“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Julai 07, 2011

Wanita tolak poligami tak berdosa


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Senyum jer bila membaca tajuk sensasi muka depan BH hari ini, ‘Wanita tolak poligami tak berdosa.’ ....

Biasa tak dengar ayat standard diluahkan kepada mereka yang menolak poligami, kata mereka, “Rosak akidah kamu menolak perkara yang dihalalkan Allah.” Selalu juga saya persoalkan, menolak poligami tidak bererti menolak hukum Allah. Tang mana pula yang dikatakan merosakkan akidah? Contohnya, jika kita tidak suka makan durian, adakah kita akan menegah mengharamkan orang lain daripada memakannya? Ini analog ringkas untuk mereka yang tidak faham apabila dikatakan ‘menolak’ poligami. Hemmm... jangan sebarang menjatuhkan hukum kepada orang lain seolah-olah kita ini tuhan pula!

Ðilaporkan, Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ðr Akram Sabri berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya...

Sheikh Ðr Akram Sabri berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami kerana poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 129. Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Menurut Sheikh Ðr Akram Sabri lagi, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya. Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai. Bagaimanapun, menurut beliau, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis. Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya.

Laman-Seri : Mustahil seorang imam tidak tahu apa yang diperkatakannya, melainkan imam itu seorang yang nyanyuk.... kan? Mengapa agaknya Sheikh Ðr Akram Sabri memberi kenyataan begini, ya? Mungkin alasannya berdasarkan perkembangan semasa, yakni, ramai suami pada masa kini tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab, ini tidak kiralah sama ada perkahwinan poligami mahupun monogami.

Berapa ramai yang berpoligami selain daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas? Ramai, kan? Anak sudah berderetpun, masih mengintai peluang, walaupun isteri masih boleh ‘dipakai’... Menolak poligami berdosa besar? Silap weh... kita perlu perbetulkan minda masing-masing... Poligami tidak perlu diiklankan bagus, kerana ia tidak semestinya bagus untuk sebahagian lelaki.

Pendapat Ðr Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988) : Poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat yang mengharuskan poligami itu berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan, “Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah Nabi, barang siapa yang menghalang sunnah Nabi, maka dia bukan dari kalangan umat Nabi.”

Pandai sungguh mereka pasang nas, ya... Jangan Salah Guna Agama! Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah SAW untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.

Sedikit renungan untuk kita semua, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: “Ðan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.””

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Ðalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Bermakna, bukan sebarang suami yang layak mendapat pengiktirafan sebegini. Namun pada hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Lihat sajalah statistik perceraian yang dilaporkan oleh Jakim. Tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya, sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.

Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul?

Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumahtangga yang bertakwa.

Renung-renungkan...




Petikan : BHarian 07/07/2011

Capaian entry berkaitan :
* Sakitnya jika terpaksa berpoligami
* Poligami lagi ... rentetan sinetron Isteri Untuk Suami Ku
* Poligami: Jangan Salah Guna Agama!
* Awas, suami perdaya isteri!

2 ulasan:

  1. BHarian 08/07/2011 ~ Isteri tolak poligami dosa besar

    Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum: Nooh

    KUALA LUMPUR: Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.

    Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.

    “Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan. Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya. Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

    Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
    Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.

    “Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia. Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu. Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.

    Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.

    “Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.

    Laman-Seri: Betullah tu, berdosa besar jika menolak SYARIAT poligami kerana ia disyariatkan oleh Allah SWT, tetapi ada keadaan di mana wanita BUKAN menolak syariat poligami tersebut sebagai suatu syariat tetapi menolak untuk berpoligami (atas sebab keadaan, bukan atas sebab syariat) contohnya kerana tahu bahawa suaminya tidak mampu dan tidak akan berlaku adil atau boleh menyebabkan berlaku kezaliman. Keadaan-keadaan seperti inilah yang dimaksudkan oleh Imam Masjid Al Aqsa.

    Imam Masjid Al Aqsa dan Mufti Kelantan hujahnya sama, iaitu isteri boleh tolak alasan suami nak poligami jika suami tak cukup syarat & isteri ada alasan kukuh. Namun suami pula tidak terikat dengan tolakan isteri itu. Ini bermakna isteri hanya menolak poligami dalam konteks tak cukup syarat, bukan menolak total. Kalau menolak total mungkin kedua-dua ulama itu sama hujah dengan Mufti Johor. Begitu juga kalau dalam konteks tak cukup syarat mungkin Mufti Johor juga sama hujah dengan Imam Masjid Al Aqsa dan Mufti Kelantan. Kesimpulannya Ketiga-tiga ulama itu tidak bercanggah pendapat, cuma mereka berhujah dari konteks yang berbeza.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Bagaimna dengan suami yang layak berpoligami tetapi isteri yg sah tidak mahu berpoligami sampaikan sanggup minta di ceraikan, bukankah menentang poligami , menentang sunnah Rasulullah, jika suami tidak layak berpoligami ya memang si isteri tidak berdosa apabila menentang, yang jadi masalah isteri yang menentang suami yang layak berpoligami.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails