“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 13, 2011

Kopi


Kopi kurangkan risiko dementia dan parkinson

Kopi dari genus Coffea L adalah minuman yang paling banyak diambil di dunia dan dijual di hampir seluruh dunia. Minuman kopi dihasilkan daripada biji kopi yang telah dipanggang, kemudian dibru menjadi air kopi. Biji kopi ditanam di lbih daripada 70 buah negara di dunia.

Biji kopi berwarna hijau yang tidak dipanggang adalah satu daripada komoditi pertanian yang paling banyak didagangkan di dunia. Pengeksport utama kopi adalah Amerika Latin, Asia Tenggara dan Sfrika. Jenis biji kopi yang paling banyak ditanam adalah Coffea Arabica, dan bentuk ‘robusta’ daripada Coddra canephora.

Menurut sejarah, buah kopi pada mulanya diminum semata-mata untuk tujuan kerohanian. Zaman dahulu, pedagang mula membawa buah kopi menyeberangi Lau Merah ke duania moden Yaman. Ði sini penduduk Musli dikatakan mula menanam pokok kopi id halaman rumah mereka.

Coffea L

Tidak seperti memunum kopi ketika ini, penduduk di negara itu dikatakan telah membuat minuman daripada buah kopi yang telah diperam. Minuman ini selalunya diminum semasa majlis keagamaan pada zaman tersebut.

Ðikatakan juga sebelum kopi dijadikan minuman yang amat digemari seperti sekarang, pada zaman kuno di tempat kopi mula ditemui di Ethiopia. Buah biji kopi digunakan sebagai makann rempah, wain, ubat dan minuman yang suci.

buah kopi muda




buah kopi matang

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Biasanya setiap buah kopi jambu mengandungi dua biji kopi beras, walaupun begitu ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea/berry.

bunga kopi

bunga kopi ~ closed up ~

Secawan kopi mengandungi antara 130 hingga 250 miligram kafein, sejenis alkaloid purine dan bahan aktif farmacologikal. Biji kopi juga mengandungi protein, asid amino, lipid, karbohidrat, vitamin dan mineral, ini termasuklah kalium, kalsium, magnesium dan glikosid. Bahan dalam biji kopi berbeza bergantung kepada jenis kopi, tempat ia ditanam, keadaan tanah dan kaedah yang digunakan semasa menuai, memanggang, menyimpan dan proses membuat kopi atau bru.

Kopi kurangkan risiko parkinson


Bahan utama yang terdapat di dalam biji kopi iaitu kafein bertindak sebagai perangsang. Walau bagaimanapun, kelebihan kopi bukan setakat membantu anda berjaga malam dan mengurangkan stress. Pengambilan air kopi dengan kerap pada jumlah yang berpatutan (secawan hingga dua cawan sehari) dikatakan mampu mengurangkan risiko kepada penyakit seperti parkinson, alzheimer dan batu karang.

Penahan sakit

Biji kopi juga mengandungi sebatian methylpyridium iaitu sejenis sebatian antikanser. Namun begitu, sebatian ini tidak ditemui secara asli di dalam buah kopi atau tanaman kopi. Ia hanya terbentuk semasa biji kopi itu dipanggang.

Pengambilan air kopi dengan kerap dalam jumlah yang berpatutan didakwa mampu mengurangkan risiko kanser. Tindakan perangsang dalam minuman kopi tidak terhad kepada otak. Ia mampu memberi tindakan kepada usus bawah. Perangsang ini amat baik juga untuk pergerakan peritalsis dan amat berguna sebagai penawar kepada sembelit.

Kopi juga telah lama digunakan sebagai salah satu daripada analgesia (agen atau bahan yang boleh melegakan kesakitan tanpa hilangnya kesedaran), ia bukan sahaja didakwa mampu bertindak sebagai penahan kesakitan tetapi mampu meningkatkan kesan penahan sakit yang lain.

Melalui satu kajian yang dilakukan di Ester Lopez-Garcia of Universidad Autonoma de Madrid melaporkan bahawa wanita yang memimun dua hingga tiga cawan kopi sehari memiliki 25% risiko rendah kematian akibat penyakit jantung dan pengurangan risiko kecil juga turut dilihat pada lelaki.

Kopi disebut mengandungi antioksidan, termasuk dalam kumpulan sebatian yang dikenali sebagai quinines. Ðalam kajian terhadap timus makmal mendapati, minuman kopi mampu meningkatkan rasa sensitif tubuh bertindak balas pada insulin. Kajian juga mencadangkan pengambilan kopi mampu mengurangkan risiko dementia dengan cara menyekat kolesterol yang merosakkan membebani tubuh.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat daripada buah nangka, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MW#1436 dan En.Wikipedia ~ coffea_arabica

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails