“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Oktober 26, 2011

Pantau aktiviti, elak salah guna


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sambungan entry Tawar susu ibu di internet, mungkin ada yang terkejut atau tidak percaya dan menganggapnya sekadar gurauan. Namun, hakikatnya mengagihkan atau menderma serta merayu mendapatkan susu badan melalui laman sosial kini seakan menjadi aliran baru di Malaysia.

Barangkali ada berpendapat, tidak ramai wanita di negara ini yang ingin berkongsi susu badannya dengan anak orang lain. Tanggapan itu, sekali lagi silap kerana berdasarkan fakta, sudah ada komuniti rangkaian perkongsian susu ibu secara global iaitu Human Milik 4 Human Babies (HM4HB) dari lebih 54 negara dan mereka kini mempunyai lebih 20,000 penyokong di laman sosial facebook.

Daripada jumlah itu, lebih 900 orang dari Malaysia dan angka itu tidak mustahil bertambah dari semasa ke semasa kerana dipercayai semakin ramai wanita di Negara ini berminat dan menyokong usaha itu. Difahamkan, rangkaian di negara ini diasaskan warga Singapura.

Senario itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana mungkin menjadi budaya baru masyarakat di negara ini jika tiada sebarang pemantauan. Jika diperinci, perkembangannya agak membimbangkan kerana ia turut membawa impak tidak sihat khususnya bagi jangka panjang.

Antaranya termasuk tahap keselamatan dan kesihatan bayi yang menerima susu itu, khususnya jika terminum susu yang tercemar. Sesiapa saja yang boleh menawarkan susu badan dalam laman sosial, boleh mendakwa mereka ibu yang sihat, tidak mengambil alcohol, selain turut menjaga kesihatannya dengan mengambil vitamin atau sebagainya.


Sejauh mana boleh dibuktikan kesahihan pengakuan itu? Apatah lagi jika individu yang memberi dan menerima, tidak saling mengenali antara sama lain. Harus juga diingatkan, Kementerian Kesihatan ada menetapkan beberapa polisi tertentu mengenai penyusuan bayi di Negara ini, yang jelas dilindungi.

Kehadiran laman sosial yang menawarkan lebihan susu badan daripada individu lain, boleh dijadikan alternatif kepada wanita terbabit mencari sumber baru dalam memenuhi keperluan susu bayinya.

Tidak mustahil, kemungkinan ada pihak lain ‘menagguk di air keruh’ mengambil kesempatan mengaut keuntungan memperdagangkan susu badan.

Begitu juga dari sudut agama, khususnya kalangan umat Islam, walaupun komuniti rangkaian itu menyelitkan jawapan serta pandangan alim ulama dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), mengenai kemusykilan agama yang ditimbulkan, sejauh mana dapat dipastikan pemahaman dan perlaksanaan sepenuhnya mengikut syariat Islam.

Presiden Persatuan Penggalak Penyusuan Ibu Malaysia (PPPIM), Siti Norjinah Moin berkata, tindakan itu sebagai alternative kepada bayi mendapat bekalan susu, tetapi pemantauan ketat perlu dilakukan bagi mengelak pelbagai masalah termasuk terminum susu tercemar dan jangkitan penyakit yang boleh mengancam keselamatan bayi.

Norjinah berkata, pihaknya bimbang aliran pemberian susu badan berlebihan sewenang-wenangnya di internet juga boleh membawa budaya kurang sihat dalam gaya hidup masyarakat.

Katanya, sebagai perunding laktaqsi dan jurulatih inisiatif rakan bayi hospital bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Norjinah berkata, perbincangan dan kerjasama pelbagai pihak perlu supaya isu ini tidak disalahgunakan.

“Apa yang dibimbangi mungkin pada awalnya berjalan dengan lancar, tapi jika tiada pemantauan ada pula pihak mengambil kesempatan seperti mengaut keuntungan dengan menjualnya tanpa kawalan. Bagi PPPIM menggalakkan penyusuan badan, tetapi menghormati wanita yang membuat pilihan jika mereka tidak mahu menyusukan bayi. Mungkin mereka ada sebab tertentu yang menyebabkan tidak boleh menyusukan bayinya. PPPIM bertanggungjawab memberikan pengetahuan mengenai kebaikan susu badan,” tegasnya.

