“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Julai 04, 2011

Kes dera seksual serius


60% dilapor dilakukan ahli keluarga terdekat

PETALING JAYA: Sebanyak 60% daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan sepanjang lima tahun lalu, dilakukan oleh ahli keluarga terdekat termasuk bapa kandung, bapa tiri dan saudara mara.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2006 hingga 2010 itu juga menunjukkan kes penderaan seksual di negara ini berada pada tahap serius termasuk peningkatan kes dilaporkan setiap tahun, namun pada masa sama ia membuktikan kesedaran masyarakat terhadap perlakuan itu semakin meningkat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata ahli keluarga terdekat sepatutnya berperanan melindungi keselamatan kanak-kanak, namun ia berlaku sebaliknya.

“Walaupun perangkaan kes membabitkan kanak-kanak khususnya penderaan seksual meningkat, ia sebenarnya menunjukkan kesedaran masyarakat untuk melaporkan perlakuan sedemikian semakin meningkat,” katanya berucap pada pelancaran program ‘Menyatukan Keluarga – Keselamatan Kanak-Kanak’ anjuran RHB Bank Berhad di sini, semalam.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie. Hadir sama, Pengerusi RHB Bank, Tan Sri Azlan Zainol dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Khalid berkata, perangkaan sepanjang 2006 hingga 2010 juga menunjukkan lebih 70% mangsa rogol di negara ini adalah kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun daripada keseluruhan 16,158 kes yang dilaporkan. Selain itu, katanya, sebanyak 1,017 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang lima tahun lalu atau purata 200 kes setiap tahun, dengan 57% atau 579 kes membabitkan kanak-kanak lelaki.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi menangani pelbagai kes membabitkan kanak-kanak, PDRM mewujudkan Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) yang bertujuan mendapatkan maklumat daripada mangsa untuk mengukuhkan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.

“PDRM menyediakan persekitaran selesa dan bersesuaian dengan kanak-kanak di pusat berkenaan yang diwujudkan di Bukit Aman kerana kita mahu mendapatkan seberapa banyak maklumat berhubung kes yang menimpa mereka untuk pendakwaan,” katanya.

Khalid berkata, sepanjang tempoh sama, 5,270 kanak-kanak dilaporkan hilang dengan 43% atau 2,982 belum ditemui.

“Ia termasuk kes lari dari rumah atas pelbagai alasan termasuk mencari kebebasan, perselisihan faham dengan ahli keluarga atau termakan pujuk rayu teman lelaki,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata, RHB Bank menerusi program berkenaan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya PDRM dan MCPF, dalam meningkatkan kesedaran ibu bapa sebagai pelindung anak masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa penjenayah.




Petikan : BHarian 04/07/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails