“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Oktober 02, 2011

Filem hantu racun minda


Lambakan cerita tahyul punca histeria: Dr Mahathir

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali. Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya.”

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’ (pandangan ekor mata). Jadi sekumpulan pelajar di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau baying-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan hysteria. Jadi, biasanya apabila ada serangan hysteria, menjadi amalan biasa untuk mendapatkah khidmat bomoh bagi menangani masalah itu. Ini adalah pelik kerana perkataan hysteria itu sendiri adalah perkataan Inggeris yang berkaitan dengan Rahim,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kaedah lebih saintifik perlu dicari

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung kepada bomoh. Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan. Dulu kita tidak ada cara lain, mungkin boleh guna cara itu. Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati. Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (pembedahan) sebab suda ada mesin jantung dan paru-paru… itu saintifik,” katanya.




Sumber : BHarian 02/10/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails