“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Julai 03, 2011

Merancang kewangan untuk anak-anak


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Menjelang tahun baru 2011, kita tersentak lagi dengan krisis minyak masak dan bawang. Rata-rata, ramai yang komplen harga barangan keperluan harian terus meningkat walaupun sesetengah daripada kita yang hidup makan gaji tetap memperolehi pendapatan yang sama tiap-tiap bulan. Walaupun terpaksa hidup dalam kesempitan, perkara yang paling tidak patut kita pinggirkan ialah merancang kewangan untuk anak-anak.

Ibu bapa sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, ibu bapa perlu merancang kewangan khususnya berkaitan pendidikan sejak dari awal kelahiran anak mereka agar anak-anak tersebut berupaya memperoleh pendidikan yang sempurna. Apabila ibu bapa mampu merancang, sudah pasti polemik berkaitan pinjaman pendidikan ini tidak timbul lagi.

Sebenarnya, konsep merancang kewangan dan mengurus risiko yang bakal dihadapi terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Yusuf berkata: Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuaikan hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sukar, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sukar) kecuali sedikit daripada (biji gandum) yang akan kamu simpan." (Surah Yusuf: 47 dan 48).

Manusia diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersiap-sedia menabung dalam menghadapi kesusahan yang mendatang khususnya berkaitan pengurusan kewangan. Walaupun sudah 1,400 tahun, konsep demikian masih relevan dengan kehidupan masyarakat Islam hari ini.

Masyarakat masih kurang faham tentang kepentingan takaful terutama kesedaran mengenai perlindungan masa depan anak-anak seperti pendidikan. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan keperluan perlindungan pendidikan menjadi satu agenda penting dalam pengurusan kekeluargaan dan diambil berat oleh ibu bapa.

Dalam merancang kewangan, ibu bapa perlu mengetahui apa sebenarnya keperluan untuk keluarga mereka dan memastikan keutamaan diberikan kepada keperluan yang benar-benar mendesak seperti keperluan pendidikan anak-anak. Sekiranya ibu bapa peka dengan keperluan dan kehendak pendidikan semasa, sudah pasti mereka akan merancang kewangan dan perbelanjaan serta mengambil pelan takaful pendidikan untuk dana pendidikan anak-anak mereka pada masa akan datang.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, "Sesungguhnya anak-anak kita adalah permata."

Jadi tugas kita selaku ibu bapa ialah menggilap permata-permata ini agar sentiasa bersinar dengan memberikan pendidikan yang sepatutnya kepada mereka. Jika anak-anak ditinggalkan dengan dana pendidikan yang mencukupi, sudah pasti mereka akan dapat meneruskan pengajian dan meningkatkan lagi tahap pendidikan di Malaysia ini. Selain itu, matlamat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.

Sebagai akhirnya, renungkanlah sepotong ayat dari surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud, "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa." dan sebuah hadis yang bermaksud, "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Renung-renungkan!


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails