteri serta adik beradik sering berlaku apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau menamakan pengurus wasiat.

Subhan (bukan nama sebenar) seorang usahawan berjaya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di sebuah kelab golf. Beliau meninggalkan dua anak perempuan dan seorang bekas isteri yang diceraikan ketika masih hidup. Beliau juga mempunyai empat adik, tiga perempuan dan seorang lelaki.

Kematian mengejut arwah yang tinggal bersendirian menimbulkan pertelingkahan antara adik dengan anak perempuan simati yang tinggal bersama bekas isteri. Adik simati mengambil keputusan membahagikan barangan di rumah arwah antara mereka.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati anak perempuan arwah kerana merasakan harta mereka dirampas. Masalah mula timbul apabila ada harta arwah tidak boleh diperoleh kerana memerlukan surat kuasa.

Antara harta itu ialah wang tunai di beberapa bank tempatan, kereta, keahlian kelab golf, saham amanah serta saham CDS (Bursa Malaysia) yang turut dituntut anak perempuannya. Semua harta berjumlah kira-kira RM500,000 dan arwah turut meninggalkan hutang berjumlah kira-kira RM100,000.

Keadaan yang berlaku mendorong adik arwah mendapatkan khidmat Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) bagi membolehkan mendapatkan hak daripada harta abang mereka. AmanahRaya menjelaskan prosedur permohonan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan.

AmanahRaya kemudian memanggil semua waris Subhan terdiri daripada adik dan anak perempuannya untuk menyelesaikan pembahagian harta membabitkan wang tunai milik simati, wang khairat kematian, derma kematian, saham serta empat keahlian kelab golf.

Pada pertemuan itu waris bersetuju menyerahkan semua wang tunai milik simati kepada AmanahRaya untuk disimpan sementara menunggu penyelesaian beberapa isu antaranya kenderaan pacuan empat roda yang didakwa anak simati adalah hadiah pemberian bapanya yang belum sempat ditukar nama.

Isu lain, hak milik keahlian dua daripada empat kelab golf, buku akaun atas nama kedua-dua anak perempuan simati dan saham CDS (Bursa Malaysia) yang dibeli simati. Isu itu tidak dapat diselesaikan pada pertemuan yang diadakan kerana waris tidak mencapai kata sepakat sama ada hendak memindah milik atau menjual harta berkenaan.

Enam bulan selepas permohonan dibuat, kedua-dua anak perempuan simati memohon bantuan kewangan daripada AmanahRaya untuk menanggung kos sara hidup dan membayar yuran pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Bagaimanapun, permohonan itu tidak dapat dipenuhi kerana Surat Kuasa Mentadbir masih belum dikeluarkan disebabkan pengesahan dari kelab golf belum diperoleh. Sebulan selepas itu, bekas isteri simati, Sulimah, melalui peguamnya menuntut AmanahRaya menyenaraikan harta pusaka simati bagi membolehkan beliau membuat tuntutan ‘hiwalah’ atau harta sepencarian sebelum mereka bercerai.

Setahun selepas permohonan, dua daripada empat kelab golf mengesahkan mengikut peraturan kelab, keahlian simati gugur secara automatik jika penama tidak dilantik dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kematian. Pengesahan itu menyebabkan dua daripada empat keahlian kelab gugur secara automatik.

Anak perempuan simati menuntut supaya dua lagi keahlian kelab golf diberikan kepada mereka kerana ia sebahagian harta sepencarian antara arwah dengan ibu mereka. Alasan itu tidak dipersetujui adik simati yang turut berminat memiliki keahlian kelab berprestij itu.

Selepas hampir dua tahun setengah tiada persetujuan dicapai antara dua anak perempuan dan empat adik simati, AmanahRaya mengambil inisiatif mengadakan pertemuan kedua dengan semua waris simati.

Namun, pertemuan itu menimbulkan lebih ketegangan apabila pelbagai isu berbangkit dan tiada persetujuan dicapai. Selaku pentadbir, AmanahRaya akhirnya berjaya memujuk serta menyedarkan waris untuk menyelesaikan isu itu demi kepentingan semua pihak.

Ini bertepatan firman Allah yang bermaksud: “Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia, dan amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (Surah al-Kahfi, ayat 46)

Perbincangan berlangsung selama lebih dua jam dalam suasana kekeluargaan berjaya menghasilkan penyelesaian dan antara persetujuan dicapai ialah kereta yang dikatakan dihadiahkan simati kepada anaknya dipindahmilik kepada anak berkenaan.

Keahlian dua kelab golf yang masih aktif dipindah milik kepada anak perempuan, akaun simpanan amanah yang tertera nama anak dikembalikan kepada waris yang berhak, sementara semua wang tunai dibahagikan secara faraid selepas ditolak hutang dan zakat yang wajib ke atasnya.

Adik lelaki simati memperoleh 2/15 daripada jumlah wang tunai, adik perempuan (3/15) dan anak perempuannya masing-masing memperoleh 5/15 bahagian.

Proses pembahagian harta Subhan berjaya diselesaikan selepas tiga tahun kematiannya. Selain menyelesaikan perebutan harta pusaka, AmanahRaya juga berjaya menyatupadukan semula ahli keluarga Subhan.

Sumber : BHarian 24/06/2010


Rabu, Jun 23, 2010

Memahami cemburu seorang wanita


Assalamualaikum warahmatullah,

Cemburu sangat sinonim dengan wanita walau bagaimanapun sebenarnya sifat cemburu bukanlah ekslusif untuk kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki juga memiliki sifat sebegini. Lihat sajalah kes-kes jenayah yang dilaporkan di dada akhbar akibat cemburu yang tidak berapa elok, yang orang menyebutnya cemburu ‘buta’.

Cemburu yang merupakan fitrah manusia, iaitu cemburu neutral yang boleh menjaga dan melindungi harga diri dan keluarga dari tindakan pencemaran citra dan atau sikap melampaui batas. Cemburu seperti ini dianggap akhlak mulia yang patut dimiliki oleh setiap orang yang beriman. Cemburu species yang lain pula ialah cemburu yang merugikan, dibenci dan dilarang, iaitu rasa cemburu tanpa alasan yang selalu menyeksa jiwa. Ketika fikiran sedang dikuasai prasangka buruk, boleh saja kita menuduh orang yang tidak bersalah. Rasa cemburu yang tidak berasas boleh merosakkan dinamik dan ketenteraman kehidupan rumahtangga.

Junjungan besar kita, Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kecemburuan yang pada tempatnya akan bernilai ibadah dan dicintai Allah yakni cemburu terhadap sesuatu pelanggaran nilai syariah secara pasti dan jelas, manakala api cemburu buta yang tidak pada tempatnya akan menghanguskan kebenaran dan melahirkan tindakan ‘kurang akal’ atau penganiayaan. Ini kerana cemburu yang keterlaluan akan merenggangkan tali cinta kasih suami-isteri, mengganggu ketenteraman keluarga dan menyengsarakan hidup bersama jika hal itu cuma mengada-ada, negative thinking, syak wasangka, curiga terhadap sesuatu yang belum jelas dan pasti, serta cemburu buta secara bodoh kerana rasa was-was yang tidak pada tempatnya itu berasal dari syaitan. Ini jelas seperti yang telah dirakamkan dalam hadis di bawah :

Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah, Kerana itu aku cemburu kepada baginda. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya, Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah? Jawabku, Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya baginda SAW, Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu? Jawab Aisyah, Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan? Jawab baginda, Ya! Aku bertanya, Aku sendiri juga? Jawab baginda, Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat. (Hadis riwayat Muslim)

Sejarah cemburu Ummul Mukminin

Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah bersama Safiya yang sama-sama berhijrah dan yang baginda nikahi di perjalanan menuju ke Madinah, Aisyah berkata, “Aku menyamar dan keluar untuk melihatnya. Tetapi, Rasulullah mengetahui akan apa yang kulakukan dan baginda berjalan ke arahku. Maka aku pun bergegas meninggalkan baginda. Namun baginda mempercepat langkahnya sehingga menyusulku. Kemudian baginda bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang dirinya?” Aisyah menjawab dengan nada sinis, “Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Aisyah r.a. berkata, “Pernah suatu malam, Nabi SAW ada bersamaku dan baginda pada masa itu menyangka aku telah tertidur. Maka baginda keluar dan aku pun mengikuti jejak langkah baginda. Sungguh aku menyangka bahawa baginda pergi untuk menemui isterinya yang lain, sehingga baginda sampai pada suatu tempat pemakaman. Lalu baginda pun berbelok dan aku pun mengikutinya. Baginda mempercepat langkahnya dan aku pun mempercepatkan langkahku. Kemudian baginda bergegas kembali ke rumah dan aku pun berlari agar dapat mendahuluinya menuju rumah. Setelah baginda memasuki rumah, baginda bertanya mengapa nafasku termengah-mengah seperti orang yang menderita asma sedang mendaki suatu bukit. Aku pun menceritakan kejadian yang sebenarnya kepada baginda, bahawa tadi aku mengikuti ke mana baginda pergi. Baginda pun bertanya, “Apakah engkau menyangka bahawa Allah dan Rasul-Nya akan menyakiti dirimu?”” (Hadis riwayat Muslim)

Anas r.a. pernah meriwayatkan : “Pada suatu saat Nabi SAW berada di samping beberapa orang isteri baginda, salah seorang ummul mukminin mengirimkan satu piring makanan. Tiba-tiba isteri yang di rumahnya Nabi SAW berada, memukul tangan pelayan yang membawa piring makanan itu sehingga piringnya jatuh dan pecah. Lalu Nabi SAW mengumpulkan pecahan piring dan makanan yang tadinya berada dalam piring yang pecah itu. Baginda berkata: “Ibumu cemburu.” Baginda menahan pelayan tadi sampai baginda memberikan piring dari isteri yang di rumahnya baginda berada. Piring yang utuh itu baginda serahkan kepada isteri yang piringnya pecah dan baginda menahan piring yang sudah pecah di rumah isteri baginda yang telah memecahkan piring tadi.” (Hadis riwayat Bukhari)

Saya tak ingin komen panjang tentang hadis-hadis yang dipetik di atas, cuma secara peribadi, Aisyah r.a. yang tinggi taqwanya pun mempunyai perasaan cemburu. Jadi, jika anda seorang suami yang dikurniakan seorang isteri yang kuat cemburu, bersabarlah. Cuba selami jiwa isteri anda. Bagaimana, ya? Saya kongsikan artikel menarik yang dipetik di MesraNet, semoga bermanafaat.

Memahami cemburu seorang wanita

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Katakan suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.



Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.



Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasih suaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang.

Semoga entry kali ini dapat membantu para suami memahami pasangan masing-masing dengan lebih baik.... insya Allah.




Capaian entry berkaitan :