Beliau berkata, cara semulajadi iaitu menggunakan tangan bagi memerah susu adalah lebih praktikal dan mengelak berlakunya lambakan susu, bukan menggunakan pam seperti kebanyakan dilakukan wanita. Persatuan itu memperkenalkan kaedah menggunakan tangan bagi menggalakkan wanita menyimpan susu badannya supaya bayi terus mendapat bekalan ketika keluar bekerja.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang, wanita bersaing sesama mereka memerah susu dengan banyak, sedangkan perahan dan simpanan susu badan dalam peti sejuk sepatutnya dibuat mengikut jadual serta mengikut keperluan bayi dan sebaik-baiknya menggunakan tangan.

“Oleh itu, tidak timbul berlaku susu badan yang berlebih-lebihan sehingga terpaksa membuat hebahan untuk diberikan kepada bayi lain,” katanya turut mengingatkan wanita penggunaan pam lebih sesuai untuk peringkat awal penyusuan pada bayi baru lahir yang lazimnya, lebih banyak tidur daripada terjaga. Tambahnya, jika berterusan bayi tidak menyusu badan, putting bileh membengkak dan bagi meredakan adalah lebih baik susu itu dipam keluar.

Katanya, menggunakan pam sesuai untuk wanita yang tidak biasa atau kekok menggunakan tangan untuk memerah susunya, dan pada situasi itu, mereka boleh menggunakan pam sebagai alternatif ketika berada di tempat kerja.

“Tapi saya syorkan guna pam manual dan bukannya elektrik. Penggunaan pam manual membolehkan wanita mengawal perahan seperti menggunakan tangan. Jadi dia boleh tahu berapa banyak susu yang diperlukan untuk bayi,” jelasnya.

“Penggunaan susu botol umpamanya, menyebabkan bayi ‘keliru puting’ dan enggan menyusu badan lagi. Konsep menyusu badan bayi sudah tidak betul dan bukan lagi secara semulajadi kerana tiada sentuhan mulut bayi pada putting ibu. Inilah yang perlu diperbetulkan serta difahami wanita yang memberi susu badan pada bayinya. Apabila bayi menghisap puting ibu, ini membantu merangsangkan penghasilan susu,” ujarnya.

Susu ibu, umumnya ada daua jenis iaitu pertama, cair yan gmeredakan dahaga manakala kedua, susu akhir yang mengenyangkan bayi.

Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast.


“Penyusuan bayi yang betul, bayi perlu dapat susu pertama dan akhir. Masalah ini tidak timbul jika bayi menyusu badan kerana bayi, lazimnya tidak menyusu pada satu payudara saja. Berbanding pam, susu diperoleh hanya cair saja dan bayi akan cepat lapar,” katanya.

Bagaimanapun, pemberian itu sebaik-baiknya diberikan kepada bayi atau wanita yang benar-benar memerlukan dan bukan sewenang-wenangnya serta perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Katanya, kesanggupan ahli menjadi ibu susuan kepada bayi lain lazimnya, dibuat persetujuan dan perundingan bersama, manakala persatuan tidak terbabit secara langsung, sebaliknya semua bergantung kepada urusan kedua-dua pihak berkenaan.

“Memang ada ahli, khusus ibu muda berusia 20-an hingga 30-an menjadi ibu susuan kepada bayi lain tetapi mereka biasanya benar-benar faham, termasuk hukum agama dan soal kesihatan. Malah, hubungan antara kedua-dua keluarga itu kebiasannya akan berterusan,” jelasnya.

Norjinah berkata, budaya anak susu tidak boleh ditolak kerana ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi, tetapi apa yang penting pihak terbabit perlu benar-benar faham mengenainya.




Petikan : BHarian 14/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* Tawar susu ibu di internet

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails