“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Oktober 08, 2011

3.4 juta dapat bantuan RM500

Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan teks ucapan Bajet 2012 selepas pembentangannya di Bangunan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR - Seramai 3.4 juta orang atau 53% daripada isi rumah di negara ini yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan RM500 dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian tunai sekali bayar itu adalah langkah yang julung-julung kali dilakukan dengan kos RM1.8 bilion.

"Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi pelaksana. Bantuan itu akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Bajet bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' itu menyediakan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion dengan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM51.2 bilion.

Ia mempunyai lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan. Untuk itu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pendidikan rendah dan menengah secara percuma.

"Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful."

"Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan," jelasnya dengan menambah, pemansuhan semua bayaran itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah daripada tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara.

Bantuan itu akan melibatkan kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM530 juta dan disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).




Petikan : Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails