“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Julai 05, 2011

Tips ubati hati selepas bercerai


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Search keyword pilihan minggu ini ialah, ‘tip merawat kesedihan selepas perceraian’. Tajuk entry kali ini bukanlah untuk merawat kesedihan, tetapi ditumpukan kepada yang lebih penting iaitu mengubati hati selepas berlakunya perceraian.

Laman-Seri pasti, tiada pasangan yang berkahwin yang mahukan perceraian. Namun panas tidak semestinya hingga ke petang, ada kalanya hujan di tengah hari. Jika ada di antara kita yang terpaksa menempuh hujan panas di tengah hari, apa kata kita sediakahlah payung sebelum hujan turun. Maksud Laman-Seri di sini ialah, sediakanlah diri kita dengan ilmu, supaya kita tidak terlalu tergolek dalam hujan panas itu nanti.

Cuba ikuti kisah di ini. Selepas bercerai, maruah Anisa mula tercemar. Ðia tidak menyangka teman-teman yang dahulu amat rapat tergamak menikamnya dari belakang, menyebarkan cerita palsu yang mengutuk dirinya habis-habisan kerana perceraiannya itu. Apakah kerana dia wanita muda yang cantik sehingga amat mudah bagi masyarakat menuduh dirinyalah yang menjadi punca perceraian itu. Ðia dituduh bermain kayu tiga, perempuan materialistik, mahukan kekayaan dari lelaki lain sehingga sanggup menceraikan suami?

Betapa kejamnya, tuduhan-tuduhan dan fitnah yang tidak berasas itu. Walaupun bekas suami Anisa suka menyebarkan kelemahan dirinya sebagai isteri suatu ketika dahulu, namun Anisa memilih untuk berdiam diri dengan isu-isu panas mengenai cerita rumahtangganya. Anisa akur dan menerima takdir dirinya sebagai pilihan Allah Taala, yang tiada seorang pun dari hamba-Nya yang mengetahui hikmah di sebalik ujuan itu.

Sebagai Muslimah yang taat, apa yang telah berlalu mesti dijadikan pengajaran untuk bekal hidupnya pada hari depan. Setiap wanita yang bercerai amat memerlukan penawar bagi hati mereka yang hancur akibat daripada kesan-kesan perceraian.

Ada beberapa tips yang Laman-Seri ingin kongsikan, yang boleh mengubat hati wanita selepas bercerai supaya mereka memandang tragedi itu sebagai hadiah terbaik daripada Allah SWT, bukan seksaan dan azab-Nya.

1 – Percaya kepada pilihan Allah SWT


Menerima semua peristiwa yang hadir dalam hidup ini, baik yang positif atau negatif sebagai kehendak Allah. Bukan calang-calang beratnya dugaan yang pasti dialami wanita selepas bercerai. Selain daripada masalah kemurungan kerana ditikam lidah-lidah tidak bertanggungjawab yang menuduh wanita sebagai punca masalah dan akhirnya aib diri akan didedahkan di hadapan orang ramai.

Ramai pula yang mula mencurigai sikap dan gerak-geri janda muda yang cantik. Tapi yang pasti, bebanan ekonomi keluarga yang mesti ditanggung sendiri dan permusuhan keluarga sebelah bekas suami yang belum berakhir.

Ditambah pula masalah perkembangan mental anak-anak yang ditinggalkan ayah mereka. Semua itu memerlukan kecekalan hati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Cara untuk menghadirkan redha dalam hati ialah dengan mengingati nikmat Allah SWT yang lain ketika musibah datang. Sungguh banyak nikmat-Nya yang tidak kita sedari yang telah menyelamatkan hidup kita di dunia ini. Adapun musibah, ia ditimpakan supaya kita tidak terlena dibuai kenikmatan yang banyak itu.

2 – Bina mahligai iman dan harta

Setelah bercerai, tentu beban nafkah semakin berat apabila ditanggung sendirian. Setiap sen yang dinafkahkan untuk anak-anak dan keluarga menjadi amal yang paling berat timbangannya di sisi Allah SWT. Untuk memenangi perlawanan duniawi, kita memerlukan dua bekal yang boleh menyelamatkan perjalanan hidup kita iaitu; bekal iman dan harta. Iman boleh terjejas tanpa harta yang cukup dan diberkati Allah SWT. Begitu juga harta akan habis tidak berfaedah tanpa iman yang kuat. Untuk memenangi perlawanan ini, anda harus memiliki kedua-duanya. Semailah benih iman di dalam hati dengan ilmu agama.

Bagaimana cara mendekatkan diri kepada Allah SWT? Ðisiplin mengerjakan sembahyang, belajar memahami al-Quran, bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan luas ilmu, mengikuti aktiviti-aktiviti bersama mereka dalam zon iman yang sihat, jauhkan persekitaran yang mengandungi iklim maksiat yang berbahaya. Banyaklah belajar dari orang-orang yang sabar bagaimana mengatasi ujian kehidupan, sentiasalah melihat ke bawah dan jangan sesekali melihat orang yang di atas supaya lahir hati yang bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah Taala.

3 – Hidup untuk berkongsi gembira

Punca tekanan pada diri seseorang ialah ketidak-mampuan seseorang untuk berkongsi pelbagai rasa dengan orang lain. Semua mahu dirasai dan ditanggung sendiri, baik suka atau duka, menjadikan orang itu individualistik, ego dan jumud. Sedangkan punca kebahagiaan itu ialah sikap mahu berkongsi dengan orang lain.

Hidup akan lebih bererti jika kita menjadi orang yang bermakna untuk orang lain. Jika anda seorang ibu, pastikanlah anak-anak merasa bertuah memiliki ibu seperti anda. Kuat, cekal, ceria, senang didekati, suka bergurau senda tanpa menjatuhkan maruah diri.

Para pakar jualan pasti sepakat bahawa cara untuk mempertingkatkan pendapatan ialah dengan kemesraan dan senyuman kepada para pelanggan. Para doktor pun pasti mengesyorkan pesakitnya untuk mengamalkan senyuman bagi memberi motivasi, di samping ubat untuk menghilangkan kesakitan.

Al-Quran pula memberi galakan supaya bermesra dengan orang lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah ali-‘Imran 3:159)

Penawar hati yang paling senang dan seronok apabila melakukannya ialah bergurau senda. Rasulullah SAW pernah mengekori sahabat baginda yang bernama Zahir dari belakang, kemudian baginda bersabda, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” (Rasulullah bergurau, kerana Zahir bukan seorang hamba) Lalu Zahir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku ini seperti barang jualan yang tidak laku?” Rasulullah menjawab sambil tersenyum, “Sesungguhnya engkau di sisi Allah bukanlah barang jualan yang tidak laku.”

Senyumlah! Sebagai tanda keredhaanmu atas segala ujian yang menimpa, dan ubat bagi hati yang berduka...

Semoga bermanafaat!




Tips dirujuk dari : Ðr Juanda Jaya

Capaian entry berkaitan :
* Tips melupakan bekas kekasih

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails