“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 09, 2011

Awas jeans ketat!



MEMAKAI celana ketat nampak seksi, bergaya dan ranggi, tapi boleh membawa padah. Mungkin tidak ramai yang sedar dan tahu bahawa keghairahan menggayakan celana ketat, seperti jeans skinny mengakibatkan masalah kemandulan dan jangkitan faraj. Namun, itulah gaya muda-mudi sekarang. Pakai jeans ketat dianggap trend sehingga mereka mengabaikan kepentingan kesihatan demi tampak lebih bergaya dan up-to-date.

Potongan sendat mempengaruhi kesuburan

Kajian All India Institute of Medical Sciences (AIIMA) mendedahkan bilangan sperma kalangan lelaki dewasa normal di India, yang 30 tahun dulu mencecah 60 juta bagi setiap mililiter, menjunam kepada Cuma satu pertiga iaitu kira-kira 20 juta bagi setiap mililiter.

Kadar pengurangan sperma itu dikaitkan dengan tabiat yang mendedahkan pundi zakar kepada suhu lebih tinggi daripada biasa.

Kajian selama 10 tahun, yang dibiayai oleh ICMR dan dikendalikan oleh Profesor Ðr Rima Dada dari AIIMS menyoal 1,000 lelaki dari utara India dan mendapati faktor gaya hidup seperti memakai pakaian ketat adalah punca utama penurunan bilangan sperma.

Pakar Sakit Tuan, Ðr Ismail Thamby berkata, pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh memberikan kesan kepada masalah kesuburan lelaki kerana boleh menghalang buah zakar aktif menghasilkan sperma dan menyebabkan suhunya tinggi. Katanya, buah zakar diberi ruang secukupnya supaya dapat sperma membiak dengan lebih berkualiti.

“Pada masa sama suhu dalam kerandut buah zakar akan meningkat dan kilang sperma boleh menjejaskan penghasilan sperma malah lebih membimbangkan apabila menggugat kualiti sperma,” katanya lagi.

Jangan jadi mangsa fesyen

Ðr Ismail menambah, kesan yang dialami bukan saja menjejaskan tahap kesuburan lelaki malah menjejaskan bahagian permukaan luar alat sulit di kalangan wanita, malah kedua-duanya boleh terkena penyakit meralgia paraesthetica (MP). MP ialah penyakit urat saraf yang disebabkan tekanan urat saraf berdekatan rusuk.

“Apabila tekanan berlaku, ia memberi tanda seperti sengal pada paras rusuk yang berkaitan, malah sakit itu boleh menular hinggake bahagian punggung dan mengalami rasa kebas dan semut-semut di bahagian rusuk dan pinggul,” katanya.

Ðr Ismail berkata, fabrik bagaimanapun bukanlah menjadi penyebab kepada maslah penyakit berkenaan tetapi untuk tampil lebih kasual, ramai yang memilih demim.

Apabila penyakit yang membimbangkan itu berlaku boleh menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan, justeru beliau menasihatkan si pemakai mendapatkan rawatan serta memastikan pengambilan ubat berpanjangan bagi merawatnya.

Sepatutnya, seluar jenis longgar potongannya dan fabrik yang selesa begitu digalakkan bagi mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit kesuburan. Bagi wanita yang mengenakan seluar ketat boleh menjejaskan imbangan kelembapan vestibule atau bahagian antara bibir kecil dan vagina sekaligus membuatkan bahagian itu kering atau lebih lembap.

Ini secara tidak langsung mempengaruhi pembiakan flora dan fauna pada bahagian itu seperti peningkatan kuman atau peningkatan kulat. Jika ini berlaku, wanita itu boleh mengalami keradangan vulva iaitu pada bahagian bibir besar dan kecil serta vestibule dan vagina.

Akhbar The Nation di Thailand pernah melaporka, pakar perbidanan republik itu mengingatkan wanita tidak menjadi mangsa fesyen dengan memakai seluar dalam dan seluar sendat, termasuk jeans yang sebaliknya menjejaskan kesihatan kerana boleh menyebarkan jangkitan kuman serius dan risiko barah sekitar kawasan alat sulit.

Beberapa pakar perbidanan dan sakit puan di sana dalam laporan itu mengesahkan ketiadaan udara hanya mendedahkan pemakainya kepada jangkitan kuman yang boleh mengundang kepada bau busuk dan pengeluaran cecair berlebihan. Malah, pemakaian seluar sendat itu boleh mengundang bahaya lebih buruk seperti menyebabkan penyakit barah jika maslah itu berterusan.

Akhbar di London juga pernah melaporkan, sebuah klinik British berpendapat bahawa lelaki mungkin menganggap mereka kelihatan seksi jika memakai seluar ketat tetapi ia sebenarnya menyebabkan tahap pemanasan berlebihan terhadap buah zakar dan menjejaskan kesuburan. Apabila seluar dalam ketat dibuat daripada gentian manakala pemakainya menggunakan jeans ketat, ia menambahkan lagi masalah.

Udara yang banyak perlu untuk bahagian penting supaya dapat menggeluarkan air mani sihat dan pergerakan buah zakar mestilah bebas. Selain itu, seluar dalam yang dibuat daripada kapas atau seluar pendek sutera lebih sesuai untuk lelaki bagi mengelak penyakit yang membimbangkan itu.

Suatu ketika dulu, Amerika Syarikat pernah melarang rakyatnya memakai jeans terlalu londeh atau cawat rendah selain beberapa negara seperti Indonesia juga pernah mengeluarkan larangan dan menyaman rakyatnya apabila ditahan mengenakan seluar jeans ketat.




Sumber : BHarian 05/10/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails