“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 09, 2011

Keganasan isteri terhadap suami


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak terkejut juga saya membaca satu rencana di Kosmo! yang bertajuk 'Isteri libas suami guna penyapu'. Aduhai... ganas betul isteri zaman sekarang ya! Kes isteri mendera suami benar-benar berlaku di Malaysia walaupun ia kedengaran agak pelik. Ini bukanlah kali pertama saya mendengar atau membaca kisah sebegini kerana pernah memasukkan entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai dan akhbar juga pernah melaporkan kejadian sebegitu sejak beberapa tahun lalu.

Ðalam berita yang dipetik, dilaporkan, seorang isteri di Sungai Petani, Kedah, sanggup membelasah si suami hanya kerana lelaki itu sering menegurnya kerana terlalu taksub dengan bomoh. Ðakwa suami wanita itu, Ibrahim, 57, yang merupakan seorang peniaga, perubahan isterinya, Saleha, 39, bermula apabila seorang bomoh muda tinggal bersama di rumah bapa mertuanya. Beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani berhubung insiden itu.

Menurut Pemangku Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, sejak setahun lalu pihaknya telah menerima 50 kes melibatkan aduan suami didera oleh isteri. Beliau percaya jumlah kes seperti itu meningkat setiap tahun. Beliau tidak menolak angka sebenar lebih tinggi kerana kaum Adam lebih malu untuk bercerita perkara sebenar berbanding kaum Hawa.

Walaupun banyak kes isteri mendera suami dilaporkan, kes suami memohon perceraian disebabkan didera isteri hanya mula dikesan difailkan di Mahkamah Syariah pada tahun lalu. Menurut Musa, bentuk penderaan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami termasuklah menumbuk, menampar dan menendang serta dipukul dengan peralatan rumah yang sering digunakan seperti batang penyapu dan pinggan mangkuk.

Antara faktor yang mungkin menyebabkan isteri bertindak ialah :

1. Sejarah keluarga isteri seperti ibu isteri yang garang dan pernah memukul ayahnya suatu ketika dahulu yang menyebabkan perkara itu diteruskan oleh isteri apabila dia berkahwin.

2. Peribadi isteri yang garang dan tegas berbanding suami yang lembut turut mendorong isteri menjadi seorang pendera dalam rumahtangga yang akhirnya, isteri mula mengabaikan tanggungjawab dan mengetepikan batas-batas sebagai seorang isteri.

3. Faktor ekonomi keluarga juga boleh menyebabkan berlaku kes penderaan suami. Isteri mungkin memberi sumbangan yang lebih banyak kepada ekonomi keluarga selain sikap suami yang kurang bertanggungjawab dan ini mengakibatkan isteri menjadi terlampau tertekan dan bertindak di luar dugaan.

4. Kurangnya pengetahuan agama dan pasangan gagal memahami semangat institusi perkahwinan.

5. Suami yang lemah syahwat juga boleh mendorong isteri bertindak ganas. Suami kerap menolak ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks sehingga isteri tidak mampu lagi merayu si suami hingga dia sanggup bertindak memukul suami. Sesiapa pun apabila tahap kesabaran tidak mampu dibendung lagi boleh melakukan perkara yang di luar kemampuannya.

6. Faktor peribadi seperti seorang wanita yang panas baran mungkin juga menjadi punca. Isteri hilang rasa takut kepada suami sekaligus mendorong wanita itu menggunakan kekerasan.

7. Faktor perubatan dan emosi boleh mendorong isteri mendera suami seperti semasa dia meroyan selepas bersalin.


Suami yang didera isteri boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1999 (Akta 521). Akta ini sebenarnya bukan sahaja melindungi isteri tetapi juga suami dan ahli keluarga yang lain.

Selain daripada itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABiM) telah memperkenalkan program pembangunan komuniti dikenali sebagai Tanmiyah al-Mutafakkir yang bertujuan membantu suami yang didera isteri. Program ini lebih berbentuk aduan panggilan telefon dan meminta khidmat nasihat khususnya bagi isu berkaitan keganasan rumahtangga. Masalah mereka akan diteliti oleh kumpulan peguam syarie Abim.

Adalah dinasihatkan agar pasangan perlu mengkaji semula aspek komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang pada setiap lima tahun selepas mendirikan rumahtangga. Kira macam checklist untuk muhasabah diri dan memperbaiki semula sikap masing-masing yang mungkin tergelincir daripada landasan yang sepatutnya.

Akhir kata, suka saya memetik komen pakar psikologi Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim yang MENEGASKAN, “Apa-apapun, yang sebenarnya jika suami tidak buat hal, selalunya isteri tidak terdorong untuk mendera suami...”

Menung-menungkan...




Capaian entry berkaitan :
* Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails