“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Julai 02, 2011

Ceroboh ruang udara provokasi bahaya

F-18 Hornet ~ gambar hiasan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entry Seriuskah Singapura berbaik dengan kita? yang lepas, telah dikongsikan kisah pencerobohan ruang udara dan al-kisah pasir yang dilarikan. Minggu ini kita hendak bercakap sikit lagi pasal pertahanan. Kita sudahpun bercakap tentang hal ini, tetapi kita hendak juga bercakap balik sekali lagi.

Ada orang kata pertahanan ini membazir. Jadi banyaklah yang tidak suka bila kita beli kelengkapan pertahanan. Sesiapapun tidak suka kalau kita cara BOROS dan seleweng dengan bagi komisen besar-besar kepada kroni dan member. Sebaliknya kalau dibeli dengan berhemah, diselenggara dan diguna dengan cekap, rasa-rasanya tidak ada masalah. Yang menjadi masalahnya, kita kerap dengar kelengkapan dibeli tak boleh pakai, tidak dijaga atau hilang macam itu saja.

Kita sudah dengar mengenai kapal tentera laut terbakar, senjata dicuri oleh pelampau agama dan enjin kapal terbang kena kebas. Erk... engin kapal terbang yang besar bagak tu boleh kena curi?! Sungguh memalukan! Malu satu hal. Satu dunia tahu standard pertahanan kita pun satu hal yang lain pula.

Jadi kita harap Menteri Pertahanan janganlah setakat hebat pakai uniform tentera dan ke hulu ke hilir diiring oleh pengiring bermotosikal Polis Tentera saja. Ingatlah anda dipilih oleh rakyat jelata dan anda bertanggungjawab kepada kami semua. Lebih-lebih lagilah jeneral-jeneral kita yang segak-segak itu. Kalau enjin jet dalam stor pun kena curi, macam mana kita nak percaya keselamatan negara kita terkawal dan terjamin?

Tup, tup baru-baru ni kita dengar pula pasal beribu-ribu pencerobohan oleh kapal terbang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ke atas ruang udara kita. Takkanlah ini cerita bohong pasal bukan dibuat di kedai kopi atau di tepi jalan, tapi di Parlimen. Bukan alang kepalang punya cerita. Macam pakat-pakat pula. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, tanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jawab. Bueno... KJ cari publisiti kut...?

Bukan main-main punya jawab – sejak 2008, pesawat RSAF ceroboh masuk ruang udara kita 2,508 kali. Adoi mak terrornya, kalau niat mereka jahat, dah ‘kaboom’ kita. Jahat atau tidak, ceroboh ruang udara orang lain tetap salah. Kita wajib ambil tindakan. Tak apalah kalau Singapura nafi, itu kerja dia. Kalau dia tak nafi, sahlah dia buat kerja provokasi itu. Macam mana pun Singapura nafi, kita susah nak percaya. Lagi-lagilah kalau kita tahu kekuatan, ideologi dan doktrin pertahanan Singapura.

Mula-mula sekali, Singapura adalah antara negara di dunia yang belanja nisbah paling tinggi daripada belanjawan negara ke atas pertahanan. Kedua, persenjataannya adalah antara yang paling canggih di dunia. Ketiga, dan paling penting, adalah doktrin pertahanannya.

Doktrin pertahanan Singapura sama dengan doktrin pertahanan Israel. Israel anggap semua negara jirannya sebagai berpotensi jadi musuh. Israel percaya kepada ‘pre-emptive strike’ – serang dulu sebelum diserang.

Akhir sekali, jangan berperang dalam wilayah sendiri, tapi berperang dalam wilayah musuh. Sebab itu kita tengok Israel tawan banyak wilayah Arab dan pegang sampai hari ini macam Tebing Barat dan Golan Heights.

Jadi, biarlah macamana pun Singapura nafi, kita tetap tidak percaya. Cuma kita hendak tanya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri kita, mereka buat apa bila kapal terbang RSAF cabul dan ceroboh ruang udara kita? Oh... Datuk 'Terkejut' jangan buat-buat terkejut lagi, ya! Takkan setakat tiga, empat tahun sekali bagi tahu Parlimen kot? Itu pun pasal ada Ahli Parlimen tanya.

Saya tidak pula baca dalam surat khabar Menteri Pertahanan atau Menteri Luar bantah kepada Singapura. Kalau terlepas pandang, minta ampun ya.... yang kita baca, pemimpin kita asyik puji Singapura, pujuk pelaburan Singapura dan main golf dengan pemimpin Singapura.

Tup, tup masa kita asyik nak berbaik-baik dengan Singapura, tentera udara dia jadikan pelanggaran ruang udara kita sebagai latihan. Minta izinlah, tak bolehkah berbasi-basa? Ini kes menceroboh, macam kena 'rogol' pula rasanya!

Kita patut persoalkan, apa gunanya kita ada radar mahal-mahal, pesawat pejuang canggih dan juruterbang handal-handal, kalau pesawat perang Singapura keluar masuk ruang udara kita beratus kali sebulan? Bukanlah kita hendak menyuruh Malaysia berperang dengan sesiapa. Barang dijauhkan Allah. Tapi, takkan sekali pun kita tak ‘scramble’ pesawat Sukhoi Su-30, F-18 Hornet atau MIG-29 Fulcrum, pergi jenguk sikit apa budak-budak Singapura itu dok buat masuk ruang udara kita?

Tidak mungkin pesawat TUDM kita yang lebih laju daripada bunyi itu sesuai untuk pertunjukan udara sahaja. Takkan bila pesawat perang asing masuk ruang udara kita secara haram, kita tak boleh hantar pesawat pejuang kita pergi tengok apa mereka buat?

Maaf cakaplah, kita patut rasa sangat kecewa dan bimbang dengan sikap sambil lewa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar tangani pencerobohan oleh pesawat perang RSAF ini.

Betullah Singapura tahu banyak rahsia pertahanan dan lokasi strategik kita. Apa hendak buat, mereka ada pesawat amaran awal dan kawalan (AWAC) yang boleh intip berbatu-batu dari udara dan ambil gambar lokasi tentera dan strategik kita. Tapi, takkanlah bila mereka ceroboh ruang udara kita, kita boleh berdiri sambil berpeluk tubuh atau cuma duduk bersenang diri juga dan tunggu Ahli Parlimen tanya baru hendak beritahu?

Yang kita tidak mahu, walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Cakap tak serupa bikin!

Wallahualam.




Sumber asal : KuntaKinte di BHarian 24/06/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails